Dr Mahathir Mohamad putus akal berhadapan dengan gelagat Najib Razak yang tidak memberi respon kepada teguran dan kritikannya. Mengambil sikap mendiam diri tanpa melayan Mahathir merupakan senjata ampuh buat Najib kini. PM ke-6 itu tidak suka untuk bergaduh dengan Mahathir yang dianggap sebagai datuknya.
Mahathir tersenyum. |
Dr Mahathir katanya telah menarik balik sokongan kepada Najib? Dia terpaksa berbuat begitu kerana Najib tidak respons kepada nasihatnya. Alasan Mahathir Najib banyak mengambil sikap mendiam diri, tidak menjawab dan mengambil tindakan ke atas sesuatu. Anih juga sikap Mahathir ini. Apakah dia tidak tahu kebolehan dan kemampuan yang ada kepada Najib?
Sepatutnya sebagai seorang datuk (kakek kata Indonesia), Mahathir mengenali secerat mungkin cucunya itu. Daripada hobi kepada iltizam dalam hidupnya. Dan sebagai pemimpin apakah idealisme Najib. Apakah dia tidak tahu Najib membesar di atas kelopak bunga yang berwarna warni. Tidak pernah merasai kesusahan rakyat dan mempunyai aspirasi untuk membela rakyat. Yang melihat penderitaan rakyat dari dalam kamar berdinding kaca putih.
Yang ada kepada Najib hanya mengenang budi dan bakti ayahnya. Tenguklah sudah berapa kali Najib memuji-muji jasa dan bakti ayahnya. Bukan sekali dia memuji kehebatan dan daya fikir jauh ayahanda, Razak Hussein dalam membela rakyat dengan membangun Felda, kampung baru dan pelan pembangunan sosial yang lain.
Najib mengharap pujian itu akan memberi keuntungan kepadanya. Setidak-tidaknya orang akan meletakan dia mempunyai wawasan dan political will sama seperti bapaknya. Yang dia tidak tahu, tetapi orang lain tahu bahawa bakat kepimpinan yang ada kepada seseorang bapak yang tidak secara automatik akan turun kepada anaknya. Seorang anak tidak mudah untuk mewarisi iman dan takwa daripada seorang bapak yang soleh.
Fizikal bapak, hobi seorang bapak mungkin akan turun kepada si anak, tetapi bukan perjuangan dan idealisme. Idealisme akan terbentuk dalam minda seseorang apabila dia melalui pelbagai liku dalam perjuangan dan dididik sedari kecil. Ia bermula dari alam remaja hingga ke dewasa. Di zaman muda Najib tidak pernah menyertai apa-apa wadah perjuangan atau pun pernah bermain sepak raga lingkung. Jadi macam mana Najib boleh memiliki apa-apa aspirasi dan cita-cita dalam perjuangannya. Jika dia ayam apa yang dimiliki Najib hanya bulu yang rintik sahaja.
Apabila Najib tidak ada bingkai perjuangan (frame) maka beliau tidak dapat melekat atau memasukkan apa-apa gambar atau potret dalam bingkai frame itu. Jadi kosonglah perjuangan Najib. Seorang pejuang mesti adalah idealisme tersendiri yang kemas dan kukuh. Untuk merealisasikan idealisme mestilah ada keberanian dan ilmu cukup untuk melaksanakannya.
Mahathir juga menyentuh yang Najib seorang lemah lembut dan tidak berani untuk bertindak. Kelemahan ini adalah kecacatan kepada Najib. Mengambil sikap playsafe dalam politik sesuatu yang tidak baik dan bakal meletakkan seseorang itu tidak kontrovesi. Najib memang terkenal sebagai seorang yang playsafe dan mendapat jawatan menerusi anugerah. Najib tidak berperang untuk mendapat jawatan. Orang yang tidak pernah berperang tidak akan berani untuk mengambil tindakan.
Apakah Dr Mahathir tidak mengetahui keperibadian atau pun latar belakang Najib ini? Mustahil pulak. Kalau beliau tidak tahu, ertinya Mahathir telah melakukan kesilapan besar semasa mencadangkan agar Najib diambil sebagai timbalan perdana menteri. Kalau Mahathir tahu segala kelemahan ini dan dia tetap juga mahukan Najib, maka Mahathir perlu menyumpahkan dirinya sendiri. Sesal kemudian tidak berguna, Che Det.
Saya rasa Mahathir tahu kelemahan dan segala kekurangan Najib ini. Tetapi beliau sengaja lakukan kerana ada motifnya. Apa yang saya nampak dia sengaja menaikkan Najib ke situ untuk dituruti olehnya selepas ini. Najib adalah anak bekas perdana menteri. Di sini apa yang diimpikan dan sedang berusaha ke arah itu untuk menaikkan zuriatnya sebagai PM. Dia sedang melaku hal ini. Najib adalah precedent.
Apabila dia meletakkan Najib disitu, dan kemudian dia pula membuat perkara sama meletakkan anaknya di kerusi itu, orang Umno tidak akan menganggap Mahathir nepotisme. Orang Umno akan anggap apa dilakukan Mahathir itu satu tradisi yang tidak dibantah. Orang Umno pula mudah lena dan ralik dengan permainan seperti ini dan akan membiarkan apabila mereka diberi kacang butir atau pun gula-gula berunsur roche.
Mahathir hari ini serba salah dalam berdepan dengan telatah Najib. Penarikan balik sokongan itu perlu dilihat lebih jauh daripada setakat rasa kurang senang Mahathir dengan sikap "lembu kenyang" Najib terhadap tegurannya. Bagi saya cara Mahathir itu adalah penerusan tekanan ke atas Najib agar lekas berundur dari kedudukannnya. Mahathir kata dia tidak suruh Najib berundur tetapi menarik balik sokongan. Orang politik kelas "S3" dan arif dengan "4C" akan faham sangat kata-kata Mahathir itu.
Mahathir dalam proses pertukaran atau mencari penggantinya tidak ikhlas. Dia bukan melakukan terbaik untuk Umno dan Melayu. Semua tindakannya menghitung laba untuknya. Kalau dia ikhlas dia tidak akan melantik Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM kerana selepas itu beliau sendiri terpaksa menyerangnya habis-habisan malam dan siang. Begitu juga kalau dia ikhlas dia tidak mencadangkan nama Najib kepada Abdullah untuk dilantik sebagai timbalan presiden.
Kalau Mahathir ikhlas serta jujur, dia akan memilih Tengku Razaleigh Hamzah sebagai penggantinya bukan Abdullah Badawi. Atau kalau dia terkhilaf memilih Abdullah dia boleh mencadang Tengku Razalegih sebagai timbalan. Tetapi kenapa tidak dilakukan? Itu sebab saya kata dia tidak ikhlas dan ada niat jahat dalam politik dalam partinya sendiri. Mahathir sering mencabut pokok-pokok subur dan diganti dengan pokok "kemetot" kerana dia ingin dilihat pokok yang subur itu hanya dia sahaja. Inilah politik Mahathirisme penuh dendam kesumat
Apa yang dihadapi Mahathir kini, dilema mengenai kedudukan Najib dan penggantinya adalah kerana perbuatannya sendiri. Perlahan-lahan kejahatan Mahathir telah dikifarahkan oleh Allah dengan memberikan dia rasa tidak senang dan tenang sepanjang masa. Musim-musim percutiannya sebagai pensiun politik terus terganggu dan diganggu.
Tengoklah hari ini kehidupan Mahathir yang memegang perdana menteri 22 tahun lebih susah daripada kehidupan Abdullah Badawi yang memegang jawatan PM hanya selama enam tahun. Mahathir adalah seorang kakek yang mengalami alzheimer tahap 16. [wm.kl.11:38 am 19/08/14]
9 comments:
Anda hanya melihat frame work politik mahathir. Produk air tangan selama 21 tahun jadi PM dan dasar luar negaranya macam mana ? Idea siapa klia, proton, petronas, jambatan pulau pinang, pwtc, dasar pandang ke timur, langkawi, punch kad, perawal masa, name tag, putra jaya, litar sepang, uia, komuter, monorail, asb, asn dan lain-lain. Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihannya. Tidak perfek dan sempurna. Bukan malaikat dan tuhan. Lagikan malaikat pun ada kelemahan tersendiri, inikan pula manusia kerdil.
Sdr Azmar terima kasih, kalau sdr baca kritikan saya terhadap Dr Mahathir tidak melibat dan menafikan apa yang sdr sebutkan itu. Saya kritik sikap dan perangainya sesudah dia bersara dimana dia seharusnya menjadi seperti Abdullah Badawi dan tidak menganggu Najib dan juga Abdullah. Wassalam.
Owh banyak rupanya idea Mahathir seperti yang disebutkan saudara azmar. Malangnya tiada satu pun yg disebutkan itu memberi manfaat secara langsung kepada saya. Apa yang sentiasa dalam ingatan saya setiap hari ialah kena bayar tol yg sangat membebankan. Dah le kena bayar tol setiap hari, ditambah pula dengan kesesakan yang teruk di lebuhraya. Stressssss!
sdr azmar..terima kasih...tapi percaya lah...ada yg lebih baik dari yang lebih baik...Wallahhualam...
Dasar penswastaan Mahathir jugalah yg menyebabkan hidup rakyat sesak dan terdesak hari ini. Contohnya elektrik dan air pada tahun 1980-an dibawah kelolan kerajaan kerana keperluan ini adalah keperluan asaa rakyat. Malangnya Mahathie menjadikan keperluan asas inu sebagai perniagaan. Dia melantik kroni-kroni dia menjadi pengerusi, sebab itu hidup hari ini kehidupan rakyat hari ini begitu tinggi kosnya. Kami masih mengharapkan PR akan menerajui dan mengambil alih air dan elektrik demi kemaslahatan rakyat.
Terima kasih. Ana hanya nak tolong tokok tambah isi/fakta sahaja. Sbb DM pun suatu ketika dulu pernah juga dilabelkan oleh pemimpin PAS sebagai Firaun. Betul tak?
Minta pencerahan.apa kelemahan malaikat ?
mohon pencerahan saudara azmar juga akan kelemahan malaikat y dikatakan tu?
apa sumbangan tun M pada Malaysia y menaikkan ekonomi org melayu....??
pemimpin melayu
MB melayu, ekonomi pahang cina byk
DO melayu, rezab melayu menurun
tp apa y melayu dpt...hanya segelintir kroni je y dpt kebaikan....kebanyakan melayu masih lg terapung dilautan hiburan n kelekaampn y dihidangkan....
Post a Comment