Ke Mana Salentia Menghilang?
Semalam puas Murai terbang hampir ke seluruh sudut di perkarangan stadium Merdeka lokasi himpunan Bersih untuk mencari kalibat Salentia dan gengnya. Murai mahu tenguk seramai mana puak-puak Salentia pergi berkokok di situ untuk menghalang Bersih. Murai mahu tenguk berapa banyak darah yang tumpah dan berapa ramai dari kalangan himpunan Bersih yang bengkak kerana digodam oleh puak-puak Salentia.
Murai mahuy kira berapa Cina dan India yang dibunuh oleh puak-puak Salentia. Kerana kalau ikutkan cakap dan bual mereka, seolah mereka akan pancung seorang demi seorang, kemudian menghisap darahnya. Apa tidaknya kalau bercakap kekebuk kata orang.
Murai nak rakam peperangan di antara puak ini. Murai bawa kamera besar untuk tujuan itu. Malangnya semua sudut dan tempat yang Murai pergi usahkan kaki Salentia, kelibat batang hidup pun tak kelihatan. Ke mana dia menyerok pun tidak tahu. Habis longkong, kolong dan tempat busuk Murai buka dan belek takut-takut dia ada terselit, tak juga jumpa.
Selepas bertanya orang barulah Murai tahu bahawa yang Salentia tidak datang. Tidak berani datang. Dia menggunakan berbagai helah untuk menghalalkan rasa takutnya. Murai sudah tahu tektik ini kerana bukan baru Murai mengenalinya. Bukan saja tapak kaki, kalau terbau kentutnya Murai tahu yang ketut itu kentutnya. Kentut Salentia bukan saja busuk tetapi pahit!
Salentia hanya besar mulut sahaja jiwa lebih kecil dari jiwa semut. Cakap dia berdengar degar tahu lekat di gelegar. Kenapa tidak dia hanya berani dengan mengupah orang saja, Berani dengan senjata duit.
Baru ni dia bakar gambar Ambiga di depan tangganya di Pasir Mas, berani di laman rumah sendiri, Tetapi kecut perut dan tidak berani kalau di luar rumah, Mungkin dia tidak pergi semalam dia takut Ambiga jolok matanya dengan lidi.
Katanya dia dan kumpulannya buat himpunan jauh di stadium Merdeka, di Taman Tasik Titiwangsa. Barangkali kalau himpun disitu senang, bila polis serang mudah untuk terjun ke dalam tasik dan menyelam. Al maklumlah dia bijak bak melompat dan tenggelam sambil minum air ini.
Khabarnya dalam himpunan puak Salentia di Taman Tasik Titiwangsa itu mengalahkan himpunan Bersih yang mencecah puluhan ribut. Menurut maklumat yang Murai terima katanya lebih 23 orang yang berhimpun di taman itu. Bolehlah baca Utusan tentu angka yang ditulisnya mencecahkan ratusan ribu. Riuh rendah bunyinya dengan berbagai irama nyanyian selepas hujan.
Malangnya Salentia tidak juga kelihatan di situ. Dia sendiri tidak hadir dan diserahkan kepada anak buahnya saja. Ke mana dia menghilang tidak diketahui... cuma apa yang Murai dapat agakkan mungkin dia melompat masuk ke dalam tempang budu di bawah dapur rumahnya. Melarikan diri kerana takut apabula mendengare bumi Kuala Lumpur sudah digegarkan oleh Bersih.
Apakah haiwan ini sudah keluar dari pesembunyiannya? Sama-samalah tunggu Murai rasa hari ini dia akan mengulas dan memberi komen, seperti biasalah...bila berhenti hujan dia akan mula berkokok dan akan merayap semula ke bumi Allah ini untuk mencari ungas, lipas, lipan dan kalkatu untuk dibahamnya. Salentia biasanya akan berkokok bila lapar.
Murai: Hairan kerana masih ada lagi orang yang mengikutnya dari belakang.
3 comments:
Jgn terlalu ikut nafsu amarah MSO. Kenapa beria-ia sangat nak jatuhkan Najib melalui jalanraya..,Sudah amankah di Tunisia, Mesir, Yaman, Syria dll...apakah syarak mengharuskan kita menjatuhkan pemimpin yg berugama Islam. Tidak pernah Hj Hadi dan Nik Aziz menelaah kitabul fitan didalam sahih bukhari...saya tak kata UMNO tu ok semua...dah tak de jalan lain ker..saya org PAS tapi saya tak suka cara begini..apakah cara ini benar2 diredhai Allah?
Assalamu'alaikum Sdr MSO, terimakasih dengan posting2 Sdr yang saya kira amat bernas walau adakalanya saya mengakui agak 'kelam' dengan sasaran yg hendak ditujui. Sebagai peminat blog ini, saya akur dengan hak pemiliknya. Saya juga tertarik dengan komentar balas Sdr terhadap beberapa komentar si 'otak kemetot' yang memberi ulasan tanpa merujuk kepada sumber media dan maklumat sbg perbedaan demi utk mendapatkan sumber yg boleh diyakini terbaik utk dipercayai seterusnya utk disiar pamerkan. Contoh terkini ialah Himpunan BERSIH 2.0 di ibukota Kuala Lumpur. Sekatan-sekatan jalanraya merata tempat otomatisnya menyumbang kepada kesesakan jalanraya yang amat teruk. Gedung-gedung, restoran, gerai-gerai jualan terpaksa ditutup bukan kerana kehadiran para demonstran yang ramai tetapi kerana keberadaan gerombolan pasukan Polis dari hampir kesemua jabatan-jabatan di bawahnya siap bersenjata api otomatik dan trak meriam air asid. Saya memberi contoh di sini bagaimana keadaan berkumpul dan berarak dengan aman dan tenang berlaku bermula di kawasan Pudu kerana saya berada di sana sebelum sama-sama menyertai ketumbukan demonstran di dataran Menara Maybank. Sekitar lebih 2,000 teman-teman dari berbagai kaum yang majoritinya kaum Cina (tua dan muda, leleki dan perempuan) berarak dengan penuh tertib dan bersahaja. Kelihatan kedai-kedai dan gerai-gerai masih dan terus beroperasi di kiri kanan sepanjang haluan kami menyusur (Jalan Imbi-belakang Plaza Low Yatt- Jalan Pudu) menuju ke dataran Menara Maybank. Maknanya, jika pasukan polis lebih bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengawal laluan-laluan para demonstran dan TIDAK melakukan provokasi dan menyekat laluan, perhimpunan dan perarakan menuju ke Stadium Merdeka dan seterusnya ke Istana Negara akan lebih tenang dan lancar.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
pejuang2 bersih, pakatan bukan hendak menumbangkan Najib melalui jalan raya, saudara Mohamad kena faham itu....mereka cuma menuntut hak sebagai rakyat untuk menunjukkan perasaan kepada SPR yang mahukan satu pilihan raya yang adil dan telus. Itu sahaja....
Jika sekiranya SPR mendengar jeritan rakyat, dan menjalankan 8 tuntutan tersebut...ayuh BN kita bertanding di pilihanraya...secara anak jantan...
Itulah tuntutan demonstran2 Bersih semalam. Menuntut satu pilihanraya yang adil, bukan menyuruh Najib beruundur. Saudara Mohamad dan lain2 kena faham itu...
Saudara Sayuti, saya sentiasa mengikuti blog saudara, teruskan...syabas ttg semua penulisan saudara..
Post a Comment