Dalam demokrasi yang membenarkan kebebasan bersuara hatta kepada mereka yang gagap, sengau ataupun telor semuanya boleh bersuara. Itulah demokrasi yang difahami dan dituntut. Walaupun suara yang disuara itu jelas bertentangan dengan nilai diri ataupun wujud konflit tetapi kerana atas nama kebebasan ia boleh dilakukan.
Karpal Singh |
Karpal mahu Majlis Syura Ulama atau PAS membuat keputusan selari dengan ketetapan Pakatan Rakyat berhubung penggunaan kalimah Allah. Pakatan Rakyat bersetuju perkataan Allah diguna pakai oleh semua dan ia boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu.
Manakala majlis syura ulama pula memutuskan perkataan Allah boleh disebut oleh semua manusia tidak kira Islam atau tidak, kerana ia adalah hak semua. Tetapi Majlis Syura Ulama memutuskan perkataan Allah tidak boleh diterjemah ke dalam bahasa lain atas alasan terjemahan perkataan Allah dalam bahasa lain itu tidak menepati maksud yang terkandung dalam perkataan yang diterakan di dalam al Quran.
Atas prinsip kebebasan demokrasi tadi atau kerana dibenarkan bersuara tadi Karpal Singh boleh bersuara. Ia tidak menjadi kesalahan. Namun Karpal Singh harus faham beliau hanya boleh mencadangkan, sama ada ia dipatuhi atau tidak terserah maklum kepada PAS. Majlis Syura Ulama membuat ketetapan itu bukan suka-suka tetapi berdasarkan keyakinan dan iman.
Dalam hubungan ini saya melihat Karpal harus memahami kedudukan atau 'farak' di antara Pakatan Rakyat dan PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Ada perbezaan kepentingan dan sempadan mana yang boleh diikuti dan mana yang tidak boleh diakuri oleh PAS. Tidak semua apa-apa keputusan politik yang dibuat oleh Pakatan Rakyat khasnya dalam bidang berkaitan agama, budaya perlu dipatuhi noleh PAS.
PAS ada pendirian dan pegangan tersendiri di dalam hal ini. Adapun mengenai strategi politik, pendekatan politik atau budaya politik PAS boleh menurutinya kerana demi kemenangan dan 'maslahat' bersama. Tetapi sekiranya ia sudah menyentuh soal kepentingan agama, atau perkara yang perlu dilindungi tercabar PAS ia tidak mungkin mendiamkan diri bahkan wajib bagi PAS menentang.
Mengenai kalimah Allah itu ia bukan perkara kecil di sisi PAS sebagai parti Islam. Kehidupan manusia di Malaysia ini belum sampai ke dalam hakikat sebenarnya di mana kita ini semuanya berasal dari satu benih dan menerima bahawa semua agama itu adalah datang dari Allah. Tidak. Kita masih dibatasi dengan kepercayaan, keyakinan, iktikad dan akidah masing-masing. Islam memiliki akidah yang murni dan itu menjadi pegangan PAS sejak dulu dan keabadiannya.
Kalau Karpal atau sesiapa didalam Pakatan Rakyat memahami ini maka isu-isu berhubung agama tidak perlu 'diterak' untuk disesuaikan dengan ideologi dan cita-cita politik. Jangan memaksa PAS menggadai prinsip dan akidah agama di sini. Saya cukup bimbang kalau orang-orang seperti Karpal Singh kurang cermat membuat tuntutan kepada PAS, lantang bersuara mengenai hak-hak duniawi manusia akhirnya PAS tida mustahil akan 'mufarakah' dari Pakatan Rakyat.
Bagi PAS bukan segala-galanya politik. Ingat, bagi PAS mereka meletakkan keredhaan Allah tiu mengatasi segala keredhan duniawi yang lain. Kalau PAs meletakkan kepentingan duniawi sudah lama PAS akan bergabung dengan Umno. [wm.kl.7:06 am 20/01/13]
7 comments:
Tahniah tuan mso. Saya sependapat dengan tuan dalam hal ini. Semoga mr karpal benar-benar cuba memahami.
Tuan MSO untuk pengetahuan saya, adakah PKR yang diketuai Oleh DSAI bersetuju agar penggunaan kalimah Allah boleh diterjemahkan ke bahasa melayu, mohon perjelasan
kemah molek ..serabut perut dengan karpal nih..
...setuju dengan MSO...dan inilah ada hikmahnya...ruang untuk berdakwah memebrei kefahaman kepada yang masih tidak tahu/faham akan kerangka Islam..da;a, Islam ada tauhi uluhiyyah dan rububiyyah...manakala dari sudut syariat...dia kena faham metodologinya..aspek usul feq...tanggung jawab kita menjelaskan kepada seluruh ummat Muhammad...tak kira apa bangsa..
Penjelasan yg cukup baik oleh sdr mso. Saya juga berharap tuan karpal singh sebagai pemimpin kanan dlm pakatan rakyat memahami "do's and dont's" dalam Pas.
bagi singh ni faham sikit.kalu tak faham hal Islam dok la diam2.
Aku orang 'berpendirian bebas' atau aku orang atas pagar. Bila melihat kerakusan pemimpin2 umno merompak harta negara terasa sakit hati sungguh kejahatan mereka yang skrg ini dilakukan terang-terangan. Bila terkenang aku pernah bekerja dengan syarikat dan bos nya berbangsa cina, aku tidak dilayan dengan adil, bonus diberi tidak sebanyak rakan kerja berbangsa cina, buah pikiran aku dilekehkan. Aku selalu berperumpamaan, kalau lah public bank itu sebagai negara malaysia dimanakah melayu? Atau cimb dan ambank yang ceo nya melayu tetapi dikelilingi dengan penasihat2 dan gm2, dimanakah melayu? Bagi aku kalu melayu rela membuang kulit , rela dan ikhlaskah bangsa lain? Dari dulu melayu saja yg rela menyerah hak nya satu persatu.
Post a Comment