Sunday, July 31, 2011

Pengumuman

Syed Ahmad Jamal Kembali Ke Rahmatullah

RALAT: Jenazah Syed Jamal di kebumikan jam 11:00 pagi. Maaf. Negara kehilangan seorang lagi seniman yang berani menyatakan kebenaran dan tidak sedia menjadikan pangkat dan darjat sebagai pemelihara kehidupan dirinya dan keluarga apabila Seniaman Negara Syed Ahmad Jamal telah pulang ke rahamtullah malam semalam.

Syed Ahmad Jamal menghembuskan nafas terakhirnya dalam usia 82 tahun di rumah di Gombak malam tadi.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkubur Pusu, Gombak selepas Zohor.

Syed Ahmad Jamal kelahiran Bandar Maharani, Muar Johor dan pernah menjadi pengarah di Balai Seni Lukis Negara. Bakat dan jiwa seni lukisan yang dimilikinya di gunakan untuk memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman.

Idea yang dilancarkan dalam lukisan pada dekad-dekad terakhir ini menunjukan keresahan beliau kepada ketidakadilan dan penentang kepada kezaliman.

Autobiografi beliau yang disusuli lukisan beliau yang lengkap boleh ditemui dalam buku istimewa Kuning-Kuning yang diterbitkan pada tahun 1999.

Didoakan semoga rohnya dicucuhi rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh.
Al Fatihah. [wm.kl.11:30 31/07/11]

No comments: