Friday, August 13, 2010

Menyelami Isu

ISA Mungkin Diguna Untuk Selamat Umno

BELUM pun padam molek lilin yang dinyalakan oleh Gerakan Anti Mansuhkan Isa (GAMI) yang dipasang sempena 50 tahun akta itu wujud, tiga lagi ditahan di bawah ISA kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kegiatan militan. Mereka ialah Mustawan Ahbab, 34 (warga Indonesia), Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70 dan Samsul Hamidi, 34.

Penangkapan itu menunjukkan lilin yang dibakar Gami itu tidak berapa panas untuk mencegah kerajaan UBN dari terus menggunakan senjata tali hayatnya itu untuk membenteng keselamatan negara. Gerakan anti ISA masih belum membuahkan lagi hasilnya. Walaupun kerajaan sudah bersedia melakukan pindaan tetapi ia tidak menjamin akta itu tidak terus mengganas. Pindaan yang dicadangkan juga tidak akan membawa perubahan besar terhadap taring akta berkenaan.

Tidak menjadi masalah kalau ISA digunakan untuk kepentingan negara. Tetapi apakah hakikatnya begitu? Dengan penahanan terbaru tiga orang itu menunjukkan ISA masih terus berfungsi dan berperanan seperti dulu.

Tidak ada pula kenyataan membantah penahanan tiga orang terbaru itu dikeluarkan mana-mana pihak. Apakah ini bermakna penahanan mereka itu tepat dan merupakan satu keperluan?

Pun begitu penahanan ketiga mereka itu tidak boleh dibiarkan begitu saja. Penambahan warga ISA itu sesuatu yang perlu difikir oleh semua orang khasnya pembangkang yang sering menjadi mangsa akta itu. Pihak pembangkang sering dijadikan kibas korban oleh kerajaan. Dan penahanan tiga orang itu apakah ianya sebagai isyarat bahawa ISA akan mengganas sekali lagi. ISA bersiap sedia untuk membaham mangsanya bagi memastikan kedudukan pihak tertentu dalam politik tidak terancam.

Saya tidak musykil kalau ISA digunakan atas kesalamatan dan kepentingan negara. Tetapi ia menjadi musykil dan kebimbangan besar kalau ISA digunakan untuk kepentingan Umno. Tindakan itu jelas menyalah gunakan akta berkenaan. Kerana itulah ianya memerlukan banyak lagi lilin untuk dibakar. Didoakan janganlah akta kejam dan zalim ini disalah gunakan sehinggakan menyebabkan rakyat akan bangkit beramai-ramai menentangnya dan orang tidak berdosa teraniaya.

Baru-baru ini ada pemimpin NGO (baca pemimpin 'nga' - tolol dan bodoh) mencadangkan supaya kerajaan menangkap pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Cadangan itu disanggah hebat oleh parti pembangkang dan puak yang anti kepada ISA. Cadangan itu juga dilihat sebagai rasis. Tetapi tidak mustahil kerajaan akan mengguna pakai cadangan itu untuk menggunakan ISA.

Tidak mustahil, tidakkkk mustahil.

Hari ini keadaan Umno sungguh mencemaskan. Semua pihak termasuk dalam Umno sendiri merasakan yang Umno mungkin tidak dapat mempertahankan kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Sudah ada pemimpin Umno yang membilang berapa banyak kerusi Melayu dan berapa banyak kerusi Cina. Sudah ada yang terang-terang menyatakan kewalangan yang BN akan kalah.

Kedudukan Umno hari tidak berapa stabil. Selain Umno bimbang dengan sokongan dari bukan Melayu tetapi sokongan Melayu juga mencemaskan mereka. Kehadiran pengundi muda yang rata-rata mahukan perubahan menakutkan Umno. Pendedahan demi pendedahan dan pembongkaran demi pembongkaran terhadap kebusukan kerajaan dilakukan pembangkang sungguh menakutkan dan menjadi perhatian.

Isu-isu mengenai Felda, saman terhadap Felda cukup mengocangkan 'iman" Umno. Terbaru isu projek Bakun yang mungkin akan menyaut wang KWSP. Isu ini mudah dimakan dan dimamah rakyat sebab ia hampir dengan mereka. Kedamaian Felda selama ini sudah terusik. Keseronokan peneroka melihat buah kepala sawit, susu getah warna putih sudah terusik. Apabila pembangkang mengkucar kacirkan kehidupan mereka, mendedahkan kebenaran mereka mula bertindak. Timbul rasa kebencian peneroka kepada kerakusan kerajaan.

Tindakan 776 orang peneroka Serting, Negeri Sembilan menyaman Felda minggu lepas adalah kesenimbungan penentangan dan protes peneroka kepada kepada kerajaan. Dipercayai selepas ini akan banyak lagi peneroka akan berarak ke mahkamah. Apa kata kalau semua semua rancangan tanah Felda mengambil tindakan sama terhadap lembaga itu.

Walaupun Timbalan Menteri yang jaga Felda bersama Pengerusi Felda cuba menangkisnya tetapi ia tidak berbekas lagi.

Jadi memerhati kepada keadaan ini menyebabkan tersimpul di kapala saya. Terfikir apakah kerajaan akan mengambil jalan salah dalam membalas serangan pembangang menerusi isu Felda ini dengan menahan aktivis yang menggerakkan isu itu di bawah ISA.

Ini hanya satu ilusi saya tetapi ia perlu diberi perhatian oleh mereka merasakan berpotensi untuk ditahan di bawah ISA. Pembangkang pula jangan beranggapan kerajaan takut menggunakan ISA kerana akta itu sedang ditentang. Sebagai pihak yang dalam keadaan terdesak Umbo akan menggunakan apa saja senjata yang ada kepadanya termasuk ISA. Kelambatan akta itu dihapuskan mungkin antara tujuannya untuk menjamin penerusan UBN menjadi kerajaan. [wm.kl.12:00 t/hari 14/08/10]

4 comments:

Unknown said...

Salam Tuan MSO,

Tidak seperti isu2 lain, kali ini saya tak setuju dengan awak...suadara kata salah seorang yang ditangkap adalah warga negara indonesia. Maknanya dia adalah warga asing?..Tolong jawap soalan saya dengan ikhlas, 1)apakah kita wajar membiarkan warga asing mencampuri urusan politik negara kita? ini bukanlah soal mana2 parti politik! ini soal maruah negara!! 2) Apakah kalau anda berada di pihak pemerintah, anda perlu ikut telunjuk mereka (saya rujuk kepada warga Indonesia)? Dalam kita seronok dan bersemangat memberi pandangan kepada orang ramai janganlah kita terlepas pandang kepada perkara-perkara yang boleh menampakkan kebodohan kita. Minta maaf kalau kata2 saya ini menyakitkan hati anda. Bukannya apa, sebagai teguran dan nasihat mana yang patut.

Sekian.

mohd sayuti omar said...

Salam, saya kira Roslan Saidin tidak faham apa yang saya tulis. ISA bukan saya tdak setuju, tapi jangan dijadikan senjata untuk kepentingan Umno. Kalau untuk keselamtan negara silakan. Penahanan warga Indoensia itu saya tak bantah pun, saya hanya qoute untuk memberi gambaran ISA masih digunakan.

Bila saya kata kenapa tak ada kenyataan berhubung penahanan terbaru itu apa yang saya nak cakap ialah peranan Gami itu, apakah ianya berperanan bila melibatkan orang pembangkang saja, tetapi tidak secara umum.

Rasanya tidak timbul saya tak akan bertindak kalau saya berada di pihak kerajaan ke atas anasir luar, saya tak kata begitupun. Saya harap Roslan baca kembali dan faham maksud saya betul-betul jangan sampai mempamerkan kebodohan kita.

Saya dah katakan blog saya ini hanya untuk golongan dewasa saja. Untuk budak-budak bawah umur rasa tak berapa elak sebab boleh menyemakkan kepalanya kecuali yang genius saja.

Apapun terima kasih atas keberanian menegur mana-mana yang patut tetapi sayang kerana yang tak patut pun ditegur sama.

Unknown said...

Salam Tuan MSO

Terima kasih di atas jawapan dari saudara. Saya akui saya ini tidaklah segenius saudara MSO atau para pembaca yang lain yang sering mengunjungi dengan memberi komen secara puji-pujian dalam blog saudara. Agaknya yang selalu puji2 saudara tu lah yang dianggap genius oleh saudara…
Petikan dari sebahagian jawapan saudara MSO kepada saya;

“ISA bukan saya tdak setuju, tapi jangan dijadikan senjata untuk kepentingan Umno. Kalau untuk keselamtan negara silakan. Penahanan warga Indoensia itu saya tak bantah pun, saya hanya qoute untuk memberi gambaran ISA masih digunakan.”

Maknanya saudara setujulah dengan penggunaan ISA ini dikenakan ke atas warga asing yang sibuk2 masuk campur ke dalam urusan politik Negara kita ! itulah yang saya maksudkan di dalam komen saya yang lepas. Tidak lebih dari itu…yang lainnya, mungkin tersalah persepsi dari saudara.

Sila baca balik komen saya baik2, sebenarnya saya tidak sentuh atau komenpun isu tentang peranan UMNO, GAMI dan lagi dua orang tu, jadi kenapa saudara MSO melalut tidak tentu pasal dan siap bagi ‘judgment’ kata saya tidak faham keseluruhan entri saudara!

Janganlah saudara berburok sangka kepada saya atau kepada sesiapa saja yang sudi memberi sedikit teguran. Apapun kita mestilah berlapang dada dan bersedia dikritik oleh sesiapapun tanpa perlu memilih samada yang dikritik itu datangnya dari seorang yang genius ataupun dari budak sekolah darjah satu. Walaupun betapa pahit kritikan itu, bagi penulis hebat seperti saudara MSO, ianya umpama ubat atau penawar bagi merawat penyakit darah tua dek kerana kelanjutan usia.

Selamat bersahur dan banyak2lah beribadat di bulan puasa ini.

tokjeng said...

Majoriti yang menentang ISA ini bukan kerana ia digunakan UMNO atau digunakan untuk menangkap orang asing atau sebagainya. Isu pokoknya ialah pelaksanaan undang-undang ini tidak adil kerana menahan orang tanpa bicara yakni tidak memberi peluang kepada yang ditangkap untuk membela diri. Malah yang lebih malang, tiada pertuduhan khusus pun dibuat di mahkamah. Maka kecenderungan untuk undang-undang ini disalah gunakan oleh piahk yang berkepentingan sangat tinggi. Apatah lagi ianya bertentangan dengan prinsip Islam yang mementingkan hujah dan bukti dalam menangani sesuatu isu, tuduhan atau dakwaan.Sekian dimaklumkan.. :)