Paksa Media Massa Tindakan Tidak Profesional
Adanya arahan oleh Menteri Dalam Negeri terhadap media massa agar tidak membuat laporan benar terhadap sesuatu pihak terutamanya membabitkan kerajaan bukan perkara baru. Arahan menggunakan kuasa veto atau proregatif seorang menteri berlaku di sepanjang masa.
Tindakan tidak profresional dan menghormati kebebasan media ini salah satu dari senjata yang digunakan bagi mempertahankan sesuatu tindakan pihak berkuasa secara tidak benar dan melanggar prinsip kerajaan itu sendiri.
Apabila ada laporan mengatakan Hishamuddin Hussein meminta editor kanan media menemuinya pada 27 April bagi mendapat arahan agar tidak melaporkan kekejaman polis dan memberi gambaran himpunan Bersih jahat, ia tidak sedikitpun mengharainkan.
Media massa yang selamanya terikat dengan akta dan undang-undang yang digubalkan mempertahankan kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan mematuhi arahan yang tidak perlu dan melanggar prinsip itu. Sekiranya media massa berdegil mereka akan dikenakan tindakan dengan undang-undang yang ada termasuk digantung permit ataupun di batalkan terus.
Saya masih ingat pada tahun 1987 ketika berlaku tragedi pembunuhan beramai-ramai dalam peristiwa Memali Kedah. Semua editor atau surat khabar ketika itu menerima surat arahan khas dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya tidak melapor atau membuat bapa-apa ulasan terhahadap kejadian itu.
Walaupun dalam surat arahan itu tidak disebut risiko melanggarnya, namun media massa faham akan masalah dihadapinya nanti.
Kerana mematuhi surat arahan itu semua akhbar nmenggelapkan kejadian berkenaan dan tiada ulasan berhubung kejadian itu. Cara itu adalah untuk menggelapkan kejadian itu kepada umum. Masyarakat umum yang bergantung sumber kepada media tidak mendapat gambaran sebenarnya. Cerita di sebalik tragedi itu hanya dapat diketahuiu menerusi ceramah politik yang ruang sibarannya amat terbatas.
Penceramah yang cuba mendedahkan kejadian sebenar di sebalik kejadian itu juga turut dinasihat atau pun diugutkan polis untuk dikenakan tindakan.
Arahan Hishamuddin itu tidak diketahui apakan butiran tetapi berpandukan kepada tindakan-tindakan pernah diambil KDN selama ini ia jelas satu arahan keras di mana sekiranya tidak menurutinya bersedialah menerima padahnya.
Situasi inilah menyebabkan pengamal media dan juga pemerhati beranggapan bahawa media massa di negara ini tidak bebas dan masih terpenjara dengan pelbagai kerenah birokrasi dan ada kalanya terikat kejap di bawah kuasa-kuasa yang ada kepada menteri. Seribu kali Najib Razak mengatakan media massa kita bebas tetapi selagi ada arahan-arahan seperti itu kebebasan (tranfsormasi) dijanjikan itu hanya omong kosong semata-mata. [wm.kl.12:42 t/hari 02/05/12]
3 comments:
Yang jelas tidak ada keberanian dikalangan editor mahupun wartawan untuk bangkit menggarap cerita benar. Mereka yang kerdil ini lebih takutkan manusia perasuah dari dosa terhadap Allah yg menghidup dan mematikan kita.jelas editor dan wartawan ini tidak yakin bahawa rezeki itu Allah yang tentukan. Justeru itulah wartawan dan editor menyembunyikan fakta kejadian sebenar dan tanpa bermaruah menipu dan menyebarkan fitnah.Tunggulah harinya bila segala fitnah yg anda sebarkan atau kebenaran yg anda sembunyikan membakar diri dan keluarga anda.
Apabila media dikuasai olih pihak pemegang saham yg merupakan pemegang kuasa negara, sudah tentu berita tidak akan menyebelahi rakyat yg bukan merupakan pemegang sahamnya.!
Apabila media dikuasai olih pihak pemegang saham yg merupakan pemegang kuasa negara, sudah tentu berita tidak akan menyebelahi rakyat yg bukan merupakan pemegang sahamnya.! Ini kerana tujuan mereka menguasai media, kerana nak memastikan kuasa kekal berada ditangan mereka.
Post a Comment