Thursday, August 14, 2014

Walaupun Azizah dapat sokongan majoriti Khalid tidak akan turun

MAKLUMAT TENGAHARI                                                             
           
29 Adun menyatakan sokongan kepada Azizan dan tolak Khalid.
Pagi ini Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan yang beliau mendapat sokongan majoriti Adun Selangor apabila 29 orang Adun telah menyatakan sokongan kepadanya dan dalam masa sama menzahirkan rasa hilang kepercayaan kepada MB Bebas Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

Kesemua Adun PKR 14 orang dan Adun DAP 15 orang menyokong Azizah. Jumlah itu ditambah dua orang Adun Pas yang mengambil pendirian menolak kepimpinan Khalid. Kedudukan hari ini Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) 30 kerusi manakala Khlaid, Umno dan Pas 26 kerusi.


Apa lagi yang boleh Khalid lakukan untuk mempertahankan dirinya? Keengganan Khalid menghormati kepada hakikat sokongan itu tambah menggambarkan beliau terus bersikap macam lembu kenyang.

Dalam perkembangan lain memberi reaksi kepada sokongan Adun itu kepada Wan Azizah, Khalid menyatakan ia tidak bermakna selagi ia tidak diambil menerusi undi tidak percaya kepadanya dalam DUN Selangor.

Sikap double standard Khalid sekali jelas, kerana beliau sebelum ini memaklumkan kepada Sultan kononnya dia mendapat kepercayaan anggota Dewan tanpa mengemukakan apa-apa bukti dan setakat laporan akhbar sahaja jauh sekali diambil menerusi DUN Selangor.

Apakah tindakan dibuat Khalid dan perkenan Sultan itu bermakna?  Apa yang berlaku sebelum ini mengenai pengekalan Khalid sebagai MB boleh mempedayakan orang yang bodoh dan dungun sahaja tetapi bukan mereka yang celit politik dan tahu prinsip-prisip demokrasi.

Mereka yang berpegang menerima bahawa Khalid masih MB yang sah dan mendapat kepercayaan anggota Dewan adalah mereka yang berkepntingan dan sanggup merogol dan meliwat prinsip politik.

Bagaimana pun saya secara peribadi walaupun Azizah mendapat majoriti tetapi bukan mudah untuk beliau mencapai hasratnya. Khalid tidak akan turun menerusi fakta itu melainkan beliau perlu dinyahkan menerusi undi tidak percaya di DUN.

Apabila beliau berjaya dinyahkan mungkin ketika itu beliau akan mengemukakan cadangan kepada Sultan agar membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihan raya baru di Selangor diadakan. [wm.kl.2:26 pm 14/08/14]

9 comments:

iRock said...

Persoalan cepu mas di kalangan rakyat sekarang bukan pasal khalid turun atau tidak. Persoalanya di mana Pas ketika rakyat mohon pendirian? Pas tengah dok tangkap ayam kot, atau pun tengah cari kambing untuk dihitamkaan. Yg Pasti rakyat dah tak perlu Pas lagi dah......tak payah lah nak buat mesyuarat lagi dah......tangguh terus je la sampai PRU14.

bat8 said...

Tuan

Kalau saya jadi TSKI saya mula mengelabah sekarang. Terbukti TSKI dah tipu Tuanku Sultan hari isnin lalu dengan mengatakan dia masih mempunyai majoriti di Dun Selangor.

Kita saksikan apa tindakan Tuanku Sultan bila k3na bohong hidup-hidup dengan TSKI. Kalau Tuanku Sultan mahu kepastian baginda boleh minta DSWA dan 30 Adun tersebut mengadap. Baginda boleh tanya sorang-sorang. Bola sekarang berada di kaki Tuanku Sultan Selangor.
............
Selain perkara diatas, yang menarik perhatian juga ialah 2 Adun PAS telah menyokong DSWA belum PAS bermesyuarat 17 ogos ini. Alasan kedua Adun juga masuk akal. Juga mereka rela dipecat ol3h PAS jika mesyuarat 17 ogos ini masih mahu menyokong TSKI.

Jadi nasihat yang paling sesuai untuk PAS ialah tolong check d3ngan UMNO samada UMNO masih berminat untuk menubuhkan kerajaang perpaduang di Selangor yang berMBkan seorang Adun bebas, TSKI.

Dapatkan kepastian UMNO dulu s3belum bertindak. UMNO pun dah senyap sepi selepas kenyataan Muhyidin tempohari. UMNO kena fikir kesan kemarahan rakyat Selangor kepada UMNO/BN didalam PRU 14 nanti jika meneruskan usaha menubuh kerajaang perpaduang dengan PAS. Lagipun dalam kedudukan sekarang UMNO dan PAS tidak mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaang perpaduan secara haram macam kat Perak.

Jangan diikut khayalan mat jenin, nantikan PAS terkontang-kanting menyokong TSKI sorang-sorang.

Dengan perkembangan sekarang PAS sedang menghadapi satu delema untuk menterjemahkan keputusan MSU yang merupakan arahan yang m3ngikat keputusan jawatankuasa kerja pusat PAS. Kalau ikut, keadaan akan meletakkan kedudukan PAS parah didalam percaturan politik selepas ini.

Tak ikut arahan tersebut adalah keputusan tertinggi yang mesti dipatuhi. Nanti timbul isu tak wala pulak. Tuan MSO kata kalau tak wala, hukuman pancung boleh dikenakan.

Kita sama-sama tengok macamana permainan silapmata puak-puak tok lebai yang hebat-hebat ni pada 17 ogos.

Unknown said...

bat8..

apakah matlamat PKR yg sebenarnya hingga TSKI tidak mahu melepaskan jawatan.

apakah objektif Anwar, samada:

1. mahu TSKI letak jawatan
2. mahu melantik dati sri wan azizah sebagai MB selangor.

kedua2 objektif ini berbeza.. kalau objektif anwar adalah yg pertama, maka PKR tentu mmpunyai nama lain bila PAS menolak datin sri wan azizah..

IbnAbdHalim said...

Puak UG dlm Pas menjalnkan siasatnya...!

ucin sasuke said...

Puak2 UG ni lembab tak progresif.

Lebai Malang said...

Dengan kehendak Allah SWT Krisis di Selangor berlaku dan mencipta hikmah besar kepada masa depan PR. Pertamanya jelas nampak kehuduhan muka PAS khususnya di kalangan sebahagian pemimpin dan pendikong mereka. Kedua PR perlu melihat semula rangka kerjasama antara 3 parti supaya ianya dapat diperbaiki dan dimantapkan bagi menghadapi PRU14 nanti.

pemerhati said...

Salam..

Satu persoalan u difikirkan bersama..
andainya pd 17hb nih, Pas bersetuju
dgn percalonan DSWA, apakah Tuanku Sultan Selangor perkenan u menerima DSWA sbagai Mb? kut2 bermasalah nga istana lak. kena fikir jg tu...btul tak??

Ridzuwan said...

Perjalanan ke Putrajaya rupaya amat berliku. Disekat oleh Khalid al waibrahim dan di cah keting oleh Pas group NikAmar&HajiHadi.

bat8 said...

Soalnya tak timbul sama sekali. PAS dah tak terima DSWA sebagai MB. Maknanya PAS setuju TSKI jadi MB walaupun TSKI tu dah semakin sasau. Itu keputusan mesyuarat lujnah politik PAS semalam.