Monday, August 25, 2014

Apakah PKR, DAP terima kalau Adun Pas ditunjuki sebagai MB?

PENING SENJA                                                                                 

Mengenai pengisian jawatan MB Selangor yang bakal dikosongkan Abdul Khalid Ibrahim esok, Pas tampaknya ikut sama berangan-angan agar kerusi keramat dan penting itu diberikan kepadanya. Apabila Pas dalam mesyuarat jawatankuasa kerja hari ini memutuskan agar Sultan menentutkan siapa calon penggantinya, ertinya Pas membuka balik pintu jawatan itu yang sudah ditutup tanpa kunci sebelum ini.

Azmin juga layak jadi MB Selangor.
Keengganan 13 Adun Pas menanda tangan SD sokongan kepada Dr Wan Azizan menyerlahkan niat buruk parti agama itu dan memberi gambaran semangat setiakawan tidak dipeatuhi.

Mesyuarat jawatankuasa Pas yang diadakan hari ini telah membuat pendirian itu mengubah pendirian sebelum ini yang mahu dua nama dihantarkan kepada Sultan sebagai pengganti Khalid. Dua nama itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali.

Bagaimana pun Pas menarik balik keputusannya itu dengan menyerahkan sepenuhnya kepada Sultan Selangor untuk memilih atau menunjukan sesiapa sahaja dari kalangan 54 Adun di Selangor. Pas menarik balik dua nama itu apabila PKR memutuskan hanya menghantar satu nama sahaja, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sekali tenguk tindakan Pas itu berpulas-pulas macam tangkai jering, tetapi itulah politik parti agama itu. Dengan membuat begitu, menyerahkan kepada budicara Sultan, Pas boleh berangan-angan, manalah tahu kalau untung sabut timbul dan Adun mereka dipilih menjadi MB, maka akan raya hindulah Pas.

Mungkin Pas berharap kepada kemungkinan itu kerana dari segi majoriti Pas memperolehi majoriti sebab kerusinya 15 berbanding dengan PKR yang kini jadi 13, (selepas ketiadaan Khalid) BN 12, manakala DAP walaupun 15, tetapi dari segi perlembagaan parti itu tidak berhak untuk dipilih sebagai MB.

Bagaimana pun perlu diingat juga, PAS sebenarnya tidak lagi berkedudukan 15 (mendapat majoriti) apabila dua orang Adunnya, Saari Sungip dan Hasnul Badaruddin menyatakan sokongan kepada PKR. Kedudukan dari segi sokongan hari ini PKR 15 manakala PAS 13. Sekali lagi kalau matemetik dijadikan perkiraan PKR mengatasi Pas dan berhak untuk dilantik menjadi MB.

Apakah angka-angka sokongan ini menjadi perhitungan dan dikisahkan oleh Tuanku Sultan? Kalau Sultan berpandukan kepada angka ini, tidak dapat tidak Adun daripada PKR akan dipilih menjadi MB. Dan sepatutnya untuk melihat adil dan telus Sultan perlu berpegang kepada suara majoriti. Sekiranya Sultan tidak memberi perkenan kepada Dr Wan Azizan, maka Azmin lah dipilih sebagai MB Selangor baru.

Sekiranya matemetik tidak diambil kira, maka musibah lain akan berlaku. Kalau Sultan menunjukkan mana-mana Adun Pas untuk menjadi pengganti Khalid, krisis MB Selangor ini akan terus bernyawa.
Jika Sultan mahukan kepada Adun Pas sudah tentu ianya akan dibantah oleh DAP dan PKR atas kekurangan majoriti. Budibicara Sultan yang menyenangkan Pas itu akan diatasi oleh asas dasas demokrasi.

Mereka dalam Pas yang sebelum ini berkebuk marahkan kepada dua Adun yang memberi sokongan kepada Azizah sehingga ada yang menyuruh Pas memecat mereka, akan menyesal dengan tindakan belum baligh itu kerana ia menghilangkan majoriti Pas.

Apabila PKR dan DAP menentang kalau Adun Pas ditunjuk sebagai MB, ibarat kata akan berlaku KECELAKAAN besarlah dimana ia membawa kepada pembubaran DUN Selangor yang tidak diingini oleh sesiapa itu.

Pembubaran DUN Selangor selepas kesediaan Khalid untuk berundur secara paksa ia akan diletakkan atas bahu Pas kerana tidak sedia menunjukkan sokongan kepada PKR sehingga merumitkan pengganti Khalid sebagai MB. Di samping itu "musbah" itu juga akan dipangkukan ke ata bahu PKR terutamanya Anwar Ibrahim kerana tidak bijaksana menyelesaikan dengan mengambil Azmin sebagai pengganti Azizah seperti mana dikehendaki Pas.

Kerumitan ini akan dapat diselesaikan kalau Pas dan Anwar menemui jalan penyelesaian. Tamat. [wm.kl.6:35 pm 25/08/14]

8 comments:

aqaadnan said...

Tuan saya penyokong PAS walaupun tidak menjadi ahli. Apapun alasan yang PAS kemukankan,pendekatan politik PAS dalam isu MB ini membuat saya terlalu sakit hati. Mungkin PKR (ANWAR) ada kesalahan dalam isu ini, tapi PAS menzahirkan satu yang amat buruk untuk tatapan orang muda yang tidak berparti

bat8 said...

Tuan,

Tindakan PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Tuanku Sultan m3milih MB tidak mengikut undang-undang. Sultan kita adalah sultan berpelembagaan dimana setiap tindakannya mesti mengikut undang-undang.

Dalam soal membentuk kerajaan, Sultan terikat untuk menerima calon yang dicadangkan oleh parti atau gabungan parti yang memileki majoriti di DUN. Sultan mempunyai pilihan yang s3mpit didalam soal ini.

Tindakan PAS sebenarnya lebih kepada helah politik semata-mata berbanding dengan undang-undang.

Lebai Malang said...

Sememangnya saya tidak suka kepada Dato Stopa Ali sejak dulu lagi tetapi tidak pernah menjangka begitu jijik sekali politik nya. Terasa sangat malu dengan rakan2 bukan Melayu dengan perangai pemimpin parti Islam ini, malahan terasa amat bersalah ke atas setiap undi yang diberikan kepada calun mereka dalam PRU yang lepas. Sedar lah wahai pemimpin2 parti Islam yang parti ada semakin jauh dari a golongan muda dan golongan bukan Melayu

Unknown said...

Secara terang2 pas mengkhianati semangat pemuafakatan dlm pr..sebenarnya ada agenda terselindung oleh segelintir pemimpin pas utk mengwujudkan kerjasama dgn umno

ala kasim said...

Salam Tuan,

Teruknya flip flop PAS.., dengan keputusan terkini PAS rasanya terjawab sudah siapa akan menjadi MB selangor..TGHA sudah tentu mendapat bisikan dari pihak istana siapa pilihan kalbu Sultan..
Saya kurang yakin jika PAS menerajui selangor kerana selain Kelantan tudak ada lagi negeri lain yang boleh di pertahankan oleh PAS..contohnya Kedah dan Tetengganu..kalau ada Kelantan pun hanyalah kerana batang tubuh TGNA..
Kerugian yang paling besar pada kita semua ialah orang bukan islam akan melihat Islam itu tidak lagi indah.. tidak perlu menunaikan janji dalam islam, cakap org islam itu boleh berubah rubah, tidak ada persaudaraan dalam islam.. persepsi org bukan islam akan berubah kepada orang islam

Unknown said...

tuan,

dalam kes ni, beban utk menyelesaikan kemelut jatuh pada PAS sahaja. dahle lambat sangat nak buat meeting dan nak semua org ikut rentak die, skrg bila dah buat meeting keputusan takde kata sepakat. kejap bagi syarat kat org nak kena letak dua nama pastu skrg nak serahkan pada sultan plak.. esok tak taulah... kot2 nak mintak borang ahli BN kot..

SELEKEH sungguh cara pikiran dan tindakan PAS nie.. mmg dlm politik ape2 boleh jadik termasuk tindakan yg bukannya bodoh tapi banggang... utk ape 13 adun tu nyatakan tak mahu sign sokongan wan azizah.. tak ubah pun kedudukan simple majoriti. utk ape tuan Mustafa enggan sign meeting PR.. utk ape semua ni? porak peranda cara tadbir PAS.

wahai adun2 PAS di selangor, ini peringatan dari anak jati selangor... anda ade kerusi di sini sebab Pakatan dan bukan sebab kerana Pas semata2. mcm mana nak mengIslamkan org lain jikalau perangai iaitu contoh2 yg anda tunjuk sungguh memalukan, tak boleh diikuti dan dipercayai? ini kah dakwah yg cuba ditunjukan oleh parti agama?

Salleh - Putrajaya said...

Saya tak percaya PAS "teringin" kerusi MB Selangor...., kalau betul dia nak.., bukan begini sikapnya. Mereka juga dah isytiharkan mereka tak nak..., nama calon kedua yang PAS namakan juga orang PKR..., bukan dari PAS apalagi DAP.

Sikap PAS ini saya percaya ada hubungkait dengan Istana dan juga perbezaan pandangan dikalangan pemimpinnya. Juga ada hubungkait dengan rasa "tercabar" dengan sikap PKR yang memaksa2 keadaan sehingga semua yang PKR nak PAS perlu "endorsed" secepat mungkin. Jika lambat..., maka akan keluarlah berita skandal Cikgu Pa, keluar teori PAS nak jawatan MB, atau PAS nak UG dengan UMNO dan seumpamanya.

Sikap memaksa2 dan mendesak rakan kongsi bukanlah asas semangat setiakawan yang tinggi.

PR perlu sedar bahawa kejayaan mereka adalah "terhasil" dari "kerjasama" 3 parti terasnya (PAS, PKR dan DAP). Pecah satu sahaja dari pakatan ini..., hancurlah PR. Jika itu berlaku, saya yakin;
1) PKR akan berkubur sepertimana berkuburnya Pasri S.46 dan lain2.
2) PAS akan kalah banyak kerusi, namun berjaya menyelesaikan masalah dalamannya (kumpulan PKR dalam PAS). Mereka akan mundur 10 tahun ke belakang, namun boleh kembali dengan kekuatan sekarang dalam jangka masa 10 tahun tersebut.
3) DAP juga akan kalah di banyak kerusi, namun mereka berupaya menyusun semula kekuatan dengan cepat sekiranya "adanya" tokoh baru yang berupaya kerjasamanya dengan PAS.

MNA said...

Salleh Putrajaya, dalam hal ini bukan PKR memaksa, tetapi pemimpin tertinggi sudah menghidu kelemahan awal Khalid Ibrahim, dalam jangka masa panjang Khalid boleh berunding dengan UMNO dan BN. Inilah yang ditakuti oleh PKR, kenapa Wan Azizah dan bukan Azmin, pandangan politik DSAI amat tajam. Satu sebabnya DSWA tidak mungkin dapat dirunding untuk berkompromi dengan UMNO dan BN, tetapi pemimpin lain kebarangkaliannya tinggi. Sebab itulah parti itu minta TSKI meletakkan jawatan tetapi masalahnya PAS kenapa pula pas tidak memahami itu. Sebabnya pemimpin-pemimpin pas ini memang kurang bijak berpolitik, lurus bendul. Tengok sahaja Kedah betapa mudahnya ditawan semula BN, walaupun dikritik oleh parti sendiri tetapi lembab dan lembam. Tidak mahu menukar Menteri Besar, apa akibatnya. Pas menjadi punca kemelut ini kerana mengapa tidak setuju dengan cadangan PKR untuk menggantikan menteri besarnya yang juga dari PKR, kalau sudah ada keputusan pun esoknya akan berubah.Bukankah begitu? Rakan-rakan bukan Islam pun mempersoalkan tindak-tanduk pas ini, beginikah parti Islam, hari cakap lain, besok lain? Saya kata itu Islam pemimpin pas, bukan Islam yang dibawa oleh Nabi.