Monday, August 11, 2014

Nasib Khalid makin jelas ditangan Pas

TELAHAN MALAM                                                                            

Sultan beri perkenan terus jalankan tugas MB.
[kemaskini] Hari ini kemelut politik dalam PKR Selangor yang merebak ke dalam Pakatan Rakyat sudah hampir ke kemuncaknya dan sudah menampakkan denai-denai penghabisan. Puak yang mendokong Khalid Ibrahim mungkin merasa lega apabila Majlis Dewan Diraja Selangor telah menasihatkan Sultan Selangor supaya memberi laluan kepada Khalid untuk terus jadi MB Selangor.

Dengan mempercayai bahawa Khalid masih mendapat kepercayaan Adun Selangor, Sultan Selangor memberi perkenan supaya Khalid terus menjadi MB Selangor. Tetapi perkenaan itu tidak merupakan sesuatu yang muktamad dan sahih. Ia mungkin berlaku setakat beberapa hari sahaja, paling lama sehingga Pas mengadakan mesyuarat jawatankuasanya yang dijangka 17 Ogos setelah ditunda sebanyak dua kali, 10 dan 13 Ogos.

Pengakuan Khalid kepada Sultan Selangor kononnya dia mendapat kepercayaan Adun Selangor meragukan kerana tidak ada bukti jelas atau pun sebarang pernyataan bertulis. Khalid hanya beranggapan dia mendapat sokongan ahli Dewan dengan berpandukan kepada kenyataan akhbar kononnya empat Exco daripada Pas kekal bersamanya serta pengakuan media yang 12 Adun Umno menyokongnya sebagai bukti beliau masih mendapat sokongan.

Tidak ada apa-apa surat pernyataan yang ditanda tangani oleh ke empat Exco Pas itu menunjukkan apa yang didakwa oleh Khalid tidak sahih. Agak menghairankan juga macam mana Sultan boleh mempercayai Khalid tanpa ada bukti nyata? Barang kali inilah dikatakan budibicara.

Jika dihitung angka-angka yang disebut Khalid itu ini bermakna hanya 16 orang Adun sahaja yang menyokongnya semantara 39 orang Adun lagi masih menjadi tanda tanya. 39 Adun itu 15 daripada DAP, 13 daripada PKR dan 11 daripada Pas. Sekiranya 39 Adun ini tidak menyokongnya macam mana beliau boleh mempersembahkan kononnya beliau mendapat sokongan ahli DUN? Selangor. Bukankan itu satu penipuan atau mempermainkan sultan?

DAP telah menyatakan yang kesemua 15 Adun mereka hilang kepercayaan kepada Khalid. Persoalan kini apakah 13 Adun PKR dan 11 Adun Pas menyokong Khalid atau pun tidak?

Secara gentlemannya Khalid tidak layak untuk memaklumkan kepada Sultan yang beliau masih mendapat sokongan ahli dewan kerana tidak ada pernyataan bersurat berhubung sokongan berkenaan. Kemusykilan juga timbul berhubung hal ini sejauh manak pihak Istana atau Sultan mempertimbangkan keadaan ini yang masih dalam samar-samar ini? Apakah pihak Istana juga berpihak kepada Khalid?

Sementara itu seperti mana yang diduga awal-awal Khalid akan membawa kes pemecatannya ke mahkmah untuk membuka ruang kepadanya bertindak mempertahankan kedudukannya. Tindakan undang-undang ini adalah jalan bagi dia mendapat "tali hayat" untuk tidak berundur walaupun beliau sudah hilang hak dari segi perlembagaan parti.

Tindakan mahkamah atau perundangan adalah untuk melengah-lengahkan masa membolehkah MB itu terus berada di pejabat MB dan bekerja seperti biasa termasuk meluluskan apa-apa projek yang dirancang.

Khalid akan terus berada di pejabat MB sehinggalah mahkamah atau undang-undang memberi penjelasan dan kata putus dalam soal ini. Manakala Sultan pula dipecayai akan memberi kata dua berpandukan kepada perkembangan seterusnya. Langkah ini disengajakan Khalid. Dalam ruang ini juga beliau akan terus mencari pengaruh bagi mendapat sokongan daripada Pas dan juga beberapa Adun PKR.

Perkembangan selanjutnya mengenai nasib Khalid akan ditentukan oleh Pas. Khalid telah eksplotasi kenyataan media Pas dibuat Mustapa Ali menyatakan Exco Pas kekal. Di sinilah Pas menjadi pemegang anak kunci kepada ketentuan nasib Khalid. Pas boleh mengambil kesempatan dalam situasi hari ini termasuk memiliki jawatan MB menerusi Khalid.

Dengan sokongan kesemua ahli Pas 15 dicampur dengan Umno 12 menjadi 27, Khalid boleh kekal sebagai MB dengan mendapat kepercayaan anggota Dewan. Kekurangan dua Adun untuk mendapat majoriti Khalid mungkin akan berusaha untuk mendapat sokongan sekurang-kurang dua anggota Adun PKR.

Umno telah membuat kejutan apabila menyatakan kesemua Adunnya akan memberi sokongan kepada Khalid. Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Mohd Yassin mengatakan sokongan itu adalah ikhlas bukan ada apa-apa udang disebalik batu? Sokongan Umno itu yang dianggap pelik dan diluar moral politik itu sebenarnya tidak memelikkan apabila menyelidik dan membelek politik Umno selama ini.

Dalam tempoh 48 jam ini sangat penting bagi Khalid dan juga PKR khasnya bagi menentukan nasib masing-masing. Sudah tentu mulai semalam Khalid atau agennya sedang berusaha untuk mendapatkan korum bagi mengekalkannya sebagai MB. Harga Adun Pas dan PKR juga ketika ini naik mendadak. Mana-mana Adun yang bersedia untuk mengkhianati Pakatan Rakyat dan memalukan Anwar Ibrahim bakal menerima bayaran lumayan dan boleh berbuat mengikut kehendak sendiri.

Saya tidak mahu maralkan apa-apa di sini, tetapi kita sama-sama tunggu siapakah dalam kalangan 11 Adun Pas dan 11 Adun PKR akan sedia untuk menjual maruah mereka dengan bertindak berpaling tadah atau pun mengkhianati semangat Pakatan Rakyat. Saya yakin kesemua Adun DAP 15 orang akan konsisten dengan pendirian mereka menolak Khalid, termasuk juga tiga Exco mereka akan mengambil tindakan meletak jawatan.

Apakah Pas akan memberi arahan kepada empat Exco dan 11 Adunnya terus menyokong Khalid atau tidak? Perlu diingat Pas akan dinilai oleh seluruh pengundi dan rakyat Malaysia mengenai wibawa politiknya. Dalam pada itu pada pengamatan saya berpandukan senario dalam Pas berhubung kronologi krisis MB ini Pas mungkin akan turut membuat kejutan politik sama dengan Umno, menyokong Khalid? Kalau itu berlaku maka celakalah Pas bagi pencinta Pakatan Rakyat dan mereka berdendam dengan Umno [wkl.kl. 9:02 pm 11/08/14]

4 comments:

akulah69 said...

Jika Pas menyokong tski, maksudnya berkecai sudah PR. Berkecai sudah harapan utk PRU14. Umno sudah boleh berangan2.... bye bye PR......bye bye DSAI, LKS, LGE. PAS...jika berpelukan dgn umno, mgkin survive kot...klu PAS bersendirian...bn will be the champion forever ever..

ucin sasuke said...

Satu perkembangan yang amat menarik sekiranya PAS sebulat suara menyokong Khalid dan bekerjasama dengan UMNO. Mungkin juga selepas ini tiada lagi pembangkang di Kelantan dan Terengganu.

Putra IJ80 said...

Ini lah Hikmah Allah memberikan kemenagan besar pada PAS di selangor jika di bandingkan sebelum nya..

Allah Uji keimanan dan Ketaqwaan mereka baik dari segi Agama mau pun dari segi Moral...

Kita lihat arah mana mereka tuju..jika kearah ke redhaan nya...maka Syurga lah bakal di tempatkan dan sebalik nya akan membawa kehancuran dan azab yg amat perit...

Elok di Uji begini utk tahu sejauhmana mereka istaqamah dlm memperjuangkan Islam atau Politik duniawi semata mata...

Unknown said...

cuma ade satu shj pilihan PAS iaitu bersama PR dan bermakna menghormati persefahaman antara komponen parti iaitu mengikuti cadangan PKR menukar khalid dgn wan azizah. ini juga bermakna ade yg terpaksa menelan ego masing2 atas keterlanjuran yg telah dilakukan. adakah ini sesuatu yg akan berlaku? kite saksikan.

apa2 keputusan selain dari itu akan menjatuhkan kedudukan PAS di mata rakyat. sebuah parti politik yg payah mencapai keputusan [meeting tertangguh] dan sebarang pindirian yg dibuat sukar dipercayai [mudah flip-flop] kerana tiada unsur disiplin diperingkat atasan.

sbg contoh, PAS ambik jln mudah. berkecuali sebab dah tersepit tapi perlu jugak nyata sokongan kpd khalid, setuju @ tidak? sebenarnya lagi serabut pendirian ini... walaupun sekilas pandang nampak mudah. jika sekapal dgn khalid bersama apakah jaminan umno bila tibe pru14 dari segi colon utk kawasan. dah tentu kawasan rebutan utk pru14 akan bertindih antara pas dgn umno sebab merubut pengundin yg sama. apakah umno nak mengalah utk beri laluan utk elak bertindih? masa tu baru tau tinggi rendah kesan pil kuda.

jika tarik sokongan ke khalid tetapi memberi syarat2 baru sbg contoh tak mau perempuan - sekali lagi ini akan memberi kesulitan pada diri sendiri. pkr bole beralah tetapi pas akan dilihat sbg parti yg dah lah lembab tetapi banyak songeh. bayangkan semua tindakan yg dibuat dlm 2-3 minggu ini menyokong khalid, apakah otu semua sia-sia saje?

inilah die padahnya bila pimpinan utama telah dibuai dgn angau2...

kite tgk ape DAP dah kata dan dah buat dlm episod pertukan MB.

bukankah itu sesuatu yg mengikuti lunas Islam maka boleh diwawarkan dan dijadikan sbg dakwah. segera buat meeting khas, umumkan pendirian sokong pkr dan atas semangat setiakawan tidak akan terima khalid sbg ahli dan excomsedia meletakmjawatan. pendek kata cakap serupa bikin.

kita lihat pula ape PAS dlm episod yg sama.

tarikh meeting ubah2, takde meeting khas, presiden buat kenyataan pribadi seblm meeting, pendirian parti tak buat maka anak buah buat perkara melanggar etika persefaham PR. tak displin, takde objective jelas, bersifat khianat ...
adakah ini nilai2 keislaman?

bukankah masalah sama berlaku keatas pak arab dlm kontek zionist? benda sama berlaku kat sini.