Sunday, October 17, 2010

Bingkisan Ahad

Sudahkah Ezam Periksa Najib Luar dan Dalam?

[kemaskini] SELEPAS dilantik menjadi senator boy, Ezam Mohamad Noor (foto) secara automatik mengambil alih tugas bekas Perdana Menteri ke 4, untuk membelasah dan menyerang Anwar Ibrahim sampai lumat dan berterusan. Keadaan kesihatan Mahathir yang tidak begitu membanggakan akhir-akhir ini telah diambil kesempatan sepenuhnya oleh Ezam untuk meneruskan kerja tidak habis Mahathir tersebut.

Baru-baru ini Mahathir dimasukkan ke hospital di Melborne, Australia kerana dijangkiti kuman. Kejadian itu berlaku selepas Mahathir pulang dari bertemu mesra dengan para penumpang keretapi di stesen keretapi di Pasir Mas atas anjuran sebuah NGO.

Mereka yang selama ini tahi telinganya tidak pernah cair mendengar Mahathir menyerang dan membelasah Anwar terubat dengan kehadiran Ezam. Perlantikan Ezam menjadi senator antara lain tujuannya bagi meneruskan kerja-kerja Mahathir dalam kerajaan (baca Umno) secara rasmi. Itulah yang diharapkan kepada Ezam dengan perlantikan itu dan beliau berjaya memainkan peranannya. Ezam semacam menanggung pesaka pelesit Mahathir dalam membelasah Anwar.

Seorang penganalisa dari menara ganding pernah memberi pendapat mengatakan perlantikan Ezam itu membolehkan kebejatan Anwar akan dibawa langsung oleh Ezam ke dalam dewan senat! Katanya perlantikan Ezam itu dialu-alukan. Alangkah dangkalnya penganalisa berkenaan kerana telah mengharapkan Ezam terus membelasah Anwar daripada membawa idea untuk kebaikan ummah sebagai seorang anggota senat.

Ternyata harapan Umno kepada Ezam tidak sia-sia. Elaun sebagai anggota senat sebanyak RM12,000 sebulan itu dimanfaat sepenuhnya seperti mana dikehendak Umno. Malam tadi di program ceramahnya untuk menyelamatkan Selangor, Ezam untuk kesekian kalinya mengutuk bekas ketuanya itu. Kali ini beliau mencabar Pas supaya berjumpa dengan pembacuh kopi untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Tujuan Ezam cabar Pas, biarlah pembacuh kopi yang mendakwa dia diliwat Anwar itu menceritakan keadaan sebenarnya. Katanya, Pas sebagai sebuah parti Islam yang mempertahankan prinsip Islam dan keadilan wajar berbuat demikian dan tidak hanya mendengar penjelasan daripada Anwar atau pihak Anwar saja yang memutar belitkan cerita dan memital fitnah.

Saya bersetujuan dengan pandangan bakal MB Selangor itu. Tetapi apakah beliau sendiri telah melakukan keadilan dalam mempertahankan hal ini tanpa merasai tindakannya menzalimi dan menganiayaan mana-mana individi? Apakah beliau baru melihat keadilan dan keperluan itu setelah beliau mendapat jawatan senator? Apakah sebelum ini ketika beliau mengecam dan menyula Mahathir dan juga Najib dengan pidatonya beliau sudah berdiri atas prinsip keadilan dan kebenaran? Apakah waktu itu Ezam tidak bermain politik?

Saya mahu bertanya kepada Ezam apakah dia telah berjumpa sendiri dengan Azizan Abu Bakar - bekas driver Wan Azizah Ismail yang telah membuat pengakuan diliwat Anwar dulu. Apakah beliau telah berjumpa sendiri dengan semua orang yang dibawa ke mahkamah atas dakwaan diliwat atau melakukan liwat bersama Anwar dan menginterviu mereka satu persatu?

Semasam Ezam mempertahankan bekas bosnya dalam isu liwat Bahagian Pertama dulu, tidak pernah Ezam menjelaskan yang dia telah menemuramah semua mangsa-mangsa itu. Tidak ada pun cerita terkeluar dalam mahkamah atau tersebut dalam mahkamah yang beliau berunding dan berjumpa mereka seperti dalam kes liwat Bahagian Kedua ini.

Dalam kes liwat Bahagian Kedua ini Ezam telah menemuramah dan berjumpa dengan pembacuh kopi sehingga ke dini hari di Rawang, Selangor? Apakah pertemuan dengan pembacuh kopi itu beliau bukan saja menemuramah atau sebaliknya membuat dummy untuk memerangkap Anwar yang sudah dibencinya lantaran sedikit janji manis?

Apakah keadaan dan pendirian yang Ezam ambil waktu itu untuk mempertahankan Anwar hingga sanggup ke dalam penjara? Makanya hari ini Ezam tidak perlu mencabar Pas untuk menemuramah ataupun menyelak kain pelikat pembacuh kopi untuk melihat bagaimana keadaan lubang duburnya! Tidak perlu, tidak.

Terima kasih kepada Ezam yang berbuat begitu! Untuk mendapat bukti yang jelas beliau harus berbuat begitu. Kalau itulah yang berlaku maka jawatan senator yang diperolehi hari ini adalah hasil kesanggupan beliau melakukan kerja-kerja diluar kebiasaan dilakukan doktor itu, mengobek lubang dubur? Saya kata begitu kerana Ezam tidak hanya boleh mempercayai apa yang dikatakan oleh pembacuh kopi itu semata-mata tanpa beliau sendiri kena 'mengobek' dan melihatnya. Mungkin dia sudah melaksanakan kerja maha penting itu maka itu beliau percayai apa yang didakwa. Jangan-jangan Ezam turut mencium kok?

Apabila Ezam menyuruh Pas berjumpa dengan pembacuh kopi, Ezam seolah tidak memahami rentak atau bahasa politik. Pas menyokong Anwar dari dulu hingga kini bukan kerana Anwar bersih atau tidak. Itu soal peribadi Anwar. Kalau Pas hendak mengambil kira kekotoran manusia politik Pas yang "Islam" seperti fahaman Ezam itu tidak harus menyokong sesiapa saja, hatta ahlinya sendiri.

Kenapa Pas boleh bersama orang bukan Islam dalam usaha untuk meraihkan sokongan? Kenapa. Begitu juga kenapa Ezam boleh berkawan dan menerima nasihat Nalakarupan? Bukankah persahabatan itu atas tujuan politik. Seperti mana Ezam membelakangkan soal keperibadian dan akidah ketika bersahabat dengan Nalakaruppan maka begitu juga Pas membelakangkan soal ketidaksamaan akidah dengan rakan-rakannya yang lain. Begitu juga terhadap penerimaan Pas terhadap Anwar. Kalau Ezam boleh bersekongkol dengan Nalakarupan (Hindu) kenapa tidak pula untuk Pas? Rasanya bersikap menjaga sejadah orang agar tidak senget baik, tetapi jangan pula sejadah kita langsung tersalah kiblat.

Tetapi dalam soal ini Pas menyokong Anwar kerana Anwar dapat membantu perjuangannya. Anwar menjadi kuasa yang mampu untuk menolak kuasa huduh dan mendapat kuasa baik. Atas prinsip matlamat menghalalkan cara - seperti mana juga Ezam lakukan Pas tidak perlu mempedulikan itu semua. Saya bersetuju dengan sikap dan pandangan Pas, atas landasan politik sekular yang didokong oleh prinsip 4C.

Kalau Ezam nak cabar Pas agar memastikan sejauh mana kebersihan dan ketulusan Anwar saya nak cabar Ezam pula. Sejauh manakah beliau meletakkan nilai kesucian dan kebersihan yang ada kepada Najib Razak dalam hal ini? Apakah Najib begitu kudus dalam pandangan Ezam. Apakah standard yang digunakan Ezam dalam soal ini? Lupakah Ezam kepada kritikan-kritikan dan hemburan beracun beliau terhadap Najib selama ini? Atau semuanya termansuh apabila beliau dilantik menjadi senator? Kalau itu sikap dan pendirian Ezam ianya sangat rapuh dan sama dengan 10 budak hitam dalam PKR yang pelahap dan lapar yang merayau-rayau di kawasan longgokan sampah masa kini.

Bukan sahaja Najib bagaimana penilaian Ezam terhadap isteri Najib, Rosmah Mansor? Apakah bagi Ezam Rosmah lebih baik daripada Wan Azizah? Biarlah Ezam menjawabnya secara jujur? Atas sisa penghormatan saya kepada Ezam sebagai tokoh politik muda elok beliau membetulkan semula dirinya yang kini jauh melencong. Percayalah cita-cita beliau untuk menjadi MB Selangor tidak akan tercapai dengan kaedah atau pendekatan yang dilihat kontras dengan manusia seorang Ezam yang dikenali ramai sebelum ini. [wm.kl. 11:00 am 17/10/10]

11 comments:

suratkhabarlama said...

saya teringin nak tanya Ezam..dari mana dia dapat duit untuk buat bungalow besar beliau di Shah Alam...untuk perhatian semua....bungalow itu siap ketika beliau baru dibebaskan dari penjara dan belum pun lagi masuk UMNO di bawah Pak Lah...

sebenarnya soalan itu ditanya oleh rakan saya yang kebetulan penyokong UMNO dan berjiran dgn Ezam di Shah Alam itu...

rozana said...

Beberapa ketika sebelum PRU 2008 lalu, semasa senator ini belum masuk balik ke dlm 'arus perdana', yakni ketika menjadi ketua GERAK, dia telah menyatakan kerajaan PAS Kelantan sebagai kerajaan paling bersih. Begitu ironik dgn apa yg diperjuangkan sekarang.

Unknown said...

Elaun senator RM12,000 SEBULAN.
WOW..saya pun nak jadi senator. Tak kisah senator UMNO ke Pas ke DAP ke janji sebulan RM12,000. Ada tak mana-mana parti nak 'offer' saya jadi senator???

Unknown said...

Salam,
Pak Sayuti

Saya amat senang dan meminati tulisan pak sayuti.tulisan yg bernas dan kadangkala tidak berat sebelah.setiap hari pasti saya akan menjenguk blog msomelayu ini. teruskan menulis moga diberikan kesihatan yang baik.Insya Allah. Terima kasih.

(harap pak sayuti boleh accept saya sbg friend dlm FB)

ANAFAKIR said...

Ezam bukan siapa2 lagi dalam jalur politik tanahair. Setelah dia menjilat semula kahak dan ludahnya selama ini maka Ezam bukan lagi manusia berprinsip. Kalau dia berprinsip setelah dia berpatah arang dengan mentornya, dia cuma perlu lupakan dunia politik negara hari ini. Kalau dulu dia memaki hamun, membuat mcm2 tuduhan dan fitnah berkotak2 kini sebaliknya pula maka diri Ezam itu sebenarnya lebih jijik dan kotor.Kalau benar dia seorg yang beragama dan punya nilai luhur yang berlandsakan agama Islam mengapa ambil begitu lama sehingga bertahun-tahun untuk mendedahkan perkara sebenar?Mengapa begitu?Mana prinsipnya?..hampehhhh!!!.

Selingan :

Inchek Ibrahim Ali sudah dimasukkan ke dalam CCU kerana sakit jantung dan akan dibedah esok [ Isnin : 18 Oktober 2010 ], adakah itu berita gembira untuk rakyat Kelantan yang Tuan MSO maksudkan dalam posting lepas?...atau ada berita lain yang jauh lebih gembira dari itu?.Atau rakyat Kelantan akan menerima royalti daripada Kerajaan UMNO yang sebelum ini dinafikan?.

suraukini said...

Salam Pak sayuti,

terimakasih atas penulisan yang bernas. saya mengikuti penulisan Pak Sayuti . saya jadikan blog pak sayuti link blog plihan saya.

halim said...

Ezam di zaman reformasi tidak langsung mempercayai dakwa-dakwi yang dilemparkan kepada Anwar. Ini kerana beliau amat mempercayai kudus dan tulusnya hati Anwar. Bukankah Anwar pernah menjadi Presiden ABIM dan segala macam pertubuhan Islam di dalam dan di luar negara. Mana mungkin seorang yang nampak Islamik membuat perkara-perkara diluar tabiat manusia normal. Maka dengan itulah beliau tidak pernah mempersoalkan atau sekurang-kurangnya berjumpa dengan mangsa (pada ketika itu), kerana telah digula-gula, dimomok dan dimanipulasi oleh Anwar bahawa semua ini adalah konspirasi menjatuhkan beliau (?).Tapi berbeda dengan sekarang, hijab kebenaran telah terbuka dan Ezam telah mengenal dan sedar bahawa apa yang diperjuangkan dulu adalah susuatu yang sia-sia. Bagaimana dengan PAS dan DAP? yang lantang membangkitkan isu ini pada zaman kemuncak 50 dalil? Lupakah mereka dengan apa yang telah mereka lakukan terhapda Anwar? Dan apabila Anwar dipecat, PAS membuat pusingan 360 darjah. Satu tindakan jahat, dan ya..saya memanggilnya sebagai Machiavellian

Unknown said...

Salam buat kekanda
Saya amat tertarik dengan komen kekanda mengenai Ezam. Sesuatu yang agak pelik semasa beliau dok tunjung DSAI beliau sendiri tidak berjumpa sendiri dengan Azizan. Now dia dok sibuk minta PAS untuk mendengar sibancuh kopi. Tidak ke dia sedar dia kini macam sibancuh kopi.Yg sedih dia rela 'diperliwatkan' jasad dan jiwanya dalam mencari kebenaran.

Wahai Ezam kembalilah kepada Quran dan Hadis...Untuk apa Nabi kita minta pegang kedua2 kitab agar kita tidak sesat. Carilah kaedah yang diminta oleh Allah dan RasulNya dalam menyelesaikan tuduhan liwat meliwat. Ezam jika saudara bimbang dengan hujah yang berat sebelah dikalangan ulama kita.. apa kata saudara rujuk kepada ulama diIndonesia yang tiada kepentingan dinegara kita. Banyak ulama Indonesia yang ikhlas dan jujur. Jika saudara rujuk ke ulama Arab.. saudara pun tak akan faham benar sebab masalah bahasa.

Cuma saya cukup bimbang watak2 munafik semakin banyak sehingga saudara tidak kenal sang munafik sebab diri sendiri pun dah jadi lebih munafik dari sang munafik yang sedia ada.

Tidakkah Ezam pernah baca sejarah. Sejarah akan ditulis semula dengan perbagai pandangan. Apakah perjuangan saudara akan dihargai? Bimbang kepupusan saudara nanti menjadi bangkai yang tetap dihidu baunya oleh warisan saudara.

Saya yakin matinya Tun Mahadhir nanti akan ada penulis sejarah menceritakan kehancuran bangsa dan bahasa Melayu bermula pada pemerintahannya. Dan penulis itu sendiri datangnya dari UMNO sendiri.Ingat sebagaimana UMNO cuba memadamkan sejarah DSAI dalam kerajaan dan UMNO sendiri. Tidak mustahil perkara yang sama berlaku pada dikau Ezam dan juga Tun Mahadhir.

Ingatan saya sepatutnya saudara dok bertemu ayahanda TGNA atau TGAH dalam mencari pertunjuk dalam kes DSAI ini.

mazin said...

Kalau nak senag sementara, (atas dunia) kita ramai-ramailah ikut cara Senator Ezzam -dapat RM 12,000 -seronok ye!
tapi sebelum ikut Ezam-fikir-fikirlah beberapa point yang dikemukakan MSO.

Ckin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mohd sayuti omar said...
This comment has been removed by the author.