Wednesday, August 13, 2014

Pas tidak tunjuk simpati kepada Exco DAP, PKR

SUSUPAN PETANG                                                                              

Permintaan DAP dan PKR kepada Pas agar keempat Exconya tidak menyertai mesyuarat Exco dipengerusikan Khalid Ibrahim hari ini tampaknya tidak dilayan oleh Pas. Keempat Exco Pas hadir dan bermesyuarat seperti biasa bersama Khalid Ibrahim.

Sidang media Anwar dan Guan Eng selepas Exco dipecat.
Semalam apabila Khalid menghantar surat pemecatan enam Exco DAP dan PKR, Lim Guan Eng telah menghubungi Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali agar memberi mesej kepada pucuk pimpinan menunjukkan rasa simpati dan sokongan (solidariti) kepada pemecatan enam Exco, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Lim Guan Engan tidak menjelaskan reaksi Mustapa. Apabila keempat Exco daripada Pas itu hadir ia memberi tafsiran bahawa Pas tidak bersedia untuk bersolidariti atas pemecatan itu. Salah seorang Exco Pas menyatakan mereka hadir sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan atas kehendak parti.


Apakah perkembangan ini memberi isyarat bahawa Pas sedia untuk keluar atau "dipecat" daripada Pakatan Rakyat? Kelewatan Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa juga memberi indiksi bahawa parti itu masih dalam berkira dan membuat perhitungan terbaik buat mereka.

Dalam keadaan kemelut hari ini Pas tidak sepatutnya melengah-lengahkan masa untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang isu sepenting itu. Kelewatan ini dilihat sebagai muslihat oleh Pas dan menimbulkan berbagai-bagai persepsi negatif mengenai Pakatan Rakyat.

Pas menanggungkan mesyuarat yang ditetaokan 10 Ogos kepada 13 Ogos kemudian 17 Ogos dengan alasan untuk membolehkan mesyuarat itu dihadiri semua anggota?

Alasan diberikan Mustapa itu tampak ia disengajakan bagi melengahkan mesyuarat itu atas motif tertentu.

Bertolak dari situasi ini juga mesyuarat jawatankuasa kerja Pas 17 Ogos ini penting dan mungkin hangat sehingga memutuskan sesuatu yang boleh mengejutkan. Semua orang khasnya ahali dan penyokong Pas dalam keadaan tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu telah menegaskan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan Selangor dengan berMBkan kepada Khalid Ibrahim.

Seorang Exco Pas, Sallehen Mukhyi pula mengatakan Pas akan meletak jawatan sekiranya Khalid melantik Adun Umno menjadi Exco. Tegasnya Umno bukan kerajaan kalau dia (Umno) ada dalam kerajaan Pas akan letak jawatan.

Penjelasan dan penegasan Sallehen itu memberi gambaran Pas tidak bersedia berkawan dan bekerjasama dengan Umno untuk mempertahankan Khalid. Bantahan ini menjelaskan akan berlaku konflit besar dalam Pas kerana ada sebahagian mahu menjalini kerjasama dengan Umno. [wm.kl.3:11 pm 13/08/14]

7 comments:

Unknown said...

Kebanyakan penyokong Pas yang juga ahli Pas menghendakkan PAS keluar PR. PAS dirasakan telah kuat. Inilah rasacitra ahli2 PAS pada masa ini.

Keadaan inilah yang menyebabkan berlaku pertindihan bertanding dlm PRU14. Pas rasa boleh menang di kawasan2 tertentu spt BERA, sedangkan rakyat di BERA lebih terarah kepada PKR. Akhirnya UMNO menang.

Jika PAS bersendirian, maka PAS akan Kalah teruk dalam pilihanraya nanti jika yang bertanding 3 penjuru iaitu BN, PR dan Pas. Dalam situasi ini, BN akan menang.

bat8 said...

Tuan MSO,

Takpe la tuan. Yang jelas PAS boleh mengucap goodbye kepada sokongan orang bukan m3layu dan melayu bukan PAS di pantai barat.

Yang tinggal untuk PAS, jika mereka sedar, ialah m3ngambil langkah yang pro aktif untuk mempertahankan kerajaan PAS Kelantan yang sekarang kelihatan lesu dan nyawa-nyawa ikan.

Jika Kelantan juga jatuh dalam PRU 14, PAS tidak mempunyai apa-apa negeri lagi untuk menunjukkan kemujudan fikrah Islami mereka.

Juga golongan ulamak PAS perlu memikirkan semula apa pe4juangan PAS seterusnya setelah perjuangan menegakkan hukum hudud sudahpun diserahkan dan berada ditangan musuh PAS s3karang iaitu UMNO!

Sebenarnya, dengan tindakan-tindakan membalas dendam yang dibuat oleh TSKI mutakhir ini, imej PAS dimata rakyat semakin cemar. Hari ini, TSKI dengan megah menunjukkan sikap tak gentlemannya dengan memuatnaik surat perkenan Sultan memecat Exco-Exco DAP & PKR. " Meto" tu. Dimana maruah PAS?
.............

Selepas posting terakhir baru ni, ambo cuba memahami apa punca k3m3lut yang dihadapi oleh PAS yang kita lihat didalangi ol3h puak berpendidikan ugama, tok lebai dll.

Ilmu ugama tinggi tetapi tindakan-tindakan mereka tidak menampakkan kehebatan Islam. Kedua, mengapa ia berlaku selepas PAS mencapai k3jayaan besar disepanjang s3jarahnya selepas tsunami 2008.

Ambo dok rasa ialah kegagalan puak ugama m3nyesuai dan menangani kejayaan yang di capai oleh PAS selepas Mac 2008. Mereka mendapati diri mer3ka berada diluar kebiasaan yang mereka pernah alami dulu. Rasa canggung, raso tokleh nak turut serta untuk memenuhi ruang-ruang yang ada hasil jadi kejayaan yang mengejutkan mereka. Bahasa mudahnya, jadi supo kera masuk kampung.

Itu menyebabkan mereka mundur kebelakang, mencari platform hok demo beso duduk sebelum ni. Sebab demo pening tok tahu lagu mano nok hadapi suasano baru yang menakutkan mereka.

S3bab ambo mudoh - kito nampok demo-demo bukan bergerak kedepan tetapi undur kebelakang dalam tindakan mereka. Pelik

Ni analisa umum ambo. Kito nampok p3lik sangat sedangkan Islam itu indah. Islam itu sesuai semua zaman.

ps: hanya utk tatapan tuan sorey jah. Dok siar pun xpe

Unknown said...

Salam tn MSO...
Benar sekali...dalam keadaan kemelut yg meruncing ini. Pas gagal menjaga semangat SETIAKAWAN dalam Pakatan . Jika dibuat rumusan, semuanya bertitik tolak dari KAJANG MOVE. Dr Zuhdi, YB Nasarusiddin Tantawi kalau kita perhatikan tulisannya, hujah ini adalah utama. Seolah-olah PAS tak pernah buat salah. Bila YB Rafizi dedahkan yg PAS pernah cadang kan Ku Li sbg PM dalam PRU 13 lepas, geng geng ini tak pernah buat kenyataan imenafikannya malahan berdiam diri.
Pas bertindak lambat di Kedah dan sekarang mereka membuatnya lagi di Selangor,, sekolah olah kehilangan kuasa ini biasa saja. Mereka tidak sedar bahawa kehilangan kuasa akan membantutkan usaha dakwah islam yg mereka selalu sebut dan agungkan.

Kenyataan Hj Hadi yg berkeras MENYOKONG Khalid hanya selepas sehari kenyataan dari timbalan pas cukup memalukan. Kenyataan sebegini memercikkan kembali api UG yang hampir padam. Berteriak kembali lah puak UG dalam PAS. Dan ianya makin vokal selagi tiada pendirian tegas Dari Pas Pusat.

APakah mereka tidak sedar atau buat tak sedar risiko sekarang? Hanya Allah yg tahu... Tapi kita boleh buat ramalan bahawa selepas 17 ogos nanti PAS akan TETAP berada dalam keadaan defensif. Jika ditakdirkan PAS masih sokong Khalid, maka jawatan exco masih kepada PAS, namun dari segi semangatnya, PAS sebenarnya sedangkan membantutk Kerajaan campuran iaitu bergabung dengan UMNO . Dan PAS akan dilabelkan sebagai pengkhianat dalam PAKATAN DAN JUGA PEMIMPIN PAS PENGKHIANAT KERANA TIDAK MEMATUHI KEPUTUSAN MUKTAMAR PAS .
Namun jika PAS mengambil keputusan utk tidak bersama Khalid, maka , Khalid mempunyai pilihan untuk MEMBUBARKAN DEWAN, DAN jika ini tindakan Khalid, APAKAH PAS YAKIN yg mereka akan dapat lagi memenangi 15 kerusi seperti sekarang? Lebih-lebih lagi dengan tersebarnya print screen dr zuhdi, dalam suasama masalah air di Selangor, masalah KIDEX, masalah bible dan mcm mcm lagi. Yakinkah PAS yg mereka dapat kembali jawatan exco ?

Sebab itulah , 17 ogos sebenarnya tak akan bagi BANYAK kebaikan dan keuntungan kepada pihak PAS. Ianya sekadar melengkapkan jadual kekosongan dairy pemimpin PAS sahaja. Semuanya telah teratur baik dan elok.

Selepas itu, semuanya akan hancur bagi Pakatan , jika mereka ( PKR, pas atau dap ) masih berpakat pun, pada pandangan mata Rakyat, itu semua adalah tindakan bermuka muka sahaja. Tiada keikhlasan dan BN akan TETAP berkuasa .

Jadi, PERSOALANNYA , APAKAH ini tidak di fikir oleh PAS?

bat8 said...

Bro,

Saya berhipotisis s3cara umum diatas dalam percubaan untuk mencari punca mengapa golongan ugamawan PAS bertindak dengan tindakan yang pelik dan seolah-olah mereka berada didunia lain, bukan dalam realiti yang ada didepan mata yang kita sedang hadapi hari ini.

Satu perkara yang mereka terlepas pandang ialah tindakan-tindakan mereka diluar realiti ini ( kerana merasa mereka terancam dengan kejayaan PAS pasca tsunami 2008) , mereka sebenarnya memangsakan Islam itu sendiri. Mereka ceramah Islam itu progresif tetapi tindakan mereka mengambarkan Islam itu anti-progresif atau Islam itu hanya sesuai di zaman lampau sahaja dll.

UG pula satu lagi grup yang menjadi masaalah kepada PAS dibawah kepimpinan TGHH sekarang. Kumpulan agamawan konservatif dan UG telah mewujudkan suasana beradu tenaga dengan golongan bukan agamawan didalam PAS. Berlawan atau mengasak golongan bukan agamawan adalah perkataan tepat mengambarkan keadaan di dalam PAS.

Kita perlu ingat suasana begini tidak menjadi masaalah terbuka semasa PAS diterajui oleh Almarhum Dato Fadzil Nor kerana beliau mempunyai gaya kepimpinan yang mantap. Almarhumlah yang membuka pintu kepada golongan profesional yang berjiwa Islam menyertai PAS untuk membantu memantapkan perjuangan PAS. Sedangkan peluang yang ada didalam UMNO untuk kaya, pangkat dan glamour jauh lebih menarik berbanding dengan apa yang PAS boleh janji. PAS hanya menjanjikan keredhaan Allah dan RasulNya sahaja. Bukan kekayaan, pangkat dan glamour. Ramai yang menyertai PAS.

Atas kebijaksanaan Almarhum bahawa PAS perlu golongan profesional Islam untuk berganding tenaga dengan tok lebai-tok lebai yang ada didalam PAS untuk melonjakkan perjuangan Islam dan agar dapat menyaingi UMNO dalam politik melayu Islam. Kedua golongan ini saling melengkapi dan berganding sebagai satu unit yang padu.

Hasil kebijaksanaan dan pandangan jauh Almarhum Dato Fadzil Nor ini, PAS dan Islam telah mencapai kejayaan yang cemerlang bersama Pakatan Rakyat dalam PRU 12 ( 2008 ) dan PRU 13.

Pandangan peribadi saya, kemelut yang melanda PAS hari ini, yang menjadi sarang berpuak-puak adalah kerana kelemahan kepimpinan politik kepimpinan tertinggi PAS sendiri. Asyik dok kluk klik. Tak tegas. Pokok ceritanya kelemahan dalam memimpin PAS dalam aspek politik. Tidakkah kita disuapkan dengan kenyataan bahawa politik(Islam) itu adalah sebahagian daripada Islam.

Wallahualam. Ini sekadar pandangan peribadi saya. Tuan-tuan boleh perbetulkan mana yang silap. Kerana sayangkan Islam dan PAS saya berada diluar. Saya tidak terikat dengan permainan politik dalaman parti.

amirul aman said...

Dalam isu kemelut MB Selangor setakat ini saya berpendapat nampak sangat PAS macam sebuah parti yg tidak progressive yang berkembang tidak seiring dengan perubahan masa & citarasa.

Dengan kata lain parti PAS nampak macam parti untuk orang tua berbangsa Melayu beragama Islam di Kelantan & Terengganu sahaja.

Setakat ini saya boleh kata kalau ikut emosi saya tidak akan undi PAS untuk selama2nya.

Anonymous said...

Setuju dgn komen Bat8 dan Aziz Harun. Kelemahan PAS skrg ialah Presidennya tiada semangat setiakawan PR. Buktinya Ku Li dicadangkan utk menjadi PM andai PR menang. Ia sama sekali bertentangan dgn sentimen majority rakyat yang mengundi PR termasuk saya yg "expect" jika PR menang sudah tentu DS Anwar yg akan dinobatkan sbg PM. Sebabnya Anwar lah yg keliling satu Malaysia tolong berkempen utk PR sehingga membahayakan nyawa beliau bila bas sewa khas beliau pernah diserang. Beliau juga lah yg byk membantu merapatkan jurang antara ideologi PAS dan DAP serta beliau juga yg meyakinkan non-Malays bahawa PAS sama2 mendokong prinsip2 PR...

Tapi jika PR menang jawatan PM hendak dianugerahkan kpd Ku Li?

Dan dgn krisis di Selangor skrg ia lebih mengiyakan sikap PAS spt didakwa YB Rafizi. So disappointing and I am disillusioned.

Unknown said...

antara tuntutan agama dan tuntutan politik.
walaupun MSO tak percaya kepada pimpinan politik yang lebih mementingkan agama daripada politik, saya percaya Syura PAS paling kurang pun tak akan berkumpul di dalam kesesatan. pada zaman yang tiada wahyu ini kita sangat perlu kepada kesepakatan ulamak.
sebagai orang Islam yang manakah yang yang lebih menenangkan hati. antara ikut anwar yang tidak dinasihati oleh ulamak atau ikut kesepakatan ulamak. semoga Allah bersama-sama dengan Syura PAS. kadang kadang apa yang kita benci itulah yang yang baik takdirnya, kadang kadang apa yang kita suka itulah buruk takdirnya.
selagi mana kita meletakkan Allah di hadapan pastinya Allah akan bersama sama kita dan menjaga kita.
kalaulah dulu PAS bermati matian mempertahankan Anwar kerana tuduhan tuduhan yang belum dibuktikan, sekarang PAS juga akan mempertahankan Khalid yang mana tuduhannya belum dibuktikan.
dulu ramai juga marah berkawan dengan semangat 46 bahkan dengan Anwar. tapi PAS terus melangkah kerana perintah Allah "kalau mereka meminta damai maka berdamailah kalau mereka khianat berserahlah kepada Allah. kamu hanya perlu melaksanakan perintah Allah
bukan sedikit sahabat yang marah takkala dimeteraikan perjanjian Hudaibiyah tapi Nabi dengan pertolongan wahyu itu terus melangkah teguh berdasarkan ayat diatas.
maka pada zaman sekarang tiada lagi wahyu, siapakah yang perlu kita ikut?
kalaulah Syura PAS mengambil keputusan yang silap, bersabarlah Allah pasti menolong hamba2Nya

maaf panjang sikit.