Tuesday, August 12, 2014

Kuasa Khalid sebagai MB tersangkut ditangan Pas

MENJELANG MALAM                                                                          

Perkembangan krisis politik di Selangor hari ini terus bergerak dengan tindakan Abdul Khalid Ibrahim MB yang tidak berparti telah memecat kesemua Exco daripada DAP dan PKR kerana mereka enggan patuh dengan sistem kerjanya. Ekoran itu kuasa atau nyawa politik Khalid sebagai MB kini tersangkut ditangan Pas.

Kesemua empat orang Exco Pas masih bersama Khalid Ibrahim dan mereka mematuhi arahan parti agar mereka terus berkhidmat dengan rakyat. Berdasarkan perlembagaan tubuh negeri Selangor seorang MB boleh mentadbir hanya dengan empat orang Exco, jadi kedudukan Khalid masih sah selaku MB.

Bagaimana pun seorang Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negeri dan kedudukannya masih menjadi tanda tangan kerana surat pemakluman pemecatannya masih dibelum dihantar Khalid.



Dalam pada itu Pas akan membuat keputusan muktamad kedudukan Exco dan 11 Adunnya pada 17 Ogos nanti apabila Jawatankuasa kerja parti itu akan bermesyuarat. Mesyuarat itu dijangka akan memutuskan pendirian Pas. Mesyuarat 17 Ogos ini juga menarik dan dinanti-nantikan ramai kerana ia dikira sedikit kontroversi.

Sebagai ingatan sebelum ini Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid. Tindakan beliau itu yang dianggap bersifat peribadi disokong oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beberapa orang ahli jawatan kuasa kerja juga menyatakan pendirian yang sama dengan Abdul Hadi termasuk Pemangku Ketua Dewan Ulamak, Ahmad Yaacob.

Namun apa yang menyebabkan Khalid merasa dia belum selamat, tidak ada kebulatan sokongan kepada beliau dari kalangan ahli jawatankuasa kerja Pas. Sikap ahli jawatankuasa kerja Pas berbelah bagi berhubung isu MB Selangor.

Mereka yang bimbang akan berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan sayang dengan permaufakatan itu tidak menyokong Khalid menjadi MB. Hari ini beberapa pemimpin Pas termasuk timbaan presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Husam Musa dan Dr Mujahid Yusuf Rawa membayangkan mereka tidak berpihak kepada Khalid Ibrahim.

Kenyataan negatif ketiga pemimpin ini menggambarkan akan wujud pertentangan dalam kalangan ahlijawatankuasa kerja Pas. Pertantangan ini juga nanti boleh menentukan apakah Pas akan terus bergabung dengan PKR dan DAP ataupun berpelukkan dengan Umno dan Khalid Ibrahim.

Berdasarkan risikan kemungkinan kemungkinan mesyuarat Pas akan membuat sedikit ralat bagi menyelamatkan keadaan Pakatan Rakyat. Persoalannya apakah ralat itu akan diterima oleh PKR? Apapun mesyuarat Pas pada 17 Ogos ini makin suspen dan suspen mengenai kedudukan parti berkenaan.

Disamping Anwar bergaduh sehingga berpatah arang dengan Khalid Pas juga bertelingkah sesama sendiri gara-gara Khalid. [wn.kl.8:28 pm 12/08/14]

1 comment:

ucin sasuke said...

Saya fikir DSAI tiada masalah untuk meletakkan Azmin sebagai calon MB. Sekurang-kurangnya kumpulan anti Azmin sudah boleh berkompromi ekoran dari krisis yg semakin meruncing.