Thursday, July 21, 2011

Susupan Pagi

Video Bersih Versi Polis Mana?

POLIS Di Raja Malaysia (PDRM) mengatakan ada video yang disiarkan dalam portal atau blog pro pembangkang diubahsuai dan ada pertindihan suara. Ketua Polis Negara, Ismail Omar kata ia sengaja dibuat untuk menunjukkan kekejaman polis terhadap para peserta Bersih.

Mungkin ada benar juga kata-kata ketua polis negara itu. Zaman ini semua manusia kreatif dan inovatif. Orang ramai boleh menggunakan segala peralatan canggih itu untuk melakukan apa saja. Banyak program-program atau sistem mengubah suai apa saja yang boleh didapat secara percuma. Sebab itulah ada setengah orang sukar untuk mempercayai sesuatu itu walaupun benar.

Misalnya video lucah mengenai Anwar Ibrahim, pihak tertentu mengatakan ianya 99.099 peratus ianya adalah benar Anwar Ibrahim. Tetapi kerana kecanggihan segala macam peralatan yang boleh dimanipulasikan menyebabkan ada yang tidak percaya.

Ada yang menganggap video berkenaan palsu dan ia dihasil dari kemampuan manusia berbuat begitu.

Dalam kes video himpunan Bersih yang ditunjukkan dalam blog dan sebagainya, tidak mustahil ia juga palsu atau pun ada penambahann melampau. Tetapi pokok pangkalnya setiap apa yang didedahkan itu ada asas-asasnya. Ada fakta. Untuk membuat penambahan mesti ada subjek asalnya.

Kalau ia diubah untuk mengindahkan mata memandang saja, seperti sambal dan sayur untuk menambahkan selera makan saja. Yang penting nasi.

Polis tidak perlu bercakap panjang dan cuba meminta media massa membuat huraian bagaimana hendak menunjukkan polis berada dalam pihak yang baik dan penuh kemanusiaan dalam himpunan itu. Polis ada video, nah tunjukkan video berkenaan. Sama-sama kita saksikan. Mungkin lokasi atau gambar yang dirakam itu juga turut dirakam oleh ratusan video atau kamera lain.

Bila ia ditayang nanti sama-sama kita saksikan apakah ianya ada perbezaan atau sama? Rakaman siapa yang tulen dan siapa yang diubah suaikan ataupun dipendekkan. Atau di dalam video polis itu juga diubah dengan menggunakan perlatan canggihan dan kreatifviti jurugambar atau juruanalisa jabatan Polis di Raja Malaysia.

Bercakap banyak tidak ada guananya. Kini bila polis lambat menanyangkan filem dari versinya menyebabkan timbul prasangka, kenapa lambat sangat. Sepatutnya filem versi Polis di Raja dikeluarkan lebih awal dari tayangan liar di blog dan portal berita.

Kepada semua hendaklah ingat kebenaran tidak dapat diselindungkan walaupun anda mungkin ada makenisme canggih untuk melindunginya. [ttdi.kl 11:18 am 21/07/11]

4 comments:

LIN LIANI said...

Dengar kata video yang ditunggu-tunggu itu akan ditayangkan petang ini kepada media. Mungkin malam ini TV akan siarkannya.

amirrusli said...

nanti semua video itu hantar ke America nak di sahkan ....

Andaforex V 1.01 said...

saya juga ingin melihat video yang dikatakan dirakam oleh pihak polis..

Unknown said...

dalam kerumunan ramai budak-budak Bersih, di mana pihak mereka nak cari gambar yang cantik untuk dipersembahkan kepada media? sudah tentu kena sunting, potong sana, tampal sini,kemahiran mempermainkan himpunan gambar akan menjadi susunan yang dianggap menarik dan boleh menipu orang di luar sana, yang dok tersongok nengok RTM1/2,TV3,TV7 atau TV9. bilangan orang awam yang memiliki kamera video mengatasi bilangan pihak mereka. pusing macam mana pun, puak mereka tak dapat cari angle yang cantik, nampak asap, nampak air mencurah, nampak tangan diikat dengan pengikat kabel tu, ini semua lambang keganasan, topong, topi merah, cota, semua alat ini adalah gambaran yang tak sesuai, sebab budak-budak bersih tak ada senjata apa pun. mereka berkumpul secara damai. di mana ganasnya, entahlah, mungkin ada kerjasama penerbit filem tempatan yang menyunting untuk gambarkan budak-budak rakyat malaysia ganas terhadap mereka. sampai bila pun orang tak percaya, kalau media yang siarkan masih RTM atau TV3, orang tak percaya, laporan Bernama lagi tak boleh percaya, sebab rakyat sekarang hanya percaya laporan yang dibawa oleh burung mengikut pandangan mata burung yang lebih telus dan hebat daripada kamera video milik mereka tu.