Monday, September 23, 2013

Abdul Hadi ikhtiraf golongan profesioal

RENUNGAN                                                                                         

Sebenarnya saya lebih suka kalau ahli-ahli Pas tidak dipecahkan kepada dua 'mazhab' atau puak yang berlandaskan kepada latar belakang pendidikan ataupun perwatakan diri, ataupun apa-apa kriteria seperti apa yang disebut sekarang ini, sepuak golongan ulamak dan sepuak lagi golongan profesional.

Abdul Hadi Awang
Sebab itu apabila media massa PB menyandarkan profesional sebagai nama perdana menteri Turki, Tayib Erdogan saya tidak kerap menggunakannya, saya lebih selesa menyebut mereka ini prolib - profesional liberal. Sebab jika dihaluri ada perbezaan di antara watak-watak profesional dalam Pas dengan Erdogan.

Istilah diguna pakai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa saya rasakan lebih tepat, lunak dan jelas. Beliau menamakan dua kumpulan yang 'dipisahkan' itu sebagai konservetif dan modern. Koservetif mereka yang ingin mengekalkan beberapa ciri-ciri atau pegangan berpersatuan lama di dalam Pas yang dilihat perlu kepada perubahan. Manakala yang modern yang ingin merubah yang konservetif itu agar lebih progresif dan dinamik lagi.

Saya kira perwujudan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang diuruskan Mujahid itu adalah langkah ke arah memodenkan (dinamik) Pas sejajar dengan kehendak semasa. Saya tidak setuju dengan perwujudan DHPP kerana melihat kesan jangka panjangnya tetapi akhirnya ia tidak dapat mengelak kepada perwujudannya kalau Pas ingin berjaya.

Sebaik-baiknya tidak ada penduaan (faraq) ahli dan pemimpin didalam Pas.

Suka di sini saya menarik perhatian kepada penjelasan atau seruan Presiden Pas Abdul Hadi Awang terhadap golongan yang dikatakan profesional atau pun moden tadi. Abdul Hadi juga turut sama menggunakan istilah berkenaan, profesional dan ulamak. Menurutnya golongan profesional besar jasanya dalam menubuhkan Pas sehinggakan mungkin kalau tidak ada mereka (profesional) Pas tidak wujud (sistemetik) seperti hari ini.

Lantas beliau menyebut Yang diPertua Pas Dr Alias Abbas adalah antara orang yang berusaha untuk mendaftarkan Pas. Turut sama berperanan ialah Prof Ahmad Ibrahim, Ungku Omar dan Aminuddin Baki. Ertinya golongan profesional inilah yang menjadi tuan hak milik kepada Pas sebagai sebuah badan siasah.

Kenapa Abdul Hadi membawa cerita itu, mengimbau balik ke belakang kepada sejarah penubuhan Pas? Tentu ia ada motif tersendiri. Yang jelasnya presiden Pas itu mengikhtiraf peranan dan kewujudan golongan profesional dalam mengangkat martabat Pas sebagai badan politik. Dalam erti kata lain semua pihak tidak kira apa aliran fahaman dan latar belakang didalam Pas harus menerima golongan cerdik pandai atau 'albab' itu.

Tegasnya, kalau Pas ingin menjadi kerajaan mestilah memiliki kemahiran mengenai hukum hakam dan kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu yang dimiliki oleh profesional. Penegasan itu menjelaskan presiden faham peri pentingnya kedua-dua golongan bahkan golongan-golongan picisan lain berada dalam Pas perlu dihormati kehadiran mereka.

Memang akhir-akhir ini ada kecenderungan cuba memisah atau memecahkan ahli Pas kepada dua aliran, baik dinamakan konservetif atau moden, ulamak atau profesional atau sebagainya. Gejala ini ini membahayakan Pas kerana apabila kedua-dua pihak berpegang kepada kumpulan mereka apa lagi kalau sudah ada tuduh menuduh akhirnya Pas akan terpisah kepada dua firkah. Saya tidak pasti apakah matlamat usaha pemisahan ini apakah ingin memonopoli Pas atau apa? Sedangkan kedua golongan ini boleh diibaratkan tangan kanan dan tangan kiri dimana tanpa salah satunya cacatlah Pas.

Sebagai presiden Abdul Hadi nampak perkara ini sebab itu beliau membawa pemerhatian ahli Pas semua kepada sejarah lampau dengan harapan tidak ada persepsi buruk atau meletakkan golongan profesional tersudut dalam jemaah Pas hanya semata-mata kerana nama Pas itu sebagai parti Islam. Kena faham bila ada profesional maka akan ada golongan lain yang bertentangan di antara satu sama lain. Pertengangan atau pemecahan itulah yang dikehendaki musuh Pas. Kata buya Hamka dalam sebuah serikata nasyib, perbalahan meruntuhkan kekuatan.

Seruan Abdul Hadi agar ahli-ahli parti tidak terikut dengan pemisahan itu hendaklah dijadikan azimat kepada setiap ahli Pas. Mungkin latar belakang atau perwatakan serta budaya boleh dipersoalkan kerana manusia ada hak membuat pentafsiran, tetapi jangan sesekali mempertikaikan kealiman dan akidah sesama ahli Pas kerana itu sudah sampai ke tahap melampau.

Mudah-mudahan selepas ini ahli dan penyokong Pas tidak akan menjarakkan saf mereka dengan menganggap diri aku golongan ini dan dirimu golong itu. Pas perlu melawan musuhnya secara bersama umpama sekawan harimau yang sama-sama meratah daging buruan tanpa mengira siapa yang menangkap dan menjatuhkan dahulu mangsa itu. Persepakatan dan persepuakan Pas laksana sekawan harimau di hadapan hidangan itulah sangat diperlu. [wm.kl.8:40 am 23/09/13]

8 comments:

Ridzuans said...

Salam Tuan MSO,

Kumpulan pertama yang menghebohkan istilah ulamak dan profesional, moden dan konservatif adalah dr kalangan ulamak sndr. Lihat saja pd muktamar yg sblm ini, gerakan utk mghalang golongan profesional bermula dr golongan yg katanya begitu ulamak ini. Menjelang muktamar kali ini pun, golongan ini sekali lagi menjadikan isu profesional dan ulamak ini sbg mileage politic. Oleh yg demikian, teguran yg plg utama dr Presiden adalah kpd Dewan Ulama itu sndr..

Kharis Saleh said...

saya agak bersetuju dgn comment drpd ridzuans...sebagai ahli biasa, saya jd rimas dan risau dgn pergolakan ini... semua ini hanya memberi mileage kepada umno....

razali said...

Tuan,
Mutahir ini , saya melihat ada 2 isu besar yang di akhiri dengan komen nutral ( play safe ) dari TGHH. Pertama adalah Multaqa Dewan Ulamak PAS di Kedah yg umum melihat sebagai satu letusan rasa tidak puas hati ulamak PAS terhadap PKR . Komen terbaru adalah berkait dengan kedudukan / peranan professional dan ulamak dalam PAS ( jarum fahaman sekular ).Umum melihat kedua-dua isu ini di mulakan dan di hangatkan oleh pihak ulamak PAS sendiri dan secara hakikinya , presiden PAS, TGHH adalah tergolong dalam kelompok ini. Mudah-mudahan ketegasan TGHH dalam menyatakan pendirian beliau adalah tulen dan bukan hanya ` test market'.Kejengkelan rakyat marhaen / pengundi seperti yg di suarakan di pelbagai platform seharusnya di pandang serious.Rakyat juga adalah sebahagian dari pejuang -pejuang yg terlibat secara langsung utk menjatuhkan kerajaan UMNO / BN secara demokrasi. Di manakah kedudukan PAS sebagai antara parti yg tertua di Malaysia ini sebelum tercetusnya gerakan reformasi 1998 ?.......

mohd sayuti omar said...

Salam, saya kurang yakin dengan Hj Hadi tentang ketegasannya. Maaf.

razali said...

Salam tuan, saya memilih utk berlunak disamping berharap ada nilai-nilai kepimpinan pada TGHH utk terus memimpin PAS . Saya percaya , pandangan tuan turut di kongsi oleh ramai penyokong/pengundi terutama dari luar Kelantan & Terengganu.Malangnya , kelemahan-kelemahan kepimpinan beliau itu setakat ini masih gagal di terjemah dalam bentuk tindakan. Setakat ini , dari beberapa kawasan yg telah menyelesaikan muktamar masing-masing....tiada satu pun pencalonan utk mencabar TGHH sbg presiden. Adakah PAS sangat berpuas hati dengan kepimpinan beliau atau penyakit UMNO sudah menular .......apa pandangan tuan?

Ridzuans said...

Salam.apa lah nk diharapkan dr Presiden. Smpai ke hari ini tiada tindakan yg diambil ke atas pesalah yg membelakangi keputusan parti, yg menhancurkan harapan rakyat dgn bertanding di tmpt yg diserahkan kpd rakan PR hanya kerana gerakan ini didalangi oleh geng ulamak atau menantunya sndr..no harap apa lg..nk bg komen bkn kpd individu yg sepatutnya bimbg hilang sokongan?

mohd sayuti omar said...

Saya menjawab serentak persoalan razali dan ridzuan... tidak ambil disiplin kpd ahli yg bersalah bukan urusan presiden, itu urusan lembaga disiplin... bila tidak ada desakan, maka tak buat. mengenai tiada orang lawan presiden bukan bermakna beliau masih relevan tetapi kerana wala' yang tinggi. inilah keistimewaan dalam pas, kadang2 kerana ini ia menjadikan pas lemah. walahu'alam.

Ridzuans said...

Salam tuan. Kalo tiada tindakan disiplin diambil itu menunjukkan kelemahan Pas x kira di peringkat mana. Ini kerana isu khianat bkn isu mudah yg akan berlalu begitu sahaja. Isu khianat bkn sahaja terhadap PR tp kpd harapan rakyat. Kalo isu ini dipandang enteng hanya kerana yg tlibat adalah golongan ulama, kredibiliti Lembaga Disiplin adalah begitu teruk