Sultan Selangor telah membuat keputusan adil dan saksama apabila baginda menangguhkan peletakan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB dan telah meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan dua nama calon MB,
Khalid buat kenyataan ingin letak jawatan. |
Mungkin kalau Pakatan Rakyat menerima cadangan Pas itu menghantar dua nama, isu MB Selangor selesai dan pengganti Khalid telah pun diketahui hari ini.
Kehendak baru Sultan itu meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan "delima" dan pertelingkahan siapa pengganti Khalid akan terus menjadi polemik. Bahkan situasinya lebih panas lagi apabila Sultan mengarahkan parti-parti Pakatan Rakyat hantar dua nama dan tidak hanya parti yang mendapat majoriti. Takdir Sultan memberi perkenan kepada calon Pas sudah pasti ia akan dibantah oleh DAP.
Dengan titah baru Sultan itu menyebabkan Pas juga berhak untuk menghantar dua nama Adunnya untuk dipertimbangkan sebagai MB.
Keputusan terbaru itu memberi peluang kepada Pas untuk mencalonkan Adunnya. Apa yang saya bayangkan keputusan Pas mengubah semula ketetapan diambil sebelum ini pada mesyuarat semalam, 25 Ogos telah membawa untung kepada parti agama itu untuk berpeluang mencadangkan Adunnya menjadi MB menjadi kenyataan.
Bagaimana pun kalau Pas berpegang kepada kenyataan asalnya (tetapi tidak boleh dipercayai) bahawa mereka tidak akan merebut jawatan MB, ini bermakna PKR berhak untuk memegang kerusi berkenaan. Apa lagi kedudukan hari ini PKR merupakan parti majoriti apabila dua Adun Pas menyatakan sokongan kepada calon mereka.
Sebaiknya PKR dan Pas melumatkan perkara ini dan jangan sesekali menyerabutkan kepala Sultan dengan jawatan MB yang boleh memungkin Sultan mengambil jalan penyelesaian dengan memberi persetujuan DUN Selangor dibubarkan.
Apa yang berlaku hari ini, pemakluman Khalid untuk meletak jawatan, Khalid tidak perlu lagi diheret dalam kemelut ini kerana MB bebas itu sudah membuat keputusan terbaik akur dengan tekanan dan hakikat dirinya. Semua pihak patut mengucapkan terima kasih kepada Khalid.
Yang jelas dan nyatanya Sultan Selangor tidak meminta Umno menghantar nama calon bakal MB daripada parti berkenaan. Ulasan selanjut malam ini. [wm.kl.5:00 pm 26/08/14]
3 comments:
Saya yakin DAP sebuah parti yang ada maruah tidak akan mengemukakan calun2 dari partinya. Sekiranya PAS sebuah parti yang ada harga diri, juga tidak akan mengemukakan calun kerana PAS telah berkali-kali membuat kenyataan yang kerusi MB Selangor diberi kepada PKR. Kita sama2 lihat aksi seterusnya parti Islam itu dalam kemelut perlantikan MB Selangor yang baru...
Salam Tuan MSO, ada saya nyatakan dulu bahawa kelihatannya ada juga sebilangan besar dalam kalangan pemimpin pas yang gila kuasa. Mereka tidak pernah belajar daripada sejarah bagaimana Kedah dan Terengganu jatuh ke tangan BN dan UMNO. Mereka tidak sedar diri atau sentaiasa lupa diri bahawa mereka sebenaranya kurang cekap berpolitik. Mereka tidak nampak pun mengapa DSWA itu dicalonkan oleh PKR dan disokong oleh Dap. Pada saya tiada bezanya pemimpin UMNO dan pas ini. Mereka ini suka berdolak-dalik. Begitukah sikap sewajarnya diamalakan oleh parti yang mengaku memeperjuangkan Islam? Apa persepsi orang bukan Islam terhadap agama Islam. Kalau beginilah, saya setuju dengan beberapa orang pemimpin UMNO agar parti-parti politik khususnya macam Pas ini harus diharamkan menggunakan nama Islam kerana perbuatan sesetengah atau sebahagian besar pemimpin pas itu mencemarkan nama Islam. Apa yang dicakap dan diputuskan oleh mereka dan diumumkan pula dalam media, tidak boleh dipercayai. Bohong belaka.
Saya yakin PAS tidak akan menamakan calon dari partinya...., setelah beberapa kali "diuji" PAS masih setia dengan janjinya.
Saya cuma pelik dengan "ulah" orang yg kononnya menyokong PR, tetapi sentiasa mengutarakan "kemungkinan"2 yg PAS akan merampas kerusi MB.
"Ulah" mereka ini tidak lain tujuannya supaya PAS dipandang hina dan akhirnya "terpaksa" keluar dari PR. Apabila matamat ini dicapai..., maka hancurlah harapan rakyat.
Apakah org2 yg membuat ulah2 sebegini adalah orang yg benar2 menyokong PR?. Sebahagian besar kalangan mereka menjalankan "misi" bagi mencapai tujuan UMNO (menghancurkan PR), namun segelintir yang lain adalah orang PKR yang "terlebih bijak" dalam meletakkan kesalahan kepada pihak lain. Pada mereka DSAI adalah manusia suci iaitu "AlMahdi" yg ditunggu.
Namun sedarlah, jika PAS berjaya dikeluarkan dari PR, maka hancurlah "Pakatan Harapan Rakyat" ini. Jangan bongkak dengan PKR kerana kewujudkan PKR bergantung kepada hayat DSAI....
Wallahuaa'lam
Post a Comment