Saturday, July 16, 2011

Sebangkit Dari Tidur Petang

Tuhan Selamatlah Dr Lo'Lo'

[kemaskini] SEBAGANKIT dari tidur ingatan tiba-tiba saja terhimbau kepada Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Kebetulan pula di radio berkumandang lagu hindustan dari filem Kuch Kuch Ho Tai Hai yang iramanya penuh mendayu dan sayu. Seni kata lagu itu mengisahkan mengenai kesedihan jiwa sepasang remaja yang sedang kesedihan lantaran cinta terhalang.

Sekonyang-konyang pula jejari terus berputar memainkan tetikus mencari folder gambar lama untuk mengintai wajah Dr Lo' Lo yang lemah lembut dan cantik. Wajah Dr Lo' Lo' kalau di tenung secara senyap dari dekat begitu menawan dan anggun sekali. Tutur biacarnya lemah lembut akan menawan hati sesiapa sahaja. Di bibrinya senanantisa kembang senyum bak kelopak bunga kenerak.

Sifat dan seni kewanitaannya sangat terserlah. Dia ada kalanya persis seorang kanak-kanak yang nakal dan suka mengusik-usik teman. Penampilannya dengan gaya dan fesyen tersendiri menjadikan ia mudah dikenali dan diingati.

Manakala pada wajahnya jika ditenung dari makrifat kemanusiaan seakan terpendam sebuah kesedihan yang tidak boleh dikongsi dengan sesiapa, hatta suami dan anak-anaknya sendiri.

Ah, jauh sekali saya menjelajahi ingatan kepada seorang serikandi Pas yang lantang ketika berbahas di Parlimen membela nasib masyarakat marhain dan melawan kerakusan pemerintah sekular ini. Beliau juga semacam serangakian dengan kawan separlimennya, Dr Mariah Mahmud ahli Parlimen Kota Raja.

Tahukah anda khasnya penjenguk setia blog Merah Tinta bahawa Doktor kecil molek kesayangan kita kini sedang berada dalam keadaan kritikal saat ini. Khabar terbaru mengenainya begitu mengharukan perasaan, Dr Lo' Lo' kini sudah tidak sedarkan diri, dan terlantar di hospital Selayang disebab amukan kanser. Saya khasnya semacam takut untuk berbicara mengenainya sebaik mengetahui keadaan terbaru beliau. Sangat bimbang namun pasrah.

Dr Lo' Lo' sudah lama diketahui menghidap kanser. Dia sedang berperang dengan penyakit yang zalim itu. Namun kerana ketabahan dan keulitan beliau terus melawan dan mempertahankan dirinya. Suaranya yang tidak pernah diam membela nasib rakyat di Parlimen khasnya rakyat Kampun Baru menyebabkan tidak ramai perasaan yang beliau berada di ambang maut. Melihat cara beliau menjalankan tugasnya seolah-olah beliau sudah melupai kepada penyakit itu. Begitulah jujur dan sucinya Dr Lo' Lo' sedia mengenepikan masalahnya tetapi mendahului menyelesaikan masalah rakyat.

Di senja yang permai ini bersama kian menghijau subur ingatan saya dan kerinduan, bersamalah kita mendoakan semoga Dr Lo' Lo' selamat dan sembuh. Biarlah dia diberi peluang untuk bangun untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan nusanya. Dr Lo' Lo' dari jauh aku layang kepingan doa-doa ini, dan angin bawalah harapanku ke sisi Yang Maha Berkuasa.

Semoga doa kecil yang diberai air mata ini didengari oleh Tuhan, dengar dan terimalah ya Azim ya Jabbar ya karim.... [wm.kl.5:10 pm 16/07/11]

8 comments:

bulya nazim bin lob aziz said...

Ameen..
Ya Allah.. ringanlah penderitaan yang dialami Dr. Lo Lo,
Ya Latiff.. kasihanilah Dr. Lo Lo yang sedang di uji dengan musibah itu. Kasihani lah dia. Ameen.

Remy said...

Ya Allah, aku bermohon kepada Mu, Ya Allah mudah-mudahan diringankan beban sakit yang ditanggung oleh Dr. Lo' Lo'.Engkau tabahkan hati dalan menghadapi ujianMu ini dan kasihanilah dia, wahai Tuhanku.

Rosetulip said...

Semoga allah menguatkan kesabaran dan redha dengan ujian ini

Rosetulip said...

Semoga allah menguatkan kesabaran dan tetap reda dengan ujian ini

Jashamsulnizam said...

Pak Mso dlm keadaan Dr. Lo'Lo' yg sedang brperang dgn maut ada jg manusia brtopengkn syaitan yg memfitnah beliau, ini mempunyai kaitan dgn isu kg baru yg beliau perjuangkan selama menjadi ahli parlimen kwsn Titiwangsa, baru2 ini beberapa org saksi melihat beberapa 2 ke 3 org memasang banner yg trtera ayat, "Saya memohon maaf kpd penduduk kg baru terhadap penentangan saya keatas Perbadanan Pembangunan Kg Baru. Saya sedar perbadanan kg baru dpt menyelesaikn hubungan manusia dgn Allah dan sesama manusia...", bg sy dalang yg merencanakn perbuatan hina sebegini hanya layak berada dibwh tapak kaki sy shj, maaf pak mso kerna beremosi ayat sy ini...

sarathania said...

petang tadi sy menerima sms drpd anak saudara beliau yg berbunyi " Dr. LL dlm rwtn rapi. now keadaan stabil". InsyaAllah, sama2 kita doakan moga2 Allah sembuhkan dan ringankan beban beliau. Amin Ya Rabb...

Md Zulaimi Kazin said...

Ya Allah Ya Fatah, Kau bukalah pintu makrifatMu agar serikandi kesayangan kami diberi kekuatan untuk melawan penyakit yang dialami sepertimana beliau begitu kuat melawan kemungkaran...Ya Allah Ya Jabar Ya Rahim.

E Jay said...

semoga beliau sembuh...