Monday, January 21, 2013

Rakyat Kelantan Ketawakan Najib, Hasan Kena Mohon Maaf

OLE OLE MALAM                                                                                                             

Baru sampai rumah dari Kelantan dalam rangka menjalani satu misi khas di sana. Selepas Najib Razak kunjung ke Kelantan saya perlu balik untuk mengambus tapak-tapak jejaknya? Hehe. Hari ini hujan turun di sekitar kawasan Najib mengadakan program semalam. Jadi tapak jejak Najib sudah habis hilang, tak sempat saya menyapunya.Jadi saya fokus seratus peratus kepada misi utama.

Seperti tapak jejak Najib hilang maka begitu juga hilangnya kesan dan ingatan orang kepada tujuh perkara yang Najib janjikan. Seperti mana kata Husam Musa dalam satu kenyataanya hari ini, cara Najib berjanji dengan syarat Umno menang di Kelantan adalah satu penghinaan terhadap rakyat Kelantan.

"Tidak memberi kesan apa-apa bos," begitulah pula tutur seorang peniaga kain di Kota Bharu mengulas mengenai janji Najib semasa minum di restoran Sudut Cahaya.

"Tapi katanya ramai orang?" usik saya kepada seorang penghulu di tempat berlainan.

"Memang ramai sebab dikerah, cikgu pula pagi-pagi lagi dah berada di kawasan RTC untuk melakukan senam arobik dengan Rosmah Mansor," kata tok penghulu yang menjaga hal ehwal orang-orang Cina. Beliau mengakui ada 350 orng pengundi Cina dibawah seliaannya.

Banyak ulasan mengenai janji Najib semalam. Berbagai-bagai versi dan satu pun tidak positif. Janji Najib diperli dan diketawai oleh rakyat Kelantan. Tetapi saya memberi ingatan kepada mereka (orang PAS) supaya jangan seronoknya.

Di sini saya nak sebut juga sikit sikit sebagai ole-ole malam ini iaitu mengenai berita 'busyro' keputusan mahkamah yang mendapati Utusan Melayu bersalah kerana memfitnahkan Anwar Ibrahim.

Keputusan itu saya rasa dinanti-nantikan oleh semua orang. Keputusan itu menunjukkan segala apa yang surat khabar itu cakap mengenai Anwar adalah bohong dan fitnah. Pun begitu surat khabar yang sudah terkenal dengan bohong dan fitnah itu tidak akan berhenti, ia akan meneruskan agendannya kerana sangat terdesak.

Ia semacam sudah melakukan 'hara kiri' dalam dunia persurat khabaran. Utusan sudah tidak tinggal apa-apa maruah lagi. Baginya ia akan melakukan seberapa banyak fitnah demi membela Umno kerana ia tahu selepas ini surat khabar itu akan tiada lagi.

Di sebalik keputusan itu ada orang bernasib baik dan perlu jaga mulutnya selepas ini. Dia tidak boleh cakap ikut sedap saja. Orang dimaksudkan itu ialah Hasan Akidah. Nasib baik Anwar tidak ikut saman beliau kalau tidak dia juga pasti akan dihukum bersalah memfitnah Anwar seperti mana nasib diterima Utusan.

Dan kalau Hasan benar seorang yang jujur, ada integriti apabila Utusan sudah didapati bersalah atas kenyataan yang dibuatnya, Hasan automatik kena memohon maaf kepada Anwar. Dia kena malu dan ambil tanggungjawab. Utusan menerima nasib malang dan mungkin kena bayar ratusan ribu itu ialah kerana 'pembohongan' dan 'fitnah' Hasan Akidah.

Kalau Hasan tidak tampil membuat permohonan maaf Anwar boleh mempertimbangkan untuk memulakan saman ke atas Hasan pula berasaskan kenyataannya yang dipetik oleh Utusan itu. Tetapi kenapa Anwar tudak menyaman sama Hasan bersekali kerana bagi Anwar, Hasan adalah tahi kuku saja bagi Anwar. Maaflah catatan ini bertabur sedikit. Selamat malam dan istirehat. [wm.kl.11:25 pm 21/01/13]

5 comments:

mahaza said...

Tapi memang ada ura-ura nak saman. DSAI sedang bincang dgn peguamnya selepas keputusan mahkamah tersebut. Kita tunggu keputusan seterusnya

Unknown said...

Sedihnya, kesemua 7 janji tersebut adalah berkisar kepada pembangunan infrastruktur fisikal, tidak ada satu pun melibatkan pembangunan insan secara khusus.

iGadget909 said...

Sekali lagi rakyat Kelantan diperbudak-budakan oleh Hj Najib.
'Janji Bersyarat' - bukan Janji Ditepati

PokAmid said...

Tuan MSO ibaratkan HA adalah tahi kuku saja bagi Anwar. Boleh jugak laa tu kerana taik kuku baunya tak sekohong mana. Kalau saya yang menulis, saya akan ibaratkan dia sebagia taik palat yang belum dikhatankan!!! Kerana hinanya dia angkara perbuatan sendiri.

Buah Kerdas said...

Sepatutnya Anwar kasihankan Hassan Ali, maka Anwar mesti saman malu keatas Hassan Ali. Dengan berbuat demikian maka Anwar akan dikira sebagai membantu Hassan Ali supaya sedar bahawa dirinya memfitnah orang.