Wednesday, July 6, 2011

Silang Pagi

Sebuah Lagi NGO Melayu Akan Dilancar

Semalam seorang teman memberi tahu sebuah NGO Melayu akan dilancarkan tidak lama lagi. Katanya tokoh politik terlibat dan berada di belakang NGO ini. Ia akan dilancarkan di Memorial Tun Hussein Onn.

Bila teman itu memberi begitu terfikir dalam kepala saya, kenapa di lancar di Memorial Tun Hussein Onn. Apakah signifikennya? Apakah ia ingin mengembalikan roh perjuangan Onn Jaafar? Kalau perjuangan Onn Jaafar adalah perjuangan Melayu tulen yang mengutamakan perjuangan daripada kepentingan duniawi lain.

NGO ini khabarnya akan menghimpun sejuta Melayu. Melayu lagi? Saya akan cuba mendapat maklumat lanjut apakah nama NGO ini dan sesiapa yang berada di belakangnya. Cuma yang jelasnya NGO ini tidak bergabung dengan 62 NGO yang sedang menggerakkan Bersih saat ini. [wm.kl.10:13 am 06/07/11]
Post a Comment