Suara Ahmad Maslan Masih Serak
Setelah lama diam membisu kerana diserang penyakit serak - (penyakit serak ialah suara tidak keluar sepenuh selalunya disebabkan menjerit kuat ataupun dibaham selesema gajah), akhirnya Ahmad Maslan bersuara. Kerana sudah lama menteri mengawal dan menjaga Felda ini tidak bersuara, menyebabkan ramai pula yang rindu kepada suaranya.
Selalunya Mat Maslan akan bersuara mengenai apa jua isu. Paling lantang dan kuat ialah mengenai Felda. Beliau kehabisan suara kerana menjaja kejayaan dan kehebatan Felda. Dalam masa sama terpaksa menjawab tuduhan dan kecaman ke atas Felda yang dikatakan lebih menganiai peneroka dari membantu peneroka sejak akhir-akhir ini.
Kemunculan Persatuan Anak dibawah pimpinan Mazlan Aliman menyebabkan Ahmad Maslan jadi tidak lena tidur dan jenuh menjawab persoalan ditimbulkan Mazlan Aliman. Lepas satu, satu Mazlan menimbulkan isu menyebabkan Mat Maslan jadi macam musang dihurung tebuan. Serentak itu pula lepas satu satu peneroka menyaman pihak pengurusan Felda kerana tidak berpuas hati. Tindakan peneroka ini banyak men jejaskan kredibiliti Mat Maslan sebagai menteri.
Memang tidak senang duduk dan nyenak tidur Mat Maslan dibikin oleh Mazlan Aliman. Paling memedihkan ada kalanya jawaban dan penjelasan yang dibuat oleh Mat Maslan bukan menghurai masalah yang berlaku tetapi tambah mengusut masaikan lagi suasana.
Saya sedikit sebanyak tahu kenapa segala persoalan mengenai Felda yang ditimbulkan pembangkang tidak dapat dijawab dengan baik oleh Mat Maslan. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan kerana beliau tidak tahu menahu mengenai Felda. Mat Maslan rupanya bukan anak peneroka tetapi berlagak untuk jadi anak peneroka.
"Macam mana dia nak uruskan Felda, beliau tidak pun kenal di antara getah kahwin dengan getah klon," begitulah kata salah seorang anak peneroka Felda yang kini berjaya. Tambah beliau lagi, Mat Maslan juga tidak kenal di antara cangkul dengan cap untuk menjatuhkan buah sawit.
Ohhh patutlah.
Hari ini riba-tiba Mat Maslan membuka mulut semula, tetapi dalam keadaan suara yang serak dan tidak jelas. Dia mengulangi lagi isu lama iaitu untuk meminta Pas membantu Umno. Kata Mat Maslan walaupun harapan untuk bekerjasama dengan Pas sudah tiga tahun gagal, tetapi Umno masih mengharapkan Pas. Alasannya kali ini bukan kepentingan Melayu tetapi kepentingan dan kemajuan Islam.
Kalau sebelum ini alasan untuk perpaduan Melayu maka Pas dan Umno perlu bersama tetapi kali ini untuk kemajuan Islam. Saya tidak tahu apakah pula alasan selepas ini. Tetapi yang jelasnya kenyataan Mat Maslan itu tidak akan ke mana. Pelawaan atau cadangan itu sudah pun terlewat dan tidak mungkin akan berlaku lagi.
Cadangan itu dilihat memberi kesan buruk kepada Umno. Mat Maslan kata pelawaan itu tidak bermakna Umno dalam keadaan lemah, tetapi sebenarnya itulah yang akan ditafsirkan oleh Pas. Mengajak Pas untuk bekerjasama kini tidak ubah seperti orang bercakap sendiri. Pas tidak akan peduli lagi kepada panggilan itu dan ia memalukan Umno saja.
Sejarah tekah membuktikan Umno baru ingatkan kawan dan mengenang orang di sekelilingnya apabila ia dalam keadaan terancam. Selagi kuat dan gagah ia akan melupai dan melanyak saudaranya sendiri. Tahun 1969 sewaktu berlaku peristiwa 13 Mei di mana Umno hampir tersungkur dikala itu Umno ingatkan Pas. Pemimpin Umno kaluit membuat hubungan diplomatik dengan Pas yang akhirnya Pas berkawan dan bersahabat dengan Umno.
Tetapi setelah parti itu kuat, mereka mulai menyombong dan merasakan tidak memerlukan kepada Pas lagi. Pas yang dijadikan tongkat dan tali bagi menyambungkan kekuatannya (kuasa) akhirnya dilepas dan dibuang begitu saja pada tahun 1978. Ironisnya Umno yang dibawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad mengejapkan tali persahabatan dengan Cina dan India.
Itulah sejarah dan itulah keadaan Umno. Hari ini apabila Umno (UBN) kehilangan majoriti dalam Parlimen mereka mula terkenang kepada Pas, teringat kepada sanak saudaranya. Mulai menguit dan memanggil Pas untuk duduk sekali dengan menggunakan alasan kepetingan bangsa dan agama.
Apakah nama dan barnd yang hendak dinamakan ke atas Umno ini kalau bukan muanfik?
Kepada Mat Maslan elok beliau membaca sejarah itu dan cuba menyelami akan kepedihan dan kesakitan hati Pas. Jadi kalau Pas kini yang mulai bersahabat baik dengan Cina dan India menerusi DAP dan PKR usahlah kecil hati. Bukan bermakan Pas tidak mementingkan perpaduan dan kemajuan Islam seperti mana Mat Maslan jadikan alasan, tetapi bagi Pas lebih baik berkawan dan ditipu oleh golong yang jelas warna dan sikapnya daripada golongan yang munafik seperti Umno itu.
Apapun tidak mengapa kalau Mat Maslan memilik isu perpaduan Melayu dan pembangunan Islam untuk bersuara setidak-tidaknya orang masih merasakan bahawa Mat Maslan masih ada suara walaupun ianya sudah mulai menipis. [wm.kl.4:40 pm 28/07/11]
No comments:
Post a Comment