Saturday, August 16, 2014

Selain ke mana Khalid, ke manakah juga Abdul Hadi Awang

DASAR RASA                                                                                   

Abdul Hadi ke manakah selepas ini?
Selain seluruh mata pemerhati politik "menyelar" ke wajah Abdul Khalid Ibrahim, sosok dan wajah Abdul Hadi Awang juga turut dicerlung oleh pemerhati politik dan umum. Perihal Khalid seakan sudah mengendur kini apabila beliau mendakwa mendapat perkenan Sultan Selangor untuk meneruskan menjabat jawatan MB.

Mungkin ramai di kalangan kita dapat membaca sepanjang mana jangka hayat seorang MB yang tidak berparti dan hanya mendapat simpati daripada seorang sultan.

Khalid juga merasa lega apabila keempat-empat orang Exco Pas telah bersamanya dan berpimpinan tangan untuk terus mentadbir kerajaan Selangor. Khalid tidak peduli apakah kerajaannya diselar atau pun tidak diikhtiraf rakyat (Perlembagaan) yang penting dia masih berada di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz (SSAA) Shah Alam dan melepaskan rasa dendam dan marahnya kepada Anwar Ibrahim and the geng.

Khalid berasakan dia menang hari ini. Dengan perkenaan Sultan dan dokongi oleh Pas dia dapat membalas dendam atau pun membela dirinya daripada serangan bekas partinya yang mahu mengnyahkan beliau dari kerusi MB sekaligus daripada persada politik tanah air ini. Untuk pusingan ini Khalid menang secara KO dengan berpengadilkan Sultan Selangor.

Berbeza dengan apa yang sedang diperhatikan kepada presiden Pas Abdul Hadi kini. Sambil menanti 17 Ogos dimana Pas dijangka akan mengadakan mesyuarat eksekutifnya, berbagai-bagai ramalan dan telahan dilemparkan terhadap Abdul Hadi. Kelambatan beliau memanggil mesyuarat bagi menghilangkan teka teki berhubung kerjasama Pas dengan PKR dan DAP dilihat kelemahan semulajadi yang ada kepada presiden Pas itu.

Keadaan ini bukan sekali dua tetapi sudah berulang. Akibat kelewatan itu menyebabkan Pas ditimpa masalah dan ada kalanya Pas mengalami kerugian bergantang-gantang disebabkan sikap dan stail presiden itu. Sebagai contohnya ialah krisis dalaman di Kedah menyebabkan Pas Kedah kehilangan sebuah kerajaan di sana. Suka atau tidak suka beliau sebagai presiden harus dipertanggungjawabkan dengan kekalahan Pas di Kedah.

Begitu juga isu-isu lain yang menghunjamkan Pas tidak mudah dileraikan kerana sikap berlengah-lengah dan ketiadaan idea dan proaktif menyelesaikan masalah ini.

Satu lagi contoh ialah mengenai gagasan atau idea untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan (Unity Government ) dengan Umno yang dicetuskan oleh beliau kemudian dihentam lumat termasuk oleh Mursyidul Am Pas Nik Abdul Abdul Aziz sendiri. Walaupun isu itu sudah menelan masa lebih tujuh tahun tetapi UG masih disebut dan didengunkan sampai ke hari ini.

Kepanjangan isu ini menyerlahkan kelemahan Abdul Hadi yang tidak mempunyai air liur masin bagi mengatasinya. Kegagalan beliau mempertahankan UG agar dilaksanakan seharusnya dipikul dengan penuh bermaruah. Malangnya bekas timbalan presiden Pas yang menjadi mediator dan agen kepada projek itu terpaksa menanggung beban asmaranya.

Hari ini perkara paling pokok ditunggu bersabit dengan Abdul Hadi ialah apakah sikap dan pendiriannya dalam mesyuarat pada 17 Ogos nanti. Ini yang sedang ditunggu. Mesyuarat kali ini menjadi perhatian begitu sekali kerana sebelum ini beliau telah awal-awal menyatakan sikap sokongannya kepada Abdul Khalid Ibrahim supaya kekal menjadi MB.

Apakah beliau akan terus mempertahankan Khalid sedang senario atau kapasiti Khalid kini sudah berubah? Khalid kini bukan lagi menjadi ahli PKR sebaliknya dia adalah Adun Bebas yang sama taraf dengan orang di Pasir Mas tidak berapa lama dulu. Orang akan mempersoalkan mengenai integriti politik Abdul Hadi dalam soal ini.

Apabila Khalid sekarang bukan Khalid "dolu-dolu" lagi apakah Abdul Hadi terus menerima Khalid? Inilah masalah dan inilah dilema yang ada dikelilingi diri Abdul Hadi. Sekiranya diikutkan "law" Abdul Hadi perlu meralat pendiriannya daripada menyokong Khalid. Atas hubungan persepakatan dengan DAP dan PKR, beliau tidak boleh lagi memberi sokongan kepada Khalid sehingga mengarahkan empat orang Exco mempertahankan Khalid, walaupun atas apa alasan sekali pun.

Tindakan dilakukan oleh empat Exco Pas hari ini boleh disifatkan tidak menghayati semangat Pakatan Rakyat. Mereka juga boleh cap sebagai pengkhinat kepada rakan sendiri dan lebih mementingkan diri sendiri. Keempat Exco itu berdolak dalih kononnya mereka mengikut apa yang diarahkan oleh parti dan parti pula menggunakan alasan untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat. Mungkin sesetengah ahli Pas terutamanya "ulama juz amma" suka dengan pendirian itu tetapi bukan rakyat banyak.

Sepatutnya mereka membuat pendirian sendiri atas kepentingan Pas Selangor. Pas Selangor harus mengambil ketetapan dan keputusan yang profesional dan bukan mengikut apa yang dikehendaki oleh Presiden secara peribadi. Ironisnya kerajaan Pakatan Rakyat telah diistyharkan oleh Khalid sebagai sudah tidak wujud lagi. Hamlau...

Apakah pendirian empat Exco itu dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor dan mengambil kira pandangan semua Yang di-Pertua Kawasan serta kepimpinan lain?  Adalah naif Pas Selangor kalau mereka mengikut arahan seseorang berkepentingan dan sehinggakan meninggalkan semangat setiakawan. Apa yang dilakukan oleh empat Exco itu ia boleh menjadi punca akan berpecah Pakatan Rakyat di Selangor atau pun bakal meletakkan Pas di luar Pakatan Rakyat?

Tindakan empat Exco itu yang mengikut kata presiden ia juga akan dikaitkan dengan pendirian presiden sebelum ini yang tidak sehaluan ataupun menerima semangat mesyuawarah dalam Pas. Abdul Hadi awal-awal lagi telah mengumumkan sokongan kepada Khalid dengan menafikan mesyuarawat Majlis Presiden yang diwakilkan kepada Mohamad Sabu. Sehari selepas Majlis Presiden PR mengeluarkan konsesus berhubung menggugurkan Khalid, Abdul Hadi bangun dari pembaringan menyatakan sokongan kepada Khalid.

Tidak cukup dengan kenyataan bersifat veto itu, bersidang pula Majlis Syura Ulamak (MSU) di Kota Bharu Kelantan mengambil pendirian selari dan seirama dengan pendirian presiden. Lebih mencelarukan lagi dilaporkan Mursyidul Am juga bersetuju. Sehingga kini Musyidul Am membisu apabila dan tidak memberi apa-apa respons selepas Khalid sudah bukan warga Pakatan Rakyat lagi. Apakah beliau tidak dikhabarkan dan mengetahuhi perkembangan ini?

Telatah Abdul Hadi itu tidak lagi dicampur dengan tindakan secara senyap beliau berjumpa dengan Khalid memberi jaminan mengenai masa depan dan kedudukannya sebagai MB. Kalau dicampur itu semua, sikap dan sokongan Abdul Hadi seolah-olah beliau akan sehidup dan semati dengan Khalid Ibrahim.

Situasi inilah meletakkan Abdul Hadi dalam keadaan dilema sekarang ini. Mungkin penangguhan mesyuarat Jawatankuasa keraj Pas beberapa kali itu kerana ia bermasalah. Masalahnya tentulah Abdul Hadi "rohok" atau payah untuk mempertahankan pendiriannya terhadap Khalid di hadapan para eksekutif parti.

Mesyuarat Jawatankuasa kerja yang anggotanya terdiri daripada berbagai lapisan dan latar belakang pendidikan tidak mudah untuk akur begitu sahaja kepada pendirian peribadi presiden. Hal ini sudah tentu akan ada perdebatan hangat. Sekiranya Abdul Hadi tetap dengan pendiriannya, mempertahankan Khalid sudah tentu dia akan dikeronyok dan diminta alasan apakah munasabah dan logik dari segi Pas sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

Terdengar juga khabar, kenapa mesyuarat itu ditangguh ialah kerana ia sudah dikesan mesyuarat itu akan mempertikaikan pendirian diambil oleh Abdul Hadi dan juga MSU yang bermesyuarat membuat ketetapan sebelum eksekutif parti melakukannya. Jadi untuk mengelak berlaku pertembungan inilah maka mesyuarat itu ditangguh sementara disamping menjadikan penangguhan itu sebagai perang saraf agar pendirian songsang presiden itu diterima dengan baik.

Persoalan kini setelah kedudukan Khalid sudah berubah menjadi ahli bebas dan Umno pula memberi sokongan tanpa syarat, apakah Abdul Hadi tetap dengan pendiriannya? Beliau akan berhadapan dengan persoalan besar dalam mesyuarat kali ini. Sekiranya beliau tetap dengan pendirian mahukan Khalid, beliau kena merempuh benteng yang kuat dalam mesyuarat. Kuasa veto seorang presiden yang selalu diberikan laluan sebelum ini mungkin tidak akan berulang lagi.

Khabarnya, apabila berdepan dengan masalah yang rumit dan terbeban ke atas pundaknya, Abdul Hadi akan mengambil jalan keluar untuk meletak jawatan. Sudah lebih dua kali katanya beliau cuba mengelak dan mengugut untuk melepas jawatan apabila timbul sesuatu masalah terdesak. Kali ini kalau beliau menawarkan untuk berbuat demikian (letak jawatan) elok jawatankuasa Pas menerimanya untuk membolehkan beliau berrihat sepenuhnya.

Kesimpulannya ada dua bakal terjawab. Sekiranya Abdul Hadi tetap dengan pendiriannya menyokong Khalid yang dianggap mengkhianati Pakatan Rakyat, ertinya dia mendedahkan dirinya untuk ditentang dalam muktamar akan datang. Sebaliknya kalau beliau meralat sokongannya, beliau akan dihormati sebagai seorang presiden kepada sebuah parti politik yang dalam perhitungan umum akan menjadi parti politik utama negara ini selepas Umno.

Implikasi lain sekiranya beliau bertegas dengan pendirian dan keputusannya itu ini bermakna beliau sengaja mahu membawa Pas ke jalan jauh yang penuh berduri, dan ia sangat dikesalkan.

Barang kali juga harapan Husam Musa untuk melihat Abdul Hadi menjadi PM walaupun sehari akan tercapai hanya akan terbungkus dalam mimpi tanpa malam. Senario dan perkembangan ini menjadikan orang berteka teki, selepas Khalid akan hayut ke mana selepas ini,  orang juga sedang memerhati ke manakah juga Abdul Hadi akan membawa diri. Ke gunung atau ke lembah. [wm.kl.11:26 am 14/08/14]

17 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

PAS hanya gemar berpolitik bukannya untuk menjadi pemimpin...
Pres PAS lebih rela jadi pengikut setia DAP-PKR dan selebihnya jadi nelayan sahaja.....alahai PAS!

Seniwoman said...

Jika kita bersangka baiklah katakan, mungkin TGHA dan TGNA ingin memberi ruang agar kemelut untuk menukarkan TSKI(PKR) dilakukan dengan tertib, tetapi TSKI pula tidak mahu meletakkan jawatan akibatnya dia dipecat dari PKR. Amat jelas moral politik TSKI sangat cemar dan lebih memburukkan keadaan ia mencemarkan PAS pula. Lebih malangnya pula PAS seperti merelakan partinya turut dicemari, masih memberikan sokongan pd TSKI(bebas) mengenepikan semangat berpakat PR disertai dgn amat lembabnya membuat keputusan. Apakah PAS mengutamakan seorang ADUN bebas berbanding partinya sendiri dan rakan-rakan PR yg lain?

UNCLE RAMLI said...

Mengikut hujah yang diutarakan oleh Sdr, besar kemungkinan Presiden PAS dah termakan dengan 'Ketuanan Melayu' yang disuapkan oleh UMNO sekian lama kepadanya.Lagi pun Hadi memanag tiada konsep politik moden melainkan masih memegang konsep 'medieval theology'yang sarat dengan akidah sunni dan tak mahu disesuaikan dengan zaman abad ke-21

Malaysiabaru said...

Asalamualaikum... jika sekalipun kemelut selangor elesai, namun kemelut pakatan tidak akan selesai selagi hadi awe masih presiden. Jika khalid pergi begitu juga awe hadi

4G said...

ana rasa ni buah akhir MSO bgi mengmuktamadkan bagaimana senerio kemelut pas dgn PR ini akan berakhir...dan bersetuju dgn MSO jalan terbaik utk ust hadi ialah mengundur diri secara terhormat sebgai presiden PAS bagi menjaga krdibiliti dankeharmonian PAS bersama PR tidak lagi bermasalah dengan blunder demi blunder yg telah beliau lakukan setakat ini..

bulan said...

Dulu hanya orang terengganu kenal siapa itu haji hadi. Seorang ulamak yg sangat faqeh tetapi hampas sebagai pemimpin tiada isi dan visi. Sekadar pembaca skrip yang telah ditulis oleh stopa ali. Mudah dimunipulasi oleh orang yg dipercayainya

Mohd Hanafi Jusoh said...

Salam tuan MSO...

Jika empat org exco PAS tersebut turut letak jawatan adakah dun selangor turut terbubar?ikut maklumat undang2 tubuh selangor perlu minimum 4 exco untuk urus pentadbiran...satu lg problem diselangor hanya MB yg boleh memanggil sidang DUN tergempar bukan speaker kalau nk adakan undi tak percaya kena tunggu november...kalau isu ini boleh diselesaikan oleh speaker dah lama selesai betul tak tuan MSO?satu lagi tuan saya nk ingatkan penghentam yang menghentam tanpa fakta dan kadang2 guna isu yg sama dlm menghentam PAS kadang2 isu yg lama di refresh balij seolah olah tidak ada isu lain saya ingin bertanya berapa juta wang anda dan berapa banyak masa,keringat dan air mata anda telah dikorbankan dalam perjuangan menentang kezaliman?PAS sudah melalui berbagai zaman dan ada ahli dan pimpinannya dibunuh dlm perjuangan bkan sahaja dipenjara...nasihat sy banyakkan membaca dan cari fakta dan jgn mendengar sebelah pihak sahaja...ulasan Tuan MSO mungkin benar dan mungkin pandangan semata2 masih di alam ghaib jd pembaca hendaklah cerdik jgn terima sahaja bulat2 dan tuan MSO pun saya kira mahu pembaca berfikir bkan maki hamun dan menuduh yang bukan2 tanpa kajian...jadilah pembaca yg neutral tak kira anda penyokong parti mana pun...Tenang itu dari Allah dan Gopoh itu dari syaitan...wasalam

bat8 said...

Uncle Ramli,

Setuju dengan pandangan uncle. Top of all TGHH tidak mempunyai leadership yang diperlukan untuk memimpin organasasi besar seperti PAS yang perlu dinamik dan perlu menangani setiap perkembangan semasa dengan tuntas.

Kelemahan ini kita bol3h detect semasa dia masih menjawat jawatan Naib Presiden dan Timbalan Presiden kepada Almarhum Dato Fadzil Nor lagi. Setiap p3ndapatnya b3gitu terpisah dengan realiti didepan masa dan bersifat umum sahaja serta tidak memberi jalan penyelesaian yang jelas.

Kepimpinan TGHH hanya sesuai untuk menjadi pemimpin majlis tahlil sahaja. Maaflah jika bunyi kasar. Itulah pemerhatian saya sejak beliau mula balik dari Mesir( belum masuk PAS lagi) dan semasa berada didalam PAS.

Amir Aiman Akashah said...

sangat-sangat merindui kepimpinan ulama zaman almarhum ustaz fadhil noor. walaupun masa tu Pas tidak menang banyak kerusi dan punyai kekuatan hari ini namun Pas sangat2 harmoni dan sukar untuk dicemari.

saya akui bahawa TGHH adalah seorang ulama besar, beliau memang ke depan dalam urusan agama dengan keilmuan yang ada. namun dalam siasah politik, TGHH jauh terbelakang waima jika dibandingkan dengan TSKI sekalipun.

Sangat2 mmerindui zaman kepimpinan almarhum ustaz fadhil noor. a-fatihah utk arwahyarham.

bat8 said...

Tuan Hanafi,

Tuan hanya cuba mempertahan PAS tanpa membetulkan mana yang sdra rasa tak betul dengan fakta yang betul. Tuan hanya cakap umum sahaja yang membantu mempertahankan PAS.Mana maklumat yang tuan kata yang sebenar? Macamana orang mahu membandingkan dengan apa yang tuan kata tuduhan semata-mata. Atau untuk pengunjung blog ini nak bandingkan dengan tulisan yang ditulis oleh Tuan MSO?

Kita jangan buat perangai puak UMNO. Fakta yang dirasakan betul tak bagitau tetapi suruh orang percaya ayat sebaris dia. Orang PAS jauh lebih baik dari puak UMNO totok.

bulan said...

Secara umumnya krisis MB Selangor memberikan imej yang sangat negatif terhadap PAS. Ketetapan wajib walaq dalam semua perkara kepada keputusan MSU dan Presiden tanpa boleh disoal akan memberikan keyakinan kepada rakyat malaysia bahawa Malaysia akan diperintah secara diktaktor sekiranya PAS berkuasa. Semangat demokrasi akan mati, PAS akan mewujudkan jurang yang besar diantara orang Islam dan bukan Islam.

Seniwoman said...

Benar juga sewajarnya bertenang selama yg boleh, itu lebih baik. Lagi lama tempoh bertenang terlebih baiklah hasilnya, jika 3 tahun tidak mencukupi tambah lagi walau puluhan/ratusan tahun sekalipun asalkan tidak gopoh.

Putra IJ80 said...

Mcm mne nk jadi Pembaca yg. Nuetral klu TGHH telah membuktikan keputuan nya sering bertentangan dgn kehendak setia kawan dlm PR contoh nya kes Kota Damansara bila PAS meletakan calun nya walhal PR sudah ada calun yg mempertahan kerusi yg akhir nya mebawa kemenangan UMNO(BN) mungkin perkara ini kita dpt lupakan tapi dlm kes S'gor kesilapan TGHH ini bolh membawa kehancutan..sia sia sja. Perjuangan selama ini yg sudah hampir menampakan kejayaan nya.Wallahua'lam

Artech Trade said...

Jika sesuatu keputusan melibatkan sebuah negeri pun Pas lambat bertindak apatah lagi isu melibatkan sebuah negara andai PR memerintah. Andai 'case study ' seperti ini pun kita x lambat hantar kpd pensyarah ..macammana nak lepas 'exam'

MNA said...

Tuan Hanafi, pengorbanan pas yang dolo-dolo kerana adanya pemimpin yang berwibawa seperti Dr. Fadzil, dia berhujah dengan fakta. Dan saya pada waktu itu memang kagum dengan seorang pemimpin sepertinya yang tiada tandingannya berbanding dengan pemimpin pas hari ini. Dari segi amanah dan kejujuran, saya mengagumi TGNA, tetapi kehadiran mereka itu tidak cukup untuk rakyat menyokong pas jika ada pemimpin seperti TGHA, yang lembab, lambat dan kadang-kadang gopoh memberikan kenyataan tanpa merujuk kepada pemimpin lain dalam pas. Apa yang saya lihat Tuan Guru Hadi Awang ini lebih suka kepada UG, kenapa Mohammad Sabu yg membacakan keputusan mesyuarat kelmarin? Jawapnya sudah pastilah TGHA tidak mahu menjatuhkan air mukannya selepas membuat keputusan tergopoh-gopoh menyokong TSKI. Patutnya dia memohon maaf terlebih dahulu kerana menyokong TSKI pd peringkat awal, sepatutnya TGHA tdk mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga jelas dan nyata tentang keudukan TSKI yg sudha dipecat PKR.

Mohd Hanafi Jusoh said...

Salam semua...

Tuan2 yang dihormati...maaf kerana hampir 4 hari tak berintenet dan tak jenguk blog MSO jadi tak melihat komen tuan2 semua....

Dari awal lg sy hanya meminta supaya isu MB selangor ini disiasat sebab apa nk tukar dan suruh bincang dahulu secara face to face bukan secara media or surat menyurat sahaja dan saya juga sarankan tuan MSO siasat sebab apa TGNA sokong Khalid itu sahaja dan saya tak berniat nak pertahankan PAS semata-mata...saya cuma kata fikir dan cari fakta dan bandingkan itu sahaja...macam isu hutang bank Islam yg diberitahu oleh saudara saifuddin yg dikatakan disyaki ada hangky pangky saya ada copy paste knyataan dr saudara azrul ex chief economist bank Islam dari blog ameno world(pro pr dan bagi saya dia neutral n hentam semua pimpinan PR yg bermasalah dengan fakta dan angka dan sy lihat dia sgt rajin mencari maklumat dan bukan hentam keromo dan TGHH juga antara yg pernah dihentam oleh beliau tp sy suka cara dia hentam no problem) tempoh hari di blog MSO jika tuan2 semua perasan...

TGHH juga ada kelemahan itu saya akui mcm isu pil kuda n lain2 lg tp takkan semua benda dia buat tak betul takkan semua negatif...saya pun tak setuju kalau ada org minta supaya DSAI ditukar atas alasan dia lemah dlm tadbir PKR yg semua orang tahu team azmin n team khalid gaduh tak selesai hingga belarutan sampai makin parah jd macam sekarang kalau DSAI kuat mesti anak buah dengar cakap itu tanda lemah tp kita tak boleh buang dia sebab satu isu yg negatif sebab yg positif pun ada pada DSAI...

Itu pandangan saya maaf jika terkasar bahasa

Satu lg saya suka kisah umat Islam yg pertikai saidina Ali RA dengan banding beliau dengan sahabat Khalifah yg terdahulu memimpin tanpa masalah dan tidak ada konflik dlm umat Islam...ia mudah sahaja dijawab oleh beliau iaitu umat Islam zaman abu bakar,umar &ali adalah seperti beliau dan umat islam zaman ali adalah macam org yg bertanya saidina ali...:-)

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. Hujurat ayat 6....

Wasalam

farah said...

Selangor memerlukan MB yang baharu dan dengan itu juga dalamn tempoh yang seiring Pas memerlukan Presiden Baharu. Pemimopin datang dan pergi, keanapa Pas harus terikat dengan kepimpinan TGHA?