Badrul Hisham Sharin atau Che'GuBard meminta ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan berhubung satu maklumat yang diperolehinya menunjukkan ketua pemuda itu pernah mendapat kemudahan pinjaman bernilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia.
Khairy: Ada hutang? |
MenurutChe'GuBard pinjaman itu diperolehi semasa bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi perdana menteri dan ia mempunyai masalah untuk membayar balik.
Sehubungan itu Che'GuBard memohon Khairy tampil membuat pendedahan.
Berikut adalah kenyataan Che'GuBard:
Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).
Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah? Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian?
Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini.
Jika
ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak
untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga.
Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam
keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang.
Anak muda
terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai
anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan
pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?
Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.
Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ? Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.
che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia
[wm.kl.9:59 pm 27/12/12]
4 comments:
Salam, orait game di Rembau dah pun bermula, Chegu Bard baru nk start acah2 Kahairy je dgn isu ni tgk dia melantun ke tidak dgn isu ni, anyway pemimpin Umno terutama mcm Khairy pasti akan gunakan segala kepentingan & kelebihan utk bina rangkaian perniagaan melalui Bapa mertuanya dulu semasa berkuasa, cuma nampaknya Chegu Bard start main isu ni kurang 3 bulan lg PilihanRaya.rasanya agak terlewat tapi mungkin masih belum terlambat lg,secara peribadi jika Chegu Bard masih dicalonkan lg di Rembau oleh PKR dan berhadapan Khairy nanti mungkin persaingan paling sengit utk kerusi Parlimen NS.for info CheguBard kalah 5000 lebih majoriti undi pada 2008 dan rasanya Chegu Bard mampu menang sekurang2nya dgn majoriti kecil pada PRU tahun dpn.Anyway teruskan usaha yg baik CheguBard,Anda seorang pemimpin yg kental sbnrnya,walaupun anda Ditikam oleh rakan dlm PKR sdiri juga rakan2 PKR di NS sdiri tp nmpknya anda masih konsisten dan tidak goyah dlm perjuangan.Just fokus, go n go Chegu Bard,good luck.
Rakyat didahulukan (dalam mengutip hutang), kroni diutamakan (dalam memberi hutang).
Terima kasih Cikgu Bad kerana membawa isu ini. Saya percaya bila, bukan kalau, diselidiki bukan KJ saja bermasalah membayar hutang jutaan ringgit tetapi ramai lagi pemuka-pemuka UMNO. Mereka ini pada hakikatnya bukan pemimpin tetapi sekadar ahli politik yang bertindak untuk kepentingan kelompok mereka. Untuk rakyat? betul kata En Aspan Alias, kuah cair saja!
CheguBad agak malang perjalanannya dalam politik.
Mungkin kerana salah percaturan memilih PKR sebagai wadah perjuangan.
Harus dia wasatiyyah berusaha membina sendiri pengaruhnya walaupun disisih PKR yang dia telah bantu kuatkan.
Teruskan berjuang dengan SAMM, hidupkan obor perjuangan anak muda.
Perjuangan ini perlukan CheguBad, yang tidak kemaruk kuasa, kepingin jawatan, mendambakan ciuman dan dukungan pemimpin pujaan atau licik bermain 4 si, atau kelabu mata dengan fulus, atau bermuka-muka.
Harap Tuan Mso bantu chegubad dengan meminta jentera Pas membantunya kerana dalam Pkr, chegubad dilhat antara yang cerdik dan tidak tahu mengipas mengampu.
-DK-
Post a Comment