Thursday, August 28, 2014

PRK Pengkalan Kubur: Pas perlu hormati PKR

PENGKALAN KUBUR 2                                                                      

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang Pas berhasrat untuk meletakkan calon di PRK Pengkalan Kubur dilihat sebagai terlalu awal dan langsung tidak menghormati rakan mereka dalam Pakatan, yakini PKR.

Mohd Amar Nik Abdullah
Nik Amar memberi alasan kerusi berkenaan hanya diberi pinjam kepada PKR dimana asalnya ia adalah hak Pas. Kalau pun Pas berhasrat untuk meletakkan calon kerana lebih yakin mereka akan menang, tidak menjadi masalah. Tetapi apa yang lebih baik Pas atau Nik Amar harus berunding dahulu dengan PKR.

Nik Amar tidak boleh menafikan kewujudan PKR di Pengkalan Kubur. Kalau pun PKR tidak mempunyai pengaruh dan pengundi yang ramai, tetapi PKR boleh menggunakan kuasa "bilis" mereka untuk menyukarkan Pas. Macam mana kalau penyokong dan ahli PKR di Pengalan Kubur mengambil sikap memulau pilihan raya atau berpaling tadah memberi undi kepada Umno?

Tindakan itu pasti memberi kesan kepada Pas. Seeloknya Nik Amar atau mana-mana pemimpin Pas tidak membuat kenyataan sampai melupai atau mengenepikan PKR. Biarpun mereka kecil dan lemah tetapi perlu dilayan dengan saksama. PKR juga ada perasaan sama dengan Pas.

Malas untuk mengaitkan Pas sebagai parti agama yang perlu lebih bersopan dan menghormati tetamu kerana orang sudah mengenali siapa Pas sebenarnya, sejauh mana amalan agama dipraktikkan dan diguna pakai dalam melangsungkan persahabatan. Jadi kalau Pas tidak mengambil kira kemurnian amalan agama itu tetapi lihatlah dari prospek atau pun percaturan dan strategi politik.

Masa masih ada dan tarikh PRK belum diumumkan. Pas sudah wajar memanggil pimpinan PKR Kelantan untuk duduk semeja dan berbincanglah dengan baik. Janganlah Pas terlalu ego merasakan mereka boleh menang mudah kerana berpandukan kepada kawasan itu kubu mereka.

Rasanya PKR Kelantan sendiri tahu mengukur badan sendiri. Mereka juga sedang membuat perhitungan apakah perlu meletakkan calon atau pun menyerahkan kepada Pas. PKR sebagai sebuah parti tahu apakah natijah kalau mereka kalah di Pengkalan Kubur. Kalah tiga kali berturut-turut memalukan, kecuali PKR jadi seperti Apandi Mohamad di Jeli yang tidak ada muka dan perasaan malu langsung. Kerana itu mereka tidak gila-gila untuk bertanding hanya atas prinsip kerusi itu hak mereka.

Cara Nik Amar mengulas atau memberi pandangan mengenai PRK terlaku gopah dan kurang diplomasi sekaligus menyerlahkan keghairahannya sebagai taukeh Pas Kelantan. Dengan cara yang sebegitu ia memberi kesan buruk kepada calon Pas di Pengkalan Kubur kelak. Satu perkara yang perlu disedari kemenangan untuk sesuatu calon dalam pilihan raya itu bukan memerlukan undi yang ribuan, tetapi ia menang dengan hanya satu undi sahaja.

PKR juga memilik satu undi di Pengkalan Kubur dan ia perlu dihargai.

Dalam pada itu wajar kalau Pas Kelantan dengan restu Pas Pusat melantik Nik Amar sebagai pengarah pilihan raya PKR Pengkalan Kubur. Sebagai orang bakal mengganti Abdul Hadi Awang Nik Amar perlu didedahkan dengan pengalaman menguruskan pilihan raya.

Sebelum ini ada desas desus Husam Musa hendak dilantik menjadi pengarah pilihan raya kecil itu. Rasanya elok Husam tidak dilantik dan serahkan sahaja kepada Nik Amar.  [wm.kl.12:42 t/hari 28/08/14]

17 comments:

Kg Morten said...

Sebagai orang bakal mengganti Abdul Hadi Awang Nik Amar perlu didedahkan dengan pengalaman menguruskan pilihan raya.

Statmen yang boleh membuat orang jadi seriau.

Din_SBME said...

ulama juz amma ni hanya fikir tentang negerinya saje ttp bagaimana adun2 & mp pas di negeri lain? berfikir sempit spt ini akan melemahkan pas di negeri2 lain.
klau negeri2 lain pas hancur.. ikut teori domino.. k'tan akan tumbang juga akhirnya..

IbnAbdHalim said...

Org spt inilah yg akan kuborkan Pas.

Unknown said...

Bagus sangat ke dia ni...

sizzly7761 said...

PRU 14 nih...bungkuslah PAS dengan perangai dan mulut boros TMB nih... apapun tak bleh!

Unknown said...

Mungkin ramai pemimpin atasan PAS bijak bab hukum Ugama tapi melihat dari gaya bahasa mereka mereka masih jauh dalam ilmu kemasyarakatan dan strategi politik masih jauh. Apakah kerana tamak dan berebut satu kerusi satu negeri akan hilang....sama sama kita lihat.

khalidros said...

Lebih baik tumpukan perhatian penuh kepada Penghalusan Hudud yang diserah kepadanya untuk diperbaiki daripada mencampuri urusan pencalunan pilihanraya dun Pengkalan Kubur.

Unknown said...

BAGAI,
SI KADOK NAK NAIK JUNJUNG...
SI KUDUNG NAK DAPAT CINCIN...
SI BUTA NAK DAPAT TONGKAT...
SI PEKAK NAK DAPAT HANDPHONE..

unknown said...

Saya setuju Pengkalan Kubur diberi kepada Pas. Berikan saja kepada Pas.

Dia pun nampak pelahap sangat sekarang ni.

Kita tengok irama dan lagu yang akan dimainkan Pas dan kita juga tengok irama dan lagu sebelah Umno.

Mungkin kali ini kita tengok kedua-duanya akan mendendangkan satu lagu satu irama dalam kempen mereka berdua.

PKR baik mengambil sikap berdiam diri. Biarkan Pas bertandak seorang semahu-mahunya.

Bila kalah nanti, masa tu tibai cukup-cukup

akulah69 said...

Tuan, tindak tanduk beberapa kerat pimpinan pas membuatkan saya tertanya2 apakan konsep tahaluf siyasi. Isu mb sngor dan calon prk pengkalan kubor, membuat saya tertanya2 bagaimanakah masa depan PR. Berdasarkan tindak tanduk isu mb sngor n calon prk, saya cadangkan supaya pas kuar pr. Bergerak sendiri. Klu mana2 negeri yg perlu kjaan campuran, mereka boleh joint tanpa ada komitmen atas mana2 pakatan.

bat8 said...

Tuan,

Setelah krisis MB Selangor sudah hendak sampai k3 penghujungnya, Insya Allah apa jua yang berlaku akan menzahir tujuan sebenar tindakan-tindakan yang dibuat oleh pelbagai pihak akhirnya.

Bagi PKR saya nampak pencalonan DSWA memang merupakan satu strat3gi anwar untuk menjaga keutuhan Pakatan itu sendiri. Mungkin Anwar mengetahui akan berlaku beberapa tindakan dari musuh yang akan cuba memporakperandakan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Mengikut perancangan asal langkah kajang, Anwar sepatutnya mengantikan TSKI bagi menghadapi serangan dari musuh Pakatan apabila PRU 14 semakin hampir. Kita sudah nampak sejauh mana serangan UMNO lalukan menjelang PRU 13 yang lalu.Anwar mahu mengantikan TSKI bukan sahaja untuk menyelesai masaalah pentaebiran kerajaan Pakatan t3tapi bagi menghadapi serangan-serangan hebat lagi mengila dari UMNO Selangor dan kerajaan pusat apabila PRU 14 semakin hampir. Kita tahu UMNO menghadapi masaalah untuk menghadapi PRU 14 nanti dengan perlaksanaan GST, keadaan ekonomi yang terus suram dsb

Serangan UMNO untuk menekan Pakatan Rakyat sudah pun bermula. Ia bermula dengan cuba memenjarakan Anwar atas kes liwat 2. Juga pendakwaan bermotif kepada Adu dan MP Pakatan dibawah akta hasutan 1948 kerana menghina UMNO.

Dengan meletakkan DSWA sebagai MB samalah dengan Anwar berada di Selangor,itu yang saya nampak. Dalam menghadapi gelombang serangan kali ini, yang pasti TSKI atau Azmin atau orang lain tidak mampu menghadapinya yang dijangka lebih ganas s3cara politik. Anwar mesti berada di Selangor untuk mempertahankan Pakatan Rakyat.

Saya melihat tindakan pelbagai pihak mempertikaikan DSWA sebagai calon MB Selangor adalah untuk menghalang dari Anwar terlibat secara langsung menangkis gelombang serangan UMNO yang semakin desperado menjelang PRU 14 nanti. Sebab itu mereka cuba mempromosikan agar nama calon MB Selangor kena l3bih dari 2 dari setiap parti di dalam Pakatan. Mereka mahu orang lain selain DSWA untuk menghalang Anwar.

Itulah agenda pihak-pihak yang mempertikaikan pencalonan DSWA. Bagaimana pula dengan tindakan PAS? Saya ulas didalam posting yang lain. Percayalah DSW A perlu menjadi MB Selangor. Lagipun DSWA bukan calang-calang orang. Kalau lelaki pun kalau lemah walaupun ilmu melaut, hanya mampu menjadi MB sepenggalnya pun takde guna jugak....contoh di Terengganu dan Kedah kita dah lihat....hehehe.

Unknown said...

Salam tuan...

Harapan begitulah jadinya mungkin serangan akan jd lebih kuat menjelang PRU14 harap siapa yg jd mb dapat bertahan...

Saya akui DSAI yg sesuai jd MB tp atas kezaliman undang2 yg dikuasai bn beliau terkandas untuk jd adun kajang...

Saya suka kata2 chua soi lek "anda tidak perlu untuk jadi saintis roket untuk tahu bahwa dswa itu hanya jd boneka" tp bg saya apa salah jd boneka untuk kebaikan yg tak patut itu untuk kejahatan jd biarkan sahaja...

Ada pemerhati berkata isu tukar mb ni cuma isu nk dptkan bargaining power yg x diberi kerjasama oleh TSKI...bukan isu intergriti dan ini diakui oleh DSAI yg KI mmg bgus tadbir dan jgn serang dia secara peribadi...sama2 kita lihat...

P/s: politik di malaysia lebih hebat dari usa tuan disana Goerge w bush wujudkan persepsi weapon of mass destructor di iraq untuk dapatkan undi senat sebelum nk serang iraq yg terbukti palsu disini ahli politik kita wujudkan berbagai persepsi untuk jatuhkan mb dan harap2 tak terbukti palsu...satu lagi di amerika bila kamu tiada moral tidak mengapa tp kalau kamu menipu maka pengundi akan hukum kamu sebagai contoh bill clinton yg kata tak kenal monika lewinsky :-)

bat8 said...

Tuan Hanafi,

Cantik kenyataan Chua Soi Lek. Kenyataan ini mengambarkan ketakutan puak UMNO/BN jika DSWA menjadi MB. Benar dengan DSWA menjadi MB bermakna DSAI akan berada dibelakang. Ini yang merisaukan mereka kerana jika mereka menyerang DSWA, samalah mereka menyerang DSAI sendiri.

Dalam s3nario politik hari ini dimana UMNO/BN begitu gusar untuk m3nghadapi PRU 14, dengan prestasi 3konomi yang semakin suram, kesempitan kehidupan rakyat yang semakin te4tekan akibat kenaikan harga barangan yang tidak menentu, diburukkan lagi dengan perlaksanaan GST tahun depan yang akan menekankan lagi keperitan hidup rakyat - kita jangkakan UMNO/BN akan semakin ganas menyerang Pakatan terutama Selangor. Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia dan menjadi denyut nadi perdangan dan kegiatan ekonomi negara. Negeri ini penting bagi UMNO/BN atas sebab-sebab ekonomi poket puak-puak UMNO kerana walaupun lembab setara manapun keadaan ekonomi negara, ekonomi Selangor akan berkeadaan baik. Kalau 3konomi Selangor pun jatuh maknanya kita akan menghadapi malapetaka.

Atas sebab inilah DSAI m3ngambil langkah menamakan DSWA sebagai MB supaya dia berhadapan terus dengan serangan mengila dari UMNO m3njelang PRU 14 nanti. Contoh serangan ters3but sudah dipertontonkan kepada kita dimana s3karang ini Adun dan MP Pakatan sudah mula didakwa di mahkamah menggunakan Akta Hasutan 1948 atas tuduhan menghina UMNO!...tuduhan menghina UMNO...masuk akal tak? Ini baru buah 1 je baru...tunggulah bila PRU 14 semakin hampir.

Selangor amat penting kepada Pakatan Rakyat dalam perjuangan untuk menghapus s3gala kebejatan yang dilakukan ol3h UMNO/BN. Selangor adalah nadi kepada k3langsungan visi dan misi Pakatan sama seperti Kelantan m3njadi nadi kepada kejayaan pe4juangan PAS dari sejak ditubuhkan. Jika sdra boleh faham kedudukan K3lantan maka sdra boleh faham mengapa Selangor p3nting kepada Pakatan.

Jika sdra masih melihat nepotisma dalam perlantikan DSWA ini setelah memahami mengapa DSWA perlu menjadi MB Selangor seperti saya terangkan diatas - sdra s3b3narnya memandang rendah kepada keupayaan wanita. DSWA bukan macam Mak Temah isteri Pak Mat yang ke4janya membantu pak mat buat b3ndang kat P3ndang sana nu. DSWA adalah pr3siden Parti PKR. Adun Kajang. Bekas MP dan bekas pembangkang. Paling tidak beliau setaraf dengan Corazon Aquino, bekas Presiden Filipina yang hanya seorang suri rumah yang tidak pernah terlibat dengan politik sebelumnya.

Kita tolak alasan nepotisme yang sempit yang diguna ol3h cai-cai UMNO untuk menolak DSWA menjadi MB Selangor. Nanti orang akan bangkit t3ntang rasional m3ngapa Din Ayam yang baru setahun jagung bol3h dilantik menjadi ahli Majlis Syura Ulamak PAS atau Ustaz Abdul Khalil menang timbalan ketua Pemuda PAS yang sampai hari ini kita tak nampakpun kepimpinannya diperingkat nasional. Juga untuk mengelak orang membandingkan dengan Mahathir yang melarang anak-anaknya bergiat cergas di dalam UMNO semasa beliau sendiri menjadi Presiden UMNO dan PM.

wallahualam.

Unknown said...

Salam tuan bat8

saya tidak mempertikai dan tidak menolak dswa sebagai mb dan kita tahu dari segi akademik dia seorang yg terpelajar dan amat cemerlang dan agak senang untuk dia belajar mentadbir negeri dibantu pula oleh dsai...

Selangor perlu jadi kubu kuat pkr dgn kerjasama dap dan pas bagi membuktikan PR boleh memerintah negeri yg komposisi kaum hampir sama dengan malaysia negeri yg maju dan majmuk...dapat difahami...

Din ayam dan ustaz khalil itu kebarangkalian nepotisme ada dan barangkali undi malu muka atas watak tghh dan barangkali atas merit itu saya x tau lah cuma media massa tak publish untuk pengundi marang or terengganu tau yg tghh mungkin amal nepotisme (kalau betul nepotisme mungkin boleh letak jawatn mcm arifahmi mnantu tgna cuma sedikit berbeza yg terdahulu pegang jawatan politik agak jauh sedikit dengan wang rakyat yang kemudian pegang jawatan kerajaan yg wang rakyat ada depan mata)...rugi sikit disini sebab media umno main isu nepostisme jwtan mb tp nk buat mcm mana itu perlu dihadapi dan mungkin boleh diperbaiki persepsi rakyat yg x faham dlm kalangan 49% tu...

Tuan...mungkin kita boleh tidak bersetuju dalam satu perkara tp bukan semua perkara cuma satu sahaja saya harap agar pihak2 yg selain dsai&lks agar hentikan keluar isu pas mahu keluar dari PR or desak pas keluar dari pakatan kerana kita tahu kalau pas keluar pakatan bukan sahaja pas yg rugi tp pkr&dap juga turut rugi...mungkin kitq boleh kata pimpinan pas yg x setuju boleh tubuh parti baru tp rakyat terpaksa mungkin menunggu untuk 2 atau 3 pru lg bg tumbangkan umno...

Dulukelateloniteganu said...

Tuan MSO,
Saya anak Pengkalan Kubor. Kenyataan tuan bahawa PKR boleh guna kuasa "Bilis" mereka adalah tidak tepat. Tahukah tuan berapa ramai ahli PKR di P Kubor? Ada penulis di Teganukite yang nyatakan dalam lingkungan beberapa ratus sahaja. Saya sembang dgn tauke chalet yg confirm ahli PKR di Tumpat ada beberapa ratus sahaja. Dlm PRU13 PAS yg buat pos, tampal poster dan jaga pos PKR. Susah nak jumpa orang PKR. Bila kalah tuptup salahkan PAS konon nya ada sabotaj. Hakikatnya ahli PKR di P Kubor tak sampai 1000 orang. Orang bagi chance bertanding tu berterima kasih saja la, lepas tu kalau dah kalah beberapa kali PRU tu bagi balik la. Jgn asyik berharap nak jadi calon kalah dan berharap kpd jawatan dlm NGO atau GLC.

bat8 said...

Tuan Hanafi

Alhamdulillah kita boleh bersetuju bahawa Pakatan Rakyat itu penting kepada perjuangan rakyat dimana UMNO/BN perlu ditumbangkan.

Berpecah atau tidak Pakatan Rakyat atau PAS di minta keluar dari Pakatan Rakyat sebenarnya bergantung kepada pemimpin-pemimpin PAS yang rasional dan ahli akar umbi PAS. Percayalah PAS tidak akan menarik diri dari Pakatan kerana keputusan Muktamar Ipoh 2008 masih berkuatkuasa. Pemimpin-pemimpin PAS yang pro bekerjasama tidak berani untuk meminta satu muktamar khas bagi membatalkan keputusan muktamar Ipoh itu dan membuat keputusan baru untuk bekerjasama dengan UMNO.

Jika PAS masih dipimpin ol3h golongan pro kerjasama dengan UMNO, percayalah lebih baik PAS dikeluarkan oleh PKR dan DAP daripada Pakatan Rakyat. Jadi p3mimpin-pemimpin PAS yang rasional serta ahli-ahli akar umbi yang majoriti menentang kerjasama dengan UMNO perlu berbuat sesuatu. Percayalah keluar atau tidak PAS dari Pakatan adalah masaalah dalaman PAS yang perlu diselesaikan oleh pemimpin2 dan ahli2 PAS sendiri.

Wadah terbaik untuk PAS cuba menyelesaikan masalah dalaman ini adalah di muktamar yang akan diadakan di Johor bulan September ini. Jika gagal, jalan terbaik ialah untuk PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Insiden yang lebih teruk dari apa yang kita lihat baru-baru pasti akan berlaku juga. Sebemarnya, sabotaj ol3h puak UG kepada Pakatan boleh dikatakan berlaku secara konsisten sejak selepas PRU 2008. Modus operandi mereka ialah membangkitkan isu hudud untuk menarik DAP terutamanya Karpal Singh bergaduh di media perdana. Forum yang selalu digunakan ialah UTUSAN MALAYSIA.Bila berlaku? Bila Pakatan berada dihadapan UMNO/BN dimata rakyat atau dikala UMNO terjerat dan tersepit dengan sesuatu isu. Pemain bagi pihak UG ini pun hampir orang yang sama atau mereka yang dikenali rapat dengan orang ini. Jangan percaya kepada saya 100% tetapi renung kebelakang sendiri kepada insiden-insiden ini untuk melihat pola modus operandinya.

Maaf saya mengulang lagi pasal UG. Disinilah kuncinya masaalah PAS.

Sebenarnya Anwar dan LKS tidak pernah mengecam atau mengugut PAS agar keluar dari Pakatan. LKS hanya melahirkan kemungkinan Pakatan Rakyat akan hancur jika TGHH dan geng terus dengan sikap mereka. Anwar tidak pernah dilaporkan mengecam PAS walau tindakan TGHH dan geng ( bukan PAS) seperti menusuk pisau kebelakang beliau. Anwar sebaliknya meminta rakyat jangan menghukum PAS.

Jika Pakatan Rakyat p3cah ( saya yakin xpecah walaupun tinggal DAP dan PKR), PAS lah yang paling teruk menerima kesan. Hakikatnya PAS akan hancur lebur sekurang-kurangnya di kawasan Pantai Barat untuk satu jangkamasa yang panjang. Hakikatnya pernuangan selama 60 tahun lebih telah musnah. Ini realiti yang perlu diterima oleh ahli-ahli PAS yang tidak menyokong agenda UG.

Kesan yang diterima oleh PKR dan DAP tidaklah seteruk PAS. Mungkin selepas 2 PRU kerana mereka mempunyai barisan pemimpin pelaris yang amat berkualiti dan celik politik semasa. Dalam hal ini PAS tidak menampakkan barisan pemimpin pelapis yang berwibawa setanding dengan PKR dan DAP. Ini juga akan menyumbang kepada proses r3covery yang lama dan panjang.

Jadi masaalah PAS kekal atau dikeluarkan daripada Pakatan Rakyat sebenarnya terletak kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri, bukan ditangan DAP dan PKR.

bat8 said...

Tuan Hanafi

Sedikit tambahan yang terlupa...

Orang yang paling layak untuk mengemudi PAS sekarang ini ilah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya tidak nampak orang lain yang mampu membaiki kerosakan yang berlaku sekarang.Percayalah puak UG sudah menguasai semua organ-organ penting seperti MSU, Dewan Ulamak PAS dan AJK PAS Pusat. Lihat kepada pertandingan pemilihan yang lepas, bagaimana kempen dijalankan dah sampai tahap mereka-reka fitnah.Dah jadi macam pemilihan UMNO cuma politik wang je belum ada.

Wallahualam