Friday, July 8, 2011

Sesudah Subuh

Apakah Malam Ini Ada Penangkapan?

Kurang 24 jam himpunan Bersih akan bermula. Esok ibu kota Kuala Lumpur yang disayangi akan ceria dipenuhi rakyat yang dahagakan keadilan yang mengenakan tenda warna kuning. Para perserta Bersih akan ramai-ramai keluar ke jalan raya. Mereka akan keluar dari celah-celah dan lorong yang ditidak diketahui.

Mereka keluar satu satu macam kelatu keluar dari lubang pesembunyiannya sebaik hujan berhenti. Mereka akan berjalan dan terbang sambil menyanyikan lagu rakyat yang seni katanya memabakar semangat membela negara dan diri sendiri.

Malam semalam mereka sudah membuat latihan, cara berlari, cara mengelak pukulan dan juga cara-cara untuk melaung menuntut agar SPR melunasi kehendak mereka.

Ada juga yang belajar melaung dan mencari kata-kata keramat untuk dikumandangkan esok. Najib.. pembohong, Najib pengecut... PM tidak ada telor... Najib tunduk kepada Hishamuddin ... dan seribu kata-kata menghina dan mengejek lagi akan bergema, bergabung meriuhkan suasana ibu kota. Esok Kuala Lumpur menyambut pesta kegilaan rakyat.

Selain itu ada juga yang akan melaung SPR menjadi pak sanggup kepada Umno... SPR adalah komponen BN ke 14... Aziz Yusuf papet dan macam-macam lagi.

Dicelah-celah gema laungan itu akan kedenaran seruan Hidup..hidup.. hidup rakyat.. Hidup... hidup... hidup Ambiga...Mampus mampus Brahim Ali... dan macam-macam lagi. Simpang siur riuh randah akan berlaku esok semuanya akan bergulung dalam semburan gas pemedih mata dan ketukan cota di kepala rakyat tidak berdosa. Sekalian polis akan jadi singa dan harimau lapar besok!

Malam tadi juga polis membuat perhitungan dan semakan terakhir. Polis telah membuat mahabsah apakah tindakan sebelum ini memberi kesan. Larangan dan perintah-perintah yang dikeluarkan dikaji apakah diakur rakyat atau menjadi bahan ejekkan.

Malam tadi juga Timbalan Ketua Polis Negara sudah tidak tidur. Hanya terlelap menjelang Subuh semula kemudian bangun.. terus ke pejabat tanpa menyentuh sarapan. Beliaulah di antara orang paling walang selepas Perdana Menteri. Kerana apa-apa yang berlaku esok menjadi tanggungjawabnya.

Kalau ia memberi kemenangan kepadanya, baik... tetapi esok kalau ada setitik darah rakyat yang luka Abu Bakar Khalid kena bertanggungjawab. Didoakan semuga usahkan darah, kulit rakyat pun tidak akan mengelupas biarlah pesta kuingan esok berjalan lancar dan mulus.

Semua pegawai tertinggi Polis bertemu sekali lagi di meja bulat pagi ini dan terus membuat rumusan rumusan apa yang akan berlaku esok. Mereka terus merancang bagaimana hendak mengatasi dan menyelesaikan himpunan Bersih dengan baik. Polis Malaysia benar-benar teruji tatkala ini.

Pro dan kontra juga mungkin berlaku di kalangan pegawai tinggi polis. Ada yang merasakan tindakan Khalid Abu Bakar silap dan ada yang menyokong. Ada mengatakan cara-cara Khalid tidak ubah tindakan penguasa di zaman sebelum Merdeka sewaktu British. Tetapi ada pula mengatakan penjajah pun tidak sekejam itu tindakan yang diambil hari ini.

Kita mahu tanya kalau itu sikap dan suasana dalam polis mereka sedang bekerja untuk siapa? Apakah benar mereka ingin menjaga keselamatan atau pun semata-mata ingin menjadi kekuasaan parti politik dan Perdana Menteri? Jawabannya ada dalam dada ketua polis negara dan timbalannya?

Tidak ada sesiapa yang bagi tahu maklumat dan membaca apa yang di sebalik kepala polis yang disaluti topi yang tertera perkataan Allah dan Muhammad. Tetapi firasat saya penuh yakin penangkapan akan bermula malam ini.

Apakah penangkapan akan menyelesaikan segala masalah? Sekali lagi ditegaskan tidak... penangkapan menjadi rakyat lebih berani dan bersemangat. Jadi esok kalau polis dan negara mencatat sejarah terbesar dengan membuat penangkapan lebih 5,000 jangan rasa anih atau terkejut. Negara kita sedang berkira ke arah.

Cuma apa yang disedihkan kalau polis mencipta sandiwara mereka-reka bukti untuk menganiayakan rakyat itu adalah paling didukacitakan. Harap polis mempraktikan slogannya, Tepat dan Betul. [wm.kl.9:15 am 08/07/11]

No comments: