SUSUPAN TENGAHARI
Cadangan Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar Abdul Hadi Awang menarik balik ucapannya yang dijadikan sebagai amanat atas alasan untuk memberi pencerahan dan menghentikan isu itu, saya rasa ia kurang wajar dan langkah itu tidak akan menghentikan isu itu daripada dijadikan isu politik murahan.
Kalaupun Abdul Hadi menartik balik ia tidak menjamin isu itu tidak akan diungkit lagi. Umno dalam keadaan kehabisan modal dan tertekan akan menggunakan perkara itu dan juga perkara-perkara lain yang sudah lama ditutup selagi ia ada keuntungan politik.
Seperti isu 13 Mei ia telah lama diditutup dan menjadi kenangan sejarah, tetapi ia masih juga dibuka dari masa ke semasa mengikut keadaan. Begitu juga dengan 'pensedekahan' Temasik kepada Lee Kuan Yew adalah perkara lama yang sudah diketahui oleh dunia, tetapi pada masa-masa tertentu juga dibangkitkan.
Asri seperti mana dipetik dari laporan menyebut; "Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut,
tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada
masyarakat."
Sekiranya Asri mengharap isu itu tidak akan dibangkit ia adalah satu harapan yang sia-sia. Selagi ada politik di negara ini dan didokong oleh dua kumpulan serumpun dan berbeza ideaologi politik ia akan berlaku. Bukan saja dari pihak Umno dipihak lain juga.
Asri sendiri sudah faham bahawa isu (amanat) itu tidak berbangkit lagi. Beliau menerima Abdul Hadi megucapkan kenyatana itu semasa darahnya masih mendidik tentulah berbeza dengan waktu ini. Hari ini Abdul Hadi sendiri menerima yang amanat itu sudah tidak relevan. Pas juga jauh lebih progresif dan terbuka dan lebih realistik.
Seperti tanggapan Asri persepakatan Pas dengan DAP membuktikan yang politik Pas berbeza dan realistik. Persepakatan itu menunjukkan Pas dan Abdul Hadi sendiri tidak berpegang kepada kata-katanya tahun 1981 itu.
Jadi dimana relevannya bagi Abdul Hadi membuat penarikan atau apologetik. Kepada saya tindakan menarik balik hatta membuat penjelasan perkara itu hanya sia-sia dan ia memberi modal kepada Umno. Bukan saja isu seperti amanat itu isu-isu lain tidak perlu penjelasan walaupun atas tujuan pencerahaan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah.
Atas sifat politik apa saja isu ia boleh dipusing 360 darjah mengikut kesesuaiaan iklim semasa dan juga atas perubahan dalaman manusia itu sendiri. Jadi saranan Asri itu hendaklah diabaikan saja dan biarlah Umno terus memutar belitkan isu itu semahu mana yang dikehendakinya. [wm.kl.1:52 t/hari 19/12/12]
7 comments:
Tak payah layan.. Ni umno duk meroyan.. Biar r dia salak... Rakyat cerdik doh... Tak Taksub mcm tahun 80an... Tak payoh nak laga org melayu r.. Umno ni memang puok Setan yg di kenali.. Tadok kerja lain Fitnah Hasut je kerja dari dulu lg.. Insaflah.... Wei. ..Sedara mara.. Jangan baloh. .Jangan layan...
Kahwin lah dulu dr asri oi!
ak pernah membaca amanat Tuan Guru Abdul Hadi, baik bacalah dulu.
Semenjak membaca amanat ini semasa pelajar universiti sehingga kini, saya masih memberi baiah kepada Tuan Guru Abdul Hadi.
Kenyataannya berlandaskan hadis dan Quran, Abdul Hadi bukan suka buat lawak bodoh.
Dr Asri pada masa itu masih lagi sekolah rendah.
Abdul Hadi tidak bercakap semata mata kerana nak hangatkan suasana.
Saya doakan Abdul Hadi berjaya dalam misi PAS. Amin
"Hari ini Abdul Hadi sendiri menerima yang amanat itu sudah tidak relevan. Pas juga jauh lebih progresif dan terbuka dan lebih realistik."saya petik dari artikel Tuan.
Jadi sebab ia tidak relevan, maka ia boleh dilupakan begitu saja?Bagaiaman dgn kesan amanat itu hingga menyebabkan umat Islam berpecah, sampai yg nikah bercerai, sampai sembahyang 2 imam, korban UMNO tidak diterimer..adakah sudah parah jadi begini masyarakat kita , tuan mahu kita pendamkan begitu sj? Ini kenyataan yg sangat tidak bertanggung jawab.
Kenyataan ini menunjukan Hadi dan penyokongnya sudah tahu kesan buruk pd orang Islam tapi tak mahi mengaku bertanggungjawab memulakannya sama spt DAP tidak manu ngaku mereka mulakan rusuhan 13 May.Nampaknya PAS dan DAP samam sj perangai mereka - mengadu domba dan memecahbelahkan masyarakt
Dlm pengetahuan saya isu yg dibangkitkan sdr berkaitan dengan amanat itu berlaku jauh sebelum itu. Isu kair mengkair berlaku tahun 1969 lagi sedangkan amanat itu tahu 1981.
Fakta yang difahami itu salah, dan kejadian yg disebutkan sdr itu sudah pun tak berlaku lagi, kalau berlaku masakan PAS boleh bekerjasama dengan DAP? Tidak elok kalau kita membangkitkan sesuatu yang tidak betul.
Tuan MSO, saya merupakan pembaca setia blog tuan.Tapi,saya kurang bersetuju dengan pandangan tuan. Kalaulah, amanat ini dari puak sana,saya rasa tuan pasti berpendapat agar ia ditarik balik.
Justeru, adalah baik jikalau kita menkritik parti kita, kerana kritik itu bukanlah membenci..tapi sayangkan parti.
...salam...saya setuju pandangan tuan MSO..kerana begitulah realiti politik kini..memang tak perlu dilayan..dah 30 tahun pun ia berlalu..isu sengaja ditimbulkan..hanya kerana berbeza faham politik...punca masalah nya kesan dari dualisma pendidikan..melahirkan dualisma kepimpinan pulak..siapa makan cili jika terasa pedasnya kembali aje ke pangkal jalan..syabas MSO...terus folo..tq..
Post a Comment