Wednesday, August 6, 2014

Apakah Abdul Hadi, Nik Aziz sudah baca laporan PKR?

MENGIRING MENTARI                                                                  

Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menyatakan pendirian menyokong Abdul Khalid Ibrahim dan tidak bersetuju MB itu dipecat, mungkin perlu meralat balik keputusannya itu. Penyediaan laporan berhubung keraguan mengenai kredibiliti Khalid sebagai MB Selangor yang disediakan Ibu Pejabat PKR perlu dijadikan sumber rujukan untuk membuat ralat atas pendirian gaduh diambil sebelum ini.

Surat Saifuddin kepada Mustafa Ali.
Abdul Hadi telah mendahului keputusan parti dengan membuat kenyataan terbuka menyokong Khalid terus menjadi MB Selangor dan membantah tindakan memecatnya dari kerusi MB. Abdul Hadi berhujah Khalid tidak melakukan kesalahan dan seorang MB yang amanah. Walhal keputusan berhubung perkara itu sepatutnya dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas pada 10 Ogos seperti mana yang ditetapkan bersama.

Ekoran kenyataan Abdul Hadi yang membingungkan itu, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz juga menyatakan hal sama dengan menyokong pendirian presiden Pas itu. Nik Aziz juga tidak bersetuju Khalid digugurkan. Nik Aziz membuat pendirian itu kerana berpegang kepada kredibili presiden. Kenyataan Abdul Hadi yang mendahului masa dan dianggap melanggar etika berpersatuan itu menimbulkan kontroversi dan kekesalan sesetengah pihak dalam Pas termasuk pucuk pimpinan.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Mahfuz Omar menganggap kenyataan Abdul Hadi itu pandangan peribadi dan bukan keputusan parti. Ulasan Mohamad dan Mahfuz memberi petunjuk mereka tidak berkenan dengan cara Abdul Hadi. Gara-gara kenyataan Hadi yang tidak profesional itu menyebabkan timbul masalah dalam Pas. Berlaku perbalahan antara golongan yang mendokong Khalid dengan golongan yang tidak senang dengan Khalid.

Semalam laporan setebal 24 muka surat sudah dihantar oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kepada Pas menerusi Setiausaha Agungnya Mustapa Ali. Laporan itu juga dihantar kepada Abdul Hadi Awang, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat serta Khalid sendiri.

Laporan itu mendedah ada empat perkara kenapa PKR mengambil keputusan untuk menukarkan Khalid sebagai MB. Pertama ialah berhubung perlupusan hutangnya sebanyak RM66.6 juta dengan Bank Islam yang dilakukan diluar mahkamah dan caranya amat meragukan.

Pucuk pimpinan PKR yang sangat mementingkan soal integriti telah meminta Khalid memberi penjelasan, bagaimana pun penjelasan MB dalam penantian untuk disingkirkan itu dikatakan gagal memuaskan hati pucuk pimpinan mengenai makenisme diambil menyelesaikan hutang itu yang dibuat diluar mahkamah.

Kedua, pensturukturan air di Selangor yang dikatakan merugikan kerajaan Selangor. Penanda-tangani MoU projek Langat 2, menjelang pilihan raya kecil Kajang dikatakan tidak melindungi hak kerajaan Selangor. Dalam hal penstrukturan air ini ia berkisar kepada tiga perkara; i) keadah nilaian bayaran / pampasan kepada syarikat-syarikat pemegang konsensi, ii) jumlah bayaran yang adil kepada syarikat pemegang konsensi dan darimana wang itu diperolehi, dan iii) terma perjanjian dengan kerajaan Persekutuan yang adil kepada rakyat Selangor bagi mengelakkan perjanjian konsensi membebankan rakyat.

Ketiga, Pembinaan lebuhraya Kindex yang dibuat tanpa pengetahuan Exco dan mendedahkan kepada rakyat terlibat kini mendapat bantahan penduduk Selangor. Projek lebuhraya berkenaan bernilai RM2.2 billion diberikan kepada dua syarikat yang dikawal oleh peguam Umno.

Keempat, mengenai prestasi pendtabiran Selangor yang dianggap lemah dan tidak berdaya maju terutamanya selepas pilihan raya ke-13.

Apakah Abdul Hadi dan Nik Aziz sudah menerima dan membaca laporan berkenaan? Laporan itu boleh dijadikan kayu ukur sejauh mana munasabah atau tidaknya PKR bertindak hendak menggugurkan Khalid. Ia juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai tahap ketelusan dan amanahnya Khalid seperti mana difahami atau diberi faham kepada kedua pemimpin Pas itu. Kalau boleh Abdul Hadi dan Nik Aziz baca sendiri dan jangan setakat mendengar ulasan daripada para penasihatnya.

Sekiranya Abdul Hadi atau Nik Aziz yang telah dijadikan tali hayat untuk Khalid mendapat "suaka" politik berasakan laporan itu tidak adil dan meragukan akan kesahihannya mungkin mereka boleh memanggil Khalid mendapat penjelasan secara berdepan. Walaupun prosuder itu tidak wajar tetapi demi mencari kebenaran patut dilakukan.

Begitu juga kalau mereka tidak berapa faham dengan laporan berkronologi itu yang disertakan dengan lampiran dan jorunal perundangan, mereka boleh memanggil Setiausaha Agung atau Pengarah Strategi PKR untuk menjelas dan menghuraikannya. Saya rasa Saifuddin dan Rafizi Ramli tidak keberatan.

Berdasarkan laporan itu juga Abdul Hadi dan Nik Aziz boleh menyoal Khalid kemudian jawabannya dinilai dan dipadankan dengan sebarang maklumat mengenai kejujuran, ketulusan dan kebaikan Khalid seperti mana yang digambarkan kepada mereka.

Paling penting soal penyelesaian hutang Bank Islam sebanyak RM66.6 juta diluar mahkamah itu sangat mustahak untuk melihat sejauh mana ketelusan MB Selangor itu. Ini kerana penyelesaian hutang itu digambarkan ada dikaitkan dengan penjualan 307.72 ekar tanah milik kerajaan negeri kepada syarikat Ecoworld Berhad yang dikawal peguam Umno yang dibeli menerusi Syarikat Tropicana Corporation Sdn Bhd dengan harga yang sangat murah. Kenapa? Dan ia juga digambarkan ada kaitan dengan anugerah projek rumah mampu milik bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad.

Sebagai pemimpin parti Islam yang fakeh mengenai hukum hakam dan merincui serta mencintai ketelusan tentu Abdul Hadi dan Nik Aziz dapat membuat penilaian authentic apakah ia (tindakan Khalid) menempati kehendak Islam atau tidak?

Dalam pengamatan saya laporan berkenaan tidak menampakkan ada pengkhiantan kepada Khalid apa lagi bertujuan untuk membuangnya menjadi MB, tetapi ia menjelaskan keputusan dibuat PKR termasuk menghantar surat tunjuk sebab itu dibuat secara profesional dan telus. Laporan berkenaan juga perlu dijawab oleh Khalid dan kalau jawabannya dalam masa tidak sampai 72 memuaskan dia boleh kekal sebagai MB untuk 27 penggal lagi dan tidak ada sebab untuk beliau dibuang.

Mudah-mudahan sahaja penilian baru akan dibuat oleh Abdul Hadi dan juga Nik Aziz serta Ahmad Yaakub (yang sebelum ini menyatakan Khalid tidak ada melakukan kesalahan syarie maka beliau tidak wajar dipecat dari menjadi MB) berdasarkan laporan berkenaan. Apakah pada pandangan Pemangku Dewan Ulamak Pas, bahawa penyelesaian hutang bernilai puluhan juta yang meragukan itu bukan kesalahan syarie? Kalau Mak Yeh tukang dikir masih hidup dia tentu dapat menjawabnya. [wm.kl.11:34 am 06/08/14]

6 comments:

bat8 said...

Tuan,

Watak utama sekarang dipihak PAS yang perlu meneliti dan cuba sedaya upaya dengan sesungguh-sungguh ikhlas ialah TGHH, Presideng PAS.

Kerana tindakan beliau s3cara unilateral dan berseoranganlah yang menimbulkan masaalah dalaman didalam PAS dan boleh memecahb3lahkan Pakatan Rakyat. Juga m3ngkhianati kepercayaan yang diberi kepada Pakatan dan PAS sendiri dengan undi popular 52%.

Masaalah yang dicetuskan ol3h TGHH bukan kecil-kecil anak. Ia adalah satu perkara serius tak kira dari sudut mana kita tengok: ugama ke moral sekular ke?

Kedua - kesan dari tindakan TGHH sudah pun terjadi. Kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat sudah menurun dengan derah. Kesan kepada PAS lagi parah. Usaha 6 tahun bersama Pakatan telah ranap dengan sekelip mata.Nak bina balik dalam masa 6 tahun belum t3ntu jika kayu-kayu buruk yang menjadi duri masih bert3nggek dalam PAS.

Jika setelah meneliti laporan PKR itu, TGHH dapati ia adalah tuduhan palsu terhadap TSKI. Tidak masaalah. PAS boleh terus buat keputusan untuk keluar dari Pakatan dan terus berdakap dengan UMNO serupo kembar siam ( saya pasti Najib pe4lukan PAS lagi dengan apa yang berlaku. Buat serabut perut seperti yang dialami oleh PKR & DAP).

Cuma satu je yang TGHH kena buat. Jangan minta tolong hantu raya yang berada dekat dengan beliau beri nasihat macamana nak baca laporan itu. Inilah hantu raya yang telah berjaya meny3babkan TGHH tersepit dicelah gelegar banyak kali.

Masaalah besar akan timbul jika laporan PKR itu b3nar dan te4bukti TGHH t3lah tersilap langkah bertindak bersendirian, tohok abih segala p4otokol dan ilmu yang dimileki.

Masaalahnya kerosakan besar t3lah dibuat dan berlaku. Tak padan dengan minta maaf dan mengaku telah buat silap. Kerosakan itu tidak akan pulih dalam masa 2 jam selepas buat PC mengaku silap! Ini masaalahnya.

Pokok ceritanya ialah pertama, nasi dah jadi bubur. Kedua, UMNO dah tak m3mpunyai masaaalah besar lagi bagi menghadapi PRU 14. Ketiga, PAS keluar atau kekal dalam Pakatan Rakyat Tidak merubah apa-apa bagi PAS. Kredibiliti PAS dimata rakyat malaysia dah hancur l3bur. Apatah lagi dengan TGHH terus menjadi Presiden PAS dan p3mimpin-p3mimpin UG dalam PAS masih kekal dan masih diberi ruang didalam PAS untuk merencana agenda mereka seterusnya.

Unknown said...

saya bersetuju dengan pandangan saudara dan saya berpendapat patut diadakan pilihanraya negeri selangor bagi menguji kredibiliti PAS dan TGHH yang dikatakan telah hancur itu lg cepat diadakan lg bagus supaya unjuran kehancuran itu dapat diukur dgn lebih tepat oleh sarjana2 akademik mungkin boleh dijadikan tesis...wasalam

bat8 said...

Sdra kena faham sekurang-kurangnya 8 kerusi DUN yang dimenangi oleh PAS di Selangor adalah kerana undi bukan melayu dan golongan muda. Dengan perangai PAS hari ini yakinkah sdra yang PAS dapat mempertahankan kerusi-kerusi ini. Kita tidak perlu memil3ki IQ seperti Einstein untuk m3nilai peluang PAS jika pilihanraya di adakan.

Lihat sejarah keputusan yang diperol3hi oleh PAS sejak bertanding di Selangor sebelum PAS menyertai Pakatan Rakyat. Pada sesatu pilihanraya sepanjang PAS, yang terbaik ialah memenangi hanya l kerusi DUN. Sekali oleh Hassan Ali Jati. Sekali ol3h Ustaz Sol3han Muhyi. Itu je.

Keperdanaan PAS dan Islam itu sendiri diperolehi setelah menyertai Pakatan Rakyat. PAS selalu mengungkit yang mereka memikul beban berat bersama Pakatan. Mereka mendabik dada mempunyai organasi yang kuat diperingkat akar umbi. Kemantapan organasasi PAS ini bukan benda baru. PAS memileki organasasi ini seb3lum menyertai Pakatan lagi.

Dengan organasasi yang mantap ini jom kita lihat pencapaian PAS semasa PAS bergerak sendirian sebelum PRU 1990. Pencapaian xseberapa. Kat Kelantan pun menjadi pembangkang!

Jika alasan PAS hilang arah perjuangan m3h kita lihat apa dah jadi dengan ikon atau mahkota perjuangan PAS ia itu perlaksanaan hudud. Perlaksanaan hudud yang menjadi mahkota perjuangan PAS ialah perlaksanaan hudud di Kelantan- itulah undang-undang hudud yang lengkap dan tersedia untuk dilaksanakan bila-bila masa?

Apa telah jadi dengan hukum Hudud kelantan. D3ngan kebijaksanaan yang sukar difahami oleh akal, kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan kesemuanya, stock & barrell kepada UMNO/Kerajaan Najib. Apa jadi sekarang? UMNO/Kerajaan Najib terima dan sekarang dok buat pekasam sebab kita tidak dengar apa-apa lagi selepas itu.

Habis kalau ikon atau mahkota kita pun dah serah kat orang apa lagi yang ada kat kita. Hakikatnya, akhirnya UMNO telah herjaya mencabut taring PAS yang paling berbisa sejak PAS ditubuhkan dan yang menjadi sebab dan asas perjuangan PAS selama ini.

Terima kasih kita kepada puak UG!

Unknown said...

Saudara yg dihormati...

Sebab itu saya cadangkan supaya diadakan pilihanraya semula di Selangor biar semua pihak yg bertelagah ini berpuas hati dan tutup mulut bila tahu level kekuatan masing2 bila diserahkan kembali kepada rakyat...percayalah isu ini tidak akan selesai begitu sahaja dengan kenyataan terbaru TGNA dan MSU ini saya yakin TSKI tidak akan berganjak dari kerusi MB...dalam isu hudud di Kelantan itu sy berpendapat itu tindakan politik yg cuba diambil oleh ustaz mad apabila umno cuba menyalahkan Pas dgn kenyataan yg menyatakan federal govt tidak pernah menghalang Kelantan nk buat hudud dan tiba2 anuar musa dan MP2 umno yg lain memainkan peranan menyokong jamil khir dan ini seolah olah menampakkan kerajaan kelantan yg tak besungguh nk buat hudud bkan pusat tak bagi ini taktik nk huduhkan PAS dimata rakyat kelantan jd cadangan ini disambut oleh kerajaan kelantan dan jikalau pusat masih tak tekan butang hijau meluluskan hukum hudud itu salah mereka bukan kelantan kerana kita semua tahu surat tun mahathir kepada TGNA masih lagi valid dan UMNO usulkan JK hudud bila PAS gunakan isu surat tun mahathir yg halang hudud...itu pandangan saya...wasalam

Zul -14- said...

Assalamualaikum, sy harap maklumat tuan ini tidak berkepentingan, setiap isu dalam PAS/PR sy akan rujuk blog tuan dan akn selidik portal lain juga. Nk cari kesahehan pon susah sekarang.

bat8 said...

Tuan,

Percayalah kerajaan UMNO/ Najib tidak akan buat apa-apa dengan hudud kelantan yang telah menyerahkan mahkota perjuangan PAS dari sejak ditubuhkan. Dalam kekecohan isu ini, Najib dah membuat kenyataan kerajaan pusat tidak menolak hukum hudud tetapi tidak boleh laksanakan ( maksudnya begitu lah lebih kurang). Apa maknanya. Mengapa tak bol3h laksanakan atau membiarkan Kelantan melaksanakan jika kita lihat permainan UMNO dalam isu ini.

Najib membuat keputusan politik atas dasar kepentingan UMNO. Tengok pula tentangan parti-parti komponen BN semasa isu ini hangat. Bagaimana mereka respond kepada statement Jamil Khir yang cuba memancing dan memerangkap PAS agar masuk perangkap.UMNO.

Realiti yang ada, jika Najib dan ikhlas dengan sokongan kepada kerajaan PAS Kelantan, Najib sendiri akan buat kenyataan bahawa UMNO juga akan melaksanakan hukum hudud di Terengganu bersekali dengan perlaksanaan hudud di Kelantan. UMNO juga akan melaksanakan hukum hudud ini di negeri-negeri lain dibawah UMNO secara berperingkat selepas perlaksanaannya di Kelantan dan Terengganu.

Kita perlu tahu bahawa hukum hudud yang diluluskan oleh DUN Terengganu adalah sama dengan hudud Kelantan. Status semasa juga sama iaitu sudah boleh dilaksanakan bersekali dengan hudud Kelantan!

Antara Najib dan Jamil Khir, bila mbuat statement, statement siapa yang akan menjadi keputusan? Kita kena faham, jawatan menteri Jamil Khir adalah jawatan menteri junior. Cerdikkah tindakan PAS Kelantan berurusan hanya dengan Jamil Khir tanpa m3ndapat komitmen dari Najib dalam isu sebesar ini?

Sekarang apa perkembangan terbaru mengenai perlaksanaan hukum hudud di kelantan yang kita dengar dari kerajaan UMNO/ Najib? Apa perkembangan yang kita dengar dari PAS terutama Kerajaan PAS Kelantan terkini? Tak ada apa-apa perk3mbangan baru. Jika kerajaan pusat serius, tidak bermain politik untuk memerangkap PAS, kerajaan pusat sudah tentu telah m3ngeluarkan arahan kepada AG untuk melihat isu ini dari sudut undang-undang. Ada kita dengar sebarang kenyataan AG mengenai isu ini setakat ini?.....takde.....Tindakan-tindakan inilah yang menjadi kayu pengukur politik untuk menilai niat UMNO serius atau hendak memerangkap PAS.( isu perundangan inilah yang disebut ol3h Nik Amar yang menyebabkan perlaksanaan hudud t3rhalang di kelantan).

Kita kena faham betapa pentingnya perlaksanaan hukum hudud ini dis3panjang perjuangan PAS selama 50 tahun l3bih sejak ditubuhkan. 50 tahun kita dok dengar dilaungkan. Inilah perjuangan utama PAS didalam politik dari dulu sampai sekarang. Isu ini jugalah yang digunakan oleh puak UG PAS dari masa kesemasa untuk mengugat kestabilan Pakatan Rakyat.

Hakikat politik yang harus difahami ol3h orang PAS ialah mahkota perjuangan PAS selama ini dalam arena politik iaitu perlaksanaan hukum hudud telah diserahkan kepada musuh PAS....iaitu UMNO. Kalau tak faham lagi tak tahulah. Kalau dalam peperangan, ia bermakna kita telah menyerahkan kubu pertahanan utama kita kepada musuh dengan percuma!

Habis apa lagi perjuangan PAS sekarang setelah mahkota perjuangan kita dah diserah kepada musuh? Dalam P4U 14 nanti, modal apa lagi PAS nak guna? Soalan pali g p3nting ialah - perlu lagikah PAS wujud sebagai sebuah parti politik di negara ini sekarang?