Saturday, August 30, 2014

Hayati pandangan Muhammad Taib

DALAM HUJAN                                                                                    

Muhammad Mohd Taib
Peringatan diberikan oleh bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib kepada Pas agar tidak terlalu syok sendiri dengan seruan Allahuakbar, tetapi dalam masa sama tidak mengambil kira kerjasama dengan Pakatan Rakyat hendak diberi perhatian serius semua pihak. Terutamanya golongan merasakan diri mereka kuat pegangan agama dalam Pas, perlu mengakji dan membuat semakan akan kebenaran pandangan itu.

Muhammad yang juga kini merupakan Penolong Ketua Penerangan Pas, membayangkan parti agama itu akan hilang kerusi dimilikinya di Selangor kini kalau ia meninggalkan Pakatan Rakyat. Beliau meramalkan 10 kerusi Pas akan melayang.

Satu hakikat perlu disedari kuasa undi bukan Melayu di 15 kerusi dimiliki Pas kini adalah antara 18% hingga 64%. Bayangkan kalau hanya 20% sahaja undi itu hilang menyebabkan Pas akan kalah di semua kerusi berkenaan.

Pandangan dan peringatan Muhammad itu berasaskan kepada fakta dan sejarah. Sebagai MB Selangor selama 20 tahun beliau tahu mengenai aliran dan sentimen pengundian di Selangor terutamanya dari kalangan pengundi bukan Melayu.

Apa yang dicapai oleh Pas Selangor hari ini adalah terbaik dan rekod, ia sesuatu yang perlu dipertahankan. Hakikat perlu disedari tanpa kerjsama dengan PKR dan DAP, parti Pas tidak akan merasai apa yang dirasai kini.

Dalam hal ini pegangan politik cetek puak-puak juz amma dalam Pas tidak patut menjadi pegangan benar parti berkenaan kerana ia bakal memecilkan Pas dari arus politik demokrasi. Lainlah kalau Pas sekarang ini sedang menuju ke arah ketirusan itu.

Mungkin golongan agama dalam Pas, terutamanya golongan ustaz "juz amma", tidak merasa penting peringatan Muhammad itu. Bagi mereka yang berpegang kepada pemahaman, kemenangan bukan bererti memiliki kerusi (kuasa) perlu insaf. Pendirian dan pegangan mereka "kemenangan" adalah mempertahankan kebenaran agama, sebenarnya tidak relevan selagi mereka ikut sama berlawan dalam politik menyertai pilihan raya.

Pendirian dan pegangan mereka itu betul sekiranya mereka mahu Pas jadi sebuah haraki atau jemaah seperti Tabligh atau gemulah Darul Arqam tidak bertanding dalam pilihan raya. Apakah Pas sedang terarah ke situ? Mungkin satu konsensus ke mana hala tuju dan apakah bentuk Pas di masa depan perlu diambil.

Pegangan itulah kini menjadi konflit dalam Pas sekarang. Dan perbezaan pandangan inilah juga membawa kepada krisis yang berlaku dalam Pas kini. Pegangan dan pemahaman sebegitu boleh dianggap "sesat dalam politik".

Ajaran atau fahaman sesat dalam politik inilah yang sedang hendak diperluaskan dalam Pas dan menyebabkan Presiden sendiri konfius dan membuat keputusan parti berbelit-belit macam reribu seni yang menjalar di banir besar. [wm.kl.4:44 pm 30/08/14]

3 comments:

Salleh - Putrajaya said...

Diakui PAS akan kalah teruk jika keluar Pakatan Rakyat..., orang yang mengkaji kemungkinan2 yang akan berlaku (Bahagian Penyelidikan PAS) tak kira kumpulan mana pun mengakui bahawa PAS akan lebih rugi jika keluar PR. PAS juga secara konsisten tegas menyatakan akan bersama PR serta tidak akan memungkiri janji.

Tetapi "maha" peliknya..., masih ada "ulah" yang membuat artikel bahawa "kemungkinan"2, dan ada "kumpulan"2 dalam PAS yg cetek fikiran (Geng Juz A'mma) akan mengeluarkan PAS dari PR...???

Perbezaan pendapat dalam sesebuah organisasi adalah lumrah sebagaimana rencam dan rumitnya sikap manusia itu sendiri. Perbezaan ini sebenarnya adalah "Rahmat" Allah SWT selagi kita berpegang kepada "tali" Allah. Namun membocorkan perbezaan pandangan dlm kepimpinan PAS dengan tujuan "tertentu" adalah salah dan tidak beretika.

Adakah kita fikir unit penyelidikan PKR dan DAP juga tidak memikirkan "kemungkinan" terburuk yang akan berlaku pada Parti mereka???. Saya dengar..., bahkan ada kajian kemungkinan Anwar bekerjasama dengan Najib...., tetapi perkara ini tidak didedahkan kerana ianya tidak beretika. Harapnya kelakuan "tidak beretika" ini tetap dianggap "tidak beretika" jika dilakukan sesiapa pun...,

Wallahu Aa'lam

bat8 said...

Tuan MSO

Ambo postkan rumusan awal ambo untuk komen tuan kerana masaalah di Selangor pun dah nak kemuncak. Tuan tak siarpun xpe sekadar untuk mendapat pandangan tuan.
...................
Jika kita lihat tindakan TGHH dan gengnya dalam isu MB Selangor ini kita naik pelik. Kita pun nampak tindakan-tindakan tersebut tak masuk akal dan nampak sangat sabotaj kerana dengan pengetahuan cetek kita tindakan-tindakan ters3but bukan Islamik. Apatah lagi TGHH tidak memberi hujah-hujah akal atau syarie yang kita boleh faham.

Tindakan-tindakan ini seolah-olah sengaja dibuat supaya PAS ditendang keluar dari Pakatan. Mengapa PAS tetap menegaskan akan bersama-sama Pakatan tetapi tindakan-tindakannya seperti mahu ditendang keluar.

Setelah beberapa minggu memerhati perkembangan yang berlaku , baru sekarang semua tindakan-tindakan TGHH mula menampakkan tujuan sebenarnya.

Memang TGHH dan geng UG mahu PAS ditendang keluar dari Pakatan. Mereka tidak boleh membawa PAS keluar dari Pakatan kerana keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun 2008 dimana 2 perkara dasar ditetapkan: pertama, PAS menolak sebarang kerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk. Kedua, membuat keputusan yang PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.

Sebab keputusan muktamar tersebut masih menjadi dasar PAS sehingga hari ini, puak UG perlu meminta satu muktamar khas PAS jika mereka mahu mengubah keputusan muktamar Ipoh dan meminta muktamar khas ters3but meluluskan keputusan baru mengantikan keputusan muktamar Ipoh untuk bekerjasama dengan UMNO.

Persoalannya beranikah TGHH dan puak UG ini memanggil muktamar khas ini?

Saya rasa mereka tak berani k3rana akar umbi PAS majoriti menolak idea UG ini. Beranilah mereka m3nghadapi muktamar 2014 bulan september ini dan pemilihan PAS tahun depan jika mereka cuba memanggil muktamar khas ini? Silap-silap dalam pemilihan tahun depan, pemberontakan tahun 1982 dulu mungkin berulang.

Jadi s3bab itulah kita melihat berbagai sabotaj dilakukan ol3h puak UG ini sejak Muktamar Ipoh tahun 2008 untuk memecahbelah Pakatan dan meruntuhkan Pakatan. Siri sabotaj yang kita lihat sekarang adalah supaya PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat.

Apabila PAS ditendang keluar dari Pakatan, k3putusan muktamar Ipoh yang masih berkuatkuasa sekarang akan gugur secara otomatik.Jadi puak UG mempunyai kerja yang lebih mudah sedikit bagi mendapat mandat baru untuk bekerjasama dengan UMNO.Lagipun PAS sudahpun bekerjasama dengan UMNO melalui kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan pers3kutuan secara tak rasmi atau gelap.Ini melanggar ke tidak keputusan muktamar Ipoh yang sedang berkuatkuasa sekarang? Saya tak pasti.



Rosaidi said...

Memang wujud golongan ni dlm PAS.. bukan secara seluruh...namun boleh menjadikan stand PAS pada PR goyah...dan telah terbukti..kelompok kecil serpihan Hassan Ali tidak boleh dipandang remeh..