RASA JIWA
Kata putus mengenai siapa calon MB Selangor bagi mengganti Abdul Khalid Ibrahim masih belum dimuktamadkan. Putusan itu bukan dipihak Sultan Selangor yang ada kuasa penentu secara tradisi (budibicara) terhadapnya tetapi daripada PKR dan Pas.
Sultan Selangor masih belum mengeluar apa-apa titah berhubung siapa pengganti Khalid. Mungkin banginda pun tidak lagi dipersembahkan nama sesiapa. Cuma di pihak Pakatan Rakyat seperti mana yang diputus sebelum ini sudah menetapkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.
Walaupun Pas menamakan dua nama, Azizan dan Mohamed Azmin Ali tetapi Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan hanya nama Wan Azizah saja. Azmin sendiri tidak ada masalah dan memberi sookongan penuh kepada presiden partinya itu. Jadi soal Azmin sepatutnya tidak berbangkit lagi bagi Pas kerana ia atas kehendak dan sukarela Azmin sendiri berpegang kepada prinsip partinya.
Tetapi sejam dua ini ada bunyi lain pula, ibarat rumah siap tetapi pahat tidak puas hati. Katanya 13 Adun Pas enggan menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan Azizah sebagai pengganti Khalid. Sebab apa pula? Dan apakah perlu dan pentingnya surat sumpah berkenaan.
Perkembangan terbaru ini membingungkan. Kalau keputusan sudah dibuat dalam majlis pimpinan presiden kenapa pula harus ada SD. Apabila ada SD bermakna konsesus majlis pimpinan presiden tidak kuat dan tidak laku. Bukankah situasi itu menyebabkan orang ramai akan gelak sinis kepada majlis presiden dan mempertikaikan akan autoriti yang ada kepadanya.
Kalau parti Pakatan Rakyat sendiri tidak dapat berpegang kepada keputusan yang mereka buat, apa lah diharap kepada orang luar? Umno jauh sekali lah hendak menghormatinya Pakatan Rakyat.
Malam ini saya hendak ingatkan sekali lagi kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas dan PKR janganlah berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada integriti anda. Dengan apa yang berlaku kini orang ramai sudah jadi pusing dan meluat. Ada pun yang dah muntah kuning.
Jangan ingat rakyat boleh dibujuk dan jiwa mereka ditenangkan. Kalau mereka sudah "celika" mereka sukar untuk dijinakkan lagi. Terutamnya generasi muda yang berfikiran terbuka dan tidak menekan kepada soal ideologi lagi. Mereka mementingkan soal integriti dan wibawa parti. Kalau mereka hilang kepercayaan susah untuk dipujuk.
Jangan salahkan mereka termasuk anak-anak muda Melayu akan berarak memasuki DAP. Orang muda tidak sangat melihat kepentingan soal bangsa dan agama. Mereka lebih mementingkan rasional dan menggunakan akal sendiri untuk membuat keputusan. Dalam aspek ini DAP jelas lebih konsisten dan tidak banyak dakwa dan takwil. Parti chauvenis itu benar-benar profesional.
Pas dan PKR buatlah sesuatu jangan sampai nanti orang ramai membenci anda dan kerana kebencian itu mereka akan berpaling kepada Umno semula, melihat parti itu sebagai terbaik berbanding Pas dan DAP berdasarkan fiil-fiil yang ada hari ini. [wm.kl.9:36 pm 23/08/14]
4 comments:
Tuan,
Kita ingatkan keputusan mesyuarat AJK Pusat PAS pada 17 ogos lalu membuka lembaran baru kepada kesepakatan Pakatan Rakyat. Rupanya ia adalah permainan silap mata untuk melepas batang tengok TGHH yang tersepit akibat terburu-buru memberi kenyataan peribadi menyokong TSKI.Juga kerana dalam keadaan DSWA susah mendapat sokongan majoriti di DUN Selangor menyebabkan PAS tidak mempunyai pilihan lain untuk melepaskan tengok TGHH.
Berita tentang 13.Adun PAS Selangor tidak mahu menandatangani SD menyokong DSWA menunjukkan keputusan 17 ogos itu hanya permainan politik PAS secara s3kular macam UMNO juga. Juga menunjukkan TGHH dan pemimpin-pemimpin utama PAS dari geng serban tidak memahami implikasi yang bakal menghimpit PAS akibat krisis MB Selangor ini.
Pada saya, saya tetap mengatakan adalah lebih baik PAS keluar dari Pakatan. Tindakan terbaru PAS ini adalah satu pengkhianatan kepada Pakatan dan pengundi-pengundi PAS di Selangor. Ia juga membuktikan PAS bukan parti yang boleh dibuat kawan didalam apa-apa pakatan.
Saya faham dalam politik semua boleh jadi. Itu adalah permainan politik sekular. Tetapi PAS memperjuangkan politik Islam. Politik Islam berbeda dengan politik sekular.
Jika PAS masih mahu kekal, PKR & DAP patut meminta PAS keluar dari Pakatan samada PAS buat u-turn sekali lagi atau tidak dalam isu Adun-adun PAS tak mahu beri sokongan bertulis kepada DSWA.
Cara terbaik sekarang ialah dibubar sahaja DUN. Biar Pakatan hanya diwakili oleh PKR dan DAP sahaja. PAS pandai-pandai le bertanding sendirian atau berpakat dengan kembar siam idaman PAS ia itu UMNO.
Dengan Nama Allah SWT
Apa kata Ex Umno dan isterinya ( WAWI @ bakal MB SElangor baru ) berjanji akan beri BR1M or BR1S ( Bantuan Rakyat 1 Selangor ) sebanyak RM 1000.00 sekeluarga dan yang membujang bagi RM 500.00 seorang.Kalau Ibu tunggal dan Janda RM 1000.00 plus satu Kipas ) . Saya yakin Rakyat akan rasa lega kot????
Eloklah kalau PAS keluar dari pakatan. Jika tidak..pandangan bukan Islam dalam pakatan dan pandangan pengundi bukan Islam terhadap 'ustaz' dengan serban dan kupiah putih sangatlah negatif. Mereka akan menganggap bahawa ustaz2 nih golongan yang tidak boleh dipercayai dan pendusta dan tidak selari dengan ajaran Islam yang suka bercakap benar dan bukan berbelit2...belit PAS ni mengalahkan ular...
Salam Mso, saya setuju dengan bat8, Yb2 Pas menjadi masalah kepada PR. Mereka ini mendakwa mereka amanah, jujur tetapi jelas dilihat mereka ini bukan sahaja tidak profesional bahkan kewibawaan mereka ternyata tidak menandingi kewibawaan pemimpin-pemimpin Dap yang lebih konsisten tentang sesuatu perkara. Apakah bezanya Pas dan Umno kalau pemimpin-pemimpin parti itu bertindak seperti pemimpin-pemimpin UMNO juga. Kita fikirkan masalah dah selsesai tetapi ternyata pemimpin-pemimpin Pas ini tidak bezanya dengan UMNO.
Post a Comment