Tuesday, January 22, 2013

Bekas Exco Tidak Bayar Hutang Pilihan Raya RM140,000

MENJOLOK MENTARI                                                                                                  

Masa minum di restoran Sudut Cahaya berhampiran bangunan PAS di Jalan Dato' Pati Kota Bharu tengah hari semalam saya berjumpa dengan kawan lama, bekas wakil rakyat PAS yang kini sudah jadi veteran namun masih aktif berkerja untuk kelangsungan PAS. Dia bolehlah saya anggap sebagai adviser parti secara tidak rasmi.

Bekas wakil rakyat ini pernah menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Kelantan. Pengambilan beliau itu untuk satu masa sudah pasti sebagai penasihat politik kepada Nik Aziz dan juga menyeliakan pegawai-pegawai muda lantikan politik kepada MB.

Dalam kesempatan itu banyaklah yang sempat kami bicarakan. Beberapa sejarah PAS yang sebelum ini tidak pernah didengari oleh generasi hari ini juga terungkit sama. Ralik juga mengenang nostalgia. Paling emosi di dalam perbualan semalam ialah bagaimana kekaguman beliau kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz.



Baginya Tokguru tidak ada satu dan dua di dunia ini. Justeru dia mahu Tokguru menjadi spiritual leader sampai ke akhir hayatnya. "Ana mahu tengok apa yang berlaku kepada Khomeini di Iran dulu, di mana seluruh lapisan rakyat menghormati dan menyanjungi diri Imam Khomeini sampai ke saat akhir. Begitulah juga cita-ciata ana terhadap Tokguru Nik Aziz," tuturnya sambil tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya.

Saya memahami kenapa dia beremosi sangat. Biarlah saya bercerita kisah ini dilain masa.

Apa yang hendak saya dedahkan dalam posting ringkas ini, ialah mengenai seorang bekas Exco di Selangor telah mengambil wang dari bekas wakil rakyat ini tetapi tidak melunasinya sampai ke hari ini. Ianya bukan banyak sangat hanya RM140,000.00 saja.

"Anta baik tak dengan dia (bekas Exco)," tanya bekas wakil rakyat berkenaan menduga saya mengenainya.

"Kenapa, ana tidak berapa kenal dengan dia, kenapa"? soal saya lagi suspen.

"Masa pilihan raya 2004 dia memerlukan wang untuk belanja pilihan raya. Jadi ana tidak ada pilihan lain memberikan dia wang. Tahun 2008 sekali lagi dia meminta wang jadi ana beri atas dasar persahabatan. Tidak banyak RM180,000. Dia sudah bayar RM40,000 jadi masih ada RM140,000." ceritanya sambil menunjuk beberapa SMS yang dihantar olehnya kepada bekas Exco berkenaan dan balasan dari bekas Exco itu yang berjanji untuk melunasinya.

"Dia berjanji nak bayar, tetapi sampai sekarang habuk pun tadak," katanya. "Saya nak tanya anta apa hukum kalau orang tidak bayar hutang," tanya beliau.

"Setahu saya salah dan berdosa apa lagi kalau dia mampu. Meminjam tetapi enggan membayar sedang ia mampu, bagi ana satu penipuan secara profesional!" kata saya. Wakil rakyat itu tercengang dan menyuluh ke dalam anak mata saya dalam-dalam.

"Kalau boleh anta bagi tahu, ana ni bukan baik sangat, dan tidaklah bengkeng sangat...," katanya terhenti disitu. Saya memahami dengan ayat-ayat yang tergantung itu. Kebetulan saya mengenali dia sejak tahun 70-an.

Apa yang menimbulkan masalah kepada bekas wakil rakyat berkenaan wang yang diberikan itu wang amanah, yang diserahkan kepada saya untuk menjaganya. Jadi tidak moleklah kalau amanah disalah gunakan.

Saya tidak nak komen panjang, hanya berharap kepada bekas Exco yang berhutang itu, silalah jelaskan hutang tidak baik buat-buat lupa. Bayar dan datanglah kawan saya itu seperti mana anda datang sewaktu hendak berhutang dulu.

Jangan kita hanya petah berbicara, manis mulut sewaktu hendak berhutang tetapi jadi terkunci mulut apabila sampai waktu membayarnya. Tidak ada guna kita bercakap fasal iman, fasal dakwah, fasal Islam, fasal ancaman Kristianisasi tetapi kita sendiri berpolot dengan hutang.

Saya ingin bagi petua agar bekas exco itu tidak melupai hutang dan kawannya itu. Sebelum turun ke rumah, bacalah Bismillah...dan sebelum melangkah ingatkan mana-mana hutang yang tidak bayar. Turunlah dari rumah dengan niat, akan berusaha untuk menjelaskan hutang. Turun dari rumah dengan azam, dengan tekad dan dengan iltizam hendak bayar hutang.

InsyaAllah kalau ini diamalkan, kalau ini dipraktiskan dan kalau ini dilaksanaklan, anda tetap akan mengingati apa-apa hutang yang membelenggu diri anda. Ingat juga terbelenggu dengan hutang yang tidak akan direda seolah-olah kita meletakkan batu besar di atas belakang kita, seolah-oleh kita meletakkan bukit dan gunung atas belakang kita. Seluuruuuuuuhhh hidup kita tidakakan aman.

Oh rupanya ada hutang kalau di lihat kepada kehebatan cakap seolah satu sen pun tidak terhutang dengan sesiapa. [wm.kl.10:39 am 22/01/13]

9 comments:

ALI MAIDIN said...

boleh agak dah tu...

PokAmid said...

Saya fikir sejatinya dia hinggakan SELUUUUUUUURUH hayat beliau digunakan untuk perjuangan menegakkan agama, raja dan bangsa, juga hinggakan makan nasi pun gunakan beras jenama JATI. Kato orang, cakap ajo berdogar-dogar tapi hutang tak nak didongar! hehehe

Emak saya pesan, jaga-jaga dengan orang yang bercakap dengan mulut luas.... tidak boleh dipercayai!

Unknown said...

Salam MSO. Saya faham benar perasaan pengadu tersebut, kerana ada pengalaman kawan2 baik yg pinjam dari kita. Bila nak pinjam, kita tak fikir lama, 10 minit dah bersetuju, sebab Allah sendiri galakkan kita tolong org yg kesusahan. Tapi bila nak minta bayar balik, dia buat2 tak tahu, satu sen pun tak bayar (sekarang duit satu sen pun dah takde nilai). Jumlah RM140,000 tu banyaknyer. Harga runcit BERAS super special 5% kandungan hancur ialah RM26 / 10 kilo. Maknanyer boleh beli 5300 kampit beras. Itu harga Beras Faiza Emas. Harga BERAS JATI saya tak tahu la pulak.

Unknown said...

Kpd bekas exco selangor yg saya rasa ramai orang tau siapa dia tolonglah bayar hutang sahabat kita nie... takkan dah lupa kut...

sizzly7761 said...

Bukan taknak bayar....tapi mungkin terlupa dek kerana sibuk jaga Rajagopal, melayu jenis perkasa dan Islam jenis wasatiyyah! Mungkin juga dia akan lupa terus sebab orang jenis rendah,hidung pesek kembang dan mulut luas ni bukan boleh pakai sangat(kpd orang tertentu sahaja). Tambahan pula takde agreement @ hitam putih! Lagi pulak skg ni dah ada unsur UMNO yang memang terkenal kaki kapur dan songlap duit!

M Rajoli Al-Qlantani said...

masyaAllah.. hutang pandai bayar tak reti.. ana nasihatkan bekas exco ni saman lah mana2 org yg fitnah beliau pastu tuntut ganti rugi juta2.. kalau menang boleh buat bayar hutangggggggg..

amir aiman akashah said...

hutang WAJIB di bayar walaupun tidak dituntut....apatah lagi jika dah diwar-warkan melalui blog uncle MSO nih..hahahaha

Halim said...

Hehehe! Kenapa bila baca perenggan perenggan akhir posting tu automatik nada bacaan pun jadi sama macam cara bercakap bekas exco tu.....?
Hahaha...
Tapi apapun, hutang wajib dibayar.

Unknown said...

Sahabat SeJati tidak khianati Kawan..
Melayu Sejati tak lupa janji
Muslim Sejati cakap mesti serupa bikin.