Thursday, August 14, 2014

Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum

JELANG RAPAT                                                                               

Malam ini Lujnah Politik Pas akan bermesyuarat bagi membincang perkembangan semasa politik dalam negara. Tumpuan sudah tentu diberikan kepada kemelut dan pergolakan yang berlaku di Selangor. Hasil mesyuarat malam ini penting dan ia dinanti-nantikan banyak pihak. Perkara yang ditunggu ialah berhubung dengan sikap terkini Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid Ibrahim yang kini berstatus sebagai MB bebas.

Saari Sungip
Hasnul Baharuddin
Pemecatan Khalid dari PKR dan beliau bukan lagi merupakan kerabat Pakatan Rakyat boleh jadi menyebabkan Pas ada pandangan baru terhadap Khalid. Pendirian sebelum ini yang diambil oleh Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi.

Pas atau Abdul Hadi tidak ada hujah syarie yang kuat lagi untuk berbuat demikian. Lainlah kalau Khalid telah mengisi borang Pas untuk menyertai parti agama itu, Abdul Hadi boleh berkeras dengan pendiriannya. Parti agama?

Sekiranya benar Khalid berhajat untuk menyertai Pas sudah pasti ia akan dibahas hangit malam ini. Pro kontra akan berlaku. Ahli Lunah Politik yang mahukan Pakatan Rakyat kekal akan menolak penyertaan Khalid itu walaupun dari satu segi ia memberi kelabaan politik kepada Pas. 

Sebaliknya pihak yang sudah berkudis hati dengan PKR dan DAP akan mempertahankan dan mencadangkan agar Khalid diterima menjadi anggota Pas. Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali sebelum ini menafikan mengenai desas desus ini, tetapi firasat saya mengatakan sudah ada risik-risik mengenai hal ini.

Dan sekiranya Pas mahu menenangkan keadaan parti itu, soal Khalid menyertai Pas janganlah dibangkitkan malam ini.

Selain kedudukan Khalid, isu yang akan dibincangkan ialah mengenai Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini sudah mendapat majoriti daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor apabila dua ahli Pas Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin mengatakan sokongan kepada Azizah. 

Dengan kedudukan itu Pas secara praktiknya tidak lagi boleh mempertahankan Khalid atas alasan hendak menyelamatkan kerajaan Selangor. Sekiranya dari kalangan Ahli jawatankuasa Pas arif dan maklum dengan matemetik mereka harus akur yang Khalid sudah tertolak. 

Sehubungan itu juga Pas tentu membincangkan tindakan Saari dan Hasnul itu. Apakah mereka dianggap sebagai tidak mempedulikan seruan Mohd Amar Nik Abdullah yang menggesa agar semua 15 orang Adun Pas Selangor menyokong Khalid. Sekiranya Pas beranggapan seruan Nik Amar itu sebagai rasmi sudah tentu tindakan kedua-dua Adun Pas kawasan Hulu Kelang dan Morib itu menyokong Azizah dianggap sebagai membelakangkan arahan Nik Amar? 

Kenapa begitu, sebab parti tidak membuat arahan rasmi agar semua Adun menyokong Khalid. Apa yang ada ialah arahan kepada empat Exco Pas bersama Khalid.

Berdasarkan kepada hakikat itu, tidak ada sebab untuk Pas mengambil apa-apa tindakan ke atas Saari dan Hasnul malam ini sebab mereka relatif tidak melanggar mana-mana disiplin parti. Lagipun seperti kata Saari, beliau mengambil pendirian itu sebagai menyahut seruan parti agar mempertahankan Pakatan Rakyat sesuai juga dengan pendirian Mursyidul Am Pas.

Tindakan ke atas kedua-dua Adun itu akan menggeruhkan lagi keadaan dan ia mengundang permasalahan baru dalam Pas. Pas tidak sepatutnya menambahkan kerumitan dan masalah dengan apa yang berlaku kini. 

Mesyuarat malam ini juga menjadi tumpuan kerana pemerhati akan menilai sejauh manakah wibawa Pas sebagai parti politik menjaga semangat setiakawan dalam Pakatan. Selain itu ia akan menjawab apakah Pas berpegang kepada syura, keputusan bersama atau pun kena wala' atau pun taat membuta tuli kepada kehendak peribadi mana-mana pemimpin.

Diharap lujnah politik Pas akan bermesyuarat dengan penuh terbuka, tawaduk serta berfikiran lapang dengan penuh ukhwah keagmaan yang sering dilaung-laungkan. Setiap daripada mereka yang hadir hendaklah memberi pandangan yang datang hati yang tulus atas semangat perjuangan sebenarnya dan bukan kerana hasad dan dengki. [wm.kl.5:05 pm 14/08/14]

12 comments:

Unknown said...

Salam Tuan MSO, saya menyesal memberi 1 undi kepada Pas di dalam pilihanraya lepas dan tidak lagi pada pilihanraya akan datang. Pas perlu berdoa semoga tiada pembubaran dewan berlaku di Selangor dalam masa terdekat. Jangkaan saya 15 akan bertukar kepada 3 shj, kerosakan yg besar telah dilakukan oleh Pas. Wassalam.

iRock said...

Nok wat lagu mano...........Pas memang lembab, bijaksana apo tu? Selalunya org lembab ni bodoh....maaf kata no.......lazimnya! Jadi Tuang Presiden pikir sendiri la!
Rakyat dah tak kisah halamana Pas nak tuju..........pas dah jadi tak releven dah!

ala kasim said...

Pas ooo pas... mulanya rasa meluat juga dgn kes ni kat pakatan.. tapi di sebabkan masih ada double standard dari pihak ..... aku pilih sokong pakatan kembali.. kalau kes ni memihak BN dah lama MB pakatan kena halau dari opis.. bagi aku PAS jelas bersekongkol dgn BN sbb depa tau sultan akan ke luar negara.. cara kerja PAS juga tak efficient..lambat

Zie said...

salam. sy pening nga geng UG (Baca: ustaz). bukankah dah beberapa kali dipertegaskan dlm muktamar bahawa Pas akan bersama PR. Mgapa engkar nga kptsn mesy/muktamar. inilah masalah'y. mcm Hasan Ali, bila dia jd ketua Pas S'gor. dia duk cbuk ratib kena wala' kpd ketua. tp apabila org lain jd ketua, dia X wala' pun!Kdg2, sesetengah pak2 ustaz dlm Pas ni diorg igt diorg mulia sgt..kena ikut ckp mereka. dlm berjamaah, kena ikut kptsn ramai.diaorg igt apabila bljr agama ckit, hafaz ayat al-Quran/ hadis sepotong dua dh khayal nk jd ulama'. kdg2 kita hairan, bgitu mudah mereka melabel mereka ulama'.

Unknown said...

PAS sptutnya tdak brmasalh klu brdiam diri n memprtahn pr yg mrk anggotai tpi syg mrk mncari masalh shingga org mrasakn bkn pkr yg brmasalh tpi PAS, Presiden kena ambil tgungjwb jika pru14 PAS d tolak rkyt.

Lebai Malang said...

PAS sepatutnya dapat mengambil kesempatan dari krisis ini untuk menjadi sebuah parti yang lebih hebat. dan dihormati serta sebuah parti yg paling matang dalam PR Malangnya PAS telah memilih untuk meraih laba jangka pendek dgn mempertahankan TSKI walaupun bukan ahli ahli mana2 parti dlm PR. Sifat tamak kuasa di kalangan sebahagian pemimpin PAS dan ditambah pula dgn penasihat yang mempunyai agenda peribadi membuatkan PAS silap membuat keputusan yang akan menjadi titik hitam dalam sejarah perjuangan parti Islam ini. Setelah TSKI dipecat sepatutnya PAS menangguhkan dulu penyertaan 4 ADUN mereka dalam Exco TSKI sehingga mesyuarat yang dijadualkan pada 17hb ini. Dalam situasi sekarang dilihat PAS sengaja melengahkan mesyurat dengan harapan ditendang keluar dari PR untuk mereka menubuhkan UG dengan UMNO.

Unknown said...

Salam tuan Mso...

Izinkan saya luahkan sekelumit rasa tentang isu yang tengah 'gelegak' sekarang ini...
Sebelum mumayyiz lagi saya telah kenal PAS, setelah berjawi dan menjadi bapak kpd budak, cinta dan sayang pd PAS sentiasa bertambah segar namun 2-3 hari ini perasaan itu terbelah bagi...
PAS yang saya kenali sebelum ini, begitu kuat dan pantas berlari ke hadapan namun akhir-akhir ini berlari ke belakang, berjalan pun berteweng-teweng, mengapa?? Lupa laluan atau mabuk ketum???
Janji setia satu persepakatan dibuat sebelum ini lunak dicerobohi, di hujahi dengan kaedah syarie sebagai senjata penceroboh, seolah - olah mendapat redha Allah, tok lebai katakan....
Pada pandangan saya, Hakikatnya sekarang PAS sebenarnya telah gian teruk akibat dadah yang UMNO suntik secara sedar atau pun tidak sedar, suntikan dadah PAS lebih kuat dari PKR/DAP...Selangor hak PAS... PAS pak turut PKR/DAP...akhirnya membuatkan PAS meracau tak tentu arah....
Cerita UG sebelum PRU yang lepas menyerlah dan membenarkan sikap tersebut di dalam PAS...
Kepada faqeh-faqeh dan lebai-lebai dalam PAS carilah fiqh sebernas mana yang boleh...yg mn belot pd seseorang bukan lebai dibolehkan, lebih-lebih lagi yg diragui moralnya, sementara itu jangan lupa dodoikan TKSI tidur dengan sirah khalid al-waled setelah solat hajat dibuat...
Pemberi undi sedang memerhati khusyuk... Sekhusyuk doa yang dibacakan, benar dan setuju kata tuan Mso dalam artikel sebelum ini jangan jadi lebai malang...
* sentiasa nantikan ulasan tuan Mso(kebarangkalian ketepatan analisis tuan mengenai pas terutamanya adalah tinggi)

tokjeng said...

Saya juga tidak akan sesekali mengundi PKR dan DAP selepas ini.Kalau orang lembab dikatakan bodoh,orang yang gelojoh 2 kali bodoh.Pepatah Melayu juga menyebut, biar lambat asal selamat. Dan rakyat bukan sahaja menilai PAS tetapi juga menilai PKR dan DAP..Ingat tu ye!

Sabina45 said...

Bagitulah berlaku di Perak dulu ,disebabkan PAS juga maka terpelanting MB dari PAS sendiri siapa yang jadi dalangnya,kononnya presiden hendak mencuba kemampuan PR bertahan kemenangan PR di Perak maka tunggang langgang lah disebabbkan UMNO/BN telah nampak kelemahan pentadbiran Presiden sendiri maka BN telah mengoda ADUN PKR dan DAP tapi bukan dari PAS maka berberantakkan lah dalam PR sendiri,bagitulah ceritanya presiden yang gila sangat nak bergabung dengan UMNO ini,masa itu Hassang anak Ali ada lagi dalam PAS yang memainkan peranan untu agenda tersembunyi itu.

Abu Zakariyya said...

Buat apa pun kena contohi Rasulullah sollallahi alaihi wassallam dan para sahabat.
Kan kalau rakyat datang jumpa YB tengah2 malam, YB nak cakap, minggu hamba tak senang, tunggu 17 nanti baru hamba senang.
Memang patut pun bagi kelantan shj, tu pun dah tak lama,terlepas lah.
Bulan Ramadhan lagi dah duk dengar Ustaz2 PAS duk komen, knp nak berebut jawatan MB? Rasanya Khalid jadi MB utk penggal kedua pun atas permintaan PAS juga.

Mata Hati Nourmishael said...

saya sedikit terkesima apabila ustaz2 PAS sudah menghukum 2 org adun pas yang menyokong PR di Selangor disusuli kutukan dan hinaan dari penyokong PAS yg lain...diorg bukan melompat parti dah ugut pasal sumpah baiah...mmg benarlah kata2 pemimpin umno yg PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Seniwoman said...

Orang yg cukup persediaannya tentulah cekap dan pantas bertindak tanpa melengahkan masa. Jika dilengah-lengahkan, itu menunjukkan seseorang itu tidak cukup bersedia dan tidak mahir menghargai masa.