Benarkah Orang Dalam PMBK Sendiri Buat Kacau?
APABILA sesebuah institusi atau perbadanan diserbu SPRM sebanyak dua kali ini bermakna institusi atau perbadanan itu ada masalah. Sama ada masalah itu berkaitan dengan benar ada penyelewengan ataupun sebaliknya, tetapi ia menunjukkan ada problem. Logiknya, hal-hal dalam sesebuah badan itu diketahui oleh orang dalam saja. Tanpa maklumat dalaman orang luar tidak tahu.
Setakat membuat tanggapan dari luar saja tidak menjadi. SPRM tidak akan berpegang kepada persepsi, melainkan SPRM juga ingin test powernya. Atau dengan cara serbu itu sebagai satu signal agar berhati-hati.
Apa yang berlaku dalam PMBK, atau Perbadanan Menteri Besar Kelantan beberapa hari lalu, sesuatu yang mengejutkan juga. Apa lagi PMBK adalah sebuah perbadanan yang ada sangkut paut langsung dengan menteri besar.
Sudah dua kali badan itu diserbu oleh SPRM. Minggu lalu seramai enam orang anggota SPRM telah bertandang ke perbadanan berkenaan mengambil beberapa dokumen dan menanya soal beberapa orang pegawainya.
Tentunya kehadiran pegawai SPRM itu bukan untuk makan pulut atau berbual kosong mengenai banjir dan masalah lain. PMBK tidak terlibat dengan penebatan banjir dan juga usaha-usaha untuk membantu mangsa banjir! Ia adalah badan korporat yang ditubuhkan untuk membangun tanah, perumahan dan segala macam prasarana di Kelantan. PMBK merupakan satu agensi direct dengan Menteri Besar, dan bolehlah dikata ianya anak syarikat iktisad yang berada di bawah ketiak MB.
Saya tidak mahu menolak apakah benar berlaku penyelewengan sehingga "terjerat" dengan akta SPRM pindaan 2008. Di sini saya suka mengambil pendekatan dan sikap persis Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Kata Tok Guru ketika diajukan pertanyaan oleh wartawan kononya ada penulis blog yang melaporkan hal PMBK kepada SPRM, beliau menjawab, beliau berterima kasih kalau laporan itu betul. Sebaliknya kalau laporan yang dikira menyusahkan beliau itu tidak betul, maka penulis blog berkenaan kena tanggung dosanya. Menurut Nik Aziz juga dia kenal dengan bloger berkenaan. Siapa?
Nampaknya melihat kepada nada beliau mengulas persoalan itu seperti dia marah dan terkilan sangat dengan apa yang berlaku.
Saya tidak mahu menebak siapakah bloger berkenaan. Malas untuk mencari dosa kering dan fitnah mentah. Biarlah keadaan, masa akan menentukan. Memang diakui kebanyakan bloger yang tidak beretika suka membuat fitnah!
Apa yang hendak ditimbulkan di sini, ialah mengenai hal ehwal dalaman PMBK itu sendiri. Saya yakin orang yang memaklumkan kepada SPRM sama ada berfakta atau tidak ,adalah orang dalam sendiri. Tanpa orang dalam ia tidak mungkin akan berlaku.
Di sini suka saya menarik perhatian kepada satu peristiwa yang berlaku dalam dunia PMBK beberapa bulan lalu. Sebelum ini ada berita yang sampai ke telinga saya mengenai gelora dalam PMBK. Berita itu, menurut sipenutur dua orang besar dalam PMBK bergaduh sesama sendiri. Ada 'selehen' kata orang Kelantan. Selehen ini bukan jenis pulas tangan tetapi percanggahan pendapat.
Perselehanan itu bersangkutan dengan dasar dan polisi perbadanan berkenaan.
Salah seorang orang besar di PMBK itu tidak setuju dengan orang besar seorang lagi yang khabarnya memohon sejumlah tanah untuk diserahkan kepada sebuah syarikat untuk dimajukan. Orang besar itu membantah tindakan itu. Ini menyebabkan orang besar seorang lagi terkilan dan marah. Alasan orang besar itu cara orang besar seorang lagi itu melanggar polisi dan dasar serta matlamat PMBK ditubuhkan.
Kata orang besar itu, tidak kena kalau tanah atau apa-apa kepentingan untuk syarikat lain diminta atas nama PMBK. Apa yang sepatutnya berlaku PMBK harus memperolehi apa-apa aset termasuk tanah dan syarikat lain hanya boleh memajukan aset berkenaan saja.
Memahami polisi ini (seperti itu), ini bermakna PMBK hanya tukang minta projek dan aset dengan negeri Kelantan manakala pihak lain yang menguruskannya. (Barangkali penswastaan projeklah tu).
Katanya perselehenannya membawa kepada perbalahan antara dua orang besar berkenaan. Hubungan mereka yang mersa jiwa sebelum ini menjadi retak dan rontok macam daun palas disambar api. Apakah gara-gara perbalahan itu menyebabkan PMBK sekali lagi kena serbu oleh SPRM?
Ada lagi satu ceirta kononnya ada seseorang meminta RM15,000 daripada orang besar PMBK. Untuk apa wang itu tidak diketahui. Tetapi dipercayai ianya ada kepentingan dengan si peminta itu. Orang besar PMBK katanya enggan akur atas permintaan itu.
Kalau benarlah bagaikan dikata itu maka jelas seperti mana diduga oleh umum penyerbuan SPRM ke PMBK itu gara-gara orangnya sendiri yang membuka rahsia dan memberi tahu kemungkinan-kemungkinan berlakunya penyelewengan. Tetapi apakah tujuannya?
Atau memang ada motif untuk mengena sesiapa di PMBK itu? Apakah ianya dituju kepada Menteri Besar sendiri? Persoalan ini memerlukan kepintaran dan banyak formula untuk menghuraikannya. Bagi saya, rahsia dalam sesebuah rumah tangga itu tidak akan terdedah selagi suami dan isteri terus berdakapan erat dalam mimpi dan angan yang indah! Tetapi bila sudah bergaduh, maka akan buruklah semuanya!
Pun begitu sekiranya benar belaku rasuah dalam PMBK maka wajar sipelakunya digiring masuk ke dalam penjara! [d'kota kl 1:05 t/hari 10/11/09]
4 comments:
Sekarang ni, SPRM begitu berminat dengan segala hal dalaman pemerintahan kerajaan pakatan.Hal-hal berkaitan dengan diri para pemimpin dari pihak pembangkang[PR]..kenapa dan mengapa terserah kepada keihlasan SPRM itu sendiri.Cuma peliknya, kenapa untuk mana-mana menteri, YB-YB dari UBN atau pemimpin UBN, SPRM seperti membiarkan sahaja sedangkan bertimbun-timbun laporan, pendedahan dan laporan polis yang dibuat.Kalau pun disiasat, akhirnya kenyataan muktamad, tiada isu, tidak berkaitan hanya tuduhan paslu semata-mata.Merujuk kepada isu PMBK
diperbadankan dibawah MB, saya bersetuju kalau benar kehadiran SPRM itu memang dengan ketelusan yang benar-benar jujur, tiada apa-apa maksud tersirat maka saya sanjung tinggi tetapi biarlah berhemah.Biar ada asas bukan kerana tuduhan fitnah untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.Andai ada yang membuat laporan, siasat juga yang melaporkan itu, mungkin dia juga ada niat tidak baik atau dia juga yang meletakkan bukti untuk memerangkap pihak PMBK.
Baru setahun SPRM mengeluarkan kenyataan, PMBK tidak terlibat dengan sebarang rasuah, tetiba tahun ini datang lagi.Saya sebagai rakyat biasa melihat SPRM seperti berkerja dengan arahan orang di luar lingkungannya..ini atas fakta banyak lagi laporan yang dibuat untuk para pemimpin UBN, isu rasuah,isu penyelewengan dalam tender dan kontrak dan lain-lain tetapi dipandang sepi oleh SPRM.
Saya melihat seolah-olah memang disengajakan pihak tertentu menggunakan SPRM untuk memporak-perandakan keutuhan kerajaan Pakatan.Untuk membina perspektif negatif kepada rakyat.Agar keyakinan rakyat kepada kerajaan Pakatan yang ada hari ini terus goyah...yang akhirnya sokongan rakyat akan kembali kepada UBN.Di saat hayat UBN juga semput-semput, propaganda yang dimainkan oleh UBN melalui agensi di bawahnya ditekan habis-habisan sebelum tirai PRU13 dibuka...semuanya mengejar masa.Masing-masing menangkis serangan dan asakan pihak lawan.Namun saya juga mendapati, di saat pihak Pkatan ditekan dan diasak dengan pelbagai tohmahan, seolah-olah riak sokongan rakyat seperti sudah beralih arah, saya sebenarnya mendapati protes senyap rakyat [ silent protest ] terhadap UBN semakin kuat.Rakyat semakin geram, benci dan meluat dengan sikap pemimpin UBN hari ini.Macam-macam kerenah, isu dan permasalahan yang cuba ditimbulkan UBN sebenarnya mengundang kebencian rakyat terbanyak.Media massa memang cuba memperlihatkan UBN sudah kembali mendapat tempat di hati rakyat,tetapi kalau benar telahan tersebut maka saya syorkan UBN bubar parlimen...kita bertarung di pentas pilihanraya semula.Kita ukur kekuatan sekali lagi...Rakyat menunggu-nunggu PRU13,sebab rakyat sudah nampak Kerajaan Alternatif PR lebih bersih dan lebih berhemah untuk membantu rakyat cuma telah dikaburkan oleh UBN dan media arus perdana.Sengaja disenyapkan dari pengetahuan umum.
Sekian, mohon mencadangkan
Bosan sungguh dengan kerenah SPRM, kalau ada laporan rasuah (yang entah sahih atau tidak) melibatkan PR, dalam masa 5 minit saja terus buat serbuan, dakwa dan sebar berita luas-luas dalam media arus perdana UBN.
Cuba kalau melibatkan pemimpin dan ahli UBN, tiada apa-apa tindakan diambil, kecuali mendapat tekanan akhbar dan pembangkang.
Seorang Guru besar di sebuah sekolah di Kelantan yang makan duit yuran murid, kaut duit komisen buku untuk peribadi dan cekup wang peruntukkan panitia, kenapa tidak disiasat dengan kadar Segera? Mungkinkah kerana dia seorang berjawatan dalam Amno bahagian, maka harus dibiarkan begitu saja.....
Bagi saya ada bagusnya kalau SPRM menyiasat PMBK. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu prestasi pentadbiran negeri Kelantan samada terlibat dengan rasuah atau tidak. Jika tak ada, itu menjadi satu bonus kepada PAS. Rakyat akan mencelikkan mata dan terus sokongan akan terus bertambah.
Kalau betul-betul ada rasuah, ini sudah jadi satu masalah. Maknanya PAS juga tak boleh diharap dalam mentadbir kerajaan. Sama seperti UMNO.
Salam Tuan Hj MSO,
Saya lebih tertarik dengan projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang telah lama tergendala. Apakah SPRM langsung tidak berminat untuk melakukan siasatan ke atas projek Sultan Yahya Petra ini? Bagi saya soal ini lebih utama kerana rakyat yang akan menggunakan Jambatan tersebut. Bagi yang mengetahui, sudah tentu tahu kumpulan mana yang telah menerima tauliah atau LO menjalankan projek ini. Jadi dimanakah slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" sekiranya pencapaian atau progress Jambatan Sultan Yahya Petra ini masih tidak diutamakan. Minta SPRM lebih peka kepada permasalahan yang jelas nampak di mata rakyat.
Wasalam.
Post a Comment