Saturday, August 9, 2014

Pemecatan Khalid, ada dua kemungkinan berlaku

PEMECATAN KHALID                                                                        

Hari ini dalam sejarah, Khalid Ibrahim yang pada masa ini memegang jawatan MB Selangor telah dicadangkan dipecat oleh Lembaga Disiplin partinya (PKR) yang bersidang hari ini. Alasan untuk memecat Khalid ialah kerana beliau telah melanggar arahan parti. Salah satu pelanggaran dilakukan Khalid ialah enggan berundur dari kerusi MB Selangor walaupun beliau diminta berbuat demikian secara baik.

Pemecatan Khalid daripada PKR sudah diduga tetapi ia tidak difikirkan tindakan itu diambil secara drastik. Sebelum ini Khalid meminta lembaga itu menangguhkan keputusan tindakan ke atasnya atas alasan biarlah siasatan tuduhan ke atasnya selesai dilaksanakan.

Tetapi Lembaga Disiplin parti berkenaan sudah tidak dapat bersabar dan keputusan dibuat agar Khalid dipecat terus dari parti berkenaan.

Dengan perkembangan baru itu kemelut di Selangor memasuki fasal baru yang lebih ditunggu pemerhati dan juga ahli dan parti politik, apakah akan jadi dengan Khalid. Apakah Khalid akan akur dengan keputusan Lembaga Disipilin itu dengan memunggah keluar barangan peribadinya dari pejabat MB atau tidak?

Itulah yang sepatutnya berlaku kalau Khalid seorang yang ada integriti dan ada air muka. Secara amalannya apabila beliau sudah tidak menjadi ahli parti yang mendapat dokongan dalam DUN Selangor beliau sudah hilang kelayakan sebagai MB. Jika dia masih tercokoh di situ ini bermakna Khalid tidak ada air muka dan tahu malu.

Bagaiaman pun kenyataan awal Khalid atas apa yang berlaku menampakkan dia tidak mudah untuk keluar dari pejabat MB. Seakan beliau bersedia untuk berlawan dengan partinya sampai hancur macam pesawat MH17. Dia seolah-olah yakin dia akan dibela oleh rakyat Selangor.

Alasan yang diberikan dia akan menghadap Sultan dan mahu mendapat pandangan daripada Sultan terlebih dahulu. Ertinya Khalid akan mendengar apa yang Sultan katakan kepadanya dan tidak mempedulikan apa yang partinya lakukan. Pemerhatian kini tertumpu kepada apa ulasan pihak Istana. Tindakan Khalid itu menunjukkan dia tidak "berdegis" dengan keputusan lembaga disiplin itu.

Cara Khalid itu juga secara tidak langsung telah meletakkan Istana ke dalam krisis yang berlaku itu. Sekiranya Sultan berpihak kepada Khalid akan timbul persepsi yang Istana juga mencapuri urusan politik.

Untuk malam ini saya melihat ada dua kemungkinan yang bakal dilakukan oleh Khalid. Sekiranya dia menghadap Sultan, dan sultan memberi simpati kepadanya, bererti dia tidak akan keluar dari pejabat MB. Boleh jadi juga dia akan terus membela dirinya dengan membawa pemecatan itu ke mahkamah. Dia akan meminta pengistyharan mahkamah sama keputusan dibuat Lembaga Disipilin yang dikatakan cacat sah atau tidak.

Samentera mahkamah membuat keputusan beliau ada ruang untuk berfikir bagi tindakan selanjutnya. Pelaung itu juga memberi kesempatan untuk parti-parti dalam Pakatan berfikir mencari jalan terbaik. Terutamanya Pas yang sebelum ini menunjukkan simpati kepada Khalid dalam keadaan serba salah.

Ada kemungkinan juga sekiranya Khalid berasakan dia tidak ada kekuatan dan sokongan sebagai jalan keluar beliau akan menasihati Sultan membubar DUN Selangor apabila mendapat signal daripada Sultan? Apakah keadaan ini akan berlaku. Khalid sehingga malam ini masih MB Selangor dan beliau masih ada kuasa untuk menasihati Sultan.

Dalam perkembangan lain tindakan Lembaga Disiplin yang mencadangkan Khalid dipecat menunjukkan lembaga itu tidak mengambil peduli kepada hasrat Majis Syura Ulamak (MSU) Pas yang mahukan Khalid dikekalkan menjadi MB. Keputusan segera lemabaga itu seolah-olah ingin membalas dendam ke atas tindakan MSU Pas yang membuat keputusan tanpa mengambil kira semangat permaufakatan dalam Pakatan Rakyat.

Ulasan dan perkembangan seterusnya akan menyusul. [wm.kl.10:26 pm 09/08/14]

9 comments:

Unknown said...

Salam Tuan MSO, saya bersetuju dgn kenyataan tuan, MSU Pas membuat keputusan tanpa mengambilkira semangat permuafakatan PR, menikam kawan sewaktu dlm kesusahan.

Unknown said...

Tuan,

Ape tuan rumuskan adalah pandangan tuan terhadap kemungkinan Tan sri utk betindak. Sekarang tuan kena bagi pandangan tuan terhadap tindak PAS.

Andaikata tan sri lari ke istana, ape respon pihak PAS. Memandangkan mesyarat manjang tak cukup korum (tu yg tunda 2x ke 17hb) adakah tuan Presiden akan memberi pendapat pribadi dahulu nak tunggu 17hb.

Kedua,
Jika tan sri memilih utk bubar (rasanya sukar) adakah PAS akan ke meja rundingan PR utk pembahagian kawasan bersama buku2 marxis dan pil2 kuda sebagai peringatan utk mengelakan kawasan bertindih?

Pada saya perkara ini akan meleret-leret tapi sekarang bola dikaki PAS hasil dari tindakan menyokong pendapat pribadi tuan presiden yg telah masuk campor dapor orang lain.

Terima Kasih,

p/s meeting tak buat2 lagi... alasan tak cukup korum tak dapat diterima sebab boleh tunda 2x ke 17hb. Banyak sangat main-main. Tolongle, professional skit. Nak kutuk, hentam PKR pun buatlah tapi depa dah meeting utk keluar surat tunjuk sebab, pecat dan macam2 lagi... Hangpa nak setkan tarikh meeting pun... Adoi, manyak main-mainlah.

SolitaireHunter said...

Salam,
Komen tuan 'Secara amalannya apabila beliau sudah tidak menjadi ahli parti yang mendapat dokongan dalam DUN Selangor beliau sudah hilang kelayakan sebagai MB. Jika dia masih tercokoh di situ ini bermakna Khalid tidak ada air muka dan tahu malu.'

Ini mengingkatkan kepada kisah Anwar yang tidak mahu menerima pemecatannya dari UMNO pada tahun 1998. Khalid sudah sepatutnya boleh ke jalanan untuk menganjurkan rusuhan seperti yang Anwar buat!

Sekelip mata peristiwa itu boleh terpalit ke muka Anwar sendiri!.

Sekurang-kurangnya Mahathir pada masa itu tidak melantik isterinya sebagai TPM tetapi menangmbil semula Allahyrham Ghafar Baba yang telah Anwar aniayai...

SuJeng said...

Isu MB Selangor menunjukkan PAS tidak boleh dipercayai sebagai pakatan politik. PAS ibarat menikam kawan disaat kawan dalam kesukaran. Pakatan politik PR yang wujud sekarang adalah antara parti. Bukan antara individu. Itu yang Hadi kena faham.

cikmatgelap said...

pada pkr bertambah berpadu tapi pas akar berpecah,prk akan terjadi di selangor,pakatan akan terbarai,selan gor akan terlepas ke umno,....tapi yg paling tragis....pas akan berpecah...ramai ahli pas akan tinggalkan pas...termasok aku....pas klu nak ug...ug le...ape aku peduli...pimpinan pas akan di persoalkan di mahsyar nanti....tunggu dan lihat

bat8 said...

Tuan,

TSKI sebenarnya sudah dicheckmated dengan langkah PKR memecatnya sebagai ahli. Apapun tindakan TSKI selain menyerahkan k3mbali jawatan MB Selangor adalah tindakan mementingkan diri. Dia hilang legitimasi moral dan politik untuk kekal d8 kerusi MB.
..........................

Yang lebih menarik ialah kedudukan PAS sekarang dan tindakan PAS selanjutnya. Seperti TSKI, PAS diberi banyak peluang untuk menyelesaikan apa jua masaalah PAS dalam isu TSKI dengan PKR dengan cara tertutupbdengan baik. Tetapi seperti biasa, kesucian dan martabat suci pemimpin PAS yang melebihi semua orang di negara 8nidisebabkan memileki kefaqehan ugama mendorong mereka bertindak diluar k3pompong setiakawan dan akhlak Islami itu s3ndiri.

Keadaan PAS sekarang agak terhad dengan tindakan PKR memecat TSKI. Walaupun TGNA telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak mahu campur urusan pem3catan TSKI. Sekali pandang, ini adalah tindakan penuh mantiq untuk membertahu pemimpin PAS yang lain jangan bertindak bodoh mencampuri urusan dalaman PKR ini. Mungkin ini adalah tindakan yang betul setelah melihat permainan politik golongan UG yang menggunakan platform MSU untuk m3nyokong TSKI tempohari.

Yang pertama yang terlintas dibenak fikiran saya ialah KEPUTUSAN MSU MENYOKONG TSKI KEKAL SEBAGAI MB TEMPOHARI SUDAH TIDAK RELEVAN lagi! Apa pendirian PAS sekarang? Adakah keputusan MSU itu masih perlu menyokong TSKI yang kini merupakan ADUN bebas. Apa pendirian PAS sekarang adalah masih menyokong TSKI kekal sebagai MB dalam status beliau sebagai ADUN bebas? Apakah arahan sekarang kepada 15 ADUN PAS di Selangor sekarang? Mereka sedang menunggu arahan parti untuk bertindak.

Kedua, tarikh mesyuarat PAS pada 17 Ogos ini sudah terlewat dengan perkembangan terbaru ini. Soalan-soalan diatas memerlukan jawapan yang cepat dari PAS bukan sahaja untuk menenangkan ahli-ahli akar umbi PAS tetapi rakyat Selangor yang memberi mandat kepada PAS dalam PRU 13 lalu. Yang lebih penting ialah apakah kena tunggu keputusan 17 ogos juga? Jika arahan s3gera dikeluarkan s3karang dalam isu dasar seperti ini, adakah arahan ini sah kerana tidak diputuskan didalam mesyuarat rasmi?

Semua mata sekarang sedang memerhati tindakan PAS. Tindakan PAS akan menentukan arah mana krisis ini akan menghala....

Wallahualam....

mosabit said...

msu ikut rentak hadi..msu walak kepada hadi..

ucin sasuke said...

Kerosakan telah pun dilakukan oleh PAS terhadap hubungan setiakawan dalam PR.

Unknown said...

Kadang2 melihat tindakan PAS ni agak bodoh dari segi politik..Kalau PKR tidak mahu khalid yang PAS dk sibuk2 nk kekalkan khalid itu kenapa?Khalid naik MB atas tiket PKR/PR lainlah Khalid itu naik dan dilantik sebagai MB dari Adun Bebas semacam cadangan puak bodoh dlm PAS mahu lantik Kuli jadi PM andai PR menang pru..so PAS patut tidak menyokong atau berkecuali sahaja menyerahkan pada PKR membuat keputusan..