Sunday, July 19, 2009

Rasa-Rasa Ahad

Selepas Tokoh MCA, Tokoh MIC Juga Disebut Akan Menyertai PKR?

NAMPAKNYA lepas seorang-seorang ahli politik yang tidak mendapat tempat dalam parti asal ataupun kerana perjuangan dalam parti asal sudah melencung dari prinsipnya telah mengambil tindakan keluar parti. Menariknya mereka tidak bersara tetapi memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai wadah baru.

Terbaru ialah bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng mengumumkan keluar daripada MCA dan menyertai PKR semalam. Pengumuman Chua yang memilih PKR itu ialah kerana perjuangan PKR sesuai dengannya dan menyamai manifesto sewaktu merebuat jawatan presiden dulu.

Sepanjang kempen merebut jawatan dulu Jui Meng melaung-laungkan yang beliau ingin melakukan reformasi dalam parti terbesar kaum Cina itu. Bagaimana pun hasrat beliau ditolak apabila beliau beliau gagal memenangi jawatan presiden. Dua kali Jui Meng kalah dalam perebutan jawatan itu.

Jui Meang tidak keseorangan menyertai PKR. Ikut sama bersamanya, bekas ahli Partlimen Lumut, Dr Yap Yit Thong dan bekas ahli Dewan Negara, David Yeoh.

Walaupun ketiga-tiga tokoh itu tidak mengumumkan jumlah pengikut masing-masing yang ikut bersama mereka, tetapi sudah tentu kemasukan itu tidak keseorangan. Memandangkan mereka merupakan pemimpin kanan dalam MCA tentu pengikutnya ramai. Plaing-paling komeng pun isteri dan anak-anak mereka akan ikut sama menyertai PKR. Sesungguhnya penyertaan tokoh berpengalaman MCA ini memberi pukulan kepada parti berkenaan.

Hakikat ini terserlah sekali apabila beberapa pemimpin MCA terkejut dan sedih atas keputusan yang diambil oleh Jui Meng itu.

Manakala kemasukan itu juga memberi suntikan dan semangat baru kepada PKR. Apa lagi Jui Meng ialah bekas Menteri Kesihatan seorang tokoh MCA yang tidak boleh dipandang ringan. Anwar Ibrahim telah mengumumkan Jui Meng akan dilantik menjadi ahli kepimpinan parti berkenaan. Apakah PKR akan memberi tanggungjawab baru kepada Jui Meng untuk mengepalai PKR Johor terlalu awal untuk diramalkan.

Sekiranya telahan ini benar ini bermakna Jui Meng akan menjadi bukan Melayu pertama yang mengetahui badan perhubungan PKR negeri.

Kemungkinan itu ada memandangkan kepimpiann PKR Johor waktu ini tidak menyerlah dan mampu untuk menyaingi Umno Johor yang terkenal sebagai negeri kubu kuat Umno. Adalah diharap kalau Jui Meng diberi tanggungjawab itu beliau akan membuka ruang popilit baru kepada masyarakat Cina menerusi PKR.

Sebulan lalu PKR juga menerima kemasukan Zaid Ibrahim yang juga bekas menteri Kabinet. Walaupun kemasukan Zaid itu tidak diulas dan diperkecilkan oleh Umno namun hakikatnya kemasukan Zaid itu memberi suntikan semangat kepada PKR khasnya untuk PKR Kelantan. Zaid juga terus dilantik menjadi salah seorang ahli pimpinan PKR.

Penyertaan mereka yang gagal mendapat tempat dalam parti asal mereka ataupun tidak sesuai dengan prinsip parti masing-masing masih ramai. Ada beberapa tokoh parti komponen yang dikatakan sedang menunggu masa dan ketika saja untuk berbuat demikian.

Salah seorang yang dikatakan sudah membuat perhitungan terakhir akan ikut sama menggabung diri dalam PKR ialah tokoh politik India dari MIC. Tokoh ini dikatakan akan membuat keputusan mengenai masa depan politiknya selepas parti itu selesai mengadakan perhimpunan tidak lama lagi. Kita tunggu! [wm.kl. 1:00 t/hari 19/07/09]

7 comments:

sang kelembai junior said...

Siapakah tokoh MIC yang disebut-sebut itu? Adakah Dato' S. Subramaniam? Setelah sekian lama tersisih disebabkan sikap pentingkan diri presidennya, lebih baiklah beliau mengundurkan diri. Carilah wadah perjuangan yang lebih lurus.

Kasturi said...

Penyertaan Chua tentu menggembirakan penagih-penagih PKR dan DAP. Mungkin dengan pengalamannya beliau dapat menjadi salah seorang pemimpin dalam PKR. Harapnya PAS pula dapatlah mempromosikan dasar Islam dan negara Islam dengan Pakatan dan jangan pula terus mengurangkan 'ramuan' Islamnya demi menjaga rakan-rakannya dalam pakatan. Kalau jadi macam tu samalah macam UMNO dalam BN tapi UMNO boleh juga memimpin BN sedangkan PAS jadi pak turut saja dalam pakatan.

suparjo@blogspot.com said...

Umumnya bukan Melayu drpd BN masuk PKR kerana dasar PKR yg terbuka, tidak membedakan kaum. BN sekalipun byk salahnya, dikuasai Umno. Umno sekalipun byk dosanya, berharga juga terhadap umat Melayu. Takkan lah DEB yg diperjuangkan Umno itu tak berguna langsung kepada umat Melayu. DEB itulah yg tidak disukai oleh bukan Melayu dalam BN. Semua pun tahu dominasi Umno dalam BN, dan pemaksaan konsep Melayu sebagai teras.

Apabila kebetulan rakyat memihak PR yg terbuka (tidak spt BN) itu yg org macam Jui Meng masuk PKR. Percayalah memang ada perancangan utk bukan Melayu masuk PKR, kerana parti itu akan menjadi teras PR (Umno teras BN). PKR teras PR dgn dasar liberal ala-Malayan Union tentulah menjadi idaman bukan Melayu dlm BN. Misinya apa? Pastikan 50 persen ahli PKR itu bukan Melayu.

Ini semua bukan rahsia dan dapat dibaca. Politik orang Cina sangat seni, tidak spt orang Melayu. Mana ada kutukan orang Cina apabila Jui Meng masuk PKR? Faham tu...

Ini semua teori domino selepas pemecatan Anwar pada tahun 1998. Peluang sangat terbuka sekarang, meraka tidak tunggu lama-lama. Yang tidak tentu hala ialah politik orang Melayu.

Pelik orang Melayu, kebanyakan masih percaya kuasa mereka tidak akan hilang kerana penduduk majoriti dan teras negara. Org Melayu juga percaya yg kaum Cina tidak akan memerintah negara, maka kalau Pas dan Umno terus berbalah pun 'hanya Pas atau Umno' yg pasti memerintah! Ilusi karut politik Melayu, walhal Anwar sedang membina minda baru politik Malaysia yg tidak 'antara Melayu Pas dan Melayu Umno'.

mr edz said...

jangan samy vellu sudah la tuan.

Ku ingat Taqwa said...

Salam .Mungkin apa yang dikatakan oleh pak suparjo tu betul. apa yang perlu dilakukan oleh PAS ialah terus meninggikan Islam dan bukannya mengurangkan 'ramuan' islam demi menjaga hati 'kawan-kawan'.

melikapakjangak said...

Orang bangsa lain main politik penuh seni dan ada perancangan jangka panjang. Orang Melayu berpolitik secara berfikiran sempit, tidak ambil kira apa yang bakal berlaku pada jangka panjang. Masing-masing berebut nak masuk syurga dan nak nerakakan orang yang tidak separti. Cerdik pandai/profesional Melayu, termasuk yang berlatarbelakangkan pendidikan agama kena berusaha tanpa jemu supaya orang Melayu pun main politik macam orang Cina. Orang Cina tidak kira parti sangat, pokoknya peluang untuk kaut kekayaan, itu yang jadi keutamaan mereka. Orang Cina tak akan buat apa pun kerja, termasuk tidak akan masuk parti kalau tidak labakan mereka. Sebagai penulis Melayu, demo (MSO), kawe dan penulis Melayu lain kena terus mainkan peranan walaupun kadang-kadang kita disalah faham dan dilabel bukan-bukan oleh Melkayu yang mahu kita bela. Tetapi perjuangan mesti diteruskan hingga ke hujung nyawa!

Unknown said...

As*kum!!..kenyataan saudara suparjo amat tepat sekali!!!!..kaum selain peribumi hanya menuggu peluang sahaja!!!..maklumlah dendam kesumat yang disimpan terlalu lama!!!..peram2 batu!!!..yg. malang sekali adalah kaum peribumi ,yang perlakuannya mengalahkan kaum bukan peribumi!!!!..lupa diri!!!..menyokong membabi buta!!!..Hindraf,liberalisasi,!1 Malaysia,reformasi konon!!Piiirrrahhh....Lihat Singapura!!!! apa dah jadi!!tak serik2..lebai malang sungguh!!!...bodoh sombong!!,,,,,,kerana nak bodek undi ,sanggup ikut pergi jerat china mampus...apale punye ttuurrr...kalau melayu mati teraniaya ,spt Memali ada sanggup Lim kit siang & gang,nak ikut pi kubur???...soorriiile itu lu punya hal!!!! tak tau!!!...cukup le tu...sedarlah diri!!!!...bila kojol nanti panggil le Karpal sigh..baca talkin!!!!...