MERABA MALAM
Orang yang menjadi perhatian dunia politik hari ini dan dibimbangi oleh pihak UMNO khasnya, Deepak Jaikishan mendedahkan dia menyumbangkan RM8 juta untuk politik hasil dari penjualan saham dalam syarikatnya Astacanggih.
Perkara didedahkan hari ini dalam satu kenyataan berhubung status syarikatnya itu yang dipaksa dijual kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan.
Hasil dari penjualan saham dalam syarikat itu beliau memperolehi RM30 juta dan wang itu diagihkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiah RM13 juta selebihnya sebagai berbagai bayaran termasuk fee guaman.
Yang menjadi pertanyaan kini siapakah yang mendapat ganjaran RM8 juta itu? Umum telah mengetahui Deepak berkawan baik dengan Rosmah Mansor. Dia menganggap isteri perdana menteri itu sebagai kakaknya sendiri?
Deepak perlu menjelaskan siapa gerangan orang politik itu. Beliau tidak boleh menyembunyikan perkara itu kerana akan timbul prejudis. Apakah Deepak baru membuat promo selepas dia akan membuat pendedahan. Apakah Deepak akan memilih waktu sesuai nanti iaitu setelah parlimen di bubarkan?
Ada juga desas desus yang sampai ke telinga saya kononnya ada orang Najib Razak sedang membuat perundingan dengan Deepak. Sejauh mana betulnya dan untuk apa, tidak dapat dipastikan untuk waktu ini. Sesuatu yang berbau itu akan terhidu juga sama ada cepat atau lambat. [wm.kl.8:55 pm 28/12/12]
5 comments:
Kalau diamati, tak kesah parti mana, ahli politik nie kebanyakkan lbh kurang sama saja. Mana sekarang senang nak cari politician yg betul2 berjuang demi kemashatan rakyat, mostly ada agenda lain. So bila tahu belah ini dedah belah sana, saya tak heran mana sebab dua2 lebih kurang sama jugak.
Abang, Deepak ni lebih teruk dari perangai "ULAR" yg suka membelit.Dia sekarang sedang main wayang je bagi pihak BN. Nak beli jiwa Pakatan, lepas PAKATAN dapat malu, dia akan pusing balik.Samalah dengan BEKAS CID POLIS yg masuk PAS. Masuk untuk jadi "virus" atau "Trojan horse"..Just wait and see!!
Saya sangat setuju dengan pandangan saudara. Menerima ahli baru masuk parti dengan melulu, tanpa mengkaji sejarah dan melihat latar belakangnya terlebih dahulu amatlah merbahaya. Penerimaan ahli baru dengan sebab pangkat, populariti dan nama adalah alasan yang tidak boleh diterima sama sekali. Jangan jadi manusia yang buta sejarah. Tidak salah mengkaji falsafah dan pemikiran bangsa Cina, Sun Tzu. Hayati dan renungi muslihat beliau menentang musuh dan memenangi peperangan. Jangan berpaut pada dahan yang reput !
Saya setuju. Tetapi sebagai seorang islam kita wajib bersangka baik kepada orang lain. Yakn lah Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang IKHLAS.
Najib sekarang berada di Hongkong kenapa ya dan apa yang dibuat nya?
Post a Comment