Tuesday, August 11, 2009

Laporan Lewat

Anuar Rethuwan Sasterawan Negara Ke-10

TAHNIAH kepada Anwar Rethwan,60 (foto) kerana diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-10. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Anuar akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM60,000. Di samping itu juga beliau akan mendapat kemudahan mencipta karya sastera serta kemudian menerbit dan juga kemudahan rawatan kelas pertama di hospital kerajaan.

Beliau akan menerima anugerah paling berprestij dalam dunia sastera itu yang akan disampaikan Yang di-Pertua Agong pada 20 Ogos ini.

Anuar merupakan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor sebelum ini berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Pengarah Penerbitan.

Antara karya Anuar yang terkenal ialah novel Neratif Ogonshoto, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman dan lain-lain. Beliau juga menulis dalam gerne cerpen, puisi, drama pentas dan essei. [wm.kl. 8:20 pm 11/08/09]

1 comment:

Unknown said...

Kalau S.N Shahnon Ahmad mengkritik secara terang-terangan dalam Shit...
S.N Anwar Ridhwan pula mengkritik secara halus dalam Naratif Ogonshotonya...

Seorg sasterawan dapat anugerah 2 orang sasterawan pula pulang ke rahmatullah,Al-Fatihah buat W.S Rendra dan Dharmala NS