Monday, June 22, 2009

Padamkan Mata

Lihat Ini Adalah Anak-anak Kita

SAYA sungguh teruja menatapi beberapa keping gambar mengenai aktiviti 'ko-kokikulum' di lakukan oleh anak-anak kita di luar sekolah yang dipostingkan oleh jinggo-minaq dalam fotopagesnya.
Menurut Jinggo seorang jurufoto profesional kegiatan seperti ini biasa, tentu beliau merakam banyak lagi foto-foto 'ko-korikulum' sebegini atau lebih teruk daripada keadaan ini!

Renung dan tetapilah tiga daripada beberapa keping gambar kegiatan pelajar perempuan ini yang dipaparkan.
Apakah kegiatan ini mereka lakukan selepas pulang dari sekolah atau mereka memang ponting sekolah untuk melakukannya. Memerhati kepada lokasinya tempat mereka 'tuisyen' ini agak tertusuk.

Kegiatannya ini dikira ringan, mereka hanya belajar menghisap rokok. Tetapi dari kegiatan yang ringan inilah kemudian akan bertukar menjadi berat. Dari rokok mereka belajar menghisap ganja atau meminum minum keras atau menelan pil khayal. Selepas itu mereka akan berkembang ke pusat-pusat hiburan.
Selepas itu mereka akan terjebak dengan kegiatan 'kokorikulum' yang lebih daring lagi termasuk menjual batang tubuh.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Apakah bila mereka melakukan 'ko-korikulum' dalam berkeadaan berpakaian seragam sekolah maka pihak sekolah perlu dipersalahkan?
Ataupun siapa? Kita sering kali tunding menunding bila berhadapan dengan masalah seperti ini; ibubapa kata pihak sekolah perlu bertanggungjawab manakala guru-guru pula kata ibubapa yang perlu mendidik anak-anak selepas keluar dari pagar sekolah.

Yang pastinya kegiatan pelajar seperti ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan memporak peranda negara di masa depan. Mereka adalah generasi penerus.
Maka setiap antara kita bertanggungjawab menanganinya tidak kira mereka anak siapa. Barang kali ada baiknya juga kalau kita kurangkan berbahas soal 1 Malaysia, soal Unity Government, 16 September dan lain-lain untuk memberi tumpuan dan fokus kepada soal moral dan kelakuan rendah moral anak-anak kita. Ehsan: Jinggo. [wm.kl. 9:30 am 22/06/09]

11 comments:

mr edz said...

hasil pendidikan sekular selama 50 tahun..

faizal said...

pak mso, ug ke atau x mau ug ka..pasal ni lah kita nak perjuang..nak harapkan umno & ubn memang x leh harap nak jaga rakyat msia tambah lagi gejala sosial macm budak2 sekolah tu...kalau kita laksanakan Hukum ALLAH ikut Rasulullah..Insya-Allah selesai masalah ni...bukan setakat gejala tu,mat rempit,jenayah samun ,rogol,dadah akan selesai..ALLAH perintah kita jalankan syariat mcm Nabi dan para sahabat buat...kalau tidak mcm ubn buat la ni..amal makruf amal mungkar..bukan nahi mungkar..selagi x habis ala yahudi dlm tv tiap2 mlm..konsert mentor,bintang rtm,suruh budak2 nyanyi dah bersepah..hancur umat Islam...

Tuan Khemah said...

Dalam keadaan tertentu tenyata pemerentahan diktator dan tentera lebih baik daripada sistem demokrasi.Inilah akibat yang dinamakan melaksanakan sistem demokrasi.Hak asasi manusia,hak individu,hak kesaksamaan wanita dan beberapa tuntutan hak lagi menyebab kehidupan manusia sudah sukar untuk dikawal.
Dalam keadaan begini(relate gambar)jika pemerentah yang kuasa berada di atas kertas undi melaksanakan satu undang undang yang tegas,percayalah hayat pemerentah itu hanya akan dapat bertahan sepenggal pilihanraya sahaja.Tiada jari yang perlu ditudingkan,tiada manifesto yang dapat menyekat semua ini,hatta undang undang apa pun yang akan dilaksanakan.

denaihati said...

Ibubapa sibuk bicara dunia soal berpolitik dan niaga di kedai kopi, kopitiam dan coffee house...anak terbiar mencari aktiviti yang disangkakan syurga dunia..

zahirsyabin said...

A'kum MSO

Tapi siapa yang nak berjihad pada soal besar ini??

Suara Tuan yang ada pengaruh jika Tuan istiqamah dalam soal ini, insyaallah, mungkin dapat dibendung. Inilah gejala yang sangat berbahaya.

MindaPositif said...

Assalamu 'alaikum,

Inilah yang sering ditangiskan oleh para ahlullah....

Oh Allah.. kasihanilah kami!

Wassalam.

sangFaqir

Hero said...

salam, haji MSO.

judul "padamkan mata" tu.. barangkali lebih enak kalau disebut "pejamkan mata" kot..

sekadar cadangan. pasal konsep "memadamkan mata" agak janggal. tapi kalau dah "poetic license", saya "no comment".

apa2 pun, ingatan yang sangat penting kepada semua. isu keruntuhan akhlak di kalangan remaja bukan sesuatu yang baru. setiap era pun akan kedengaran. namun, sejak akhir2 ini, ia semakin parah. reaksi saya apabila haji MSO kata, "..atau lebih teruk daripada keadaan ini!". Bukan "atau" lagi, haji. Memang jauh lebih teruk lagi. Terlalu teruk sehinggakan merokok itu seolah2 keruntuhan akhlak yang peringkat paling "mild". moga2 haji MSO tak terjumpa apa yang saya dah jumpa di Internet. Makin berserabut fikiran nanti. Sayangnya, masyarakat masih buat endah tak endah sehinggalah terkena kepada ahli keluarga sendiri. Buat masa ini, "yang jahat tu anak orang..".

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Apa yang dibincangkan didalam mesyuarat PIBG selalunya asyik memberi fokus bagaimana untuk memperolihi dana atau pun peruntukan dari pehak pehak tertentu diatas nama mahu melihat kecermalangan pelajar sedangkan yang meruncing melibatkan golongan pelajar amat jarang disentuh didalam mesyuarat pibg ,antara sebabnya mungkin ada yang bimbang akan terkena diatas batang hidung sendiri.

Baru baru ini saya telah hadir kemesyuarat ajk pibg.Diantara agenda mesyuarat ialah ingin mendapatkan persetujuan bagi meluluskan sejumlah peruntukan untuk menjalankan beberapa aktiviti serta membincangkan bab lain lain hal.Apa yang dibentangkan iaitu kos setiap satu satu aktivi memakan belanja hampir rm 4 ribu lebih didarab dengan 4 kali dalam setahun bererti 16 ribu akan dibelanjakan olih pibg, wow...agak besar juga jumlahnya ! Olih kerana itu saya telah pun bersuara agar peruntukan dari kementerian kerajaan pusat mahupun dari DUN (kerajaan negeri) yang disalurkan kepada pibg hendaklah dibelanjakan secara berhemah ini kerana sebagaimana yang sedia kita maklum sebahagian dari punca sumber keawangan kerajaan datangnya dari pelbagai cukai yang dikutip dari rakyat maka wajarlah dipulangkan balik kepada rakyat untuk mendapat kemenafaatan bersama. Kita tidak mahu ada yang berselindung disebalik atas nama ingin melihat kecemerlangan pelajar sedangkan yang tersirat ialah hanya beberapa kerat sahaja yang mengaut keuntungan sebagai contoh jika program dianjurkan di calet calet mewah dan diundang pula para motivator yang mengenakan bayaran bayaran tertentu sudah tentu kita dapat menilai ini adalah hanya satu projek untuk mengkayakan atau memenuhi poket pehak pehak tertentu sahaja.

Jesteru itu harapan saya agar pengisian setiap program biarlah turut sama disemaikan nilai nilai keagamaan untuk membina baik sahsiah pelajar .Ini berdasarkan penilaian saya terhadap anak anak saya sendiri, didapati begitu rajin mengerjakan solat sehinggakan belum sampai waktu sudah ditanya sudahkan masuk waktu atau belum untuk dia melakukan amalan bersembahyang. Namun demikian setelah saya amati maka banyak lagi kesilapan kesilapan didalam sembahyang yang perlu diperbetulkan termasuk bacaan bacaan surah yang betul.Olih yang demikian saya amat berharap agar pehak sekolah turut sama memainkan peranan memperbetulkan tatacara untuk mengerjakan amalan sembahyang ini kerana walaupun ianya perkara asas tetapi seandainya untuk diadakan majlis majlis sembahyang hajat (sebagai contoh untuk memohon kemerlangan pelangan pelajar UPSR/pmr) sudah pasti kita meragui untuk menilai adakah solat kita itu diterima ataupun tidak disebabkan olih bacaan bacaan kurang sempurna. Jadi apa gunanya kita berbelanja ribuan ringgit untuk satu satu program jika perkara asas sebegini pun tidak dapat sama sama kita atasi....jadi fikir betul betul !

cicitHJHASSANu said...

mungkin perlu dipercepatkan kerja2 PERPADUAN....ianya melibatkan semua
pihak tanpa berkecuali,yg menjadi lalang jgn dibiar hanyut,namun jika
masih berdegil harus dibakar saja semuanya.wallahuallam bswb

Anonymous said...

masalah ini berlaku dimana-mana...inilah padahnya bila ajaran islam tidak dipraktikkan..tidak dijadikan as a way of life...quu anfusakum wa ahlikum naaraa..

loyal_creed said...

betul, masalah politik kadang kala harus kita letak ke tepi kerana soal masalah sosial yang dihadapi anak muda kini kian meruncing dan lebih penting kerana ianya akan menerajui negara kelak. masalah-masalah lain seperti seks bebas, mat rempit dan sebagainya yang membabitkan remaja harus dibahaskan dan pemimpin tidak kira fahaman politik seharusnya berganding bahu dalam mencari penyelesaian dalam masalah ini.