Wednesday, August 13, 2014

Mustapa nafi Khalid serah borang sertai Pas

TERBARU                                                                                            

Setiausaha Agong Pas Mustapa Ali menafikan telah menerima borang permohonan bekas MB Pakatan Rakyat yang kini menjadi MB bebas Khalid Ibrahim untuk menyertai Pas. Kata Mustapa laporan media termasuk arus perdana itu yang memetik laporan lidah rasmi Pas, Harakah, adalah bohong.

Laporan yang dipetik itu daripada Harakah palsu. Dalam masa sama Editor Harakah, sdr Ahmad Lutfi Othman juga menyangkal laporan berkenaan dari Harakah.

Ekoran itu kata Mustapa, dia menerima panggilan daripada wartawan bagi mengesahkan laporan berkenaan. Sehubungan itu Mustapa menasihati orang ramai agar tidak mempercayai laporan Harakah palsu itu.

Berita kononnya Khalid telah menyerahkan borang untuk menyertai Pas tersebar dipelbagai media termasuk portal berita. [wm.kl.7:03 pm 13/08/14]

1 comment:

Terjah said...

Isu serah borang nak masuk PAS ni isyu kecil je. Yang paling besar dan kritikal ialah pendirian akhir PAS sama ada bersama PR atau tidak. Satu lagi isyunya ialah, saya amat hairan kenapa Khalid, MB tak berparti boleh membuat pengakuan di depan DYMM Sultan bahawa dia ada majoriti. Dari mana datangnya majoriti itu. PAS belum buat kenyataan rasmi, hanya pada 17 August baru tahu cerita sebenar. Khalid telah mendahulkui PAS atas kapsiti apa? Kenapa PAS diam dalam perkara ini?