Saturday, January 19, 2013

Najib Sakit Kepala Dengan Gelagat Egois Mahathir

LASTIK MALAM                                                                                                               

Semasa berucap dalam majlis dinamakan Bicara Mahathir di bawah tajuk Masa depan Melayu dan Islam selepas PRU-13, anjuran Karangkraf, Mahathir Mohamad terus mempamirkan keegoaan dan sifat 'maksumnya' tidak mahu mengakui kesalahaan dan dosa-dosa politiknya masa silam kandati ia telah nyata bagaikan baris.

Mahathir: Licit.
Dia jauh sekali bukan seperti Lecen Amrstrong yang mengakui mengambil dadah untuk berjaya dalam perlumbaan kayuh basikal. Dari sudut ini atlik itu ternyata lebih berintergriti berbanding dengan bekas seorang perdana menteri yang setengah orang mengkultuskan PM terhebat di Asia Tenggara.

Di majlis itu dia tetap memperagakan dia adalah maha hebat, maha bijak dan maha pandai serta maha Melayu. Manakala orang lain adalah maha bodoh, maka dangkal dan maha haprak. Dari masalah yang timbul kini dan menyebabkan sesetengah orang Melayu menggigil untuk melihat masa depannya, beliau tidak sedikit pun mahu ralat apa lagi membuat apologi. Beliau tetap menyalahkan orang lain. Memanglah seroang yang sombong dan bongkok tidak akan mengaku yang tahinya busuk.

Dia terus tunding dan tunding kepada semua orang. Atas sikap dan keegoanya itulah maka beliau mendapat gelaran MAHAFIRAUN. Mahathir barang kali merasai wajar dia merasa ego begitu dan dia hebat sehebat Firauan kerana berdasarkan kepada rekod-rekod 'jenayah' politik masa lampau yang begitu istimewa dan berjaya meletakkan beliau di puncak jaya.



Saya tidak mahu menganologikan Mahathir sebagai Firaun, sebab Firaun adalah mahkluk yang disebut beberapa kali di dalam al-Quran. Kejahatan Firaun digazet oleh Allah dan tidak terlawan olehnya. Kehebatan dan dosa Firaun tidak akan tertanding oleh sesiapa pun hatta Mahathir. Biarlah dalam melihat kehandalan Mahathir berpolitik dan mengalahkan banyak lawannya, saya gelarkan dia sebagai seekor Ox tua saja.  Ox yang tidak pernah terkalahkan oleh mana-mana matador setakat ini.

Sepanjang sejarah Mahathir turun ke gelanggang dia tidak merasai kekalahan sehingga ia benar-benar kalah. Dia adalah seekor ox yang berbiaa sekali, dan perasaannya itulah yang dirasai kini menjadikan dia ego, agah, hebat dan tidak pernah merasa takut dan tahu hormati kepada orang lain. Orang lain dipandangnya sebagai sampah, hina dina. Di sini ada sifat-sifat atau fiil kecil Yahudi atas diri Mahathir bila dia tidak mengikhtiraf orang lain.

Dalam sejarah politiknya seorang demi seorang matador ditewaskan. Semua matador baik yang menyerangnya atau diserang kerana perasaan cemburu semua tewas kepadanya. Meskipun ada matador yang berjaya menghunjamkan lembing ke perutnya, namun dia masih boleh survive dan melawan balik hingga matador tertumus.

Tokoh-tokoh yang suatu masa dulu gemilang dan mempunyai potensi besar untuk menjadi pemimpin negara seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Ghazali Shafei, Ghaffar Baba atau Anwar Ibrahim 'dibunuh' satu persatu ada yang jatuh dengan kaki keempat-empat ke langit. Kalau mereka ini adalah matador yang cuba berdepan dengan Ox, semuanya kalah dan tewas.

Rekod itu menjadikan Mahathir agah dan besar kepala. Sampai ke hari ini dia merasai akan kehebatannya itu dan kehebatan itu menjadikan dia optimis. Dia jadi terlupa kepada satu hari dia pernah menangis bagaikan budak rindukan coklat di hadapan ramai. Dia lupa. Selalunya seeorang yang merasakan dia besar dia lupa kepada sejarah kecil begitu, dan para pengkagumnya pula tetap mendewa dan mengkultuskan dia sebagai tetap hebat. Tangisan itu adalah tangisan politik.

Hari ini dia masih mahu menjadi jaguh. Dia merasakan dia penting dan diperlukan. Bahkan negara ini dan Umno merasakan memerlukan dia untuk menjadi pawangnya. Peluang yang diberikan ini menjadikan Mahathir kian merasa dia penting dan kepalanya semakin besar. Najib Razak yang bertanggungjawab memberi peluang tentu merasa talat dan sakit kepala melihat telatah Mahathir. Mahathir kini sebagai ox tua yang diberi kuasa bangkit turut merembas Najib.

Secara peribadi saya tidak merasa hairan dengan kejayaan dan kehebatan yang dicapai Mahathir dalam menjatuhkan pesaingnya dalam partinya, atau pun mengagalkan parti lawan dalam pilihan raya. Sebagai seorang yang tidak mengambil sifat-sifat kepimpinan Rasulullah s.a.w. akan jadi seperti itu. Mahathir tidak bersungguh mengambil sifat; siddik, amanah, tabligh dan fatanah seperti mana yang menjadi pakaian Rasulullah s.a.w.. Kalau Mahathir mengambil sifat-sifat itu dia tidak akan dipertikaikan dan kecemerlangannya tidak berbaur dengan kemunkaran.

Kerana beliau tidak mengambil kesemua sifat itu secara holistik, maka beliau bersedia menerima pakai konsep matlamat menghalalkan cara. Mahathir tidak kira apakah kaedah digunakan itu bertepatan dengan syariat Islam atau tidak, yang penting ia dapat mencapai natijahnya. Di dalam Islam bukan begitu, sesutau pekerjaan baik itu hendaklah dimulakan dengan niat yang baik. Di dalam Islam tidak boleh memakan bangkai untuk kenyang kerana ia adalah kaedah dan hukumnya, kena sembelih, kecuali dharurat?

Tetapi tidak dengan Mahathir. Itu projek IC palsu di Sabah adalah satu contoh terbesar kejahatan dan kaedah buruk diguna pakai oleh Mahathir. Contoh ini akan digunakan pakai dan akan dilekat dalam kitab sejarah politik Mahathir. Saya tidak pasti apakah projek IC palsu ini adalah digarapkan secara tulus dalam biografinya.

Menerusi projek itu niatnya baik untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Pairin Ketingan kerana ia menyuburkan Kristian dan kegiatan kristinisasi di Sabah, tetapi dari prinsip demokrasi dan Islamnya salah sebab ia satu penipuan. Di dalam Islam konsep matlamat menghalalkan cara adalah salah.

Bagaimana licit dan kejamnya Mahathir. Hari ini apabila agenda merampas Sabah menerusi kaedah tidak Islami dan bertentangan dengan prinsip demokrasi itu terdedah beliau tetap tidak mengakui. Dia berdolak dalih mahu menang dengan menunding kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman yang konon lebih banyak memberi IC kepada orang asing.

Demikan huduh dan jahatnya Mahathir. Hari ini pula beliau makin keras untuk membela dirinya serta mahu orang melupai kejahatan dan dosa-dosanya dengan mengsyorkan supaya sebuah suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk mengenal pasti berapa ramai jumlah orang asing yang mendapat IC sebelum merdeka.

Pendedahan mengenai projek IC di Sabah itu sesuatu yang memalukan Umno dan kini ditanggung oleh Najib Razak. Dalam saat SPR cuba membela dan melindungi kerja-kerja jahat mereka, mendaftar pengundi hantu, tiba-tiba kejahatan Mahathir terdedah pula. Paling buruk lagi apabila Mahathir menegakkan benang basah dengan memburuk-burukkan orang yang sudah tiada lagi sebagai bahan penyamaknya.

Saya baru faham kenapa dia menentang sangat pengistyharan ahli RCI yang diumumkan Najib tidak lama dulu rupa-rupanya dia hendak melindungi bau hampak kentut jenayahnya yang kian berladum.

Orang bertanya kenapa Mahathir terus attaack Tunku, walaupun 'bapa kemerdekaan' itu sudah tiada lagi di dunia ini. Semua itu adalah kerana dendam Mahathir kepada Tunku. Serangan itu juga membuktikan Mahathir seorang pendendam yang tidak sudah.

Najib kini sudah terperangkap dalam jerat yang dipasangnya sendiri kerana memberi peluang dan meminta Mahathir turun berkempen untuk Umno dalam pilihan raya ke-13. Baharu disedari pula Mahathir turun dan berkempen bukan untuk memastikan dia (Najib) kekal di kerusi PM sebaliknya mahu digantikan dengan Muhyiddin Yassin.

Berbalik kepada Bicara Mahathir di Karangkraf yang berkerjasama dengan Astro Awani kemudian rakamannya disiarkan disaluran itu, suka saya mencadangkan kepada Karangkraf agar berbuat benda sama juga ke atas Anwar Ibrahim atau Abdul Hadi Awang. Selepas ini Karangkraf panggil Anwar berbicara kemudian Astro merakam dan menyiarkannya seperti mana dilakukan terhadap Mahathir.

Dengan cara itu saja orang akan mengikhtiraf Karangkraf adalah pelupor kepada media bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak atau individu di negara ini. [wm.kl.10:04 pm 19/01/13]

5 comments:

Rillink said...

Assalam Tuan,

Semoga seluruh umat islam di malaysia berdoa umtuk kemenangan Pakatan Rakyat dalam pru 13 nanti supaya kita dapat menghumbankan BAPA PENGKHIANAT ini kedalam tirai besi.

PokAmid said...

Aku doakan moga pengkhianat ini makin ditimpa kecelakaan di penghujung hayatnya. mungkin aku biadab, tapi mesti faham, aku bukannya mengkhianat. tetapi mamaktaik tu mengkhianati Malaysia dan rakyat. celaka punya mamakshit!

Badrul Kulim Kedah said...

Tidak dapat saya menolak untuk mengaitkan apa yang berlaku kpd Tun M dengan du'a Ustaz Fadhil Noor.

azdes said...

Ya Allah Ya Tuhan ku, kau panjangkanlah UMUR x PM ku ini biar dia saksikan semua perbuatannya dengan mata kepalanye sendiri.
kau perkenankanlah Ya Allah.
Perkenankan lah.....

Delima said...

Usah disekat Tun Mahthir berbicara, sesungguhnya itulah kemenangan percuma kepada Pakatan Rakyat. Usah didoakan terhadap bicaranya yang tidak baik itu, kerana itulah kemenangan moral 1-0 setakat ini kepada Pakatan Rakyat...