Friday, May 11, 2012

Ulasan Malam

Najib Gambarkan 
Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat

Ucapan Ha Najib Razak baru sekejap tadi sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat. Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen.

Najib berucap penuh semangat.
Bersih 3.0 adalah indikator pertama bagi Najib membuat penilaian dan keputusan apakah parlimen boleh dibuabrkan atau pun tidak dalam bulan Mei dan Jun ini. Dengan kehadiran lebih 60,000 ribu di stadium Bukit Jalil malam ini dianggap satu kehadiran yang terbesar dalam siri-siri majlis himpunan Umno yang diadakan selepas 28 April dapat menyangi kehebatan Bersih yang dihadiri lebih 250,000.

Tidak ada lagi majlis Umno selepas ini melainkan majlis ini dibuat sempena hari ulang tahun Umno. Majlis-majlis di negeri-negeri kurang mendapat sambutan walaupun Umno menyediakan prasarana dan ubah wang poket. Di negeri kelahiran Najib sendiri satu majlis hanya dihadiri tidak sampai 200 dan ia menimbulkan kemarahan Najib.

Malam ini waalaupun ahli Umno diangkut dan diupah, tetapi jumlah itu kurang dari 80,000 tetapi sudah cukup memuaskan Najib yang belaum ini belum pernah mendapat sokongan (paksa) seperti itu. Sebenarnya jumlah kehadiran di stadium Bukit Jalil ini belum dapat mengatasi ledakan penonton perlawanan akhir boleh sepak khasnya membabitkan Kelantan. Tetapi tidak mengapalah kerana inilah majlis melibatkan Najib teramai Najib perlu berpuas hati dan seronok.

Mungkin bagi mereka yang tidak mahu menerima kelemahan dan berilusi Umno masih hebat, walaupun sudah lemah, menganggap himpunan malam ini sempurna dan terhebat. Kenapa mereka merasakan begitu kerana tidak ada himpunan sebesar malam ini walaupun kurang separuh dari jumlah himpunan Bersih 3.0.

Najib dan Udin anak Yassin cuba sedaya upaya untuk menunjukkan majlis malam ini Umno kuat dan berpadu. Mereka berdua ingin menggambarkan kepada dunia bahawa Umno masih relevan dan utuh. Sebab itu Udin anak Yassin mengulangi jumlah hampir 100,000 dan katanya masih banyak lagi yang berada diluar dan dalam perjalanan. Sebenarnya yang dalam perjalanan sudah pun melencong ke tempat lain.

Najib pula malam ini telah mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman dan luarannya. Suaranya sudah dilepaskan kesemua sekali. Jeritannya seakan sama kuat dan sama ngeri dengan jeritan harimau yang cedera ditembak. 

Kenapa saya kata majlis itu tidak sumpurna? Situasi itu cukup apabila bekas presiden Umno dan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak ada dalam majlis itu. Apakah beliau sakit. Begitu juga bekas pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain termasuk anak-anak bekas timbalan perdana menteri, Ghafar Baba, Tamrin Ghabar, bekas anak Ketua Pemuda Umno, Harun Idris, Mazlan Harun, anak-anak bekas pahlawan Umno dan lain-lain tidak bersama. Itu memberi gambaran bahawa Umno semakain renggas dan bercelaru, indah di luar buruk di dalam. Masak di hujung putik dipangkal.

Orang-orang seperti Abdullah Badawi, Tengku Razaleigh tidak patut tidak hadir. Kalau mereka uzur dengan kerusi roda pun patut diheret. Tidak cukup dengan kedatangan Mahathir bersama isteri untuk menunjukkan Umno masih kuat dan padu seperti dulu.  Penglibatan Mahathir dalam apa-apa majlis Umno hari ini dilihat bukan menyempurnakan lagi tetapi mencacatkan?

Dalam perhatian saya sambutan di kalangan pemuda Umno (anak-anak muda) kurang sekali. Kalau tanpa puteri dan wanita Umno yang dilihat sebagai peminat Umno kerana ingin glamour, mungkin majlis itu semakin rengas seperti daun kepala dimakan kekabur. Dari jumlah 60,000 itu mungkin 40,000 darinya adalah dari kalangan wanita.

Najib atau admit media sosialnya  (Fb, blog, twitter dan lain) pernah menguar-uarkan bahawa pengikut Fb atau blog Najib sudah mencecah 1.5 juta. Apakah mereka tidak mengetahui majlis itu dan hanya menyapa Najib menerusi Fb dan blog atau twitter dengan tiap seorang membuka 10 hingga 30 akaun? Kalau benar pengikut media sosial Najib mencapai jumlah jutaan pengikut pasti di belapan stadium Bukit Jalil penuh sesak dan tidak ada kerusi kosong di tempat duduk berbumbung. Tetapi nampaknya dari suluhan kemera tv yang begitu hati-hati ternampaknya tempat duduk kosong tergohong.

Begitu juga kaum India yang hadir sama-sama meraikan ulang tahun Umno tidak ramai. Jumlahnya jauh lebih ramai yang pergi berarak dekat Bersih di mana saya anggarkan kira-kira 20,000. Ke manakah kaum India kali ini. Atau mereka menyimpang wang, tenaga dan semangat untuk menyertai himpunan Hendraf hujung bulan ini? Tidak ada corong kemereka tv yang diselar ke muka India.

Tidak mengapalah terpulang serah kepada Najib untuk menilai dan beliau merasa berhak untuk berseronok dengan gelombang merah malam ini. Sebagai orang yang pertama kali mendapat crowd seramai itu mungkin menyebabkan Najib tidak dapat tidur kerana mikirkan beliau mendapat sambutan. Walhal sorakan untuk Mahathir lebih hebat darinya.

Dari segi ucapan Najib tidak berapa elok kerana ada kalanya terlalu emosional dan ego. Ada beberapa perkara beliau sepatutnya tidak menyebut dan mengulang-ulanginya lagi kerana sudah pun menyebut sebelum ini. Ruang dan kesempatan yang baik itu sepatutnya Najib gunakan untuk membangkit semangat orang Melayu dan rakyat Malaysia, tetapi sayang digunakan untuk menghetam Bersih, memperkecilkan Bersih dan cuba mencerminkan  pembangkang sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab. Najib tidak habis-habis memuji polis dan membenci kejahatan para peserta Bersih sedangkan hakikatnya sudah diketahui jutaan orang.

Pada majlis begitu yang penuh emosi dan sentimental itu sepatutnya Najib berucap secara matang mengemukakan hujan fikir secara lebih mampan untuk menjelaskan transformasi dilakukannya. Mengajak rakyat untuk bersatu dengan Umno dan tidak perlu memperlekeh dan menjahat-jahatkan pembangkang secara melulu dan berlebihan. Pengundi hari ini sudah dewasa dan matang berfikir. Betapa pembangkang di kosmetikkan dengan kejahatan, mereka akan nilai sendiri nanti. Di hadapan Najib mereka bertepuk tangan tetapi bila kembali ke rumah mereka membandingkan dengan fikiran tenang. Sebab itu ada orang yang mengucup tangan Rosmah bila balik mereka basuh dan samak dengan tujuh jenis air. Kecuali seorang manusia saja yang tidak mandi tujuh hari kerana menghidup bau tangan Rosmah untuk dijadikan saksi dan bukti kesetiaan dia kepada Umno.

Najib tidak seharusnya mendabik dada Umno hebat, baik dan berjasa kepada rakyat. Sebaiknya dan paling berkesan biarlah orang lain yang memuji Umno. Najib sebagai orang Umno sudah tentu akan memuji Umno baik, seperti mana Najib melihat ke dalam cermin dia pasti merasakan dia paling kacak daripada segala orang lain termasuk bintang filem.

Iya, melihat kepada semangat Najib malam ini dan keyakinan bahawa Umno sudah mentap, kuat, sihat nampaknya dia sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Najib tampaknya sudah berpuas hati dengan tahap orang-orangnya dalam mempersiapkan diri untuk berpilihan raya. Apapun hendak dikatakan Najib tetap mengambil himpunan malam ini sebagai indaktor untuk bubar parlimen.

 Malam ini Najib juga terlalu yakin rakyat terjerat dengan perangkapnya menerusi pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500,  baucher RM100 kepada pelajar, kewujudan kedai, klinik, pasar ikan 1 Malaysia dan sebagainya. Tujuh prinsip atau pun persoalan untuk dijawab pembangkang juga menunjukkan dia konfiden. Tujuh perkara itu pasti akan dijadikan tunggak dalam manifestonya untuk berigumentasi dengan pembangkang.

Melihat kepada senario dan raut muka Najib yang lebih merah pada malam ini saya percaya Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. Bila? Kerana suka tidak suka Najib sudah tidak ada masa dan ketika yang baik lagi untuk berbuat demikian.

Waktu ini juga rakyat termasuk ahli Umno sedang membuak rasa, tergila-gila hendak berpilihan raya, dan semasa sekeling masih ada... bubarlah walaupun khabarnya bomoh Siam, Tok Sami dan Kiyai di Indonesia membuat telahan mengikut firasat dan ilmu batin mereka masing-masing bahawa pilihan raya ke-13 ini pilihan raya yang tidak membawa banyak tuah kepada UBN dan memberi dugaan kurba buat Najib. [wm.kl.10:43 pm 11/05/12]

6 comments:

adhuhai said...

Salam Tuan MSO...
yang ramai kehadiran cuma wanita UMNO,itu pandangan mata kasar saya.Alasan saya sekadar rai Ketua Wanita baru UMNO.yang menghairankan saya,bukankah ahli UMCO telah mencapai jutaan orang.takkan suku juta pun tak mampu untuk di upah.bagi saya sangat tidak wajar untuk dibandingkan perhimpunan upahan UMCO dengan Perhimpunan sukarela BERSIH 3.0.jauh api dari panggang...terst

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Antara nama yang disebut tak hadir adalah Tamrin Tun Ghaffar. Hahahaha! Tamrin dekat Taman Melewa dengan Tok Guru dan Aishah.

Satu lagi sepanjang majlis tersebut saya dengar bunyi hon yang ditiup oleh hadirin. Suasana riuh tak macam suasana riuh perhimpunan sebuah organisasi tapi lebih kepada suasana riuh penyokong Selangor lawan Kelantan. Agak-agak penonton dengar dan tumpu ke pada ucapan Najib.

Tak apa tuan, seronok sebelum bersara.

zain said...

ramai kawan saya di fb smlm (lelaki dan perempuan) meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menonton drama 'bunga-bunga syurga' di tv3 kerana siaran langsung sambutan umno ini. bagi mereka org muda, ucapan najib dan siaran langsung itu amat memboringkan. inilah gambaran kebanyakan anak muda skrg terhadap najib dan umno.

Dr.Sofiyan said...

Bertaubatlah wahai MSO..tengok ayat kamu pada perenggan terakhir..jangan jadi syirik..adakah kemenangan itu bukan ketentuan ALLAH?jangan jadikan pena kamu untuk menyesatkan manusia

mohd sayuti omar said...

Terima kasih kpd dr sofiyan mengajar saya bertaubat. Tetapi dari aspek mana saya tak jelas. Kalau disuruh saya bertaubat dan mengata saya menyesatkan atau syirik dgn paragraf terakhir catatan saya itu nampak sangat kedangkalan dr satu ini terhadap tulisan saya. Saya harap baca sekali lagi dan memahami dengan betul apakah erti perkataan "khabarnya" itu. Kalau tak faham apakah simotik para itu belajarlah dengan pn ainon mohd. Tanpa salam.

aku_ein said...

Salam Pak..

Saya xpasti berapa ramai sebenarnya yang hadir, dan saya juga xpasti berapa sebenarnya kapasiti stadium tu sendiri. Kalau jumlah hadirin yang hadir diwar2kan lebih daripada kapasiti stadium, xtahu nak cakap pe lagi..senyum je la..:)..

Salah seorang rakan kerja saya orang kuat Puteri UMNO, pun xhadir. Xtau la plak nape. Xkan dia xtau tarikh "keramat" ni.

Kalau PM yakin dan selesa dengan keadaan ini, bubarkanlah Parlimen. Kita tengok camna keputusannya.

Saya sebagai golongan atas pagar n golongan muda, xtengok pun perhimpunan ni. Waktu ni lebih selesa layan movie dihujung minggu di komputer..