RENUNG PAGI
Kebelakangan ini rakyat negara ini dihidangkan dengan rasa phobia kemungkinan berhadapan dengan Akta Hasutan 1948 apabila beberapa pemimpin pembangkang satu demi satu dihadap ke mahkamah atas dakwaan menghasut. Akta Hasutan 1948 kini menjadi bayangan ketakutan bagi sesetengah rakyat yang tidak pernah mesra dengan mahkamah.
Sehingga ini sekurang-kurang lima orang pemimpin Pakatan Rakyat telah dihadap ke mahkamah di bawah akta berkenaan. Ia bermula dengan ahli parlimen DAP Teresa Kok yang dihadap ke mahkamah pada 5 Mei lalu mengenai isu klik video Wonderful Malaysia,
Selepas itu , ahli Parlimen Bagan Serai, N Surendran dihadap ke mahkamah atas akta sama berhubung kenyataanya terhadap perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim yang menyentuh nama perdana menteri Najib Razak.
Kemudian giliran bekas MB Perak Mohamad Nizar Jamaluddin yang didakwa pada Isnin, 25 Ogos lalu atas tuduhan memfitnah Najib Razak dua tahun lepas dalam satu ceramah politik.
Sehari selepas itu, 26 Ogos, giliran ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad pula diheret ke mahkamah atas akta sama kerana didakwa menghina Sultan Selangor berkenaan cadangannya agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) ditarik balik.
Semalam 27 Ogos Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer pula menerima giliran kerana mengeluarkan kenyataan Umno "celaka". Sesiapa mahu belajar mengenali mahkamah katalah celaka kepada Umno, mungkin akan menerima nasib sama. Rupa-rupanya Umno juga dikawal dibawah akta Hasutan 1948 seperti mana juga kedudukan agama.
Dan terbaru, ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini 28 Ogos diheret ke mahkamah didakwa bawah Sesyen 504 Kanun Keseksaan atas tuduhan sengaja menimbulkan keaiban pecah keamanan.
Melihat kepada pendakwaan berjadual itu menjelaskan bahawa ia disengajakan atau dipelan demikian rupa dengan motif tertentu. Apa yang dapat dilihat di sini pendakwaan atas akta Hasutan 1948 itu untuk menunjukkan akta berkenaan masih memnpunyai kuku untuk digunakan sebagai pelindung keamanan negara.
Penggunaan akta Hasutan 1948 secara wewenang dan meluas itu juga dibuat setelah kerajaan pimpinan Mohd Najib Razak dikecam hebat agenda transformasi dilakukan yang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta lain yang dianggap lapok dan usang.
Beberapa NGO dan individu tertentu termasuk bekas perdana menteri Mahatahir Mohamad mengkritik Najib atas pemansuhan ISA. Kritikan itu agak memedihkan Najib dan menyebabkan beliau terpaksa membela dirinya dan membuktikan keselamatan dan keamaan negara masih terpelihara walaupun tanpa ISA. Sebenarnya kritikan Mahathir dengan menggunakan alasan pemansuhan ISA itu tidak relevan pun dan ia sengaja untuk mencari fasal bagi memburuk-burukkan pentadbiran Najib.
Jadi penggunaan akta Hasutan 1948 yang juga didesak oleh pembangkang agar dimansuhkan, adalah untuk membutkikan bahawa kerajaan masih ada kuasa atau taring untuk mengekang jenayah atau mana-mana pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak tenteraman dan aman kepada negara. Ia sekaligus menempelak kebimbangan yang disuarakan Mahathir dan golongan sebulu dengannya.
Ironisnya dalam usaha Najib membuktikan tindakannya betul, memansuhkan ISA dan digantikan dengan beberapa akta baru, yang menjadi mangsanya ialah tokoh dan pemimpin pembangkang yang tidak berdosa. Tindakan Najib itu juga menyebabkan PM itu dilihat sebagai tidak berpegang kepada hasratnya untuk membentang politik baru di negara ini.
Akta itu dan pendakwaan ke atas pembangkang dilihat satu bentuk kesenimbungan kezaliman kerajaan yang ditunggaki Umno. Sehingga ini belum ada pemimpin Umno atau mana-mana individu yang pro Umno dihadap ke mahkamah dibawah akta berkenaan walaupun terdapat kalangan mereka yang melampau dan jelas menghasut rakyat.
Perkembangan atau pun musim akta Hasutan 1948 yang sedang "berbuah" kini hendaklah difahamai oleh semua orang. Ia bukan sesuatu keperluan mutlak, tetapi sekadar melayani perasaan pengkritik kerajaan yang nyanyuk.
Justeru kepada pemimpin pembangkang dan invidiu termasuk pemimpin NGO yang pro Pakatan Rakyat dan anti kerajaan perlu berwaspada kalau tidak mahu tersambar dek akta Hasutan 1948 itu. [wm.kl.11:56 am 28/08/14]
2 comments:
Maaf tuan , rasanya negara lebih kurang stress bila dua akta yang dihapuskan itu ada. Sekarang keadaan tidak terkawal ibarat api dalam sekam. Atas nama kerjasama politik, Melayu di Pihak A berganding bahu kutuk dan bersetuju dengan apa yang non melayu pihak A itu kata walaupun hakikatnya salah terhadap Melayu di pihak B.
Tuan bosan
Di pihak melayu A hanya terdapat 1jenis puak kapir, jelas dan terang sebut gitu. Dipihak melayu B, ada 13 jenis puak kapir yang melayu B kena ikut. Agak-agak tang grup mana nak kena putar alam lebih kalau nak kuasa? Kalau paham bandingan ini, lebih mudah kita nak tengok permainan politik hari ini. Jadi kita pun tak bosan sebab kita faham putar alam mana yang sedang dimainkan. Yang buat kita bosan sebab kita tak tahu dan tak kisah sedangkan kedua-dua pihak sedang bermain dengan kehidupan kita. Kalau depa dok bermain dgn kehidupan puak depa.....lantak pi la.
Post a Comment