Kerajaan Kelantan telah mengumumkan akan memberi habuan kepada para pemain pasukan Gedebe Merah atas kejayaannya menjulang piala Malaysia selepas menewaskan ATM 3 - 2 dan juga mencatat sejarah apabila pasukan itu mendapat kejuaraan tribel. Menurut Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat bentuk atau nilai habuan akan ditentukan dalam mesyuarat Exco esok. Exco Belia dan Sukan Abdul Fatah Mahmud akan mengumumkan bentuk habuan berkenaan.
Bolasepak menjadi modal politik di Kelantan. |
Harus diingat Red Warriors adalah pasukan profesional dimana mereka bukan bermian untuk negeri kepentingan negeri tetapi untuk klelab. Pasukan itu seratus peratus diuruskan oleh sebuah syarikat bernama Al Hamra milik presiden Kafa Annuar Musa.
Apakah logiknya untuk kerajaan memberi habuan kepada para pemain setiap kali pasukan itu mencapai kejayaan? Saya hendak tanya dari konteks kerajaan Pas Kelantan apakah kelabaan diperolehi dari game bola sepak itu? Apakah ia sebahagian daripada apa yang dijanjikan dalam manifesto Pas semasa pilihan raya atau pun sesuatu yang dirancang oleh kerajaan negeri menerusi pembangunan sukan?
Apabila perkara ini ditimbulkan bukan bermakna saya menyarankan kerajaan Pas agar anti kepada bola sepak, tidak... tetapi untuk mendapat penjelasan apakah tindakan kerajaan memberi apa-apa habuan itu menepati konsep kerajaan dan ia satu tindakan tepat. Seandainya pemberian itu kerana kerajaan negeri mempunyai dana untuk dibelanjakan kepada sesuatu perkara yang tidak termasuk dalam perancangannya ia adalah satu pembaziran.
Lagi pun pemberian habuan kepada pasukan kelab profesional itu bukan belum pernah. Sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi tikit dan peruntukan kepada pemain kelab itu menunaikan fardu haji. Manakala penjaga gol pasukan itu Khairul Fahmi atau Apek pernah diberi rumah bernilai lebih RM200,000.
Pemberian rumah kepada Apek itu sesuatu yang betul kalau pada waktu itu tetapi kini setelah berjaya dan terkenal rasanya ia tidak perlu diberi apa-apa habuan lagi. Dengan pendapatan beliau mencecah jutaan ringgit, sepatutnya Apek pula membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Tetapi apakah itu terjadi? Bagaimana pun kebajikan itu bukan suatu paksaan terserah kepada tuan badan.
Bagi saya kalau kerajaan ingin membantu perkembangan bola sepak di negeri Kelantan ia perlu berbuat lebih jauh dan praktikal dari itu. Bukan habuan demi habuan diberikan kepada pemain tetapi buatlah perancangan pembangunan sukan bola sepak. Sesuatu yang lebih bermakna harus diusahakan. Misalnya yang penting dan perlu diutamakan pastikan semua pemain skuad itu terdiri dari anak-anak Kelantan. Kalau pun habuan itu diberi kelak yang dapatnya anak-anak Kelantan sendiri. Tetapi hakikat hari ini berapa orang saja anak negeri Kelantan terlibat?
Status itulah menyebabkan saya rasa kerajaan negeri tidak perlu bersimpati lebih kepada Red Warriors kerana tidak memberi manfaat atau bantuan langsung kepada rakyat negeri itu. Begitu juga kalau ditilik dari sudut pembangunan Islam apa yang diperolehi dari bola sepak? Setelah mendapat berbagai gelaran nilai-nilai Islam dalam permainan itu masih belum menyerlah. Ini sudah bertentangan dengan konsep dan matlamat kerajaan membangun bersama Islam.
Tidak dinafikan sudah ada nilai Islam dan terjahan dakwah di stadium setiap kali berlangsung perlawanan apabila ada penonton mendirikan solat berjemaah beramai-ramai. Tetapi ciri-ciri Islam yang diingini masih belum mencukupi. Dalam tilikan saya masih banyak ciri-ciri kekufuran daripada kebenaran dalam stadium bila setiap kali berlangsung perlawanan besar. Contohnya paling mudah penonton lelaki dan perempuan masih bercampur. Apakah pihak pengurus stadium tidak dapat mengadakan syarat agar penonton lelaki dan perempuan dipisahkan?
Kalau perkara ini rumit untuk dilaksanakan tetapi mesti ada usaha dan cadangan untuk berbuat demikian. Sayangnya setakat ini tidak kedengaran. Exco Belia dan Sukan atau pun pengerusi Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke IV wajar bersuara dan memikirkan bagaimana untuk implimen perkara ini.
Berhubung habuan itu keperluan itu tidak begitu terdesak kerana pihak Kafa sendiri telah berjanji untuk memberi hadiah kepada setiap pemainnya berupa lot tanah. Apakah tidak cukup dengan janji itu? Ataupun kerajaan negeri bermurah hati kerana ingin menunjukkan mereka komited dengan bola sepak. Pemberian itu kerana bimbang kalau tidak dihulur apa-apa habuan menyebabkan rakyat akan tidak mengundi parti kerajaan, Pas. Begitukah?
Kalau itu maka jelas kerajaan negeri berbuat itu atas dasar politik semata-mata takut tidak disokong oleh kaki bola bukannya atas dasar untuk menerapkan nilai-nilai Islam dan mendidik komuniti bola sepak termasuk pemain, pengurus dan Kafa sendiri menghayati nilai-nilai Islam seperti mana dihasratkan oleh kerajaan Pas. Jika telahan ini betul bermakna kerajaan Kelantan takut kepada bola? [wm.kl.8:05 am 23/10/12]
7 comments:
Saya seratus beratus bersetuju dengan MSO.Mungkin peminat2 bola akan marah,namun kalau anda cuba berfikir dengan rasional,anda akan nampak kebenaran kata2 MSO.Kalau sekali pandang mungkin kita nampak tidak ada salahnya hadiah tersebut,namun kalau kita perhatikan betul2,hadiah2 dan ganjaran tersebut masih terdapat pihak yang lebih utama mendapatkannya.Saya bagi contoh mudah,di kampung saya masih ramai lagi rakyat kelantan yang sangat miskin dan hidup susah,rumah papan usang yang menunggu masa untuk runtuh,kerja sebagai petani,buruh kasar yang pendapatannya sangat sedikit,tak cukup pun untuk keperluan seharian,yang menderita sakit barah,lumpuh dan sebagainya.Itu di kampung saya,dan saya rasa dikampung anda semua pun ada ramai orang sebegini.Jadi manakah yang perlu diutamakan,rakyat ini atau pemain yang rata2 sudah mempunyai pendapatan yang lumayan.Cukuplah penghargaan dari pelbagai pihak,manakala bagi kerajaan kelantan cukuplah sekadar mengucapkan tahniah dan berkata,kerajaan bangga dengan pencapaian anda,namun tidak dapat memberikan habuan kerana terdapat rakyat kelantan yang jauh lebih memerlukan!!!
Dalam keterbukaan berpolitik dan memberpandangan dan teguran,pandangan MSO amat betul dan berfakta. Darjah BETULnya maksimun tahapnya. Tok Guru selaku penaraju negeri HARUS memikirkan kembali dari sudut MERIT politik tindakan kerajaan negeri untuk menganugerahkan HABUAN kepada team Red Warrior berdasarkan perjalanan SYARIKAT ini. Tidak dapat dinafikan ianya sedikit sebanyak keupayaan syarikat yg diterajui oleh ANUAR bin MUSA telah memberikan impak kepada negeri atas kejayaan yg dicapai. Namun keutamaan perlaksanaannya perlu diconggak darjah keutamaannya berbanding kepada pihak yg lebih memerlukannya! Jika WANG kerajaan negeri TERLEBIH....wujudkan sahaja satu kawasan pondok dan sediakan kediaman sementara yang boleh diacces setiap masa dan hadiahkan mereka dengan ILMU sebagai bekalan KE SYURGA! itu lebih baik dan amat dihormati!
Assalamualaikum,
Saya juga sangat setuju dengan pendapat Tuan MSO.
Maaf ada fakta Pak MSO yang tidak tepat. Pasukan Kelantan diurus sepenuhnya oleh KAFA untuk musim ini dan musim-musim lepas. Al Hamra milik TSAM tu hanyalah penaja. Cuma memang ada cadangan untuk menswastakan pengurusan pada musim hadapan bagi membolehkan KAFA hanya menumpukan kepada pembangunan bolasepak akar umbi.Ia bukanlah sesuatu yang pelik dan baru malah menjadi amalan negara-negara kuasa bolasepak dunia.KAFA juga pernah menswastakan pengurusan pasukan bolasepaknya pada tahun 1994 melalui Ringgit Kreatif Sdn Bhd milik Dato' Zaid Ibrahim.
Soal habuan pemain ini, rasanya kerajaan negeri pun tak mahu dilihat ketinggalan menghargai pasukan bolasepak negeri kelantan kelolaan KAFA.Cuma biarlah ianya berpada dengan kemampuan kerajaan negeri.
Soal pengasingan dan peningkatan syiar Islam dalam stadium tu saya setuju. Mungkin sesuatu boleh dilakukan selain daripada apa yang telah ditunjukkan pada masa ini.
Jika pasukan Kelantan itu masih milik kerajaan negeri Kelantan, saya mohon para pemainnya disarankan menutup aurat sepertimana kebanyakan pemain Kedah yang kini menutup aurat, sesuai dengan imej Islamik Kelantan.
Pandangan MSO membuka minda agar kita tidak terus alpa dibawa arus. Apa jua tindakan perlu merujuk semula syariat kerana kita kuatir apabila perkara-perkara bathil anjuran yahudi kita lihar sebagai perkara biasa yang tiada memberi apa-apa faedah bahkan boleh meruntuhkan akhlak seorang muslim. Soal polical milage (samada bagi pihak pemerintah PAS atau UMNO melalui TSAM) soal kedua. Jadi sama-samalah kita renung-renungkan.
Bagi saya apa yang telah di lakukan oleh Kerajaan negeri berpaksi kpd habuan dan prestasi.
Habuannya mengerjakan umrah..prestasinya selepas menang 3 piala pada tahun 2012.
Hanya golongan yg peka akan penghargaan dan pengorbanan atlit sahaja yg bersetuju imbuhan perlu utk setiap kali kemenangan ATAU KEJAYAAN yg telah di capai.
Mungkin MSO akan marah jika atlit kelantan meraih 1 juta jika mengondol emas sukan olimpik. Mungkin Olimpik MSO sama nilai dgn sukma, sukan sea atau pun sukaneka Taska atau Pasti.
Kelantan merupakan pasukan negeri pertama beraksi di liga FAM pada 2004. Maruah tercalar, di hina di caci malah di lebel pasukan kampungan.
Bangkit setapak demi setapak..Usaha keringat dan air mata di alirkan utk mengucup 3 piala pada 2012.
Mungkin mengucup 3 piala amat mudah bagi MSO...setiap tahun kelantan mengucup 3 piala..Hatta MSO amat tahu kelantan terpaksa menunggu berpuluh tahun utk mengucup hanya satu piala malaysia pada 2010.
Semua pandangan MSO dalam bab politik amat baik dan bernas..tapi kali ini saya tidak bersetuju pandangan MSO menidakkan prestasi dan habuan utk atlit2 malaysia.
Post a Comment