Pas Masih Bernafas Di Galas
Walaupun Dibelasah Teruk
PILIHAN RAYA kecil Galas sudah berakhir jam 5:00 petang semalam dan secara rasminya pada jam 8:30 malam apabila Pengurus pilihan raya itu mengistyharkan calon BN, Abdul Aziz Yusuf menang besar dengan mejoriti 1,190. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon Pas Zulkefli Mohamad mendapat 4,134 undi. Sebanyak 132 undi yang ditolak manakala peratus keluar mengundi sebanyak 83 peratus.
Kemenangan Aziz itu besar dan mengejutkan. Ia hampir dua kali ganda dengan kemenangan Allahyarham Che Hashim Sulaima dalam pilihan raya umum 2008 yang mendapat majoriti sebanyak 646 undi. Jadi BN bolehlah bergembira dengan kemenangan itu menebus kekalahan sebelum ini. Perlu dicatat bahawa DUN Galas tidak pernah jatuh ke tangan Pas sejak ia diwujudkan pada tahun 1955 dikenali dengan nama Gua Musang dan menjadi Galas pada tahun 1986.
Menyedari sejarah itu Pas tidak perlu menangis dan berdukalara atas kehilangan kerusi yang dipegang selama lebih dua tahun itu kerana kerusi itu asalnya hak BN dan secara peribadi kepunyaan Tengku Razaleigh Hamzah. Apa yang berlaku sebelum ini kerusi itu hanya dipinjamkan kepada Pas sahaja. Namun ia tidak mustahil selepas ini kerusi itu akan dipinjamkan atau diberi terus kepada Pas kalau Pas sedia melakukan perubahan baik dari segi perjuangan, cara mendekati rakyat, tidak mungkir janji dan ikhlas dalam perjuangan serta tidak bermain kongkaling dalam pilihan raya.
Dari segi angka Pas hanya kekurangan sebanyak 265 undi saja berbanding dengan undi diperolehi Che Hashim tahun 2008 sebanyak 4,399. Kemerosotan ini bukannya besar. Tetapi kalau dilihat daripada majoriti ia mengejutkan. Kalau ikutkan logik dengan kehilangan undi sebanyak 256 calon BN tidak separtutnya mendapat majoriti hingga 1,190. Angka paling sesuai dan munasabah diraih Aziz untuk menang ialah sekitar 500 atau 700 sahaja menyamai majoriti yang diperolehi Pas sebelum ini.
Tetapi kenapa majoriti BN besar? Faktor paling jelas ialah kerana berlaku peningkatan peratus keluar mengundi kali ini iaitu sebanyak 83% kira-kira 2.11% atau seramai 1,267 orang. pertambahan. Secara mudah bolehlah disifatkan pengundi yang membantu peningkatan peratus ini berpihak kepada UBN. Walaupun ada maklumat mengatakan undi Cina beralih kepada BN dalam pilihan raya semalam, tetapi bila Pas dapat mengekalkan undi lama menunjukkan ada entiti lain yang mengganti tempat dilompongkan oleh pengundi Cina itu. Apakah sokongan Melayu kepada Pas di Gua Musang meningkat?
Dengan keupayaan Zulkefli hampir mengekalkan undi diraih Che Hashim itu Pas harus berbangga dan tidak perlu merasa dukacita yang amat sangat. Dalam hal ini para penyokong dan ahli Pas kena insaf mengenai kelaziman pilihan raya kecil selalunya berpihak kepada BN. Hanya selepas berlaku tsunami politik 2008 sahaja beberapa pilihan raya kecil mula berpihak kepada pembangkang - Pakatan Rakyat, sebelum ini hampir semua pilihan raya kecil yang dianggap berat sebelah dimenangi oleh BN.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa berlaku lonjakan begitu tinggi kepada BN sebanyak 926 sehingga hampir melebih dua kali ganda dengan majoriti dicapai oleh Pas sebelum ini? Sekali lagi faktor utamanya ialah kerana ia pilihan raya kecil. Sebab-sebab lain ialah pilihan raya itu ditambah dengan satu lagi suasana yang tidak mudah untuk difahami dan akan dihuraikan kemudian nanti.
Faktor inilah membawa kemenangan kepada calon BN. Di sini saya akan senaraikan faktor membantu kepada kemenangan BN itu tanpa memberi ulasan dan sebab musabab mengenai apa yang berlaku pada pilihan raya itu yang sebenarnya. [Saya sepatutnya post posting ulasan beracun tengah malam tadi, tetapi ditangguhkan]. Marilah kita berbahas secara berfakta yang nampak dan mudah difahanmi dulu bagi mengelak saya prejudis dan mahu mengkhianati sesiapa!
1. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan ini boleh disifatkan kemenangan peribadi Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan untuk parti Tengku Razaleigh. Justeru Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangan ini. Seperti mana kata Mustapa Mohamed mulanya mereka beranggapan keadaan 50 - 50 dan kemenangan itu mengejutkannya. Mustapa tidak tahu apa yang ada di sebalik tabir mengenai pilihan raya ini. Kalau bukan Tengku Razaleigh terlibat sebagai pengarah, besar kemungkinan Pas dapat mengekalkan kerusi berkenaan. Jadi penumpangan (penswastaan) kerusi berkenaan oleh BN kepada Tengku Razaleigh adalah tepat dan membawa kejayaan besar.
2. Peningkatan peratus pengundian. Peningkatan peratus pengundian sebanyak 2.11% ini memberi kelebihan kepada calon BN. Peningkatan ini membawa kepada pertambahan pengundi keluar mengundi sebanyak 9,590 berbanding dengan keluar mengundi tahun 2008 hanya 8,323 ianya meningkat sebanyak 1,265. Pertambahan ini adalah dari kalangan pengundi muda atau mereka yang pertama kali mengundi.
3. Kesungguh berpilihan raya. Awal-awal lagi Pas sudah melakukan beberapa kesilapan dalam pilihan raya. Perkara paling utama ialah apabila meneruskan kerja mengarah pilihan raya kepada mereka yang sudah menopause. Stail pengarahan lama zaman tahun 60-an atau 70-an tidak sesuai lagi. Paling ketara dalam pilihan raya kali ini tidak ada mana-mana pihak menyediakan blog khas pilihan raya kecil itu seperti biasa. Kealpaan ini disebabkan ketumpulan minda mereka yang menguasai bilik gerakan.
Saya awal-awal lagi telah mencadangkan supaya Pas melantik Husam Musa bersama Takiyuddin Hassan untuk mengendalikan pilihan raya berkenaan. Husam mengatur strategi Takiyuddin pula menyediakan logistik dari luar. Sentuhan mereka mungkin berbisa dan dapat membawa perubahan dalam stail dan juga bentuk-bentuk kempen. Mereka dapat membaca perkembangan dan selera kontemporari pengundi terutamanya di kalangan anak-anak muda. Selain itu perlantikan mereka boleh melatih mereka untuk mengambil tugas berat itu di masa akan datang.
Kelesuan kempen dan serangan kepada BN kali ini juga amat ketara sekali. Poster yang dapat dilihat selalu menggila dalam pilihan raya terjadi sebaliknya di Gua Musang. Nampaknya permintaan dan harapan tengku Razaleigh agar Pas tidak menyerangnya benar-benar dilaksanakan. Apakah ada persefahaman di antara tengku Razaleigh dengan orang tertentu di dalam Pas? Jika diperhatikan kepada kenyataan Razaleigh dalam menerima kemenangan itu di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Pas, semacam ada ikrar kecil antara beliau dengan Pas?
Selain dari itu beberapa kenyataan ataupun pendekatan diambil atau dikeluarkan Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman yang disokong kuat oleh penasihatnya Wan Abdul Rahim Abdullah dan digerakan oleh Pengarah operasinya Abdul Fatah Haron memberi imej buruk kepada Pas dalam pilihan raya itu. Misalnya tawaran untuk membayar RM250 kepada pengundi luar secara terbuka sangat menjatuhkan moral Pas.
Barangkali tidak salah kalau dikatakan kekalahan teruk Pas itu perlu dipikul oleh Tiga Abdul yang cuba menguak balik dalam politik Kelantan dan mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam pilihan raya. Mereka harus memikul segala malu dan aib Pas itu untuk dibuang ke laut dan kalau perlu mereka boleh terjun bersama tongkolan malu dan aib itu ke dalam laut.
Nantilah ulasan selanjutnya sebelum saya mengeposkan ulasan beracun yang ditangguhkan itu! [wm.kl. 8:00 am 05/11/10]
11 comments:
salam tuan,
saya rasa faktor sentimen piala malaysia pong ada.
hebat sangat kawasan ulu 83% pengundi keluar. cuba bandingkan dengan batu sapi. atau bukit gantang pada 2004 dahulu yang hanya 51% keluar mengundi.
ada hikmahnya terjadi begitu.
Pastinya pengunjung blog Tuan MSO akan tertunggu-tunggu ulasan beracun tersebut dan kalau boleh penawarnya sekali, untuk mengubati dan menjadi bekal kepada PRU13, yang dijangkakan Mac 2011. Terima kasih atas peranan Tuan. Kami akan sabar menanti
Salam...
Tiga Abdul,..klasik molek, ambo buleh terimo teori ni. tapi ambo dale prk ni..ado satu faktor la yang paling besar. Iaitu faktor "pas tok ser menang!" kalu di lihat semasa pemilihan calon lagi dapat dilihat akan kelemahan (faktor kalah). Tetapi itulah kita kena akur kepada jamaah..masalahnya mereka yang berada dikelompok luar jemaah (pengundi atas pagar dan pengundi muda) mereka tidak melihat kesemua ini. Apa yang sedikit ambo kecewa ialah ambo lihat Tuan Guru digunakan sepenuhnya tapi gagal dalam menarik undi. Di samping faktor kehebatan jentera 3M umno yang memang tak boleh nak pertikai. Dari segi semangat petugas, InsyaAllah..tidak akan luntur dan lari dari perjuangan..TAKBIR!
...saya amat2 bersetuju dengan ulasan dan pandangan tuan..
Sesuatu perubahan wajib di lakukan kalau PAS mahukan kemenagan atau mengekalkan kerajaan kelantan...pemimpin yg dah xpired ni kena letak tepi dulu...dah 'tepu'
memang saya pun ada dengar cerita pas nak bagi menang kat UBN sbb nk dapat royalti(perjanjian syaitan!!)BETUL KE TUAN MSO???
tuan masih menyerang tiga abdul.... tuan lebih tahu apa sebenarnya yang berlaku.
bola pun kalau kekal pemain lama dan pengurusan lapuk takkan menang juga .
Diharap PAS tidak hanya pandai menyalahkan SPR serta agensi2 kerajaan persekutuan yg lain di atas kekalahan mereka dlm PRK ini...
Semua org sudah sedia maklum SPR & agensi2 kerajaan persekutuan akan berlaku tidak adil kpd Pas & Pakatan Rakyat...
kalaulah alasan "berat sebelah" & "tidak adil" hendak digunakan sbg punca kekalahan..lebih baik kita surrender sebelum berjuang...
Saya sokong MSO..kita perlu "Jeneral" yg masih "muda" & "up to date" utk mengetuai kempen pilihanraya..kami petugas bawahan ini hanya mengikut arahan sahaja..kalau lemah strategi "ketua" kami..maka lemahlah juga gerak tempur kami..
Syukurlah kerana kita tewas di dlm PRK Galas ini..semoga ia dapat memberi "tamparan" utk menyedarkan pihak2 "di atas" sana yg mungkin sedang tidur lena...
Wallahualam
Salam Tuan Hj. MSO,
Seperti yang Tuan Hj. ulas dan nyatakan, saya juga sependapat bahawa faktor utama kemenangan BN pada PRK DUN Galas ini adalah kerana ketokohan dan peranan YBM Tengku Razaleigh dalam kawasan beliau yang cukup sebati sejak memenangi kerusi DUN Ulu Kelantan Barat 1969 sebelum beralih ke Parlimen pada 1974.
Selain faktor YBM Ku Li, Gua Musang juga terkenal dengan faktor orang Asli. Masa kini orang Asli semakin bijak berpolitik dan cara mereka berpolitik juga cukup unik. Jika kita melihat statistik kepada peratusan undi dari peti kawasan orang Asli, jelas hampir 90% undi diberikan kepada BN berbanding PAS. Pekara ini perlu dilihat sebaiknya oleh pihak PAS selepas ini terutamanya menyelesaikan isu tanah berbangkit yang jelas difahami oleh orang Asli bahawa isu tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri sekiranya ingin menawan kembali hati pengundi-pengundi orang Asli yang mewakili hampir 2,000 orang pengundi.
Statistik pada PRK DUN Galas kali ini terhadap peti undi kawasan orang Asli menunjukkan BN memenangi kesemua saluran peti undi orang Asli sebagai contoh antaranya peti undi (Sekolah Pos Brooke - BN 424 PAS 78), peti undi (Bihai Saluran 1 - BN 233 PAS 5), peti undi (Belati Saluran 1
BN 117 PAS 9), peti undi (Sekolah Kebangsaan Hendrop - BN 257 PAS 99) dan statistik juga menunjukkan julat undi BN banyak diperolehi melalui saluran 1 dan 2 bagi setiap peti undi manakala saluran 3 dan 4 agak seimbang bagi BN dan PAS.
Jika dilihat, undi yang diperolehi oleh BN selain undi orang Asli melalui saluran 1 dan 2 ini adalah faktor pengundi lama yang masih mengenang jasa YBM Ku Li dan BN di Gua Musang manakala saluran 3 dan 4 rata-rata mewakili pengundi-pengundi berdartar yang baru dan golongan orang muda.
Secara rumusan, anggaplah keputusan PRK DUN Galas ini adalah kemenangan dan kuasa mutlak yang telah ditentukan oleh rakyat Galas. Tahniah buat yang menang bagi menjalankan amanah yang diberikan dan juga tahniah buat kedua-dua parti bertanding serta semua yang terlibat kerana PRK DUN Galas telah berjalan secara aman dan jelas ia telah membawa satu tonik era baru politik iaitu pilihanraya persahabatan.
Tahniah Semua. Wasalam.
salam
Pada pandangan ambe, faktor kekalahan PAS adalah di sebabkan tiada kesungguhan untuk menang. Ini di sebabkan PAS tetap kukuh tidak kira menang atau kalah di Galas. PRU ke 13 makin hampir. Ambe rase lebih baik PAS kalah di galas semlm kerana jika menang, dah jadi tanggungjawab PAS untuk menunaikan segala janji2 yang dibuat. Ini melibatkan kos kewangan yg agak tinggi di kala kantung kerajaan negeri tidaklah sepenuh negeri2 yg di takbir BN.
Seandainya BN gagal menunaikan janji2 yg telah di buat, rakyat Galas masih ade peluang untuk hukum BN semula nnt. Ini amat menguntungkan PAS untuk jangka masa panjang. Dan seandainya BN tunaikan semua ape yg telah mereka janjikan, rakyat galas masih punya pilihan samada terus ingin bersama BN ataupun PAS.Ini kerana selepas PRK ke 13, bantuan Kerajaan Pusat kepada rakyat Galas tidak mungkin sehebat mcm PRK semlm. Bantuan ini hanya bermusim.Hanya ketika PRK sehaja. Selepas itu rakyat akan di lupakan.
Sebagai contoh, TPM Muhyiddin Yassin seperti di laporkan media, buat pertama kali menjejakkan kaki di Batu Sapi. Adakah sekiranya tiada PRK di Batu Sapi, datangkah TPM ni ke Batu Sapi untuk hulurkan bantuan pada rakyat yg memerlukan?
Reti bahasa plak tak tunjukkan muke kat Galas. Tebal muka gamoknye kot nak mari klate lagi...
Alahai Muhyiddin Yassin...
Saya setuju dengan tuan. Pas tidak perlu gundah gulana walau kalah di Galas, sebab kawasan itu pekat birunya dan menyerlah warna merah keris telanjangnya. Tetapi sekurang-kurangnya sahabat kita di Batu Sapi lebih popular berbanding SAPP walaupun tewas.
Apapun, Pas terutama di Kelantan perlu rombak jentera pilihanraya kalau nak hijaukan atau sekurangnya pucatkan biru gelap di dua parlimen biru di sana (Gua Musang dan Jeli).
Jangan sampai warna biru pekat mengalir ke kawasan hijau sampai Pas putih mata.
Ambo seronok PAS kalah.Pertama menyedarkan yang lena tidur mungkin bermimpin terlalu indah.Bila kalah,pasti terkejut beruk,akan menjadikan mereka kembali segar dan bersemangat untuk berjuang. Kekalahan juga mambuatkan PAS lebih insaf dan mula merenung jauh ke dalam diri supaya segala kesilapan dan kelemahan selama ini diperbaiki.Lebih baik kalah dalam PRK daripada kalah dalam PRU.
Keduanya, UMNO terperangkap.Kalau segala janji di pentas kempen tidak ditunaikan, mereka akan dihukum dalam PRU akan datang.Banyak janji UMNO lafazkan antara Gemulah Hospital yang dah lama terbengkalai tu kena dihidupkan dan disiapkan segera.Kalau menjelang PRU hospital tidak siap juga dan kemudian berjanji akan siapkan kalau UMNO menang dalam PRU, maka rakyat Galas malahan Gua Musang tidak akan tertipu lagi kerena gemulah hospital tersebut sudah lama terbengkalai,tidak siap-siap sudah bertahun lama.
Ketiga, kemenangan tersebut akan mengembalikan maruah dan nama baik Ku Li di mata pemimpin UMNO Malaysia.Ku Li akan mendapat pengiktirafan sebagai seorang yang masih punya kuku untuk mencengkam.Ku Li mungkin terhutang budi kepada PAS dalam hal ini.Kemenangan tersebut disifatkan ada udang di sebalik batu.Elok lah.Ku Li pun bukan orang lain dalam Kerajaan Kelantan, beliau adalah Pok Sedara Sultan Kelantan,maka byk lagi jasa dan bakti Ku Li kena bui untuk rakyat Kelate.
Keempat, dengan kemenangan 2-0 ini akan membuatkan UMNO-BN lebih yakin untuk adakan PRU13 lebih awal,lagi cepat lagi elok sbb Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menawan Putrajaya.Kalah sebenarnya satu strategi jangka panjang,orang kata menang dlm kalah..banyak yang tersirat daripada yang tersurat.Pada ambo, tak pelik ssikit pun kekalahan PAS di Dun Galas,..bacaan ambo lebih kepada PAS bertanding sengaja nak kalah dan nak bui ko Ku Li mene..sebab apo?..Ada laaaaa,haaa tu diaaaa.
Tuan Mso,
Saya terkejut beruk dengan perlantikan pengarah pilihanraya bagi PAS di DUN Galas diberikan kepada golongan yang telah "habis edah". Memang benar gaya dan pendekatan mereka hanya sesuai di tahun-tahun ketika negara mula mencapai kemerdekaan dan bukannya di zaman era IT. Lantiklah di kalangan orang muda yang mempunyai banyak idea. Golongan veteran ini telah wujud sama jadi dengan PAS Kelantan, semasa saya bersekolah rendah lagi di dalam tahun 70an. Sekarang saya dah ada anak empat orang, nampaknya golongan ini tak pernah habis edahnya. Kalau begini lah gayanya alamak Kelantan akan bertukar tangan dalam PRU ke 13. Simpang Malaikat 44.
Post a Comment