Tuesday, August 5, 2014

Pakatan tidak berkompromi pada prinsip dasar

KENYATAAN                                                                                       

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon MB, sebaliknya ia boleh dan akan berpecah sekiranya ada parti komponen yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertangganjungawaban dalam penmgurusan kerajaan.

Beliau menegaskan demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikirimkan ke blog ini sekejap tadi. Berikut adalah kenyataan penuhnya:

Pakatan tidak akan berkompromi pada prinsip-prinsip dasar

Banyak telah diperkatakan semenjak beberapa minggu lalu akan kemungkinan pecahnya Pakatan Rakyat akibat pergeseran di antara PKR dan PAS berkenaan dengan pilihan calon Menteri Besar Selangor.

Ingin saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon Menteri Besar. Sebaliknya, PR boleh dan akan hanya berpecah sekiranya ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan.

Atas prinsip-prinsip inilah Pakatan Rakyat dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. Prinsip- prinsip ini juga telah dicabuli oleh kerajaan BN ketika ianya berkuasa pada lima dekad yang lalu.

Keputusan PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 telah menunjukkan dengan jelas bahawa perjuangan PR yang berpaksikan di atas prinsip-prinsip ini telah diterima baik oleh rakyat yang rata-ratanya mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih, berprinsip dan bersungguh-sungguh dalam membela kepentingan rakyat.

Dalam usaha murni ini, gabungan Pakatan bersama dengan semua yang menyokong usaha ini telah bersama- sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran amat hebat untuk terus memberikan harapan kepada rakyat Malaysia. Usaha kita tidak sia-sia, kerana kita telah memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi Malaysia walaupun kita dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan.

Perkara penting yang perlu difahami adalah sebuah pakatan pembangkang yang kuat telah berjaya menekan kerajaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mengekang sebahagian daripada keborosan mereka. Bagaimanapun, perjuangan untuk sebuah kerajaan yang benar-benar bersih dan telus masih perlu diteruskan.

Kekuatan ini tidak boleh dibina atas dasar keinginan dan impian semata, lebih bahaya lagi sekiraya kekuatan ini dilandaskan dengan perasaan curiga, dendam dan irihati. Ianya perlu dibina atas iltizam dan kenyakinan, dan inilah kekuatan yang telah mendorong rakan kongsi PR untuk berjuang bersama-sama pada PRU 13 yang lalu.

Justeru, kita perlu menyatukan kekuatan ini untuk terus kekal bersama dan terus menolak sebarang percubaan untuk memecahbelahkan kita. Setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama. Kegagalan untuk menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa kita membuat beberapa keputusan yang sukar.

Persefahaman akan hak lantikan MB Selangor telahpun wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana PKR juga telah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri lain. Persefahaman ini wajib dipatuhi.

Kita yakin bahawa isu MB Selangor ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat Pakatan Rakyat, samada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihanraya. Namun begitu, tidak ada sebarang keperluan untuk mengadakan pilihanraya kerana Barisan hanya ada 12 kerusi di kalangan 56 kerusi DUN dan PRU-13 hanya diadakan kira-kira 15 bulan yang lalu.

Walaubagaimanapun, sekiranya pilihanraya terpaksa dilakukan, Pakatan telah bersedia untuk menghadapi para pengundi dan berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita.

Kita juga bimbang akan nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan oleh segelintir pimpinan kecil Pakatan yang jelasnya mencabuli nilai-nilai asas PR. Kami berpendapat bahawa tindakan disiplin yang sewajarnya perlu diambil ke atas golongan ini.

Rakyat perlu diyakinkan bahawa sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat, ianya akan dibuat hanya setelah mengambilkira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat. Samada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil, kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik.

Jaminan kita adalah bahawa kita tidak akan sesekali menyimpang daripada nilai-nilai asas dan kita akan terus memastikan kepentingan rakyat tetap didahulukan.

Kita yakin dan percaya bahawa peristiwa ini akan terus mematangkan dan memperkasakan kita. Rakyat telah menaruh kepercayaan kepada kita dan kita wajib memastikan kita wajar dipercayai dan kepercayaan rakyat jangan kita khianati.

Walau apapun yang bakal berlaku, Pakatan, bersandarkan tekad rakyat, akan terus bertahan! Insya Allah

Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
5 August 2014 [wm.kl.5:29 pm 05/08/14]

3 comments:

Unknown said...

Setuju dengan kenyataan dsai dan pandangan sy dlm post tuan sblum ini juga mengharapkan natijah yg sama...kalau PKR meminta PAS mengubah perlembagaan sebagai contoh buang Islam sebagai perjuangan PAS baru la boleh pecah PR tp kalau setakat isu tukar MB masih ada bargaining power yg sedang diusahakan dan ditawar menawarkan untuk menghasilkan win2 situation...PKR,PAS&DAP adalah parti yg membentuk PR dengan barang dagangan yg berbeza untuk dijual dengan matlamat yg sama iaitu untuk mendapat untung dan perlu diingat bahawa PAS bukan anak syarikat PKR mahupun DAP begitu juga sebaliknya maka diharapkan perbincangan dengan dada yang lapang dan kepala yang sejuk membuahkan hasil pada 10 ogos ini...wasalam

bat8 said...

Tuan

Lain bunyi kenyataan DSAI kali ini menjelang mesyuarat PAS pada 10 ogos nanti. Satu sudut ia mengingatkan pucuk pimpinan PAS asas persefahaman antara 3 parti dibawah PR yang menadi asas kepada kejayaan PR dalam PRU 12 dan PRU 13. Dan asas persefahaman ini perlu diteruskan kerana kedua PRU lalu menunjukkan rakyat menaruh harapan kepada PR. Ini dibuktikan oleh undi popular yang diperolehi oleh PRU 13 yang lalu dimana ia adalah PRU yang paling kotor dan amat getir. DSAI mengingatkan kepada semua parti bahawa mereka perlu mengukuhkan asas tersebut bagi menghadapi PRU 14 yang kita jangka lgi kotor dari PRU 13.

DSAI juga menyentuh tindakan PAS dalam kemelut MB Selangor yang dilihat melanggar persefahaman yang dipersetujui selama ini.

Saya katakan nada kenyataan ini lain skit kerana jika kita baca dengan teliti, seolah-olahnya keputusan mesyuarat PAS pada 8 ogos ini sudah dijangka. PAS akan menyokong dan menjadikan pandangan peribadi TGHH tempohari sebagai keputusan rasmi PAS. Keputusan ini akan menyediakan pentas untuk PAS untuk bertelagah secara berdepan dengan PKR dan seterusnya sebagai alasan untuk keluar dari PR.

Itu bacaan saya. Sebenarnya samada PAS kekal atau keluar dari PR tidak membawa makna apa-apa kepada PAS kerana tindakan TGHH dan yang lain selepas itu telah menyentap PAS turun kebawah ketahap kedudukan UMNO dimata rakyat yang berada di luar PAS.

Segala kelebihan, keperdanaan yang dinikmati oleh PAS sejak bersama PR telah hilang diruntuhkan oleh TGHH. Tindakan Dr Zuhdi dan lain-lain selepas itu hanya untuk meratakan runtuhan yang diruntuhkan TGHH sahaja. Esok s3mbahyang hajat yang diusahakan oleh ustaz norazli musa dari Dewan Ulamak PAS Perak ( mamat ni takde kena mengenapun dengan krisis di Selangor) adalah tindakan menolak runtuhan tersebut yang telah diratakan kedalam lubang besar sebelum dikambus. Lubang ters3but akan dikampus oleh mesyuarat PAS pada 8 ogos nanti!

Tuan....harap-harap apa yang saya katakan tidak terjadi. S3moga ia adalah imiginasi saya sahaja. Tetapi melihat kepada deman kura puak UG dalam PAS, sukar untuk menolak kemungkinan tersebut dari terjadi.

Jika PAS keluar dari PR, masaalah PAS tidak akan berakhir disitu sahaja. Pasti PAS akan melalui satu proses ketidakstabilan dari puak-puak yang tidak bersetujui PAS keluar dari PR. Tak pasai-pasai PAS bergolak. Ini akibat orang yang perasan diri terlalu cerdik dari yang sebenar. Orang yang kasut saiz 5 berlagak dengan pakai kasut saiz 9...

Wallahualam

Unknown said...

Tepat dan bernas saudara....tengok gak saiz berapo kaki kito beratttt puak tu guu....