Puak Punggung Berkudis Koyak Harakah
Dilaporkan lebih 100 orang penduduk di Presint 8 Putrajaya telah berhimpun menyaksikan upacara mengoyak Harakah akhbar lidah rasmi Pas. Mulanya mereka bercadang untuk membakar tetapi tukar tektik kerana mungkin ingin menjaga suasana alam sekitar atau kerana dimurih polis.
Mereka mengoyak dan bencikan Harakah kerana akhbar lidah rasmi Pas itu boleh mempengaruhi penduduk. Pas sebelum ini dikatakan telah memberi secara percuma sebanyak 1000 hingga 1,500 naskah setiap minggu kepada penduduk dan warga Putrajaya.
Tindakan itu bagi saya sesuatu yang kurang cerdik kalau pun tidak sampai kebodohan. Tindakan didakwa Pas itu sebahagian oleh orang Umno tidak sepatut berlaku kerana ia lebih rendah dari tindakan kebudak-budakan. Orang Asli pun tidak koyak surat khabar.
Kenapa begitu takut kepada pengaruh Harakah? Kalau ikut logik Harakah hanya sebuah sahaja berbanding dengan puluh media milik Umno yang menghentam pembangkang dan melakukan propaganda dan provokasi kepada rakyat.
Apabila mereka mengoyak Harakah menandakan media mereka tidak dapat memandingi pengaruh Harakah. Medeia penjilat buntut sudah hilang pengaruh dan wibawa. Sebelum berfikir untuk koyak mereka perlu membuat kajian kenapa Harakah diterima dan media penjilat buntut lain ditolak. Hasil kajian itulah nanti perlu dibuat pembaikan.
Saya dapat tahu media penjilat buntut tidak laku di Putrajaya. Naskah yang dihulur atau ditinggalkan di tempat-tempat awam termasuk masjid dan surat dibiarkan berlambak dan menjadi tempat kucing berak dan menyapu kencing.
Tindakan 100 orang itu juga memalukan dan mencemar Putrajaya dikenali sebagai kawasan elit di mana warganya berpendidikan tinggi dan hidup bergaya kelas. Kawasan itu di mana rumahnya tidak terpagar menandakan mereka mempunyai pemikiran educated, memiliki gaya hidup yang tinggi nilainya penuh dengan tolenrasi serta berakhlak.
Jadi apabila ada segelintir mereka yang berkudis di punggung bertindak mengoyak media masa ia telah mencemarkan imej keseluruh masyarakat yang dianggap berkelas di situ. Wajarlah kalau mereka yang terlibat dengan acara mengoyak Harakah itu keluar dari kawasan itu dan tinggal di Sembrong, Johor Machat Melaka atau di mana-mana tempat didiami samseng dan mereka yang tidak terkena angin tamadun yang suka menaikan sepanduk busuk dan menyembur kereta orang dengan cat biru. [wm.kl.5:03 pm 07/04/12]
2 comments:
adoi...dorang ingt dgn ambil tindakan macam ni, dorang dpt raih sokongan dari orang ramai. sdgkn tindakan dorang 2 akan lebih mmbuka minda orang ramai pihak yg mana lebih baik buruknye.
atau....adakah mereka dibayar?
Post a Comment