Saturday, July 23, 2011

Susupan Malam

Biometerik: Najib Menyuluh Apa Yang Sudah Terang

SELEPAS kembali dari berjumpa dengan Pope Benedict, Najib Razak sekonyang-konyang memberi tahu dunia Malaysia yang kerajaan setuju Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan sistem biometerik dalam mengesah pengundi yang sah pada pilihan raya akan datang. Katanya peruntukan untuk tujuan itu akan disediakan. Berapa?

Sekali pandangan persetujuan kerajaan itu seolah-olah ia memberi reaksi ke atas tuntutan Bersih untuk membaikipulihkan sistem pilihan raya negara ini akan berjalan secara bersik, adil dan telus. Persetujuan itu menggembarkan perdana menteri prihatin atas desakan umum. Tetapi sebenarnya sistem biometerik itu bukan termasuk dalam lapan tuntutan Bersih.

Apa yang Bersih tuntutan ialah antara lain akses media yang adil, penggunaan dakwat kekal kepada pengundi, membersihkan pendaftaran yang bertindah dan bertindang dan sebagainya. Adapun pengenalan biometerik yang dipersetujui Najib itu tidak pun termasuk dalam tuntutan itu. Kenapa Najib bermurah hati membenarkan atau memperkenalan sesutau yang tidak dituntut? Tentu ada motifnya. Selalunya beruk tidak akan hingguk 'selongennya' kalau tidak ada mengada.

Jadi rakyat jangan terkeliru dengan kemurahan hati Najib itu. Walaupun dia baru berjumpa dengan orang paling suci dalam agama Kristian, Pope Benedict tetapi persetujuan memberikan SPR menggunakan sistem biometerik itu tidak menggambarkan kesucian dan kekudusan hati Najib. Ia ada undang di sebalik batu di sebalik kesediaan untuk memenuhi tuntutan. Kebenaran atau pengenalan sistem itu adalah untuk keuntungan UBN dalam pilihan raya. Harus difaham UBN tidak akan melalu sesuatu yang melabakan pembangkang, hatta apa yang dilakukan itu afalah tuntutan dan kehendak undang-undang. Sebaliknya demi menghalangkan pembangkan UBN sedia merogol dan meliwat apa saja undang-undang.

UBN terpaksa melakukan itu kerana keadaan waktu ini sangat terdesak.

Saya kira Najib tidak ikhlas untuk membersihkan pilihan raya negara ini. Najib dan sukusakatnya termasuk Mahathir Mohamad tahu kalau pilihan raya ini dijalankan dengan bersih, telus dan adil UBN sudah lama bungkus dan hanyut. Tidak payahlah Najib bersumpah laknat untuk mengatakan pilihan raya ini bersih, adil dan telus. Mungkin dia boleh menipu mereka yang kahil maklumat ataupun sudah kabur mata kerana taksub kepada pemimpin kerajaan.

Kenapa Najib mudah bersetuju memberi kebenaran kepada SPR menggunakan sistem berkenaan? Kita akan denga ulasan daripada pemimpin-pemimpin politik pembangkang selepas ini. Esok mungkin ramai yang memberi pandangan terhadap isu ini. Tetapi apa yang saya nampak kerana sistem itu akan mengguntungkan UBN sebab itulah ia diperkenalkan. Menerusi sistem ini UBN akan mendapat pengundi 'hantu'. Pengundi hantu ini terlebih dahulu didaftarkan atau melalui sistem berkenaan.

Tidak syak lagi sistem biometerik yang bakal menelan ratusan juta ringgit itu adalah tali hayat terakhir UBN sebelum tersembam.

Beberapa minggu lalu timbalan perdana menteri, Udin anak Yassin mengumumkan kerajaan akan melakukan pemutihan terhadap Pendatang Tanpa Izin (Pati) di negara ini. Salah satu syarat yang perlu dilakukan ialah Pati dikenakan pemeriksaan biometerik atau dalam erti kata lain identiti mereka disimpan dalam data khas. Data itu juga menghuraikan akan status dan juga latar belakang mereka.

Bila mereka melalui sistem ini bermakna identiti mereka akan disimpan dalam data khas. Apa kena mengena sistem biometerik ini dengan pilihan raya? Bagaimana mereka akan digunakan untuk membantu UBN dalam pilihan raya? Sebelum mengundi - dan proses itu kini sedang berjalan mereka akan diberikan kad pengenalan sementara yang membolehkan mereka menjadi pengundi. Selepas mereka melalui sistem biometerik ini mereka akan didaftar sebagai pengundi secara automatik.

Proses ini sedang berlaku sekarang ini. Tanya kepada 300 agensi yang diberi tanggungjawab (berbayar) melakukan pemutihan ini, ada yang jujur menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Misalnya satu keluarga Pati dari Indonesia yang menjadi rakan kepada seorang rakan saya dengan bangga menceritakan yang beliau sudah mendapat kad pengenalan biru negara ini. Apakah erti semua ini.

Jadi apabila mereka diberikan kad pengenalan mereka akan mempunyai suara untuk mengundi. Bila sistem biometerik digunakan pada hari mengundi tidak memberi apa-apa masalah kepada mereka kerana data peribadi mereka sudah pun dimasukan dalam sistem bimeteri berkenaan. Sebaliknya apa yang akan menjadi masalah ialah kepada pengundi asal yang lahir dan membesar di negara ini yang beberapa kali pernah mengundi. Tidak mustahil apabila sistem biometerik digunakan nanti mereka tidak dapat mengundi kerana ditunjukkan oleh sistem itu sebagai tidak sah. Sistem tali hayat UBN ini boleh menggelapkan mana-mana pengundi yang dikenal sebagai pengundi tegar oposisi.

Penggunaan sistem biomterik ini adalah tektik dan strategi terbaru UBN untuk menang dan memastikan kuasanya yang sudah meniru itu kekal. Sebenarnya pengumuman Najib hari ini adalah tidak ubah seperti lagak orang yang senganja mendedahkan apa yang sudah berada dalam terang. Protes terhadap pendaftaran Pati ini sudah pun kecoh dan kecur sebelum ini. Beberapa pendedahan telah pun dibuat berhubung kerja jahat UBN ini. Tetapi ia dinafikan hidup-hidup oleh SPR dan juga UBN.

Saya rasa sekiranya SPR bersetuju dan akur dengan tawaran Najib itu ia akan mendatangkan bala besar kepada pembangkang. Usah bersih untuk mewujudkan pengundian bersih dan adil bukan saja tidak tercapai tetapi akan jadi lebih kotor dan hampak dari yang ada sekarang ini.

Nah, baik Bersih, parti-parti pembangkang perlu memastikan sistem biometerik - yang akan menjadi 'berukmeterik' ini tidak dilaksanakan. Kalau ia dilaksana saya bolehlah menganggap usaha itu sebagai rampasan kuasa oleh UBN ke atas negara ini melalui sistem atau tidakan haram yang dihalalkan. Biometeri adalah berukmeterik. [wm.kl.9:00 pm 23/07/11]

11 comments:

Jamaludin said...

Pembangkang banyak pembohongan dpd yg betul. Yg betul adalah melayu dilembukan oleh puak2 DAP. Melayu yg gila kuasa bersungguh2 menyokong yg tadi pasti apa kesudahannya.Apa kelebihan yg melayu dpt dinegeri2 yg telah diperintah oleh puak pembangkang. Melayu hanya tukang salak dpd seekor lembu menjadi seekor anjing. Anjing hanya berani apb manusia takut. Manusia yg bermaruah tidak takut pd salakan anjing yg hanya pandai mengertak.

Unknown said...

ana setuju dengan pandangan MSO bahawa biometrik yang diperkenalkan oleh jibun itu ada kaitan dengan penipuan untuk memenangkan BN dalam p.raya akan datang. kalau dah biasa menipu, sampai bila pun menipu, orang macam ni tidak fikirkan akhirat, mereka fikirkan habuan duniawi sahaja, lihatlah berapa banyak kes yang memalukan negara melibatkan pemimpin atasan negara, kisah biometrik adalah kaedah untuk melupuskan tuntutan Bersih, dan nak mengalihkan daripada masalah sebenar, umno ni kerjanya menipu orang melayu, diucapkan syabas kepada melayu yang celik, tetapi masih ramai yang terpedaya dek kerana dia PM. ingatlah lambat laun rakyat kecil pun tak mahu dengar lagi amant apa pun dari PM yang tidak dikasihi.

zahirsyabin said...

Apa salahnya bagi pendatang asing Islam warganegara... 5 juta pun tak apa...

1Crony said...

Tuan MSO. Saya sangat bersetuju dengan orang mabuk (Jamaludin) di atas. Melayu dilembukan DAP dan Melayu juga digulaikan oleh UMNO. Tetapi untuk gelaran anjing tu memang amat sesuailah dengan sikap beliau, kerana anjing selalunya setia membabi buta terhadap tuannya(UMNO), tak kiralah berapa besar pun tulang yang tuan anjing beri, asalkan beri sedikitpun dah mencukupi untuk menyalak orang yang lalu lalang kat hadapan rumah. Apa lagi anjing yang otak kemetot.

firdaus said...

Najib sudah terdesak sangat sampai perlu mengambil pengundi import

tidak terfikirkah Najib dan umno akan kesan mendatang... mana satu yang leibh bahaya antara memberi kewarganegaraan mudah tanpa alasan munasabah melainkan untuk tujuan politik atau menjadi barua DAP

kepada mereka diluar sana yang masih tidak memperdulikan politik... nah ambik buah tangan Najib biometrik@berukmetrik

Husaini said...

Kesiannya kat awak Jamaludin.

ARIFF said...

jamaludin rasis otak kemetot..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Selain pendatang tanpa izin yang akan digunakan melalui penggunaan sistem biometrik ini, saya terfikir satu kemungkinan yang boleh berlaku.

Apakah tidak mustahil untuk SPR meletakkan cap jari saya di lima pusat pengundian yang berasingan. Ini bermakna saya yang mengundi di pusat mengundi Kampung Delek, Dun selat Klang dan Parlimen Kapar pada sebenarnya tidak mustahil untuk diletakkan cap jari saya di lima pusat mengundi lain di tempat yang boleh saya sampai dalam tempoh sehari.

dengan kaedah ini, walau pun pada pukul 9 pagi saya telah mengundi di pusat mengundi asal saya, pada pukul 10.30 pagi saya boleh sampai ke pusat mengundi kedua di Shah Alam dan mengundi di sana, 11.1145 di Peteling Jaya, 12.45 di Kepong dan seterusnya dalam masa satu hari. Kalau satu pusat mengundi dapat 200 ringgit cuba bayangkan dengan 5 pusat mengundi, berapa kita akan dapat satu hari?

Sebenarnya, tujuan penggunaan sistem berokmetrik adalah untuk mengesahkan yang cap jari kita sama dengan apa yang ada dalam sistem dan kemudiannya menentukan sama ada kita layak untuk mengundi atau tidak ia amat terbuka untuk dimanipulasikan.

Kalau saya yang tak pandai IT ni pun boleh terfikir cara yang macam ni, Najib dan SPR mesti lebih lagi. Mereka memang puak jahat. Maka, mungkin perlu sangat BERSIH 3.0.

GulaiTerung said...

Assalamualaikum..sy bersetuju dgn Tuan MSO, PR perlu memastikan sistem taik ini tidak dijalankan...ianya banyak keburukan dari kebaikan, saya pasti dan seyakinnya pasti yang sistem taik ini ada muslihat...

tp mesti puak2 otak taik mcm Jamaludin ni berkata"org bagi betis nak paha"...mmg PR nk paha, malahan nk seluruh tubuh supaya berjuta-juta rakyat Malaysia tidak diperbodohkan oleh puak2 malaun ni...

Ingatlah, ini hanya sebagai pencuci mata rakyat dan pengubah situasi sebenar sahaja...

rozman said...

Sdr jamaluddin,

Saya kesian kat awak...kalau tahu pembangkang banyak bohong...kenapa awak baca tulisan Pak MSO? Pada saya kesemua tulisan Pak MSO adalah pro pembangkang...tiru macam saya...saya 'haramkan' diri saya dan keluarga saya membaca dan mendengar berita arus perdana kerana pada saya, semuanya bohong....mengambil perkataan Pak MSO....."KEMETOTNYA OTAK AWAK".....

Iaryylr said...

Saya setuju dengan Saudara Rozman

dan sebagai tambahan mungkin diorang sendiri sudah muak dengan berita arus perdana yang songsang politik, sebab itu diorang masuk blog seangkatan dengan MSO untuk cari aura kebenaran, namun bila kebenaran itu menyakitkan, maka mudahlah kerasukan.