Padan Muka Wan Ahmad Kena Sorak
Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar hari ini ini malu besar apabila diboo oleh hadirin di majlis dialog di antara SPR dengan Pengerusi Bersih, Ambiga Sereevasan di kompleks Karangkraf di Shah Alam.
Saya dipelawa juga untuk hadir tetapi menolaknya kerana bukan ada alasan tetapi sudah dapat mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Wan Ahmad. Beberapa kenyataanya sebelum ini yang membela melulu SPR dan juga kerajaan menyebabkan saya dapat rasakan apa yang akan dipertahankan. Wan Ahmad seorang yang berdolak dalih cakapnya.
Saya juga sudah merasakan Ambiga akan mengasak Wan Ahmad dan hadirin yang sudah tidak puas hati dengan sikap dan tindak tanduk SPR sebelum ini pasti akan memerangkap Wan Ahmad. Mereka pasti akan mengejek atau mempersendakan Wan Ahmad. Dialog itu peluang tebaik untuk 'timbuk' Wan Ahmad.
Bagaimana pun terima kasih atas keberanian Wan Ahmad yang sedia jadi pelepah nyiur untuk tahan muka berdepan dengan khayalak. Nampak Wan Ahmad marah benar sehinggakan hendak mengolahkan semula para hadiri yang mengejek dan mengboo beliau. Bagus juga sekurang-kurangnya Wan Ahmad dapat mengetahui apa yang berlaku di bawah dan dimaklumkan kepada bosnya Abdul Aziz Yusuf. Patut Aziz datang sama.
Kesediaan SPR untuk berdilog dengan Bersih hari ini juga menyebabkan saya jadi bengong dan pelik. Sebelum ini polis dan Najib dan Udin anak Yassin mengatakan Bersih sebagai pertubuhan haram. Tetapi hari ini sedia pula si Wan Ahmad untuk berdialog dengan pertubuhan haram.
Saya rasa pemikiran SPR, polis dan juga Najib sudah 'masam' benar, sudah tidak dapat hendak bezakan apa-apa lagi, sudah jadi macam todi. Apakah ini menandakan negara kita sudah celaru. Satu masa kata Bersih haram satu masa boleh dibuat kira pula. Yang mana satu betul. Cara kerajaan hendak hancurkan Bersih macamlah nak lepas anak kera yang berbelit di kaki.
Kerana saya menyokong keberanian Ambiga saya ucapan tahniah kepada Ambiga. Biarlah kamu hindu dan India tetapi ternyata keberanian kamu lebih baik dari Melayu bersongkok mereng dan beragama Islam yang bermazhab ahli sunnawa jemaah yang bergaduh sesama sendiri. [wm.kl.9:29 pm 26/07/11]
24 comments:
Kerajaan layan bukan atas nama bersih. Ianya atas sekumpulan manusia yg tak puas hati. Pendatang tanpa izin pun telah didaftar kaedah biometrik. Rakyat M'sia pulak ketinggalan zaman. Ciri2 pembangkang ketinggalan zaman. Nasihat presiden PAS supaya ikutilah perkembangan IT. Jgn nampak org buat semua tak betul. Buka pemikiran cara positif..
Nilailah sendiri komen Jamaluddin ini. Kalau Umno tetap juga Umno.. inilah yang dikatakan taksub melulu dan otat kemetot. Kalau sudah kemetot itu selamanya akan kemetot. Tak perlu kesal kerana Allah sudah jadikan dia demikian.
mentaliti mso sendiri yang 'kemetot'.senang meludah kata kepada orang yang tak bersependapat.tak perlu menyesal kerana Allah telah sempitkan dada kamu.
Pak mso.. Biarkanlah dia melalut sorg2 di setiap entry pak mso.. Yg nyata makhluk ni hanya ditugaskan utk meracau utk kempen pru kelak.. Jelas blog makhluk ni baru
Wujud jun 2011.. Sekadar agen provokasi..
Assalam Tuan,
Ini lah salah satu contoh seorang melayu yang otak nya telah berjaya di bonsaikan oleh umno.mahluk jenis ini hanya akan mengangok kan kepala apa saja yang ketua kumpulan mereka cakap,walaupun ketua mereka menyuruh dia memakan najis dia sendiri.
Wassalam,
Ye la sebab pemikiran positif la sampai Malaysia jadi lagu ni. Sebab pemikiran positif la kita dapat PM yang bukan saja nampak tak bersih tapi memang tak bersih. Positif la tu ya... Tu belum kira macam-macam kes lagi - PKFZ, komisyen kapal selam, rampas negeri cara haram, belanja mewah melebihi pendapatan.. Tak larat nak kira dah..
Rakyat Malaysia memang positif kan...
setuju mso.
Salam,
Tuan bercakap tentang Islam, tentang akhlak Islam, tetapi pada masa yang sama tuan menggunakan istilah padan muka kepada seorang manusia Islam lain?
Islam jenis apakah tuan ini?
Admin.... Sahih anda tak faham mengenai Islam yg mengajar berlaku adil dan saksama bukan macam Umno. Islam menyuruh kita menghukumndengannadil dan membakas perbuatan seseorang itu dengan adil dan setimpal dengan kesaahannya. Padan mjka adalah hukum setimpal kepada makhluk bernama wan ahmad wan omar atas perbuatannya. Dia cuba nak kelentung orang ramai dengan kesaahan dan penipuan yang dilakukan menerusi jawatan yang dipegangnya, demi memenangikan Umno. Jadi bila hadirin sorak dan ejejk makan padan muka.
Orang tak sorak dan ejek Ambiga bintangku, sebegitu rupa, tak juga sorak dan boo shamsul amri begitu rupa kerana mereka tak meniou dan cuba memusing fakta. Jadi padan muka adalah hukuman paling ringan.
Saya percaya kalau diserahkan keoada penyokong pembangkang yang ekstrim tentu wan omar akan dibelasah kerana mulutnya lancang.
Jadi saya berdoa dan berharap admin belajar memahami Islam, tentang keadikan dan kesaksamaannha. Baca hadith macam mana ia mengajar kkta membalas - memukul balik orang yang memukul kita. Kata sebuah hadith kalau orang pukul kita dengan tangan kiri maka hendaklah balas dengan tangan kanan. Sesungguhnya padan muka itu adalah serendah rendah balasan untuk orang seperti wan ahmad wan omar itu, yang mungkin ada hubungan duapuluh dua pupu dengan admin.
pak mso,jawapan tepat utk pendokong mazhab umno!! dasar parti bonsai akal mmg mctulah...
tuan menggunakan tinta sebagai senjata sepatutnya lebih berhemah dalam mengutarakan pendapat dan komen...patutlah budak-budak sekarang makin kurang ajar(berbahasa)...bila penulisan sebegini(menghina/mencaci)dijadikan idol mereka...."mahukah dikenang sebagai pelopor bahasa kurang ajar dan menghina??"cukuplah dengan bahasa penyokong tegar parti-parti sediada yang menghina/mencaci/memaki...tak kira bertopi mahupun berkopiah..
kalau tak penipu bukan UMNO namanya.
Tuan MSO,
Sekarang jelas puak2 Bersih penuh emosi dan tak profesional...Tahniah kepada SPRM kerana berani berhadapan dengan BERSIH...
Macam kena pukulan KO Wan semalam. kesian
Orang yang berpendidikan hingga ke peringkat Phd.(Dr).atau Dr. Perubatan masih berotak kemetot, Sungguh malang malaysia yang ada rakyat mcm DR..............
Tuan MSO. Rakyat Melayu 1Malaysia ni tak boleh langsung menggunakan bahasa kasar, bahasa pasar, bahasa daerah dan bahasa marah. Mereka ini kononnya terlalu beradat dan terdidik dengan adat ketimuran konon. Tetapi tidak mengapa pula kalau pemimpin mereka menfitnah saudara seIslam, menghancurkan ikhwah Islam, merompak secara senyap wang rakyat, menipu rakyat, membelasah wang rakyat, menzalimi rakyat dan sebagainya. Bagi mereka ambilah apa-apa pun aduhai pemimpin korupsi, hatta emak, anak perempuan atau isteri mereka pun tak apa..... pakailah dan gunalah mereka ini sepuas-puas yang pemimpin mereka mahu, asalkan pemimpin korupsi jangan menggunakan bahasa kasar dan bahasa marah (kotor) sudahlah... Sah mereka ini otak kemetot yang berdarah reptilia (sejuk) atau darah kunta-kentei(hamba selamanya).
assalamu alaikum tuan. Ramai juga orang UMNO menjengok blog tuan. Tahniah. Akhirnya tuan berjaya memprovok mereka untuk bersuara dalam blog tuan. Jangan-jangan mereka ni trup cyber umno untuk mengganggu rakyat.
Apa pun saya kenal nama Wan Ahmad ni dari tahun lapan puluhan. Masa dia jadi setia usaha dan Tan Sri (kalau tak silap) Abdul Kadir Talib jadi pengerusi dan kemudian Tan Sri Rashid, Wan Ahmad inilah yang banyak bercakap berbanding dengan bosnya. Timbalan pengerusi SPR langsung tak dengar suara.
Sekarang dia naik pangkat jadi timbalan pengerusi. Pun dia juga bercakap. Setia usaha pula tak pernah denganr dia bercakap. jadi nampak macam dia ni memang juru cakap UMNO dalam SPR dari dulu mungkin kini dan selamanya.
Kepada Hamidon Hamid dan seangkatan,
Pendapat anda ada betulnya.Cuma sampai bila kita boleh terus berlembut dengan kezaliman dan penipuan. Berhikmah itu bukannya berlemah lembut, lemah gemalai sepanjang masa. Hikmah adalah fleksibel. Ia harus mengikut edah umur. Mendidik secara hikmah anak kecil unmur 10 tahun kebawah, guna mulut menasihat. Umur 10 ~ 15 guna rotan mengajar. Umur 15 ~ 21 guna psikologi, berkawan dengan anak-anak. Jadi sama la dalam mendidik bangsa, kita dalam edah merotan, menghukum kerana sudah 50 tahun kita menasihat, sudah sampai masanya kita merubah uslub. Sampai bila bangsa melayu kita ingin didodoi dengan alunan irama indah sedang bangsa lain yang sama muda dengan kita jauh meninggalkan kita. Kita selamanya takkan maju dalam semua aspek jika terus begini. Kita berkeras hari ini bukan untuk diri sendiri, tapi untk kesinambungan bangsa melayu mendatang. Kita mengaku melayu Islam, merasa terlalu cukup faham islam, tapi berapa ramai melayu islam menjaga solat dan faham agama. Yang ada kualiti dalam agama terlalu sedikit. Tapi suka melaung2 bela agama sedang kita sendiri dalam tidak sedar meruntuh kan agama kita sendiri. Na'uzubillah.
Unknown... melontarkan pandangan secara keras memamng tak salah tapi jangan sampai berlebih-lebihan..(memaki/menghina fizikal/mencarut/memfitnah tanpa fakta yang nyata...apakah Rasullulah sepanjang perjuangannya dipenuhi dengan ucapan sedemikian...jika kita terlalu ingin menyamai tindakan timbal balik dalam mengutarakan pandangan secara tingkah laku buruk dianggap sebagai satu kaedah Islam...(begitu buruklah kedua-dua puak berkenaan...walaupun kebenaran diletakkan sebagai matlamat...tapi akhlak???)-Rasullulah diutus membawa akhlak yang mulia...
Hikmah bukannya memaki/mencaci dan menghina...hingga ke fizikal seseorang...(nampaknya dari filem, lawak jenaka sehingga ke politik-dah seronok jadikan fizikal sebagai satu bahan)...
salam saudara Nor azman,
saya membaca bukan di provok..tapi ingin mengetahui dari semua pihak UMNO atau PR.. bagi saya cara penulisan MSO melihatkan dendam yang dalam terhadap UMNO..apa salah Wan Ahmad..bagi saya dialah yang patut dipuji..sanggup dalam dalam majlis yang dia tahu akan dikutuk/dihina..tapi demi membetulkan ppandangan masyarakat terhadap SPR..dia sanggup datang...
sudah bertahun saya membaca di bolg tuan.. baru sekarang rasa nak bagi pendapat sebab dah rasa meluat dengan pendapat tuan..maafkan saya kalo tersinggung..tapi cukup2 lah...
Saudara `yang melihat' mengatakan Wan Ahmad tidak bersalh / patut di puji ???. Nyata Wan Ahmad , sbg orang kuat SPR telah menghianati rakyat dengan bersekongkol dengan pemerintah untuk menipu rakyat dengan cara menyediakan gelanggang ( Pilihan raya ) yang tidak adil.
Rakyat Malaysia ramai yg dah celik.....
SPR secara amnya telah menghianati kepercayaan rakyat dengan bersekongkol dengan parti pemerintah untuk menipu undi rakyat supaya kekal berkuasa.
Perkataan padan muda sebenarnya tidak setara dengan penghianatan yg di lakukan....
SPR SEBENARNYA TIDAK BERSALAH. YANG BERSALAH ADALAH ORANG YANG MENGARAHKAN SPR MENJADI ALAT MEREKA. KALAU DILIHAT DARI PEMBAHAGIAN PARLIMEN PUN SUDAH JELAS KEMENANGAN DI 3 NEGERI IAITU JOHOR, SABAH DAN SARAWAK CUKUP UNTUK MEMBERIKAN BN MAJORITI MUDAH WALAUPUN BILANGAN PENDUDUK DI SEMENANJUNGA 10KALI LEBIH RAMAI DARI KEPULAUAN BORNEO. JADI, SEBERSIH MANA PUN PILIHANRAYA, TIDAK AKAN BERTUKAR TANGAN JUGA SELAGI 3 NEGERI + UNDI TENTERA DAN POLIS MENJADI TULANG BELAKANG BN.
Post a Comment