Si Abu Nawas Dalam Umno
[kemaskini] PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno kali ini tidak banyak berbeza dengan penggulungan di perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Sikap Melayu suka membodek sepanjang masa ini masih kental pada ahli Umno. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat sebagai bakal calon pilihan raya akan datang tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindrom masuk lif tekan sendiri.
Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Mohd Shafei Afdal, (foto) Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Dari ketiga-tiga tokoh ini yang ada kelas dan kualiti perbahasan kali ini atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Semporna Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki. Tahniah untuk Shafei.
Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuta tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau meluahkan apa yang bergelora dalam relung hatinya. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Shafei tanpa kompromi mendedahkan kelemahan Umno dalam mendaftar anak muda menjadi pengundi. Baginya ini satu musibah bakal menimpa Umno.
Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu (Umno) yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP dalam mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan keseluruhan Melayu. Beliau memberi contoh Umno bersama MCA dan Gerakan hanya mampu mendaftar pengundi sebanyak 6,266 berbanding dengan DAP 20,274.
Keadaan itu sangat membimbangkannya yang diberikan tugas sebagai orang bertanggungjawab menambahkan pengundi. Dengan jawatan itu Shafei tahu sejauh mana komitmen orang Melayu dalam soal pengudian ini.
Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar sebagai pengundi terutamanya di kalangan ahli Umno. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu. Apakah cadangan ini akan dilaksanakan nanti? Tidak mustahil kalau Umno merasakan tertekan dengan keadaan itu mereka akan menggunakan mimbar masjid untuk meminta anak muda Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi. Kalau ini dijalankan bermakna orang Melayu benar-benar terdesak untuk mendapat undi.
Hishamuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Ucapan dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripada ucapan pada perhimpunan tahun lepas. Baginya tidak habis-habis menjual dan menceritakan Umno sebagai parti Melayu terbaik tanpa cuma mengemukakan idea untuk menambahbaikkan Umno dan menjadi ia parti yang menarik perhatian orang ramai. Kepadanya hanya Umno yang mampu membela orang Melayu. Sebenarnya tidak cukup bagi Hishamuddin menjual Umno yang orang sudah tahu bila tarikh luputnya ataupun apa ramuan yang ada dalam parti berkenaan.
Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobot. Diawal pembukaan bicara lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan bergemuruh untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolah-olah nyawa politiknya dalam hirerki kepimpinan Najib berada digenggam Rosmah.
Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib dan Rosmah. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat, Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.
Kisah lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid larut dengan kisah-kisah tafsir ibarat dan suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak-watak berkenaan untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.
Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufian, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada? Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa. [wm.kl.6:00 pm 23/10/10]
4 comments:
Itulah budaya UMNO.Bodek dan budaya kipas memang menjadi darah daging ahli2 UMNO sejak sekian lama.Memuji dan memuja penuh dgn maksud tersirat..Naik dlm hieraki kepimpinan bukan dgn kualiti kerja dan pengaruh bakti tetapi lebih kepada kabel dan talian hayat belakang tabir.
Jika berterusan begini, UMNO akan terus dirundung malang,memiliki barisan kepimpinan saling 'bantu membantu'. Ikatan tidak kukuh.Bila tidak masyuuukkkk akan ada la protes,ada berpindah rakit.Akan ada gunting dalam lipatan.Sekejap memihak ke sana, sekejap memihak ke sini.Masing-masing mencari dahan baru utk bergantung
Rasanya,sudah ada tanda2 UMNO akan menjadi pembangkang selepas PRU akan datang.PAU kali ni seperti hambar.Tidak begitu berbisa dan berkobar2 seperti tahun2 terdahulu.Pembentangan usul dan perbahasan juga tidak menampakkan UMNO bersedia untuk menghadapi PRU13. Jiwa pejuang dalam Pemuda,Puteri, Wanita juga tidak begitu nampak mereka ingin menang.Semangat mereka seperti masih pudar dan belum 'kebah'.Tanda2 itu masih boleh dilihat.Tersenyum tetapi hambar,tawar dan tidak bermaya.
Tuan,
Dari ramai Abu Abu tadi, tuan tertinggal Abu Hurairah (RA), dan dalam UMNO kata Zahid, mereka ini adalah Cybertrooper yang mencatit dan mempertahankan UMNO.
Saya tak lah berminat bila ada yang suka memaki dan berkata keji tak kiralah dari belah mana, tapi kalau disamakan dengan Abu Hurairah (RA), macam merendahkan martabat sahabat Nabi SAW aje.
Betul ke ada yang macam Abu Bakar (RA) dalam kelompok UMNO ?
A.Alshukor
Assalamu alaikum tuan. Bijak penglipurlara itu menganalogikan 5 abu dalam hikayat pembesar UMNO tu. kelima-lima abu itu memang ada dalam UMNO tapi UMNO itu sendiri duduk sebagai abu yang mana satu? Atau UMNO itu hanya sekadar abu rokok yang jatuh sedikit demi sedikit dari puntungnya setelah lima abu itu memnikmati sedutan demi sedutan dari batang rokok yang sedang dihasap. Akhirnya bukan sekadar abu yang hilang, puntungnya pun dibuang oleh lima abu tadi. Lantas datanglah abu lain dengan mengamalkan kayu sugi yang menjadi sunah nabi. Moga Allah merestui keadaan itu nanti.
Saya mengikuti apa yang diucapkan oleh Najib razak.
Banyak yang beliau listkan adalah kerana hasil usaha UMNO diantaranya penetapan Gaji Minimum yang akan dilaksanakan pada tahun depan. Semua PERWAKILAN bertepuk tangan...
Kenapa Najib nak kelentong rakyat, pembangkanglah yang menuntut penetapan Gaji Minimum ni. Saban tahun kesatuan sekerja (MTUC) bersama Parti2 pembangkang menuntut kenaikan ini dari kerajaan. Akhirnya kerajaan terpaksa akur demi menghadapi PRU-13 nanti. Kerajaan pimpinan Najib bimbang Tsunami 2008 akan datang lagi dan Putrajaya akan hanyut kepada Pakatan Rakyat. Sebab itu dalam ucapannya dalam perhimpunan agung UMNO beliau menyatakan akan mempertahankan habis-habisan Putrajaya hatta dengan nyawa sekali pun..
Sebenarnya UMNO masih fobia dengan kekalahan PRU-12 yang lalu. Sebab itu Muhyidin menyatakan walau apa sekali pun nak tak nak kita kena hadapi rakyat dalam PRU-13 nanti. Sebab itu apa kehendak rakyat marhaen bawahan mesti ditunaikan.
Kenyataan Muhyidin ini disambut oleh Najib dalam ucapan penggulungan akhirnya, beliau menyatakan akan turun kesetiap Negeri untuk melihat sambutan rakyat terhadap UMNO. Dalam isu sambutan ini najib akan kena tipu oleh Ketua Perhubungan UMNO negeri. Semua orang sudah tahu dan rakyat pun tahu kebanyakan orang UMNO yang datang kesetiap perhimpunan UMNO adalah kerana duit. Kalau tak ada duit poket dan bas percuma mereka tak akan datang. Hal ini berbeza dengan Pembangkang Khususnya PAS mereka akan datang dengan sukarela malahan lagi wang ringgit mereka akan diinfak kepada parti. Mereka tak pernah claim dengan parti setiap apa sumbangan yang mereka berikan.
Berbeza dengan UMNO, apa Najib kata dalam penggulungan akhirnya adalah betul seperti buat program UMNO Juara Rakyat, yang hadir dikalangan kelompok UMNO sahaja lepas tu claim duit dengan UMNO Pusat. Kalau macam ni bila UMNO nak menang sebab yang hadir adalah orang yang dah confirm ahli UMNO. Pemimpin bahagian tipu UMNO pusat...
Post a Comment