Tuesday, July 5, 2011

Geram Sore

Ambiga Menewaskan Ibrahim dan Khairy

MALAYSIA negara ajaib, sesuatu boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Perubahan lebih cepat dari anak ayam hendak keluar dari telornya. Anak ayam mengambil masa 21 hari untuk keluar dari cengkeran telor. Tetapi di Malaysia sekelip mata sahaja keptusan boleh berubah. Inilah standard negaraku Malaysia.

Tidak sampai seminggu Menteri Dalam Negeri (KDN) mengisytharkan Bersih sebagai pertubuhan haram. Polis pun macam tak sempat pakai kain terus ambil gari pergi gari sekalian orang yang menggerak Bersih sampai ustaz kampung sangkut baju warna kuning di sasak kedai kopi pun ditangkap dan diheret ke mahkamah. Kenapa, sebab Bersih pertubuhan haram.

Haram tak haram Bersih hampir diletakkan sama dengan komunis?

Semua orang yang sihat akal akan jadi hendak ketawa. Hj Lu V juga akan ketawa, terkeh keh... Tiba-tiba sahaja Bersih yang haram dan hitam legam itu sudah menjadi putih kembali. Hari ini perdana menteri yang sebelum ini menerima pengsiytharan haram juga bersedia untuk berjumpa Bersih. Tidakkah ini dikatakan pelik, bin ganjil anak lelaki menghariankan?

Kalau Bersih haram kenapa Perdana Menteri sedia untuk menemuinya? Itulah saya katakan keadaan di Malaysia ini boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Apabila Najib sedia jumpa bermakna Bersih sebuah pertubuhan yang ada kelas, yang tidak boleh ditolak begitu saja. Bersih jauh lebih bersih dari Perkasa(m) atau Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada jawatan kerajaan.

Bagaimana pun polis nampaknya masih lagi menerima dan berpegang kepada pengistyharan haram itu. Kerana... kalau mereka juga sudah membatalkan pengharaman itu mereka akan melepas semua tahanan yang diremen dan menghentikan operasi menangkap baju kuning, kerja yang tidak sedikit pun patriotik.

Nasib baik saya tidak jadi timbalan ketua polis negara. Kalau saya jadi timbalan ketua polis negara saya sudah lepaskan jawatan hari ini juga. Malu saya kalau nasihat dan tunjuk ajar kita tiba-tiba dibatalkan dalam sekelip mata sahaja. Barangkali sebab itulah saya tidak menjadi timbalan ketua polis dan hanya jadi penulis biasa.

Jadi sekarang pertubuhan atau kumpulan mana yang haram. Pada saya yang haram kini ialah Perkasa(m) dan Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada batu pelir. Kalau mereka tidak haram tentu mereka yang dipanggil menghadap atau meminta menghadap Agong supaya hapuskan Bersih. Tetapi kerana mereka haram maka mereka kini diam seribut bahasa. Kalau berani pergilah menghadap Agong dan minta Bersih terus dibersihkan.

Ternyata jelas antara Ambiga dengan Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menantu Abdullah Badawi, jauh lebih baik dan intelegen Ambiga. Perjuangan menggunakan akal berlandaskan ruang perlembagaan dan undang-undang lebih tulen dari perjuangan yang menganggakan mulut atau melilit kain mereka di kepala. [ttdi.kl.6:30 pm 05/07/11]

8 comments:

syed said...

Assalamualaikum.. Kebelakangan ini sdra didapati gemar menggunapakai perkataan batu p...r didalan tulisan sdra. Mungkin cetusan rasa amarah dan geram sdra terhadap sesuatu isu. Namun begitu, saya berpendapat bahawa penggunaan bahasa tersebut amat tidak sesuai apatah lagi tercoret didalam tulian sdra yang bermutu dan berilmiah. Harap sdra dapat menerima teguran saya yang ikhlas ini. Terima kasih, Wassalam.

mohd sayuti omar said...

Terima kasih sdr syed atas teguran dan ingat, saya akan ambil perhatian insyallah.

affandi said...

assalamualaikum?

Memang benar jika berjuang dengan keihklasn hati kebenaran pasti teserlah akhirnya.Berbanding dengan berjuang diatas dasar untuk menonjolkan diri yang tidk menonjol itu lama kelamaan akan menampakan kebodohan.

bat8 said...

Tuan MSO,

1. Ambo sebagai ore kelate memahami tenan penggunaan perkataan "Batu P***r". Penggunaan perkataan tersebut membawa erti yang jelas bagi org kelantan.

2. Alhamdulillah DYMM Yang DiPertuan Agung telah menunjukkan kebijaksanaan yang diharapkan sebagai payung negara dalam menyelesaikan kemelut ini.Sikap bijaksana ini diharapkan akan menjadi pegangan Duli-Duli Tuanku Sultan-Sultan yang lain apabila menghadapi masaalah yang serupa.

Semoga episod pertukaran kerajaan negeri Perak yang lalu tidak akan berulang lagi.

bat8

Masshah said...

itulah perasaan sebahagian dari rakyat Malaysia..

negarakumalaysia said...

Tuan MSO, saya setuju dengan tuan bahawa Ambiga itu lebih bijak daripada Berahim Katak dengan KJJ, beruk hitam. Walau pun saya ahli UMNO, saya memang tidak berminat dengan penampilan Pemuda hari ini yang suka menonjolkan diri untuk membodek pemimpin atas, sepatutnya mereka memperbaiki kelemahan pemimpin-pemimpin tertinggi. Bukankah mereka ini salura kepada seluruh pemuda UMNO seluruh negara. Jawatan mereka bukan Ketua Pemuda Pembodek UMNO. Banggang betullah pemimpin-pemimpin UMNO yang ada hari ini, semuanya kaki bodek. Sehinggakan bodekan itu menyerlahkan kebodohan mereka.

msa said...

Sdr. MSO,
Saya dok tengok sokma tulisan sdr. Teringat pulak masa kita cakap2 kosong bila sdr ke SMK Rantau Panjang 25 tahun dulu. Mungkin sdr doh tak kenal doh kawe ni. Kawe tak semoho demo. tapi tulisan demo kawe ikut sokmo. Apa yang demo tulis benar sekali.
Brahim katok tu betul2 pembodek. Wat guano dia, PRU13 nanti tadaklah dia sebagai MP. Kawe syorkan demo wat buku sikit tentang brahim ni. Buat research latar belakangnya. Biar ore tahu perangai sebenarnya sejak dulu kala. Ore suka berdemo untuk menjatuhkan krajaan pas kelantan tahun tujuhpuluhan dulu
adalah diketuai brahim

mohd sayuti omar said...

Sdr MSA terima kasih kerana menjenguk saya menerusi blog. Cadangan sdr molek juga, insyallah kalau ada kelapangan saya akan fikirkan mjngkin boleh dibuat bersiri dalam blog.
Banyak liku liku dan hipokrasi yg tekah dan sedang dilakukan oleh manusia ini. Salam hormat dari saya, mso kl.