Thursday, April 26, 2012

Ulasan Isu

Berish 3.0 Akan Merosak Kredibiliti Hishamuddin


Kalau projek lembu gemuk (NFC) bernilai RM250 juta dianugerhakan kepada suami Sharizat Abdul Jalil, Datuk Salleh akhirnya merosakkan imej Sharizat sebagai Menteri Pembangunan Keluaraga dan Wanita sehingga memaksa menteri itu meletak jawatan - atau tidak disambung jawatannya, proses dan implikasi yang sama juga sedang berlaku ke atas Hishamuddin Hussein dengan isu Bersih 3.0 ini.

Hishamuddin Hussein
Sebelum ini ramai yang tidak menduga akhirnya Sharizat dibelit tali lembu dan mengakhiri kerjaya politiknya. Andaian ini mungkin dibuat kepada usaha pencacai, pendendam dan pendengki tertentu kepada Pakatan Rakyat yang telah cuba mengeksploitasikan lembu korban untuk menjatuhkan MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim tetapi gagal. Walaupun gara-gara isu itu memaksa Khlaid mencemarkan tapak kasut ke SPRM, namun hasil diharapkan tidak menjadi.

Berlaku istidraj apabila orang yang melaporkan isu Khalid ke SPRM akhirnya 'bertaubat' dan menyertai PKR. Takdir Allah talaan itu memberi kemenangan besar dan menaikkan darjat Khalid.

Khalid tidak diheret ke mahkamah atas tuduhan melakukan rasuah dengan lembu korban. Kegagalan isu yang dibawa oleh golongan Mat Buntal itu, menyebabkan orang Umno termasuk Shahrizat sendiri memandang enteng kepada isu lembu gemuk itu. Sebenarnya mereka terlupa bahawa nilai lembu korban Khalid dengan lembu Datuk Salleh laki Sharizat jauh bezanya, sejauh negara dengan syurga.

Lembu Khalid lembu suci yang diberikan untuk rakyat melakukan korban sebagai mengenang sunnah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Roh lembu yang dikorbankan oleh Khalid itu sampai ke syurga. Sebaliknya lembu Datuk Salleh, lembu yang diragui. Sebahagian duit yang diperuntukan untuk lembu berkenaan disalahgunakan dengan membeli kondo, tanah, kenderaan dan juga makan angin di luar negara.

Justeru Sharizat buat tidak kisah dan menganggapnya isu remeh yang tidak memberi risiko dan memecahkan kudis gatal kepadanya. Sebaliknya yang berlaku, lembu gemuk itu sudah kencing dan berak dalam mangkok politiknya menjadikan buana politiknya huruhara.

Nah.. apakah yang menimpa Sharizat itu akan menimpa Hishamuddin Hussein pula? Ada tanda-tanda ia akan mengikuti jejak Sharizat. Hishmuddin akan berdepan dengan risiko seperti Sharizat juga. Menteri Dalam Negeri itu seakan melihat isu Bersih 3.0 ini sebagai remeh temeh dan hanya kemucut yang lekat di kaki seluar saja. Cara beliau melayan Bersih seakan main-main saja dan tidak serius. Dolak dalih terhadap Bersih menjadikan Hishamuddin melayan Bersih seperti melayan budak-budak dan bukan usaha dari seorang bertaraf menteri.

Bersih bukan budak-budak. Ia dianggotai golongan profesional dan perjuangannya jelas. Ia mendapat sokongan rakyat. Sebanyak 84 buah Ngo bersama Bersih. Walaupun ia bukan sebesar dan sehebar parti politi; Pas, PKR dan DAP tetapi gerakan itu merakyat. Bukan semua yang bersama Bersih orang parti. Makanya ia lebih besar dari isu-isu yang dibangkitkan oleh parti politik. Bersih jauh sekali dari Ngo bernama Tibai atau pun Jati malah Perkasa(m).

Lantaran itu Hishamuddin seharusnya tidak main-main dan perlu serius menanganinya. Dia tidak boleh menjadikan Bersih sebagai testimoni untuk melihat sejauh mana kekuatan Pakatan Rakyat. Kejayaan dan pengaruh Bersih sudah pun terbukti. Sepatutnya beliau mengambil iktibar atas semua itu.

Hishamuddin sepatut nilai siapa yang berada di belakang dan hadapan Bersih. Mereka adalah pejuang tulen untuk rakyat dan negara. Mereka tidak ada kepentingan. Apa yang berlaku, parti politik yang mengambil kepentingan atas Bersih. Silap Hishamuddin dan Umno tidak mahu mengambil kepentingan itu di sinilah liar atau cerdiknya oposisi.

Rakyat yang menyertai Bersih termasuk saya, tidak akan sedia untuk bersusah payah kalau bukan atas prinsisp dan asas yang benar. Bukan sahaja kebetulan ia mendapat sokongan Pas, PKR dan DAP, tetapi kalau perkara sama digerakan Ngo lain dan disokong Umno saya dan orang lain juga bersedia. Asalkan demi kebenaran dan keadilan untuk semua. Sebab itu saya secara peribadi dalam mengkritik Umno, tidak semua apa dibuat Umno saya kritik dan tidak setuju begitu juga dipihak Pakatan Rakyat kerana kita bukan dibajai emosi partisan, tetapi waras.

Cuba Umno buat tunjuk perasaan menuntut Hudud dilaksanakan di negara ini. Saya rasa ramai yang akan bersama Umno. Saya pasti berada di hadapan. Tetapi jangan seperti Ngo beras kampit yang menggunakan nama Islam, nama akidah, namah ummah, tetapi ceramahnya mengutuk Anwar dan beberapa pemimpin Pas lain.  Itu bukan perjuangan atas nama Tuhan tetapi sebuah pengkhiatan yang menggunakan nama Tuhan. Nauzubilahiminakzalik.

Berbalik kepada Hishamuddin, apabila beliau melayan Bersih seperti layan budak-budak, acuh tak acuh dan suka-suka implikasi buruknya akan singgah ke atas belakangnya. Dunia akan menilai sejauh mana wibawa dan juga integriti beliau sebagai menteri. Dunia akan menilai kemampuannya menangani kemelut rakyat.

Dalam hal ini nampak sangat Hishamuddin tidak konsisten dan hilang punca penyelesaian. Kedangkalan idea dan buah fikir. Satu masa dia mengatakan kerajaan membenarkan Bersih satu masa lain berdolak dalih soal keselamatan. Satu masa dia mengatakan Bersih pertubuhan haram, hari ini Bersih sudah menjadi halal. Kata-kata dan keputusan Hishamuddin sepreti orang kemabukan brendy. Betukah ejaan itu?

Mulanya dia menegaskan Polis dia tidak ada masalah kalau Bersih hendak diadakan. Tetapi hari belum sampai terbalik ke petang polis Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan melarang himpunan Bersih. Apakah erti semua ini kalau bukan berlaku mis komunikasi dan persefahaman antara menteri dengan polis.

Satu masa dia mengatakan bukan soal tidak benarkan Bersih di Dataran Merdeka, tetapi soal keselamatan. Naif sangat politik Hishamuddin yang cuba menyembunyikan bangkai di bawah sehelai lalang. Keselamatan? Bukankah keselamatan bukan saja keselamatan Dataran Merdeka, tetapi keselamatan seluruh negara terletak ditangannya. Kalau skop keselamatan Hishamuddin belum tahu macam mana dia boleh dilantik menjadi menteri sepenting itu. Apakah kelayakannya kerana dia adik sepupu Ha Najib Razak?

Apakah kalau Bersih diadakan di stadium yang dicadangkan itu ia boleh menjamin keselamatan? Di sinilah orang dapat menduga dan membaca tektik kebudak-budakan Hishamuddin. Beliau mengajak peserta Bersih ke situ untuk memudahkan mengurung mereka. Keselamatan yang dikatakan itu berbanding dengan di Dataran Merdeka adalah helah semata-mata. Kalau peserta sudah ramai mencecah ratusan ribu apakah kalau diadakan di stadium keselamatan akan terjamin? Jawabnya tidak.

Jadi tawaran di tempat alternatif itu hanya helah saja. Untuk menampak kerajaan baik dan digunakan isu keselamatan. Isu keselamatan tidak berbangkit kerana Bersih kali ini duduk dan dan bantah selama 2 jam. Itu sahaja. Ia lebih selamat dan tidak membimbangkan dari Bersih sebelum ini. Soalnya kalau polis tidak menjadi gila dengan menyembur air gatal, mengejar dan pukul peserta ia tidak menjadi kecoh. Dalam hal ini juga mneunjukkan polis kita atau menteri sendiri belum bijak membaca suasana dan membuat prediction.

Keadaan Hishamuddin kini sudah sukar untuk diperbetulkan. Cakap-cakap dan kata-katanya orang sudah tidak percayai lagi. Apa saja dia cakap orang akan melihat ianya sebagai helah politik untuk menyelamatkan Umno yang sudah terjempit. Natijah dari tektik dan strategis Hishamuddin itu menyebabkan orang melihat Hishamuddin adalah antara menteri yang paling lemah dan tidak melayakkan dia berada di situ.

Kalau lembu menendang dan menendeh Sharizat, Bersih pula bakal menimbuskan Hishamuddin. Tengoklah nanti, bukan hari ini tetapi sejarah akan mencatat demikian, bahawa Hishamuddin menteri dalam negeri yang tidak konsisten dengan keputusan dan tidak tegas dengan tindakannya. [wm.kl.10:05 am 26/04/12]

3 comments:

mahaza said...

Alternatif Stadium diberi tapi kita tak lupa Bersih #2. Kalau sampai di Stadium tapi dikunci? Balik ke asal.... untuk Polis jadikan alasan mengawal ketenteraman awam seperti Bersih#2.

zul said...

BERSIH adalah gerakan rakyat. Maknanya, jika PR tawaan Putrajaya selepas ni... dan kemudian melakukan tindakan yg serupa yg dilakukan oleh BN... maka BERSIH 4..5...6..7..8 akan diteruskan. Inilah yg pemimpin UBN kena fahammmm...

mohd sayuti omar said...

Benar kalau PR memerintah pilihan raya tak dibersihkan maka akan ada bersih seterusnya...