Monday, July 11, 2011

Sesudah Subuh

Sah Bersih Menganggu Tidur Najib

[tanpa edit] RASANYA belum pernah Najib Razak bersikap kasar dengan Anwar dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina. Selalunya Najib menjaga tutur bicaranya. Tetapi semalam semasa berucap pada majlis Penerangan Perdana di PWTC, Najib telah berbuat sesuatu yang selama ini dibungkam dalam jiwanya. Najib telah keluar dari cengkeran dirinya yang sebenar selaku anak bangsawan yang tertib.

Najib telah menggelarkan Anwar sebagai petulang negara. Gelaran itu telah dianugerahkan Muhyiddin Yassin kepada Anwar. Najib juga membangkitkan penipuan Anwar kepada rakyat sejak zaman ayahnya jadi Perdana Menteri membawa ke zaman beliau. Anihnya sanggup rakyat ditupu berdekad oleh Anwar.

Katanya Anwar telah menipu rakyat dalam peristiwa di Baling dimana tunjuk perasaan Baling diadakan kononnya ramai yang mati kebuluran. Dan kini Anwar bangkit pula dengan berselindung di belakang Bersih. Hebat Anwar.

Selain dari itu Najib mengulang celaan buruk kepada Anwar yang dilakukan oleh kaki penyepak kertas atau pencari makan dalam Umno. Golongan seluang yang mudik ke tepi darat semasa banjir untuk cari belalang sudah lama memburukkan Anwar. Golongan inilah yang siang malam menjadi kominis tidak rasmi untuk menghina dan memburuk Anwar. Mereka kadang lupa bahawa di celah paha mereka ada kurap dan pekung yang menyebabkan mereka gatal sepanjang masa.

Sepatutnya sebagai PM Najib tidak ikut 'erel' kaki penyepak kertas anak seluang yang mudir ke darat waktu air naik itu. Biarkanlah mereka yang meneruskan kerja mereka, kerana cakap bohong dengan mulut busuk adalah kerana rasmi mereka. Tuhan telah melantik mereka sejak azali lagi untuk jadi pengkhinat. Sebagai PM Najib seharusnya menunjukkan sikap dan wibawanya tidak mudah naik darah dan istiqamah dengan sikap berhemahnya.

Tetapi kenapa beliau naik darah dengan tiba-tiba kali ini. Jawabnya mudah saja kerana himpunan Bersih sudah menganggu tidur Najib. Bayangan himpunan itu menjadikan pelukannya kepada rosmah tidak menjadi erat lagi. Bukan dia tergila seorang gadis, tetapi Bersih menyebabkan dia merasa rimas bila berdekatan dengan Rosmah.

Bersih telah membuatkan Najib menggegam tangan dalam pinggan, memulas-mulas nasi sebelum hendak disuap ke mulut. Najib sudah bimbang dengan kebangkitan rakyat. Menjadikan Najib meninggalkan meja makan hanya minum air tanpa mengunyah nasi.

Saya sudah kata sikap dan kelakuan Najib yang cuba menolak hakikat itu umpama membubuh bom jangka dalam poket seluar. Perbuatan ini membahaykan. Najib jangan mudah percaya kepada laporan mana-mana pihak berhubung himpunan Bersih dan kebangkitan rakyat. Elok tengok sendiri apa yang berlaku. Saksi beratus you-tube yang dipaparkan di wall Facebook. Buka Fb pembangkang dan jangan berindah dengan Fb golongan merah dan Perkasa(m) saja.

Seorang pengawai di kementerian penerangan sewaktu makan dengan saya malam kelmarin memberi tahu bahawa pihaknya diminta menyiapkan laporan yang menggambarlan himpunan Bersih itu gagal. Katanya arahan itu dari Pengarah sendiri. Apakah maksud dissebalik perebuatan ini. Sedangkan kata pegawai itu, semua rakan-rakan di kementeriannya menggeleng kepala apabila melihat puluhan ribu berarak dan berjaya memecah sekatan polis.

Percayalah Patriot bukan patriot sebenar yang akan membela Najib. Perkasa(m) bukan perkasa mereka adalah golongan oportunis. Yakinlah kalau Najib sudah jatuh mereka akan 'rukah' (panjat) belakang atau dijadikan titian untuk menyeberang ke seberang sini. Sejarah sudah merekodkan berjuta kebaculan dan munafik oleh orang seperti ini mereka. Patriot bukan wira tetapi termasuk dalam golongan anak seluang yangf mencari makan sewaktu air naik.

Untuk Najib masa masih ada untuk memulihkan keadaan. Najib ada sisa waktu untuk meletakkan dirinya ditempat sebenarnya. Formulanya ringkas saja, minta SPR lunasi lapan tuntutan. Selain itu ajar sedikit polis yang terlebih garam supaya tidak bertindak rakus kepada rakyat kecil. Najib atau Hishamuddin Hussein harus faham bahawa gari dan peluru bukan lagi pengugut keberanian rakyat.

Di himpunan kelmarin anak-anak muda seperti dahaga kepada peluru (asap) dan mereka bangga bila tangan digari. Mereka seronok gambar mereka dirakam dan dipamirkan. Perubahan sikap dan pendekatan ini seharusnya disedari dan diteliti oleh Najib. Bahawa pendekatan di zaman bapaknya di mana Abdul Samad Gul Ahamad Miyanigi dikapak sudah tidak menjadi satu kegrunan lagi.

Makanya sebelum terlambat Najib harus peka dan buat arahan segera. Percayalah Najib atau sesiapa tidak akan menang bila berdepan dengan rakyat. Kuasa rakyat adalah kuasa sakti yang boleh menjatuhkan sesiapa, bukan Najib, Mahathir, tetapi Anwar dan Nik Aziz juga akan jatuih kalau rakyat sudah benci. Itulah kehebatan rakyat dan kehebatan ini perlu dihormati.

Adalah kesilapan kalau Najib mengira wang boleh membeli rakyat. berbagai inisiatif dilancarkan tidak berkesan untuk menarik perhatian rakyat. Segala itu mudah dicairkan oleh gumbaan penafian dan penjelasan oleh pembangkang. Wang adalah mentarial, tetapi semangat dan azam adalah spritual yang meniupkan perjuangan. Perhatikan berapa ramai pejuang dipenjarakan tetapi mereka tetap hidup malah akan keluar menjulang kejayaan. Najib dan Hishamuddin harus perhatinkan ini.

Gurauan Najib untuk mengenakan tahanan ISA ke atas mereka adalah satu gurauan yang tidak mesra dan menyebabkan orang mula berfikir Najib seorang diktator, pemimpin yang tidak sedia menerima kritikan. Saya berdoa agaer Najib tidak membunuh kehematan dan ketenangannya selama ini dengan memilih jalan penjara untuk pembangkang.

Makanya sebelum matahari politik Najib naik dari sebelah barat maka elok beliau bertaubat dan bermahasabah dan lakukan tranformasi untuk rakyat dan bukan untuk Umno saja, kerana tranfosmasi meninggalkan tindakan lapok seperti apa yang polis lakukan itu tidak menguntungkan negara dan mencemarkan maruah Umno.

Najib juga tidak boleh mengelak bahawa Bersih semalam digerakkan oleh Anwar. Ini tanggapan salah dan sengaja hendak memburukkan Anwar dan dalam masa sama memberi kredit kepada Anwar. Apa yang berlaku semalam adalah kebangkitan rakyat. Usaha dan inisiatif rakyat sendiri. Tidak ada siapa yang diupah Anwar untuk datang. Anwar sangat bakhil dalam soal upah mengupah.

Sekali lagi diulangi, Najib jangan percaya kepada laporan yang diletakkan di atas mejanya. Najib harus turun sendiri dan bertanyalah kepada rakyat yang kini bergelisah dengan beberapa keadaan yang terbentuk di era Najib. Percayalah dan ketahui budaya orang Melayu mereka tidak akan sesekali tergamak untuk mengatakan sesutau yang pahit itu kandati ianya benar.

Dan jangan pula bila ada orang menyampaikan kebenaran yang pahit ianya ditolak disebabkan kerana ia sangat pedih untuk didengari. Saya yakin Najib belum menjadi sejahat Mahathir walaupun tidak sebaik Abdullah Ahmad Badawi. Hendaknya Najib tidak akan mencatat sebagai perdana menteri jatuh sebelum mendapat mandat! [wm.kl.8:40 am 11/07/11]

* Perhatian kepada mana-mana blog pengumpul, catatan ini dilarang dicup page. Wassalam. MSO.

7 comments:

bulya nazim bin lob aziz said...

Sdr. MSO,
Pada 090711 saya di Stesen k/api Seremban. Sementara menunggu K/api Express Rakyat t/hari ke Butterworth sempat berkenal-kenalan dgn orangramai yg berada disana.
1. Seorang pesara berumur 69 tahun, bergelar Tok Ayah dari satu pertubuhan. Dimaklumkan pernah bantu melantik Klinik Maha (Dr. Mahathir) di Alor Setar sebagai Klinik Panel dan kenal rapat dgn kesemua pembesar Kedah satu masa dahulu. Kini belah meletakkan UMNO sebagai parti pengkianat kepada Bangsa, Agama dan Tanahair.
2. Pemuda, penjawat Awam, tunggu komuter ke K.L. tujuan menyertai perarakan BERSIH. DiDalam perbualan, pemuda tersebut dengan penuh semangat telah memperbetulkan fakta sejarah yang diutarakan sipesara bahawa Almarhum Datok Onn Jaafar bukanya pejuang Kemerdekaan Negara sebaliknya Ikhwanul Muslimin dan APIlah pencetus kemerdekaan. Datok Onn adalah sebagai boneka penjajah sahaja,
Perbahasan ini berakhir apabila komuter tiba manakala saya selesaikan perbahasan mereka dengan mengatakan bahawa semangat dan halatuju kalian adalah sama cuma fakta sejarah sahaja perlu dikemaskini.
Isteri saya berpesan kepada sipemuda supaya berhati-hati supaya tidak ditangkap polis, sipemuda menjawab bahawa mereka sudah bersedia segala kemungkinan berlaku.
Itulah ceritanya Sdr. MSO. Ia mengambarkan rakyat dari segenap lapisan masyarakat samada dulunya mereka penyokong tegar kerajaan sehingga kakitangan awam sudah mual dengan tindaktanduk Kerajaan sekarang yang merugikan Negara dan mencengkam Rakyat. Mereka melaungkan PERUBAHAN SEGERA demi kebaikan semua pihak.

Tok Likong said...

salam tuan mso,sbelum ni saya selalu share tulisan tuan di wall fb saya...maaf jika x mgizinkn..

1Crony said...

As Salam MSO. Amat berisi sekali luahan tuan pada kali ini. Salah satu tanda-tanda akan kejatuhan pemimpin zalim adalah tidak mendapat hidayah dari Allah SWT. Semua perlakuan, tutur kata, perbuatan malah menangis dan tertawa tidak menentu akan menjadikan beliau seorang yang tidak waras dan akan hilang kehormatan beliau kecuali kepada golongan oportunis tadi. Semua karat UMNO perlu tahu bahawa Anwar tidak pernah pun menjual hak negara seperti Tanah KTM Tanjung Pagar, melenyapkan wang rakyat dengan membeli peralatan ketenteraan dengan harga yang tidak masuk akal. Pendek kata pemimpin ini dan si puakanya sesuka hati membelanjakan wang negara seperti negara ini mak bapak mereka yang punya. Teruskan menyokong UMNO supaya hidup anda bergelumang derita dan dosa.

zul said...

Sdr MSO. Saya sgt bersetuju dgn pandangan sdr. Cuma sedikit tambahan. Saya kira ekoran demo BERSIH menjadikan TPM Muhyidin sedang bertepuk tangan sambil tersengeh.Senyumnya hingga ke telinga. Jarumnya untuk menyahkan Najib dari puncak kuasa semakin mengena. Memang benar-Najib sedang ditipu org sekelilingnya. Terima kasih IGP krna mempercepatkan nazak Najib. Terima kasih Hisham kerana memendekkan hayat umporno / BN. Terima kasih media pencacai yg tidak berubah dgn laporan yg menganggap pemikiran rakyat masih di era tahun 60-an.

radin fatihah husna said...

artikel ini paling menarik untuk dikumpul dan dikongsikan..!

pcbahar said...

Terima kasih dan tahniah kepada Sdr MSO yang dapat mengulas sesuatu isu dengan penuh berhikmah.


Namun peranan media alternatif boleh dikatakan belum cukup meluas, masih belum dapat mengatasi media mainstream. Saya perhati di serata ceruk kampung dan pinggir bandar mereka masih bergantung dan percaya sepenuhnya madia perdana ini.

Diharap bloggers dapat meningkatkan lagi peranan untuk mencelikkan rakyat.

Natijah akhirnya kita percaya rakyat akan menjadi pemerintah sebenar kepada negara yang tercinta ini.

affandi said...

aRTIKEL yang terbaik bulan nie...setuju dgn en.zul beban akan ditanggung oleh PM dan menteri dalam negeri...,perkara yang amat mengaibkn dan menjatuhkan reputasi BN