Monday, July 11, 2011

Sebelum Jam 3:00 Petang

Apa Khabar Ahmad Maslan, Felda Baik Ke?

LAMA saya tidak mendengar suara dan kenyataan Ahmad Maslan, timbalan menteri yang rambutnya kemas berminyak. Minyak apa Mat Maslan pakai walahualam, tetapi yang jelasnya kemas. Selalunya dialah yang becoh bercakap, setiap isu disampuknya termasuk isu yang tidak relevan dengannya. Mentang-mentang dia ketua penerangan semua jenis kena diterangkan.

Menarik, dia juga selalu hantar gambarnya kepada saya menerusi telefon. Hendak bermesyuarat, nak jumpa PM, semasa turun ke Manik Urai dan membuta demostrasi menoreh getah di tengah hari semuanya dihantar untuk menunjukkan dia seorang penyokong yang setia dan penjawat jawatan yang aktif.

Tetapi sebulan dua ini nampaknya peranan Mat Maslan sudah berkurangn. Isu-isu membabitkan Felda yang dibawah tanggungjawab langsung beliau juga tidak lagi disuarakan. Apakah Felda sudah tidak ada masalah lagi?

Saya terdengar semakin ramai peneroka yang tidak berpuas hati dan mengambil tindakan mahkamah. Terbaru di Pahang. Selalunya Mat Maslan akan menjelma dan menjawab penuh retorik segala isu itu. Dia akan membela Felda habis-habisan dan menggambarkan bahawa masyarakat peneroka hidup kerana Felda.

Tetapi kali ini tidak begitu menyerlah pula si Mat ini. Apakah dia ada masalah, turut sama terkena penykit kuning? Atau pun kerana banyak sangat cakap hingga tersalah cakap sampai dilarang orang.

Ada juga saya ada dengar khabar Mat Maslan sudah kena tegur. Ada pihak yang tidak suka dengan kelajutan Mat berkerja dalam menghebahkan maklumat kepada umum.

Katanya gara-gara itu kedudukan Mat terpaksa disemak semula. Walaupun dia banyak bercakap memberi penerangan, memuji parti dan perdana menteri tetapi kesannya tidak seberapa dan lebih malang sesetengahnya ada yang memberi imej buruk kepada parti.

Dalam isu Bersih yang hangat diperkatakan Mat Maslah diam seribu bahasa. Apakah beliau ke Makkah menunaikan umrah panjang yang membawa ke musim haji. Agak anih juga dengan sikap Mat ini. Rindu rasanya nak dengar macam mana Mat pulas berita Bersih itu, berapa angka himpunan itu Mat nak letakkan, 500, 1,000 atau pun 2,500.

Atau Mat akan buat cerita mengarut orang ramai yang pergi ke himpunan itu semuanya diupah, mereka dibawa dengan bas, keretapi dan LRT. Tetapi bila teringat bawa polis mengadakan sekatan dan pengelidahan sampai ke rumah, tak logik pula.

Kerana itu Mat diamkan saja. Atau sememangnya mulut Mat digam kali ini kerana banyak penerangan yang Mat berikan tidak banyak menguntungkan parti malahan banyak yang merugikan. Begitukah.

Untuk Mat Maslan cuba-cubalah cakap sikit mengenai Bersih ini. Orang dan rindu denan Mat. Atau kalau tak nak ulas hal Bersih Mat ulaslah soal himpunan perdana di PWTC semalam yang khabarnya dihadiri 10,000 orang selepas saya tambah 4,000 angka yang diberikan oleh media massa.

Untuk pengetahuan Mat angka tidak menjadi masalah, yang penting ialah impak kepada peristiwa itu. Apakah Mat kira himpunan Bersih itu lebih hebat daripada himpunan perdana? Kalau Mat menerima begitu bermakan Mat juga sedia menipu diri sendiri dan cara Mat itu sama dengan tindakan bos Mat yang membubuh bom jangka dalam poket seluar. Meletup Mat! [ttdi.kl. 3:17 pm 11/07/11]

1 comment:

drilyas said...

Sebagai anak peneroka Felda, saya terpanggil untuk memberi komen. Memang Felda kini sudah menjadi konglomerat besar. Tetapi di atas keringat siapakah kejayaan itu kalau tidak jasa dan pengorbanan para peneroka Felda yang berjumlah lebih 140,000 orang di 320 buah tanah rancangan Felda di seluruh negara. Kini warga Felda sudah menjangkau jumlah lebih 2 juta orang tetapi kebajikan dan taraf hidup mereka sudah tidak dipedulikan oleh Felda dan kerajaan UBN. Dengan majoriti pengundi 25 kerusi Parlimen, saya percaya UBN sudah pasti tidak mendapat sokongan warga Felda. Berbagai permasalahan yang dihadapi oleh peneroka dan generasi Felda, tetapi Felda (baca: Najib) membelanjakan berbilion ringgit duit Felda yang tidak menguntungkan warga Felda khasnya dan rakyat negara ini amnya. Ingatlah pesanan Tun Razak, wahai anaknya Najib. Jika lupa, mungkin anda terlucut jawatan dan bercakap sorang diri seperti Khir Toyo. Pada waktu itu anda tahulah bahawa langit itu tinggi!